Menu Utama

56% Sudah Keluar Mengundi

Setakat jam 1.00 petang SPR melaporkan jumlah keluar mengundi untuk PRK DUN Kuala Besut sudah pun mencecah 56.21% tidak termasuk 911 pengundi awal yang telah pun mengundi pada 20 Julai lepas.

SPR menjangkakan sehingga jam 5.00 petang nanti, sasaran minima 75% jumlah keluar mengundi dapat dicapai. Jika cuaca berterusan elok mungkin jumlah keluar mengundi boleh menjangkau sehingga 80% atau mungkin lebih.

Sehingga kini tiada kejadian tak diingin berlaku, cuma kelihatan sesekali para penyokong kedua-dua parti saling bersorak satu sama lain.

Pada PRU-13, jumlah keluar mengundi keseluruhan yang direkodkan ialah 87% di mana BN memperolehi 8,809 undi sementara PAS cuma 6,375 undi sekaligus membolehkan BN menang dengan majoriti 2,434 undi.

Mengikut analisis BN, jika peratusan keluar mengundi melebihi 80% peluang BN untuk menang dengan majoriti yang lebih selesa. Dilihat pada faktor keberkesanan jentera pengangkutan BN berulang-alik membantu para pengundi sasaran untuk menang dengan minima 2,600 – 3,000 undi majoriti tidak mustahil untuk dicapai.






2 Komen to 56% Sudah Keluar Mengundi

  1. baba says:

    petugas bn kena pulun ni, pergi cari yang belum keluar mengundi…..cepat.

  2. […] More: 56% Sudah Keluar Mengundi […]

Leave a Reply