Patutnya Tiru Saja Macam Lim Kit Siang, Tuding Jari Dan Salahkan Kerajaan

Oleh: Hero Tua (June 8th, 2013) [RENCANA,Utama][6 Comments »]

a

Jambatan kedua Pulau Pinang yang runtuh telah mengorbankan beberapa nyawa. Para pemimpin DAP Pulau Pinang memberikan reaksi dengan pantas iaitu menyalahkan Kerajaan Persekutuan kononnya penyelewengan dan rasuah adalah punca jambatan itu runtuh.

Lebih menarik lagi ialah apabila pecacai DAP mula membanjiri media-media sosial dan mewujudkan persepsi bahawa bencana tersebut adalah disebabkan Kerajaan UMNO-BN.

Lim Guan Eng sudah tentu merupakan orang yang paling panas punggung dan giat mencari alasan agar publik tidak menyalahkannya atau megaitkannya bencana berkenaan. Selagi boleh DAP dan Guan Eng perlu menutup dan menafikan perkara sebenar agar dia kekal dengan imej bersih dan bencikan rasuah serta penyelewengan.

Bahagian yang runtuh tersebut dibina oleh Cergas Murni Sdn. Bhd, sebuah syarikat kontraktor yang dilantik oleh PDC pada tahun 2010. PDC dipengerusikan oleh Lim Guan Eng sendiri.

Tidak sampai seminggu selepas insiden bot karam di Belaga di mana bapa Guan Eng, Kit Siang segera menuding jari dan menyalahkan Kerajaan Negeri, Ketua Menteri dan Barisan Nasional, tragedi runtuhan susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang seharusnya menjadikan Lim Guan Eng sebagai sasaran tudingan.

Projek berkenaan memang projek kerajaan pusat tetapi yang mengendalikan projek tersebut adalah kerajaan negeri yang diketuai oleh Lim Guan Eng. Kontraktor yang dilantik adalah kontraktor kerajaan negeri.

Menghalakan kesalahan kepada Kerajaan Pusat bukanlah sesuatu yang wajar dilakukan oleh DAP dan kerajaan negeri Pulau Pinang. Persoalan mengapa DAP dan Lim Guan Eng tidak pernah bertanggungjawab atas segala masalah yang ditimbulkannya bukanlah perkara baru.

Hampir kesemua masalah yang diutarakan membabitkan dirinya akan dialihkan kepada kerajaan pusat. Keserakahan merampas tapak perumahan mampu milik untuk warga marhein di Taman Manggis sebagai contoh, dipersalahkan kepada kerajaan pusat. Kemudian apabila penyelesaian cuba dibuat, Guan Eng berdolak dalih dan kemudian mengumumkan bahawa tapak baru yang katanya lebih luas dan lebih dekat dengan pusat bandar.

Biarpun kemudiannya diketahui bahawa pengumum tersebut adalah penipuan semata-mata namun Guan Eng langsung tidak berasa bersalah dan malu.

Tragedi runtuhnya susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang itu bakal menyaksikan Guan Eng berdrama lagi. Apatah lagi tiada mana-mana pihak dari kalangan UMNO dan Barisan Nasional yang menuding jari kepadanya sepantas yang dilakukan oleh bapanya, Lim Kit Siang.

Yang pasti tekanan akan dilakukan oleh para pecacai DAP dan pemuja tegar Lim Guan Eng untuk menyalahkan Kerajaan Pusat selain memutar belitkan fakta sedia ada.

Ada 6 Comments setakat ini.

  • lidi
    June 8th, 2013 at 12:24 PM

    Tak tau nak ckap mcmana yer?umno ni mmg lembab la..xde langsung nak jawab blk.diam kan aje.suh rakyat sendiri pikir.bila pikir sendri ni la jdnya…dpt jawapan yg x betul.benar kata uz.kazim.undang2 ada tp penguatkuasaan lemah.hancur..sbb ada pemimpin yg lembik

  • Topup
    June 8th, 2013 at 4:58 PM

    cina dah tunjukkan bukti jelas , UBN mau apa lagi….kasi ajarla

  • Mek esah
    June 8th, 2013 at 6:11 PM

    Msia darulruntuh…..2×5 je !!!!!!!!!

  • raplahjingaa
    June 8th, 2013 at 9:11 PM

    Nasib baik hang bukan orang malaysia mek…hehe

  • Topup
    June 8th, 2013 at 10:11 PM

    dah 13 kali pembangkang “runtuh” di kerusi parlimen

  • basar
    June 9th, 2013 at 7:09 AM

    ahli politik BN yamg kalah menjawab bagi pihak yang menang . Seharusnya seminit selepas keluar kenyataan persepsi dan songsang untuk tujuan mengelirukan yang dikeluarkan oleh pembangkang semerta dijawab oleh alhi politik yang terlibat dalam kawasan dan bahagian berkaitan . Dan dalam beberapa jam kemudian disahkan secara rasmi oleh pegawai jabatan berkaitan . Bika ini dilakukan sentiasa , kolum mereka akan memberi tekanan kepada mereka sendiri . BN tiada orang yang bertindak sedemikian . Penjawat kerajaan dan ADUN sedang sibuk mengira projek demi projek . Ahli biasa yang memperjuang dan mempertahankannya

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.