|Laman Utama| MyKMU Forum | MyKMU WebTV | MyKMU Mobile Apps | MyKMU Mobile Site | MyKMU RSS Feed| MYKMU E-MEL: mykmunet@gmail.com

Editor: HackerXP | Diterbitkan pada: 10 May 2013| Kategori: RENCANA,SELANGOR | 8 Comments »

Zuraida Tempelak Pas Gila Kuasa Kerana Cuba Rampas kerusi MB dari PKR

Oleh: Zul Rawi

Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin atau terkenal dengan gelaran ‘Mak Lampir’ semalam membidas rakan sekutu mereka Pas dan DAP Selangor yang dikatakan seolah-olah telah gila kuasa dan jawatan kerana dilihat cuba berebut dengan PKR untuk jawatan Menteri Besar Selangor (MB).

“Dengan Pas buat statement, dengan DAP buat statement.. dengan (DR) Rani pula jawab bersedia jadi MB.. apahal dengan dia orang ni.. dah gila kuasa semua ke? Dah gila jawatan ke?” tegasnya ketika dihubungi oleh wartwan salah sebuah portal semalam.

Polemik, siapa yang paling layak untuk mengisi jawatan sebagai MB tercetus apabila keputusan PRU13 menyaksikan DAP dan Pas masing-masing memperolehi 15 kerusi DUN berbanding PKR, 14 kerusi.

Ekoran kelebihan itu, ramai dikalangan pemimpin dan penyokong Pas di Selangor yang mengesa agar jawatan MB, diberikan kepada Pas memandangkan DAP tidak boleh meletakkan calon kerana tidak mempunyai wakil yang menepati kriteria dan syarat yang ditetapkan.

Mengikut perlembangaan Undang-undang tubuh Kerajaan Negeri, seorang Menteri Besar yang dilantik itu perlu berbangsa Melayu dan menganut agama Islam seperti yang tertakluk dalam peruntukkan Fasal Empat Perkara 53.

Zuraida turut menempak rakan sekutunya dari pakatan agar tidak turut campur terhadap isu yang dibangkitkan itu kerana menurutnya jawatan tersebut adalah milik PKR.

“Sedangkan keputusan belum buat lagi, kenapa ada mereka-mereka, sedangkan kerusi ini adalah kerusi Keadilan.. kenapa Pas dan DAP terlampau ghairah sangat nak menamakan diri mereka untuk menjadi MB”

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman sebelum ini ketika diminta mengulaskan berkata bersedia untuk menjadi MB jika diarahkan oleh parti.

“Kerusi (jawatan MB) ini memang Keadilan punya. Jadi kenapa PAS dan DAP sibuk? Tak ada isu nak kata apa-apa, ini Keadilan punya, Keadilan belum buat keputusan, dia orang nak sibuk lebih-lebih” tegas Zuraida lagi.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali pula ketika diminta mengulas mengenai polemik tersebut turut senada dengan Zuraida yang bertegas mahukan jawatan tersebut diberikan kepada PKR. Dia berkata kerusi menteri besar adalah milik PKR yang akan diwakili individu daripada parti itu.

“Tidak ada mana-mana pihak yang boleh mendabik dada dengan kemenangan besar PR di Selangor.

“Kejayaan di Selangor ini adalah hasil muafakat pakatan yang utuh di pelbagai peringkat. Faktor penyumbang kemenangan besar PR di Selangor adalah adalah hasil dasar bersama” tegasnya lagi.

Pas dan DAP sebelum ini dilaporkan telah bersetuju untuk memilih Khalid Ibrahim untuk terus diberikan mandat sebagai MB Selangor. Namun disebabkan wujud banyak bantahan dari kalangan pemimpin-pemimpin PKR, isu tersebut mula merebak sehingga menjadi krisis dalam parti itu.

Menurut sumber, Azmin Ali sebelum ini telah mengetuai PROTES terhadap Khalid kerana dikatakan mengamalkan dasar yang kurang mesra kepada parti PKR. Ekoran itu Azmin dan beberapa penyokongnya juga dikatakan telah mengugut akan meletakkan jawatan dalam parti sekiranya Anwar Ibrahim bertegas mahu melantik Khalid.

Azmin dijadualkan untuk mengadakan sidang media pagi ini bagi menghuraikan pendirian beliau dan penyokong-penyokongnya hari ini.

Ada 8 Comments setakat ini.

  • bujuk
    May 10th, 2013 at 11:04 AM

    hahaha…
    Siapa sebenarnya batu api ni???
    TGHA, Mustafa Ali, dan Khalid Samad kata tak menuntut jawatan MB s’gor. DAP.. sah2 LGE kata sokong KI jadi MB. Dan paling pelik apasal UMNO yg. lebih2.. UBN takda saham dalam PR.

  • Parti Ajaran Syahwat
    May 10th, 2013 at 11:14 AM

    Sapa x kenal mak lampir (calon hantu) ni yg slalu menakutkan rakyat dan mengacau ostad2 PAS.. haha

  • Hadi suhaimi
    May 10th, 2013 at 11:28 AM

    Kauorg semua tak guna… Calon pr bukan nak jadi wakil rakyat? Cuma nak kerusi saja, paling hebat yg diaorg blh buat ceramah politik dan buat himpunan haram sepanjang pengal dan memperbodohkan ahli parti dan penyokongnya.

  • ANTI PAKATAN
    May 10th, 2013 at 12:55 PM

    Haha..mesti la berebut..sebab masing2 ada agenda sendiri..

  • ANTI PAKATAN
    May 10th, 2013 at 12:56 PM

    itu baru selangor..belum putrajaya lagi..

  • anon
    May 10th, 2013 at 6:30 PM

    telah terjadi ni biarlah khalid teruskan (atas background yang dah berpengalaman)cuma pas kena cek & balance jgn puak2 kiasu tu cucuh hidung ikut aje.. biak bertegak sikit vokal tu jgn kasi muka puak2 kiasu tu berlebih2.
    apa pun bn the best.

  • Anak Lenggong
    May 11th, 2013 at 12:22 AM

    Ehh..bujuk dah kuar daripada celah pintu ke..bujuk..PAS memang tak layak dan berkemampuan untuk mentadbir negeri..mereka cuma layak jadi kuli batak pacacai dan budak upahan DAP dan PKR je..pemimpin PAS pula walaupun ada diantara mereka berkelulusan tinggi tapi mereka tak reti untuk mentadbir..cuma yang mereka tau adalah keliling keseluruh pelusok negara untuk buat lawak bodoh serta menabur fitnah dipentas ceramag sahaja sambil menikmati hasil daripada tabung derna..tengok sahaja di T’ganu..dan kedah..henya sepenggal je..kay Kelantan pula asyik dok pacak batu mercu tanda serta upacara pecah tanah untuk sesuatu projek..tapi projek yang dijalankan tak jadi pun..ada TESCO pun, dikata lambang kemajuan..kah kah kah ..punya la berngan nak bawak jawatan MB sehingga lubang kubur tapi nasib baik la sultan tak berkenan..

  • orang ganu
    May 17th, 2013 at 11:42 PM

    berapa agak nya gaji menteri besar ya. orang pas nak rasa jugak.. Dap nak rasa jugak..Rakyat biar lah ..rasa duit Brim itu pun dah disumpah jadi lembu kerbau,ayam itik..

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.