|Laman Utama| MyKMU Forum | MyKMU WebTV | MyKMU Mobile Apps | MyKMU Mobile Site | MyKMU RSS Feed| MYKMU E-MEL: mykmunet@gmail.com

Editor: Hero Tua | Diterbitkan pada: 12 May 2013| Kategori: RENCANA,Utama | 11 Comments »

Bila Kata PERPADUAN KAUM, Mata Mesti Tuju Kepada Melayu

Apabila negara dalam rangka untuk merdeka dan aktiviti pra-kemerdekaan giat dijalankan sekitar 1955 iaitu menerusi PRU pertama, laungan tentang perpaduan kaum dihalakan kepada orang Melayu. Orang Melayu seringkali diperingatkan bahawa perpaduan kaumlah yang akan membolehkan negara ini berada dalam keadaan aman dan sejahtera. Perpaduan kaum jugalah yang dikatakan dapat memastikan negara ini dalam keadaan merdeka, sentosa dan menjadi sebuah negara yang selesa didiami atau berhabitat.

Orang Melayu yang sudah pun memberikan ruang dan dipaksa menerima kehadiran bukan Melayu sebagai warga negara ini secara PERCUMA, MUDAH dan PANTAS, seringkali diperingatkan bahawa merekalah yang menjadi kunci perpaduan di negara ini.

Dan orang Melayu dari dahulu sehinggalah sekarang, tidak sedikit pun membantah dengan apa yang disuruh kepada mereka. Mereka sentiasa akur. Mereka sentiasa berfikiran positif dan mereka juga sentiasa berfikiran terbuka dengan apa yang disogokkan kepada mereka.

Budaya Melayu sendiri adalah lebih mempercayai orang lain daripada kaum sendiri. Lebih menyanjung tinggi orang luar berbanding anggota dalam persekitaran Melayu. Sentiasa berasakan kaum lain lebih pandai, lebih rajin dan lebih kreatif berbanding Melayu itu sendiri. Malah sentiasa berasakan Melayu itu kecil, muda dan sangat rapuh.

Gambaran bahawa Melayu itu pemalas, Melayu itu lemah, Melayu itu tamak, Melayu itu gila nafsu dan serba serbi gambaran negatif tentang Melayu, diterima bulat-bulat. Dan tidak cukup dengan itu, anak cucu juga telah diajar agar sentiasa percaya bahawa Melayu itu lemah, tersangat rapuh dan terpaksa bergantung kepada orang lain, terutama sekali generasi imigran yang telah diberikan kewarganegaraan dan hak-hak yang sama dengan Melayu sekalipun mereka tidak pernah wujud ketika negara ini dalam kesukaran penjajahan semenjak tahun 1511.

Tahun 1964, orang Melayu tersentak apabila mendapat tahu, saudara mara mereka di Singapura telah dihalau sehelai sepinggang dari kampung masing-masing. Kampung-kampung Melayu telah dirampas dan dimusnahkan. Orang Melayu Singapura beramai-ramai menyeberangi Tambak dan mengambil keputusan untuk berpindah ke negara ini buat selama-lamanya. Saki-baki Melayu yang masih tinggal di Singapura, masih beranggapan, nasib mereka akan lebih baik pada masa hadapan biarpun mereka juga semakin sedar bahawa mereka telah dihimpit oleh pembaharuan yang mereka angan-angankan.

Pada ketika itu, berita-berita yang dilaporkan tidaklah menyeluruh dan tidak sepantas seperti sekarang. Lebih ramai yang tidak tahu daripada tahu memandangkan sejumlah besar Melayu pada waktu itu masih BUTA HURUF. Memiliki radio dan televisyen juga dianggap sebagai satu kemewahan yang tidak diperlukan oleh majoriti Melayu yang hidup mereka adalah beresmikan ayam, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Tahun 1969, kempen-kempen membenci Bumiputera, Melayu dan Islam telah berjalan dengan lancar oleh puak yang diketuai oleh Lim Kit Siang. Warisan Lee Kuan Yew yang melaung-laungkan Malaysia Malaysian hanya untuk memastikan orang Melayu yang menjadi warga majoriti di Malaysia tidak merampas harta kekayaan orang Cina serta kek ekonomi negara ini tidak dikongsi oleh orang Melayu yang masih selesa dengan pertanian serta hidup sukar, mula meninggalkan kesan.

Keputusan PRU3 pada 10 Mei 1969 memberikan kemenangan besar kepada DAP dan sekutu-sekutunya yang bertanding di kerusi-kerusi Bandaran. Kemenangan tersebut telah membuatkan DAP menjadi bongkak. Para pengikut mereka tidak dapat lagi menyembunyikan kebencian yang telah ditanam oleh ahli-ahli politik chauvinist sehingga mula menyerang, membunuh dan cuba menghalau Melayu dari kawasan bandar.

