|Laman Utama| MyKMU Forum | MyKMU WebTV | MyKMU Mobile Apps | MyKMU Mobile Site | MyKMU RSS Feed| MYKMU E-MEL: mykmunet@gmail.com

Editor: dukeofmontecristo | Diterbitkan pada: 13 May 2013| Kategori: dukeofmontecristo,KEDAH,Utama | 25 Comments »

Bukan Mudah Untuk Memperbaiki Labu Yang Hampir Lunyai Di Kedah…

Rata-ratanya para penyokong BN di negeri Kedah sedang dalam keadaan gembira dan masih lagi meraikan kemenangan merampas negeri itu kembali dari “jajahan” PAS. Masih ramai yang seronok bercerita mengenainya…

Bukan mudah sebenarnya untuk merampas kembali Kedah dari tangan PAS. Tetapi dengan kesungguhan usaha, komitmen yang tinggi, pengorbanan dan mengenang keadaan negeri yang hampir hancur “dikerjakan” PAS, maka atas nama parti, Kedah berjaya ditawan semula.

Saya masih ingat lagi pada tarikh 5 Mei, tepat pada jam 5.00 petang, masing-masing terkebil-kebil di papan “scoreboard” di Tingkat 8, Bangunan Tunku, Alor Setar. Menanti kiraan undi satu persatu dari setiap peti undi di semua DUN dan Parlimen. Memang mendebarkan..

Ketika itu, saya dan rakan-rakan seperjuangan hanya mampu berdoa dan berserah kepada Allah SWT. Seluruh jentera, penyokong dan pemimpin BN sudah bermati-matian berusaha, hanya kuasa Allah SWT saja yang menentukan.

Ditakdirkan Allah, BN kembali merampas Kedah. Alhamdulillah. Kemenangan itu diiringi dengan laungan “Allahu Akhbar” dari mulut saya dan rakan-rakan. Kalimah itu bukan dikhaskan untuk PAS saja, kan?

Kini, saya lihat Menteri Besar Kedah yang baru, Datuk Mukhriz Mahathir adalah manusia paling sebok dan seluruh mata rakyat sedang bertumpu padanya. Dari riak wajah ketika bersalaman dengannya baru-baru ini, saya melihat satu beban yang sangat besar jatuh di atas bahunya…

Memang beliau gembira dan tersenyum, tapi siapa tahu apa yang tersirat dihatinya. Mukhriz menggalas harapan seluruh rakyat Kedah, termasuk para penyokong PAS, yang mahu melihat perubahan besar yang positif di negeri Jelapang Padi itu.

Saya kira Mukhriz sedar tentang negeri Kedah yang hampir punah dijahanamkan puak-puak PAS Kedah selama tempoh 5 tahun. Meskipun cuba diselamatkan dan di “cover” Azizan, puak-puak itu tidak peduli. Azizan sendiri hampir ditumbangkan mereka!

Banyak sangat perkara yang perlu diperbaiki Mukhriz. Selain KUIN yang berhutang sebanyak RM330 juta pada bank, masih ada lagi berbaki hutang yang ditinggalkan PAS Kedah yang berjumlah berbilion ringgit.

Masalah di Kulim Hi-Tech Industrial Park (KHTP), pembaikpulihan alam sekitar akibat kerakusan “rompakan balak”, cubaan resapan fahaman Syi’ah yang makin kuat, pusat-pusat hiburan yang banyak tumbuh di era PAS dan masalah air perlu ditangani beliau.

Selain itu, Mukhriz perlu meningkatkan taraf ekonomi bumiputera di Kedah dan keadaan sosio-ekonomi yang lembap perlu dirancakkan kembali. Sektor pelancongan yang terbiar dan pembasmian rakyat termiskin juga perlu diambil perhatian.

Anak lelaki mantan Perdana Menteri itu juga perlu memikirkan formula untuk mengembalikan zaman kegemilangan skuad “Hijau Kuning” memandangkan orang Kedah memang sukakan bolasepak. Itu sudah pasti.

