Tiada Maaf, Penjara Setahun Terlalu Ringan Untuk Alvin Dan Vivian

Posted by dukeofmontecristo on July 18th, 2013
:: Filed under dukeofmontecristo,Utama ------> 22 Comments »

alvin vivian

Memang teruk Alvin Tan dan Vivian Lee dikecam pelbagai pihak, khususnya muslimin dan muslimat di Malaysia, berhubung “jenaka biadap” yang jelas menghina dan mencemar Islam yang dibuat sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Di saat umat Islam di seluruh dunia sedang beribadah menjalankan rukun Islam yang ke-empat, Alvin dan Vivian dilihat seolah-olah “menjolok sarang tebuan”. Dan bila mereka “disengat” sedikit, mereka menggelupur bagai “disembelih”…

Cuba melepaskan diri dari terus dikecam, dua budak Cina ini telah memohon maaf secara terbuka dan dilaporkan telah disoal-siasat oleh pihak berkuasa. Khabarnya mereka berdepan dengan hukuman setahun penjara jika disabitkan kesalahan di mahkamah.

Pertamanya, saya ingin ulangi pendirian saya sebelum ini dengan menegaskan bahawa mereka berdua itu tidak layak sama sekali untuk memohon maaf berhubung perlakuan melampau mereka itu.

Sebabnya, perlakuan terkutuk itu dilakukan di saat mereka dalam keadaan sedar, waras dan mampu berfikir secara rasional. Saya yakin Alvin dan Vivian tidak di bawah pengaruh dadah, alkohol atau gila ketika mereka mencabar kesabaran umat Islam di bulan puasa itu.

Justeru itu, sebarang permohonan maaf dari kedua individu itu adalah sama sekali tidak relevan.

Memandangkan mereka telah memohon maaf secara terbuka baru-baru ini, dukacita saya jelaskan pada mereka berdua bahawa saya sama sekali tidak dapat menerima permohonan maaf mereka itu. Dalam erti kata lain, saya tidak akan memaafkan kesalahan “jenaka biadap” tersebut.

Bukanlah saya mahu menidakkan sifat pemaaf yang dianjurkan oleh ajaran Islam terhadap kesalahan dua budak Cina itu. Namun pada saya, kesalahan dan kebiadapan kedua mereka itu perlu dihukum sekeras-kerasnya sebagai satu pengajaran pada seluruh individu lain di negara ini.

Selama ini sudah berkali-kali Islam dan kepentingannya di negara ini sengaja dicabar oleh beberapa pihak. Namun walaupun beribu-ribu laporan polis dibuat, tiada sebarang tindakan atau hukuman dijatuhkan pada mereka.

Dalam ertikata lain, tiada pun hukuman yang mampu membuat mereka serik dan tidak lagi mengulangi tindakan kurang ajar merek itu. Hasilnya, Islam terus dicabar di Malaysia sehingga hampir mencetus ketegangan yang menyaksikan kita semua terpaksa “mengalah” dan memaafkan mereka.

Pada saya, selagi tiada hukuman atau “judicial precedent” yang tepat dengan kesalahan melampau mereka itu, selagi itulah hati umat Islam di negara ini akan terus tercalar. Saya khuatir, sekiranya umat Islam di Malaysia terpaksa selalu memendam perasaan, risau juga kalau-kalau “gunung berapi” itu akan tercetus jua suatu hari nanti, bukan?

Pada hemat saya, hukuman setahun penjara maksimum adalah tidak memadai sama sekali sebagai hukuman pada Alvin dan Vivian. Bukanlah saya mahu memperkecilkan sistem perundangan di negara ini, tapi pada saya hukuman itu terlalu ringan jika diukur pada tindakan dan kesannya.

Katakanlah Alvin dan Vivian didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara selama setahun. Saya yakin, mereka berdua akan memfailkan rayuan atas hukuman tersebut. Kalau rayuan itu diterima hakim, saya yakin hukuman untuk pasangan biadap itu akan dikurangkan ke beberapa bulan di penjara sahaja.

Cukupkah dengan penjara selama setahun atau beberapa bulan itu? Bagaimana dengan hati dan kesucian Islam yang mereka cemar itu? Islam adalah agama rasmi di Malaysia dan majoriti rakyat di negara ini beragama Islam. Bolehkah “luka” itu dipadam dalam tempoh setahun?

Selain itu, dapatkah hukuman itu menghentikan mana-mana individu dari melakukan provokasi melampau terhadap Islam di negara ini?

Saya fikir, 5 tahun pun belum tentu saya dapat memaafkan Alvin dan Vivian. Dan saya juga yakin bahawa hukuman itu tidak akan sama sekali menghentikan sebarang serangan melampau terhadap Islam dan kepentingannya di Malaysia.