13 Mei 1969, tercetuslah pertempuran yang lebih hebat apabila orang Melayu mula bertindak balas. Senja 13 Mei 1969, pihak berkuasa akhirnya berjaya mengamankan keadaan selepas puak-puak DAP dan chauvinist yang melihat kesan bahaya daripada perbuatan mereka akan menyebabkan sebahagian besar daripada mereka kehilangan hak kewarganegaraan, meminta perdamaian.

Dan sekali lagi Melayu digula-gulakan dengan perpaduan kaum dan diminta bertoleransi. Mujurlah orang Melayu rata-ratanya beragama Islam, sekalipun sebahagian besarnya juga kurang mengamalkan ajaran Islam. Melayu mengalah dan kembali kepada kehendak agar menjarakkan polarisasi kaum.

Dari semasa ke semasa, Melayu yang tidak menimbulkan masalah, malah Melayu yang terbuka fikiran dan sikapnya, sentiasa diperingatkan tentang perpaduan kaum dan tolak ansur. Sedangkan di pihak bukan Melayu pula, lain pula ceritanya.

PRU13 adalah kemuncak daripada segala PRU yang pernah dilalui oleh Malaysia. Ternyata tolak ansur dan sikap berdiam diri orang Melayu, telah dipandang mudah oleh puak-puak berkenaan. Ditokok tambah pula dengan sikap sebahagian Melayu moden yang berasakan mereka sudah selamat di dalam negara sendiri dan konon-kononnya mahukan pembaharuan, menyebabkan puak-puak yang mencetuskan tragedi berdarah 13 Mei 1969, kembali berkokok.

Sekali lagi kedengaran tentang PERPADUAN KAUM. Dan sekali lagi juga Melayu serta Bumiputera diperingatkan tentang PERPADUAN KAUM.

Persoalannya, mengapa hanya Melayu yang tergila-gilakan perpaduan kaum? Sedangkan di pihak lain, langsung tidak mengambil kira sensitiviti Melayu dan perpaduan kaum. Bahkan mereka seperti kaum gasar yang bercita-cita untuk menakluk dan menjadikan Melayu serta Bumiputera di negara ini sebagai hamba sahaya terutama apabila dibantu oleh segolongan Melayu yang berhati yahudi.

Mengapa hanya Melayu? Tidak cukupkah dengan pengorbanan yang telah dibuat oleh Melayu selama ini? Tidak cukupkah dengan penerimaan Melayu terhadap kaum imigran di negara ini sehingga akhirnya mereka yang kelihatan menjadi tuan dan menguasai segala-galanya?

Sampai bila Melayu akan terus diperlembukan dengan PERPADUAN KAUM?

Ada 11 Comments setakat ini.

  • baba
    May 12th, 2013 at 1:30 AM

    saya nampak melayu sekarang menjadi mangsa di negara sendiri dan terpaksa bergantung kepada bukan melayu kerana tiada perpaduan sesama melayu. kalau melayu itu satu, nescaya bukan melayu akan “menyembah” orang melayu.

  • raplahjingaa
    May 12th, 2013 at 2:13 AM

    PRU 13…UMNO memenangi kerusi parlimen yang paling banyak, bergantung pada bukan melayu, is not the words, just illusion cai pembangkang, sebab apa ? sebab depa daj jadi pembangkang !!

    biasa la depa tengah angin satu badan..orang tengah angin, mak bapak pun depa sanggup jual. hehe

  • Pak Ulong
    May 12th, 2013 at 3:08 AM

    Kita tidak seharusnya meyalahkan sesiapa selain menyalahkan diri kita sendiri. Sifat dengki, khianat dan busuk hati bergitu mendalam dalam diri kita.Lim Kit Siang berbangsa cina sudah tentu dia akan lakukan apa saja demi bangsa nya. Kita sesama kita hanya tahu bersengketa. UMNO dengan keegoaan pemimpin, PAS dengan dendam kesumat dan PKR yang entah apa yang dicari. Persengketaan pucuk pimpinan membawa perpecahan pada melayu. Orang cina juga berpecah namun bila mana bangsa mereka ditindas atau sesuatu perkara yang kerajaan lakukan akan memudaratkan bangsa mereka, mereka bersatu tanpa mengira parti mana yang mereka ikut. Orang melayu tidak, malah antara sesama melayu akan menyalahkan satu dengan yang lain. Contoh yang paling ketara tentang pergunaan kalimah ALLAH. Orang cina bilamana mereka melihat orang melayu tidak bersatu maka mereka akan mengambil kesempatan. Tengok sahaja keputusan PRU, mereka bersatu dengan memberi kemenangan kepada DAP hampir 100%. MCA dan GERAKAN sangup kehilangan kuasa semata mata ubtuk memberi kekuatan pada DAP yang mana mereka merasakan bahawa DAP saja yang boleh memperkudakan orang melayu bilaman PR memerintah. Bagi mereka selagi BN yang ditunjangi oleh UMNO perintah, mereka masih menjadi pak turut walaupun memegang jawatan menteri. Mereka telah berjaya melakukannya di Selangor dan seketika di Perak. Orang cina ini memang bijak dalam semua hal. Yang bodohnya orang melayu.