Bagi golongan muda pula, litar lumba yang diakujanjikan perlu dibina dan peluang pekerjaan perlu dibuka seluas-luasnya di negeri tersebut. Jangan lupa pula fikirkan cara untuk tingkatkan tangga gaji di Kedah yang terlalu rendah diantara RM250-RM750 sebulan yang masih diamalkan…

Itu baru sedikit dan belum lagi dimasukkan secara terperinci senarai akujanji BN pada PRU ke-13 yang lalu. PAS Kedah memang masih “berkabung”, tetapi ada juga yang sudah mula mengingatkan tentang akujanji tersebut.

Pada saya, saya yakin 100% bahawa Mukhriz mampu melaksanakan segala perubahan dan harapan rakyat Kedah itu. Beliau bukan calang-calang pemimpin. Namun berikanlah masa padanya untuk menyempurnakan amanah yang ditanggungnya sekarang sebagai Menteri Besar.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Bukan senang untuk membaik pulih sebuah negeri yang bagaikan labu ditebuk tikus, berlubang di sana sini. Tapi percayalah, BN Kedah mampu menggalas amanah rakyat tersebut. InsyaAllah…

Ada 25 Comments setakat ini.

  • Anonymas
    May 13th, 2013 at 2:44 AM

    Baguih, saya sokong tang ‘naikkan semula Skuad Hijau Kuning’. biaq jadi cam tahun 90an dulu.

    KUIN pun, diharap MB baru akan buat sesuatu untuk pulihkan balik. Naikkan dia jadi full universiti ke? tambah course yang padu sikit?

  • yeop
    May 13th, 2013 at 4:28 AM

    saya yakin yb mukhriz mampu melaksanakan tugasnya. sebagai mb yang baru memegang jawatan, sudah pasti banyak pengalaman yang akan ditempuhinya. berikan masa untuk beliau membaik kelemahan era pas menjajah kedah serta sokongan yang jitu kepada beliau bagi memacu kedah ke arah negeri yang lebih cemerlang. beliau seumpama ds najib menerima jawatan pm dari pak lah dulu, bezanya mate sepit hanya minoriti di kedah, mungkin boleh dilupakan terus tanpa banyak karenah menangani kehendak kaum tersebut..

  • Morsidol hamPAS
    May 13th, 2013 at 6:03 AM

    Haritu ada satu pengomen cadangkan kerajaank pusat bagi peruntukan lebeh kpd Kedah,bina pelabuhan ,besar kan lapanganterbang bkna lebeh banyak kilang dan tarek lbh ramai pelabur, jadi kan kedah HUB pelaburan utara dan tk payah tumpu kan penang lagidan anggap la penang tu dh hilang dari peta malaysia memang tkkan dapat semula dari puak2 laknatullah tu kecuali dgn izin Allah

  • PASpartyNGOK
    May 13th, 2013 at 8:06 AM

    Kini kita tidak lagi boleh bercakap/berfikir macam dulu. Dulu kita cakap cina tak kisah akan hal politik. Mereka tak ambil pusing siapa yang meneraju kerajaan, sesiapa pun ok buat mereka. Apa yang cina mahu hanya negara yang makmor ,aman & tenteram asalkan mereka dapat terus berniaga. Zaman itu DAP terlalu kecik walau pun peneraju nya haiwan yang sama. Dan haiwan itu pun sudah makin tua sekarang, yang pasti nyawa akan dicabut juga bila sampai masa. Ini pasti

    Kini bunyinya sudah berubah sama sekali kerana mereka rasa badan mereka sudah besar, lebih besar dari orang lain. Ini kerana DAP ada haiwan tambahan bersama mereka , haiwan berbangsa melayu.

    Nafsu mereka semakin buas, mereka mahu memerintah.

    Fikir2 lah melayu, jangan tak sedar diri.

  • selendangbiru
    May 13th, 2013 at 8:17 AM

    PAS kena buka mata dan hati tolah dpd memberi sokongan kpd DAP kerana LGE mengatakan kekalah Pakatan di Kedah disebab PAS…fikir2kan.

