MBM Sahkan Risalah 16:16 Adalah Palsu

Oleh: HackerXP (July 24th, 2013) [HackerXP,KOLUMNIS,PRK KUALA BESUT,Utama][1 Comment »]

Pas Is Dead

Majlis Belia Malaysia (MBM) telah pun tampil menafikan penglibatannya dalamIMG-20130723-WA000 pengedaran risalah 16:16 yang dipercayai dilakukan oleh jentera perang saraf PAS dalam usaha mereka untuk mengelirukan pengundi DUN Kuala Besut.

Risalah palsu yang kononnya dikeluarkan oleh MBM serta tiga NGO yang lain itu adalah antara kempen gerak saraf yang berjaya dibongkar menjelang hari pengundian sempena PRK DUN Kuala Besut hari ini.

Sekali imbas risalah itu ternampak ada kebaikan, tapi secara tersiratnya ia hanyalah propaganda murahan yang condong kepada PAS malah bagi yang memahaminya sedari awal lagi tahu ia selari dengan kempen 16:16 Terengganu Baru yang dipropagandakan oleh PAS.

Kecewa propaganda 16:16 tak dapat sambutan, itu yang terdesak manipulasi logo NGO Melayu. Waktu-waktu ini baru nak ingat penyatuan Melayu, selama ini pantang dengar perkataan Melayu terus dituduhnya assobiyah dan perkauman.

Selain risalah tersebut, wujud juga pelbagai risalah lain misalnya surat yang kononnya dikeluarkan oleh BN meminta pengundi datang mengambil duit raya serta penyebaran bahan kempen menghina pemimpin PAS yang disamakan dengan babi.

Penyalah terdesak geng-geng jentera gerak saraf PAS sampai tergamak hina pemimpin sendiri untuk disamakan dengan babi demi untuk undi, tapi kot mana pun hanya pengikut PAS yang buta hati dan pendek akal saja mudah terpedaya.

Motif kesemua risalah kempen gerak saraf itu jelas, pertama menimbulkan simpati umum dan keduanya membangkitkan kemarahan pengundi terhadap BN, yang kemudiannya diharapkan akan mengelirukan pengundi dan akhirnya PAS mendapat keuntungannya.

Macam-macam hal, tapi inilah realiti politik kini yang berkembang biak hasil dari zaman kegelapan era reformasi tahun 1990-an dulu. Politik kepartian punya pasal, matlamat menghalalkan cara diguna pakai.

Ada 1 Comment setakat ini.

  • alimedanbaru
    July 24th, 2013 at 7:20 AM

    PAS tidak pernah berubah, dari dahulu, kini dan mungkin selamanya. Kekurangan dan kedhaifan PEMIKIRAN kepimpinannya yg tidak berupaya mengikut arus zaman membuatkan mereka tiada pilihan kecuali terpaksa, MENIPU, MEMFITNAH DAN MEMUTAR BELIT APA SAHAJA HATTA PUSING AYAT QURAN SEKALIPUN!

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.