  • Morsidol hamPAS
    May 12th, 2013 at 10:01 AM

    PKR kita tolak tepi la sbb perjuangan mereka sememang nya tiada hala tuju ,tapi yg paling aku hairan kenapa PAS susah sangat nak bergabung dgn UMNO sedangkan mereka kata perjuang kan Islam dan Islam itu sendiri menyeru umat nya bersatu

  • tubir
    May 12th, 2013 at 10:12 AM

    Adakah cina dimalaysia ditindas?Adakah Kerajaan Malaysia atau UMNO membunuh orang cina setiap hari macam kat burma?Tak ada pun ……apa yang terjadi ialah orang orang cina ni tamak dan penipu itulah yang dapat disimpulkan.Selama ini orang melayu hanya curiga….akan tetapi Allah itu maha kaya diperlihatkanya niat yang selama ini tersimpan dan disembunyikan oleh kepuraan merikasemua .Tidak keterlaluan jika dikatakan pemimpin dan ahli MCA sendiri memangkah PR didalam PRU13 yang lalu …..

  • tubir
    May 12th, 2013 at 11:30 AM

    Penyokong Pas tidak akan berubah sebab merika mengangap PAS itu adalah satu mazahab didalam ISLAM…..Dan nik aziz adalah setaraf dengan Nabi…….begitulah taksubnya orang orang pas.Jika tiada dinyatakan dengan jelas nabi Muhamad itu nabi dan rasul akhir…maka orang orang pas akan megatakan nik Aziz itu adalah rasul dan nabi merika …….

  • Hamba Ar Rahman
    May 12th, 2013 at 2:41 PM

    dalam situasi seperti ini aku memberikan kredit yang tinggi kepada masyarakat Kelantan..melayu Kelantan sangat kuat penyatuannya dan rata2 di kelantan…ekonomi dipegang oleh melayu…mungkin pemimpin kita perlu mengambil rakyat2 Kelantan yg berdaya saing ini dan menjadikan mereka mentor dalam perniagaan dan sebagainya…tetapi harus berhati2…kerajaan perlu memilih orang2 yg neutral dan bukannya dari kalangan pembangkang yg akhirnya kan merosakkan agenda ini….

  • Hamba Ar Rahman
    May 12th, 2013 at 2:51 PM

    Bagi aku…pengikut PAS ini adalah ibarat anjing yg sangat setia kepada tuannya….anjing memang makhluk yg setia….kita hampir tidak pernah mendengar anjing makan tuan atau membaham tuan mereka…kalau ada pun sangat jarang….jadi untuk menjinakkan ahli2 dan penyokong PAS…tuannya perlu memberi arahan yg betul….sekiranya TGNA dan TGHA bersuara…dan menarik semula amanat Hadi…atau TGNA sanggup melupakan sengketa lama dan bermaaf maafan…bukan dengan niat mahu meludah….sudah tentu penyokong2 mereka akan turut serta….sedangkan nabi ampunkan ummat dan menerima seorang kafir yg bersyahadah…mengapa kita yg sesama Islam tidak dapat menerima seorang Islam yg lain hanya kerana tidak dapat mendidik hati yg telah tercemar dengan sifat mazmumah….ingatlah…syurga itu tempat yg terlalu suci….biarlah setinggi mana pun ilmu agama dan gelaran agama diberikan…itu bukan penentu mutlak bahawa kita akan ditempatkan di sana…jangan kelirukan ummah…jika kononnya berjuang atas landasan Al Quran dan hadis…buktikan…ambil kesemuanya….jangan diputar belitkan ayat2 Al Quran dan diambil separa2 sahaja untuk keperluan parti sendiri….pengikut akan bertambah keliru dan negara akan tambah celaru…

  • Hamba Ar Rahman
    May 12th, 2013 at 2:52 PM

    Tambah sikit lagi…Bujuk jangan nak marah….dulu hang sendiri mengaku hang sanggup jd anjing PAS….

  • akmal
    May 12th, 2013 at 6:08 PM

    mcm mat taib cakap sekarang dia dah sedar tu sebab dia masuk pas.tak kembali ke islam sebenar tapi masuk pas .mcm pas tu islam dan islam tu pas .penganut 2 pas yg fanatik dah mula ajar ajar anak anak meraka kata nya klu sokong bn masuk neraka lalu anak anak mereka sampai kan dakyah mereka.makcik kat aku pun kata siapa undi bn masuk neraka.ni lah pemimpin pas ajarkan kepada pengikut 2 nya.pemimpin pas kau nanti bertanggung jawab diatas semua yg kau ajar kan .

  • bajak
    May 14th, 2013 at 11:48 PM

    bujuk bukan anjing pas..dia dah sememangnya anjing kacuk babi..

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.