Justeru itu, saya menggesa agar pihak berkuasa melakukan sesuatu yang wajar mengikut justifikasi keadilan sebenar terhadap Alvin dan Vivian. Hukuman yang berat wajar dijatuhkan pada mereka sebagai satu pengajaran, tapi perlulah adil dari sudut Islam.

Saya tidak ada masalah untuk memaafkan mereka, tetapi mereka perlu memeluk Islam terlebih dahulu, mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya dan jadi penganut Islam yang lebih hebat dari Ustaz Ridhuan Tee. Kalau Alvin dan Vivian boleh buat begitu, barulah saya sudi maafkan mereka.

Maaflah. Saya bukanlah bersikap “ortodoks” dalam soal ini. Namun saya yakin hukuman setahun penjara tidak memadai dan hanya hukuman berhikmah yang berlandaskan Islam sebenar sahaja mampu memadam api kemarahan umat Islam terhadap tindakan melampau itu.

Janganlah Alvin dan Vivian salahkan saya serta umat Islam lain atas kemarahan ini. Kalau berani buat, maka beranilah mereka tanggung akibatnya. Selagi itu, terimalah kemarahan kami hingga akhirnya. Redha sajalah, kan?

Ada 22 Comments setakat ini.

  • sireh ke gagang
    July 18th, 2013 at 5:36 AM

    cina kurang ajar ni 2 ekor ni , tidak harus di maafkan !!

  • saiful
    July 18th, 2013 at 7:04 AM

    TO THE WRITER
    I AGREED WTH U FULLY
    BUT I HATE THE FACT U SOUND LIKE APOLOGETIC IN WHICH U SUD NOT.. THESE 2 CHINESE PIMP N WHORE DESERVE TO BE ROTTEN IN JAIL N DUN DESERVE OUR APOLOGY SO STOP BEING APOLOGETIC

  • alimedanbaru
    July 18th, 2013 at 7:29 AM

    Hairan lah sungguh dan gundah gulanalah hati ku spt burung hantu rindukan bulan. Why why, mengapa dan mengapa Tuan Mursyidul Pas tidak keluarkan fatwa apa hukuman yg patut diberi pda kera 2 ekor tu. Andai kata jelas kera tersebut ahli MCA, HARI PERTAMA KES, fatwa dah keluar, silap hari bulan Tuan Mursyidul JATUH HUKUM suruh masukkan dlm guni dan campakkan mereka dalam lombong tinggal!SYAITAN BISU!

  • Mawar
    July 18th, 2013 at 8:56 AM

    Padan muka alvin vivian tu…..
    Senang2 post, senang2 nak maki and then bila tengok kita marah sangat, barulah senang2 nak minta maaf. Aku harap they rot in jail!!!
    Buat peringatan pada kaum cina lain yang suka menghina, this is a lesson to you all!!! Jangan suka nak test air yang tenang, buaya dalam sungai boleh terkam bila2 masa saja

  • korokstabang
    July 18th, 2013 at 9:21 AM

    kalau di negara asia barat aku optimis 2 eko ni dah kena hukuman pancung

  • luvmy
    July 18th, 2013 at 10:37 AM

    Sedangkan nabi ampunkan umat..siapalah kita utk persoalkannya..

  • reds
    July 18th, 2013 at 12:57 PM

    mungkin boleh maafkan…tapi kasi tutup kilang arak…disko2…rumah urut..dulu… sebagai bukti bangsa cina sudah menyesal…kalau x..bagi hukuman sekeras kerasnya kat diorang…sebagai langkah mencegah perkara ini berlaku lagi…

  • reds
    July 18th, 2013 at 1:03 PM

    diorang dah try rujuk majalah playboy.. tapi x jumpa apepon..tu yang senyap tue.. hehe..

  • gambus
    July 18th, 2013 at 4:45 PM

    pasangan porno ni minta maaf pun sebab terpaksa , bila gambar penghinaan islam tu diletakkan dan dipsotkan di FB ramai yang sokong mereka terutama puak DAPigs dan mereka sendiri bangga , cuma dalam beberapa jam baru ada rakyat Malaysia pelbagai bangsa berani menghentam pasangan porno ni

    Jelasnya pasangan porno ni tak menunjukkan menyesal , di twitter jelas dia menggelar oarang muslim ‘butthurt’ dan akan tampil lagi dengan kontroversi

    Tapi akhirnya dia tersungkur , tahniah para bloggers yang sering memainkan isu ini hinggakan mereka sekarang didakwa

