|Laman Utama| MyKMU Forum | MyKMU WebTV | MyKMU Mobile Apps | MyKMU Mobile Site | MyKMU RSS Feed| MYKMU E-MEL: mykmunet@gmail.com

Editor: HackerXP | Diterbitkan pada: 10 May 2013| Kategori: HackerXP,KOLUMNIS,Utama | 18 Comments »

Undi Popular: Kecacatan Mental Anwar Ibrahim dan Kerajaan Kelantan 2004 Haram

Pakatan menang undi popular? Anwar Ibrahim mungkin mengalam cacat mental yang teramat sangat kerana gagal menjadi Perdana Menteri Malaysia. Pakatan tidak bertanding dalam pilihan raya umum ke-13, bagaimana mereka boleh menjadi parti paling popular? Parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya umum kali ini ialah BN, PKR, Pas, DAP, Kita dan Bebas.

Keputusan pilihan raya umum ke 13 menunjukkan BN mendapat 47% undi diikuti oleh PKR 20%, DAP 15.4%, Pas 14.5% dan lain-lain parti. Jadi di mana yang mengatakan Anwar lebih popular dan layak menjai Perdana Menteri? Malah Anwar Ibrahim sendiri mengalami kekurangan majoriti yang jelas di Permatang Pauh.

Tidak wujud undi popular untuk PR melainkan sekadar undi yang diperolehi DAP, PKR dan PAS secara berasingan.

Lagi pun, sistem pilihan raya Malaysia bukannya berasaskan peratusan undi popular sebaliknya ia bersandarkan pilihan pengundi di sesuatu kawasan DUN yang mana jika lebih banyak kerusi DUN atau Parlimen dimenangi sesuatu parti, maka parti itulah yang memerintah negeri atau negara atau kedua-duanya.

Malah Amerika Syarikat sendiri yang menjadi kiblat politik pemimpin PR dalam hal-hal kebebasan bersuara dan demokrasi juga sedemikian kaedahnya di mana George Bush Jr yang gagal memperolehi undi popular tetap berjaya menjadi Presiden Amerika Syarikat.

Jika hujah di atas gagal memuaskan hati penyokong DAP, PKR dan PAS, maka eloklah masing-masing mengimbas kembali keputusan PRU 11 2004 merujuk kepada negeri Kelantan di mana walau pun BN berjaya meraih sejumlah 269, 492 undi di peringkat DUN manakala PAS, PKR dan DAP pula cuma memperolehi 261,402 undi, namun hak pemerintahan Kelantan tetap milik PAS.

Kenapa terjadi demikian rupa? Mudah saja jawapannya, ia disebabkan di peringkat DUN, PAS berjaya menguasai 24 kerusi DUN sementara BN pula hanya menang di 21 kerusi DUN yang lain, ini bermakna PAS tetap berhak memerintah Kelantan disebabkan kelebihan majoriti kerusi DUN.

Walau pun selepas itu yakni pada 2005 BN berjaya menambah satu lagi bilangan kerusi DUN melalui pilihan raya kecil dan undi popularnya bertambah, tapi disebabkan PAS masih memiliki kelebihan kerusi DUN (PAS 23 & BN 22) maka parti berlabel Islam itu kekal sebagai Kerajaan Negeri dan Menteri Besarnya tetap Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Persoalan penting sekarang, adakah selama tempoh 2004 – 2008, BN menjadikan isu undi popular untuk membangkitkan sentimen rakyat seterusnya menggerakkan himpunan atau demonstrasi bagi menumbangkan pemerintahan PAS di Kelantan?

Tentu sekali tidak, kerana polisi BN tetap menghormati keputusan rakyat dan rata-rata pemimpin BN pula bukannya dari jenis provokator seperti Anwar Ibrahim.

Ada 18 Comments setakat ini.

  • bila pahat berbunyi
    May 10th, 2013 at 3:23 PM

    cerita anwar jgn kasi keluar dlm surat khabar.biar senyap.lama lama lenyap

  • ElectroMagneticPulse
    May 10th, 2013 at 3:28 PM

    anwar mungkin bukan bebal.. tapi dia cuba ambil kesempatan atas kurangnya pengetahuan sebilangan rakyat tentang pilihanraya untuk perbodohkan mereka..dan membangkitkan kemarahan mereka dengan mengatakan pilihan raya Malaysia tak adil dan tak telus…

    anwar ingat dia tu sape?… dia ingat dia boleh beli rakyat satu Malaysia pakai air liur? sebarkan kebencian… dah dapat kuasa bukan buat keje..tapi sibuk jelajah protes… last2 sape yg undi kat permatang pauh tenganga…

    aku rase orang muda sekarang ni ramai yg tongong2… p sokong PR..balik kampung, p pangkah PKR..PKR menang, tak buat keje… bukan depa yg rase..tpi mak pak depa yg rase sebab mak pak depa yg duk sane…

    orang macam Anwar ni memang patut tak jadi PM…. bersyukur Malaysia masih dilindungi… PAS harus pertimbang balik dengan persekongkolan dia dgn Anwar dan DAP.. muhasabah diri…