  • Cik Baling
    May 13th, 2013 at 9:00 AM

    Kita boleh buat Penang hilang … Tu hak Kedah, kita boleh ambik balek … Buat Langkawi airport antarabangsa … Bukan p.pinang, lagi pun pelancong dunia lagi ramai suka ke Langkawi.. Tengok saja masa LIMA … Seriously buat 2 ni dulu …
    1) Ambik balek P.Pinang jadi kan hak mutlak Negeri Kedah
    2) naik taraf Langkawi sebagai International airport

    Major way to balas budi Bumiputera UMNO !

  • pasdaplaknat
    May 13th, 2013 at 9:04 AM

    Mukhriz kena bijak hadapi cabaran baru dbg MB. Zaman ini bukan zaman spt ayahndanya dulu org Melayu kukuh pd perpaduan dan Cina tk khianat.

    Pulaung Pinang adalah jiran Kedah. Pengaruh Cina-DAP dan penguasaan mereka boleh mengancam Kedah.

    Justeru, pembangunan GILA2 Kedah perlu dihentikan. Pembangunan yg berteraskan KEMAMPUAN Melayu Kedah mesti diletak sbg teras.

    Jgn ada yg ckp aku jumud, krn hal inilah Cina jd RAKSASA yg berani baham UMNO skg.. krn PEMBANGUNAN!

    Bina rumah kedai tnpa fikir keperluan, main lulus je.

    Projek ZIPPY bagus..tp model bagaimanakah UMNO nk laksanakan? Azizan PAS dulu ada baiknya juga. Dia tk mahu tanah adat Melayu di wilayan YAN, yg kaya subur dgn sawah padi di RAMPAS cina bila projek HUB HIDROKARBON dilakukan di atas tanah besar.

    Jadi SULLIH dicdgkan (wpun xjadi tp ideanya utk elak tanah Melayu jatuh ke tgn org luar), yg menambak tanah laut. Sekurang2nya meminimumkan pengambilan tanah

    Pegambilan tanah inilah yg sntiasa jd BARAH kpd org Melayu.. atas nama PEMBANGUNAN..dn inilah ‘rezeki’ buat Cina Harbi.. pemimpin UMNO buat2 tk nampak.. selagi Cina xbuat khianat, selagi itulah pemimpin UMNO terus pakai definisi PEMBANGUNAN yg mengorbankan tanah2 Rezab Melayu.

  • pasdaplaknat
    May 13th, 2013 at 9:12 AM

    Kedah perlu dimajukan sektor PERTANIAN MODEN.. bukan ubah negeri ini jd INDUSTRI.

    KHTP sudah cukup untuk jdkan HUB INDUSTRI MODEN. KHTP boleh menggugat Zon Industri Bebas Bayan Lepas Pulau Pinag jika Krjn Kedah bijak perkenalkan strategi dan insentif.. Krn DAP penang byk bergantung ekonomi pd Zon Indistri ini yg semakin ‘tepu’ krn kekurangan tanah dan mungkin juga pelabor akan ‘lari’ krn dasar negeri tidak selari dgn krjn persekutuan (BN)

    Manakalah bahagian tengah dan utara KEDAH mesti kekal sbg zon pertanian moden. Bukit Kayu Hitam asalnya ladang getah..tp syg sekali zaman UMNO jg telah korbankan jd HUB industri. Yg buka kilang siapa? sekerat dua shj dr luar negara..selebihnya taukeh2 Cina.

    KUIN adalah projek pendidikan UMNO yg sgt berjaya..suatu masa dulu. Tp dirosakkan oleh pentadbiran PAS. Pembinaan kampus Kuala Ketil yg luar dr perancangan asal, hutang besar dgn kadar faedah, lokasi yg tidak strategik, layout campus yg kelihatan cantik tp tidak mencerminkan keperluan KUIN sbg institusi pengajian Islam.