  • Tan
    July 18th, 2013 at 5:36 PM

    Patut dihukum seberat beratnya

  • Hamba Ar Rahman
    July 18th, 2013 at 5:56 PM

    Kuffar laknat sudah tentu tidak akan berani bersuara jika orang Islam kuat dan tidak lemah…kalau kita umat Islam bersatu dan tidak bergaduh sesama sendiri….orang kafir akan lebih gerun….dah nama pun mereka itu kafir..jauh dari rahmat Allah…walau mereka buat baik seribu tahun pun, jika tidak bersyahadah…tempat nya tetap dalam An Naar…dari azalinya lagi kuffar ini memusuhi orang Islam…dah kerjanya memerangi orang Islam…tetapi jika kita tidak mempertahankan diri….maka kita akan dipijak2….Islam tidak suka orang yg bodoh….berlembut dan berhemah perlu bertempat…dan kalau kita biar kuffar ini mengambil kesempatan dan menghina nabi dan agama kita…mereka tiada tempat di bumi Malaysia ini…sekali lagi aku nyatakan…kita memusuhi DAP bukan kerana mereka Cina atau mereka DAP…kita memusuhi mereka…kerana mereka kuffar yg nyata….

  • bangKano
    July 18th, 2013 at 9:01 PM

    Ai…belum lagi di dakwa penulis ni dah beghani kata mahkamah pasti kena kan setahun penjara pada kedua dua ekoq beghok makyeh ni.. hari ni depa dah kena dakwa oleh SKMM ataih tuduhan manghasut di bawah Akta Hasutan di mana mahkamah memutus kan tiada jaminan serta tertuduh di tahan dalam penjara menunggu kes pendengaran.

    Mahkamah tok leh nak jatuh kan hukuman penjara/dendaan ke tahap maksimum sewenang wenang nya..kecuali ataih sebab sebab tertentu seperti kesalahan di laku kan berulang kali oleh pesalah yang sama.

  • azla
    July 19th, 2013 at 2:17 AM

    memberi hukuman lbh dr setahun sy sokong sesngt..bagi pengajaran ats perbuatan menghina agama islam..ini soal agama bkn kisah bdk 16 tahun bogel..tetapi untuk meminta 2 org sial ni peluk agama islam,xpyh la..ia nya hnya mmbuat maruah islam lg tegadai..klu dia mempersendakn sy maybe sy akn maafkan tapi dia mempersendakn agama sy,tiada maaf lngsng..bygkn klu kita yg menghina agama lain?apa akan jd?

  • alibaba
    July 19th, 2013 at 2:58 PM

    Walau pun dihumban ke penjara, saya rasa ini tidak cukup bagi pasangan yang biadap ini dimana satu dihumban ke Penjara Sungai Buloh dan satu lagi ke Penjara Kajang. Bagi mana pula dengan kisah Dr. Zulkifli Nordin yang pernah menghina kaum hindu pada suatu ketika dahulu tetapi tidak diambil tindakan terhadapnya.

  • bangKano
    July 19th, 2013 at 3:17 PM

    Apa tunggu lagi ayuh bikin report la terhadap Zulkifli Nordin tu biaq mahkamah humban dia ke dalam penjara.

    Puaih kan….?

  • WTF
    July 19th, 2013 at 3:27 PM

    Kenapa kau rasa tak cukup alibaba, biarlah seorang ke Sg Buloh dan sorang ke Kajang.

    Kisah Zul Nordin, buatlah polis report.

  • shafwan
    July 19th, 2013 at 8:09 PM

    padan muka depa..baru depa tau yang mereka hidup di Negara Islam

  • bahaiqram streetmagic
    July 20th, 2013 at 12:23 PM

    ok lah tu 1 tahun,biar dia kluar dari penjara trus pikir balek apa yg dia kena tu adalah pengajaran selama2nya…so korang yg over2 lebih ni korang pandai sangat kan dalam bidang undang2 ni?..hahaa…korang jgn over and munafik sangat,,,pi laksanakan rukun islam dan iman tu…lebih afdal..byk berdoa agar
    diberi petunjuk dari allah

  • hey malaysia..
    August 3rd, 2013 at 10:23 PM

    rakyat malaysia…isu2 sbgini x perlulah diperbesarkn, rasa2 skrg ne semua pn sesitif daa yg dilihat dahulu sbgai mlpas batuk d tangga….kta ne stu negara n saling memerlukan… bukala pengatahuan tu luas2 …. bukan semua perkara adalah adil di malaysia ne…. ada hak2 yg diangap istewa tetapi pihak2 yg rasa teranianya pla…so pertimbangkn komen2 anda ya sebagai rkyt mlysia (y)

  • haiii semua jn mrh ya..... 1 (y) mlasia
    August 3rd, 2013 at 10:26 PM

    erm bole tanya negara malaysia ne negara islam ke atau islam tu hanya agama rasmi sahaja…confuse ne….akta mana ya yg digunakan??????

  • haiii semua jn mrh ya..... 1 (y) mlasia
    August 3rd, 2013 at 10:28 PM

    tan…negara kita ada perlembagaan …. up hold the constitution…

Who Linked To This Post?

  1. Media Shah Alam – SETAHUN PENJARA UNTUK ALVIN DAN VIVIAN: CUKUP KE..?

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.