  • norahim
    May 10th, 2013 at 3:33 PM

    Malaysia mengamalkan sistem undi elektoral walaupun jumlah undi popular PR begitu hebat dapat mengatasi BN,tetapi BN tetap memegang Putrajaya. Undi elektoral bersandarkan jumlah kerusi parlemen/dun yang dimenangi bukan jumlah undi yang banyak diperolehi calon tertentu dalam setiap PRU.

  • zizan
    May 10th, 2013 at 3:36 PM

    Akhirnya kita dapat lihat kebodohan puak kiasu ini yang kita sangkakan pandai. Mereka mudah terpedaya dengan si al juburi yang mula2 janjikan PR akan memerintah PRU 13 ini. Selepas gagal,al juburi panggil mereka berhimpun dan bagaikan babi kelaparan mereka keluar berhimpun. Bodoh tahap bangang!

  • zars
    May 10th, 2013 at 3:47 PM

    sokong tuan 100% sume pakat senyap jgn siar apa pasal anwar kat media.

  • anon
    May 10th, 2013 at 4:34 PM

    bidak2 yang tegar itu akan melalut sampai pru14. sampai saatnye nanti sejukle meka2 yang hangat2 taik ayam..
    hello bro pembangkang jangan mimpi le
    keputusan sudah terlaksana.. ape nak jadi hero masuk lokap lagi ke?

  • baba
    May 10th, 2013 at 4:56 PM

    mereka ingat ni presidential election kot….ingat org pilih presiden ke kena ikut undi popular……gila puny pakatan

  • pasBab1
    May 10th, 2013 at 7:04 PM

    BA#$ punya Pengkhianat Rakyat dah kalah buat cara kalah la….sebok nak buat huru hara sana sini…mamposla lu cepat lagi bagus…

  • tony gunawan
    May 10th, 2013 at 7:35 PM

    hahaha kerajaan 47%!

  • Jinkun
    May 10th, 2013 at 8:53 PM

    dah tak ada isu nak spin…last2 undi popular…kalau dah popular sgt baik suruh nuar masuk rajalawak je…nanti bolehlah jadi polpular…kahkahkha…bangang.

  • JinKun
    May 10th, 2013 at 8:58 PM

    gerakkan kempen boikot nuar kat media…semua media arus perdana dan blog….cuma pantau je perkembangan dr media pro pembangkang. lama2 mati kering nuar…kahkahkah

  • syaa
    May 10th, 2013 at 11:46 PM

    ALHAMDULILLAH,mejoriti rakyat malaysia pilih bn dan tolak pakatan haram.di malaysia ni pilih kerusi,bukan pilih popular.bodoh punya pakatan haram.jenis pakatan haram tak btamadun.sudah sudah lah membelit setann.

  • mamu
    May 11th, 2013 at 9:49 AM

    Ada lagi yang benak hati nak faham.

  • pasdaplaknat
    May 11th, 2013 at 10:27 AM

    Ya Syukur pd Allah SWT atas kemenangan ini wpun pasti banyak ujian diterima.
    Sistem elektoral Malaysia sgt unik dan lebih luas demokrasi pemilihan berbanding sistem undi popular.

    Sistem berasaskan parti lebih sesuai di negara ini krn budaya rakyat jika meletakkan sistem undi popular, byk lagilah masalah akan berlaku ketika pilihanraya-rakyat bukan matang sgt.. mcm American..

  • gambus
    May 11th, 2013 at 2:58 PM

    tu laa undi popular pun berapa negeri Pakatan pegang ??? hahahaha

Who Linked To This Post?

  1. Media Shah Alam – BN Kerajaan Minoriti Atau Guan Eng Yang Tak Sedar Diri?
  2. Benang basah Guan Eng, khayalan majoriti dan sudah kalah kalahlah | maibaca
  3. Isu undi popular kecoh di Dewan, LGE tunjuk bebal paling bangsat

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.