    Kursus2 yg tidak sesuai mesti dimansuhkan, yg lari dr matlamat penubuhan KUIN..banyak kos pengurusan KUIN dimanipulasikan melalui INSAN HOLDING dan INSAN MAYA.

  • pasdaplaknat
    May 13th, 2013 at 9:18 AM

    Penasihat kpd MB Mukriz kena org yg betul2 faham budaya rakyat Jelapang PAdi ini. PRU14 hanya 4-5 tahun lagi.

    Org Melayu Kedah tk kira apa parti cukup terikat dn terpesona dgn institusi Islam. PAS ditolak krn dilihat menghambakan diri pd DAP-Cina, kemasukan pusat2 hiburan yg melampaui2. Rumah2 kos tinggi diluluskan..sedangkan rakyat Kedah tkmampu beli.. harga rumah melambung tinggi, manipulasi pemaju Cina.

    Projek merobohkan Madrasah Salihiyah juga menjadi BARAH dan balasan Tuhan mungkin pd PAS.

    Madrasah itu dikhianati.. ini bukan perkara kecil. Kita tidak mahu kaitkan nasib Ust Azizan skrg dgn tindakannya dlu. tp ingtlah sesiapa yg angkuh dgn Tuhan pasti akan terima sesuatu yg berat.

    Mukriz kena belajar banyak hal ehwal Kedah.. jgn tergilakan pembangunan akhirnya tersungkur..

  • Moohyideeeeen
    May 13th, 2013 at 9:19 AM

    La…labu yang lunyai???

    Tak silap aku, negeri kedah sekarang tak menaglami defisist. KUIN ni kena semak balik, tanggung jawab siapa, tengok agreement nya balik.

  • pasdaplaknat
    May 13th, 2013 at 9:27 AM

    Rakyat Kedah bukannya kebulur tk makan..insya Allah semuanya hidup dgn pemberian rezeki Allah.. Demonstrasi Baling oleh Anwar konon ada yg mati kebuluran tahun 1970-an dulu adalah penipuan! Tiada yg kebulur di bumi rahmat ini melainkan semakin kenyang dan tamak..

    Rakyat Kedah mahukan pemimpin yg boleh jamin masa depan anak bangsa Kedah, Kesultanan Kedah dan sejarah merong mahawangsa melambangkan negeri ini ada keistimewaan tersendiri.. Kesultanan tertua dlm dlm dunia sehinggi kini.

    Pulau Langkawi-aset pelancongan terbesar tk ternilai Kedah, tp syg jugak.. zaman tun M Pulau ini dimajukan terlalu drastik sehingga merosakkan natural-beauty, kemasukan budaya asing-arak dan hiburan, merosakkan masa depan anak3 Melayu Langkawi, Cina Tongsan dr luar berebut2 masuk beli banyak2 tanah di Langkawi.. PAS baru perintah sepenggal.. belum berubah apa2 di langkawi..

    apakah UMNO sedar kesilapan lalu? hukuman Allah pasti berlaku jika tidak mahu berubah. Jgn PRU14 rakyat Kedah membuat tsunami sekali lagi.. PRU13 BN hanya menang simple majority.. mesti mau ingat..

  • pasdaplaknat
    May 13th, 2013 at 9:28 AM

    KEDAH defisit teruk la LembuMoo.. ko mana tau asyik berkubang dlm kandang jer!

  • sungai_siput
    May 13th, 2013 at 9:39 AM

    berbillion hutang kedah di buat oleh bila PAS perintah 5 tahun yg lepais

    aku dah tengok report dia mooh, zalim sungguh PAS buat lagu tu pada rakyat kedah

  • Hamba Ar Rahman
    May 13th, 2013 at 11:13 AM

    Sebelum nak buat macam tu…kena cairkan dulu markas2 PAS dan PKR…jangan bagi depa bermaharajalela dan meracun rakyat Kedah…bukan apa…penat2 BN buat dan kerja keras…puak2 depa nanti senang2 take the credit…aku sebagai rakyat Selangor naik berbulu dengan PR yang senang2 amik Selangor bila dah maju…lepas tu mengaku depa yg naikkan Selangor…apa nya pembaharuan yg depa buat…semenjak dari 5hb Mei sampah kat satu tempat kat Subang Jaya ni tak berangkut….sampah di depan deret rumah kedai…dan juga belakang kedai…busuk dan semak mata aku tengok….

