|Laman Utama| MyKMU Forum | MyKMU WebTV | MyKMU Mobile Apps | MyKMU Mobile Site | MyKMU RSS Feed| MYKMU E-MEL: mykmunet@gmail.com
Editor: HackerXP | Diterbitkan pada: 24 July 2013| Kategori: PRK KUALA BESUT,Utama | 2 Comments »

Yakini Kuala Besut, Kepada Rakyat BN Berserah

Oleh: Zul Rawi

Nasib kedua-dua calon yang bertanding di pilihan raya kecil Kuala Besut, bakal ditentukan oleh 16,534 para pengundi berdaftar yang akan melaksanakan tanggungjawab mereka bagi memilih calon yang dirasakan paling layak untuk mewakili suara mereka di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

Menurut pihak SPR sehingga jam 4.00 ptg tadi, peratusan yang keluar mengundi adalah 78.14 peratus, iaitu 12,919 pengundi.

Malah keadaan cuaca yang baik sejak semalam, telah memberi kesempatan kepada para pengundi di sini untuk keluar mengundi lebih awal dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut, tanggungjawab kali kedua selepas Pilihan Raya Umum 5 Mei lalu.

Mereka keluar untuk memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang baru berikutan kematian Dr. A.Rahman Mokhtar yang mewakili BN, akibat paru-paru berair pada 26 Jun lalu. Pada PRK kali ini, Tengku Zaihan, 37, yang juga seorang jurutera ditentang oleh calon Pas, Endot @ Azlan Yusof, 48, seorang kontraktor.

Sepanjang berlangsungnya tempoh berkempen sejak 12 Julai yang lalu sehingga ia berakhir pada jam 11.59 malam semalam, Barisan Nasional (BN) selaku penyandang bagi kerusi tersebut telah melakukan yang terbaik bagi memastikan nasib dan kebajikan rakyat terus mendapat pembelaan.

Pelbagai perancangan dan pendekatan juga telah dilakukan bagi meneruskan kesinambungan yang telah dirancang sebelum ini.

Namun begitu, segala keputusan sudah pasti terletak di tangan rakyat, kerana akhirnya rakyatlah yang akan menjadi kuasa penentu. Sama ada memberikan kemenangan kepada calon BN bagi meneruskan kesinambungan pembangunan atau meletakkan kerajaan negeri berada dalam situasi politik yang tidak stabil serta menyusahkan rakyat.

Apa yang pasti, BN tetap percaya dan yakin dengan keputusan yang bakal dilakukan oleh pengundi. Buatlah keputusan yang bijak kerana apa pun keputusannya BN tetap akan berserah dengan segala ketentuan yang telah ditetapkan.

Ada 2 Comments setakat ini.

  • Moohyideeeeen
    July 24th, 2013 at 6:04 PM

    Ingat kepada Allah swt kita berserah…..

  • WTF
    July 24th, 2013 at 6:06 PM

    Amin….

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.