Menu Utama

June, 2013

 

Kerajaan Akan failkan Rayuan Dalam Kes Kugan- Zahid

Pengumuman Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa Kerajaan dan polis akan memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi minggu lepas mengenai kes kamatian seorang suspek kes curi kereta mewah, A. Kugan sangat tepat pada masanya. Sebelum ini ramai yang terkejut dan tertanya-tanya mengenai kenyataan Peguam Negara yang berhati-hati menyatakan belum pasti sama ada akan membuat rayuan atau tidak ke atas keputusan ini. Pada minggu lalu Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V.T Singham memberi pampasan lebih RM800,000 sebagai bayaran ganti rugi kepada N. Indra, susulan kematian anak lelakinya A. KuganBaca Lagi


The Three Stooges: PKR dan PAS Terus Berebut Kuala Besut, DAP Pula Suruh Boikot

Oleh Nor Azlina Shaari Melihat tingkah laku Pas, PKR dan DAP selepas pilihan raya ini tidak ubah seperti menonton cerita lawak hitam putih The Three Stooges. Apabila berlakunya kekosongan kerusi di DUN Kuala Besut selepas kematian penyandangnya, Dr A.Rahman Mokhtar dari BN, Azmin bingkas bangun perjuangkan yang kononnya itu hak PR untuk bertanding dalam PRK. Dalam masa yang sama, Setiausaha Agunf DAP, Lim Guan Eng menyatakan bahawa Pakatan Rakyat sepatutnya memboikot pilihan raya ini (Lihat: http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/newscommentaries/57769-guan-eng-suggests-pas-boycott-kuala-besut-by-election) Azmin yakin PRK nanti akan memberikan kejayaan besar buat PR di Kuala Besut danBaca Lagi


BEROKOut 505


Kit Siang Celik Di Melaka, Tapi Buta Di Pulau Pinang?

Saya tidak pasti sama ada Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Harun, akan tunduk pada permainan DAP yang mahu beliau menutup semula jalanraya di Jonker Walk pada setiap hujung minggu, Sabtu dan Ahad. Lim Kit Siang dan Tony Pua baru-baru ini tidak habis-habis lagi berpolitik dan mempolitikkan pembukaan jalan di Bandar Hilir itu. Tony Pua dalam kenyataan terbarunya mendakwa bahawa kononnya, membuka semula jalanraya di Jonker Walk itu mengancam keselamatan orang ramai. Dia kata, takut nanti ada yang cedera di jalan tersebut. Kit Siang pula sekali lagi mengulangi hujah bahawa tindakanBaca Lagi


PSM Dipinggirkan Walaupun Selalu Agungkan Pemimpin Pakatan

Oleh Nor Azlina Shaari Sekarang ini kecoh bila mana Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr. Nasir Hashim meluahkan perasaan kecewa apabila Pakatan Rakyat (PR) sudah menikam belakang parti itu selepas PRU13. Kata Nasir, beliau dan ahli-ahli PSM merasakan tertipu dengan kenyataan dan janji dari pemimpin tertinggi PR lebih-lebih lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan sentiasa menjaminkan kepentingan PSM dalam arena politik Malaysia. Ternyata, selepas PRU13, nasib PSM terus diketepikan oleh pakatan hinggakan segala usaha PSM selama ini yang sanggup berjuang bersama-sama pakatan langsung tidak dihargai. Sejak dari tahun 1999Baca Lagi


Seribu Kebaikan, Satu Yang Buruk Juga Yang Dibesarkan

TAWAU, 29 Jun — Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar meminta pasukan polis supaya menggunakan pendekatan lebih canggih dalam usahanya mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap pasukan itu. Katanya menggunakan Prosedur Operasi Standard (SOP) semata-mata belum memadai sebaliknya perlu menggunakan semua pendekatan termasuk melalui publisiti media alternatif dan media arus perdana untuk memaklumkan masyarakat mengenai peranan serta kejayaan pasukan itu. “Dedahkan peranan, beritahu tugas polis, bermula sebaik sahaja keluar dari pusat latihan dan kita perlu beritahu bahawa hanya orang yang betul-betul terpilih menganggotai pasukan ini,” katanya ketikaBaca Lagi


PKR Mahu Letak Calon di Kuala Besut

Oleh Nora Azlina Shaari Benarlah tanggapan kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan duduk diam selepas satu persatu agendanya dilancarkan. Sikapnya yang memang maha putar belit setiap kenyataan yang dibuatnya. Buktinya jelas apabila Anwar sendiri gelojoh mengenai isu PRK di Kuala Besut iaitu kekosongan kerusi DUN kawasan itu selepas penyandangnya Dr Abdul Rahman Mokhtar baru sahaja meninggal dunia Rabu lalu. Isu yang selama ini dikendong iaitu SPR tidak telus serta gesaan mahukan Ketua dan Timbalan SPR meletakkan jawatan hilang secara tiba-tiba dek kerana kerakusan beliau untuk menghadapi PRK di negeriBaca Lagi


Azhar Idrus Calon PAS Kuala Besut?

SEJAK kerusi DUN Kuala Besut kosong beberapa hari lepas akibat kematian ADUNYA, Datuk Dr. A Rahman Mokhtar akibat kanser dan komplikasi paru-paru, beberapa nama telah disebut-sebut akan dicalonkan di kawasan tersebut bagi mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil yang bakal diadakan. Antara yang paling mencuri tumpuan sudah tentulah ura-ura penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dicalonkan PAS untuk bertanding disitu.  Kebetulan, UAI adalah anak jati Terengganu, walaupun tidak berasal dari daerah Besut. Tapi yang penting, Besut terletak dalam negeri Terengganu dan Azhar Idrus berasal dari negeri berkenaan. Pencalonan UAI iniBaca Lagi


Mahkamah jatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap pembunuh Dirang

JOHOR BAHRU: Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Muidin Maidin, 27, selepas didapati bersalah membunuh kanak-kanak, Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang. Hakim Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan itu sleepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. Muidin yang berketurunan Sulu, dituduh membunuh kanak-kanak itu di Ladang Kelapa Sawit, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, antara jam 11.30 pagi 1 Mac 2012 hingga 12 tengah malam 2 Mac 2012. Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatoriBaca Lagi


PRU13 : Desak Anwar Undur Dari Arena Politik

Sampai bila kita mahu diperbodohkan dan diperlekehkan oleh Anwar Ibrahim.  Beliau terlalu memandang rendah pemimpin dan rakyat Malaysia. Janji demi janji yang membohongi dan mendustai rakyat terus ditabur oleh Anwar tanpa rasa malu dan keji sedikitpun. Dan beliau sentiasa berpendapat beliau mampu lepas dari apa sahaja janji dan kesalahan dengan memutarbelitkan fakta sewenang-wenangnya.   Penulis terpanggil untuk mengulas isu ini berikutan dengan tindakan Perdana Menteri Australia  Julia Gillard yang menunaikan janji beliau untuk meninggalkan arena politik apabila telah kalah kepada Kevin Rudd sebagai Ketua Parti Buruh. Walaupun beliau bukan beragamaBaca Lagi