  • Hamba Ar Rahman
    May 13th, 2013 at 1:35 PM

    Menyalahkan pihak lain??…biasalah bro…itu satu2 nya yg depa pandai…nak baiki memang tak reti laa….so, paling mudah…tuding jari pada orang lain….

  • MelayuSelamanya
    May 13th, 2013 at 1:35 PM

    Amat2 setuju sekiranya Kedah dibangunkan & ganti Penang yg sampai kiamat dipegang oleh bangsa yg x kenang budi!!
    KUIN boleh dibangunkan asalkan takdaq sisa peninggalan kerajaan negeri yg lepas. Hapuskan jugak aktiviti menggunakan pelajar2 tahfiz dr Pusat Tahfiz Amal yg dikerah meminta sedekah di sekitar KL, S’gor. Sila ke http://www.mazidulakmal.com/ utk maklumat lanjut. Allahuakbar.

  • noerlestar
    May 13th, 2013 at 5:33 PM

    la.. semua dah sujud syukur lom . amin . tuhan tak perkenankan doa nik aziz .

  • sam
    May 13th, 2013 at 5:52 PM

    Tgok org Kedah cerdik Ugama tinggi ingin kejayaan di dunia dan di Akhirat tak macam org selangor, kelate dgn P.Pinang..bagi kekayaan pada DAP..

  • sam
    May 13th, 2013 at 6:03 PM

    Harap Dato Mukhriz tgok2 kilang di KHTP yg mana pihak pengurusan adalah di monopoli oleh cina DAP dari P.Pinang menghalang org2 melayu Kedah untuk naik..

  • pasdaplaknat
    May 13th, 2013 at 9:20 PM

    Insya Allah MB Mukriz salah satu agenda besarnya ialah memulihkan KHTP, KHTP akan menjadi ancaman besar kpd krjn Rejim DAP Pulau Pinang.. inilah peluang kerajaan Kedah-UMNO utk ajar keangkuhan DAP.. gergasi Multinasional seperti INTEL Group sudah bertapak dan memindahkan sebahagian operasi mereka dr Bayan Lepas ke KULIM.

    Doakan semoga MB Mukriz berjaya memajukan Kedah pd tahap terbaik mengikut acuan budaya negeri ini. Insya Allah

  • pasdaplaknat
    May 13th, 2013 at 9:22 PM

    MAHPOSS Bean sudh berjaya naiki TAKHTA PAS di Kedah.. jd pesuruhjaya tu.. hehehe.. abis lah PAS Kedah..

  • brother_borak
    May 14th, 2013 at 12:54 AM

    Ambik balik PP yang ada ramai pengundi pemakan babi??? Ini bukan strategy yang baik. Apa yang perlu kita lakukan ialah mendaftar pemilih secara senyap-senyap dkalangan Melayu.

  • Ygbaik2
    May 14th, 2013 at 6:03 PM

    sangat setuju dengan pandangan tuan. elakkan PEMBANGUNAN yang menghancurkan Melayu Islam.UMNO mesti buang perangai ‘buat-buat tak nampak’ bila ada kepentingan diri dan parti. Kalau masih buat perangai lama, tunggulah satu hari nanti akan terima natijahnya.Yang risaunya orang politik kadang2 tak pikir macam rakyat biasa macam kita.

  • raplahjingaa
    May 15th, 2013 at 1:36 AM

    Cik Baling…err..errr Langkawi airport dah jadi international airport sejak tahun 90 an lagi.

  • tebuan
    May 21st, 2013 at 1:24 PM

    BN lunyai sedikit demi sedikit … kaya utk kroni sahaja tunggu lah PRU akan datang tinggal bangkai …

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.