|Laman Utama| MyKMU Forum | MyKMU WebTV | MyKMU Mobile Apps | MyKMU Mobile Site | MyKMU RSS Feed| MYKMU E-MEL: mykmunet@gmail.com

Editor: KuntaKinte Malaysia | Diterbitkan pada: 12 May 2013| Kategori: Utama | 11 Comments »

Azmin Ali Belasah Syed Husin Ali Pula

Oleh Zul Rawi

Azmin (KMU)Seperti ada yang masih dipendamkan, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali akhirnya sekali lagi melepaskan kemarahannya. Sekiranya sebelum ‘amukan’ lebih tertumpu kepada Wan Azizih selaku Presiden parti, kini bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Syed Husin Ali turut menerima yang sama apabila mengkritik Azmin secara terbuka melalui laman sosialnya.

Syed Husin melalui twitternya semalam mengkritik Azmin yang dikatakan telah tersilap langkah kerana mengunakan media untuk membuka pekung dalaman parti.

“Sayang, mungkin Azmin tersilap langkah. Tindakan serta knyataannya menjejas kewibawaan dan kredibiliti. Kenapa ke media? Tentulah Umno menari gembira” tegasnya.

Mungkin kerana berang dengan tindakan Syed Husin itu, Azmin akhirnya membidas kembali dengan mengatakan Ahli Dewan Negara itu tahu situasi sebenar yang sedang berlaku. Menurut Azmin lagi, bekas Presiden PRM itu pernah menyerang Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim apabila kaum kerabat dan saudara maranya dipinggirkan suatu ketika dahulu.

“Saudara tahu apa yang berlaku. Saudara juga hantar tweet serang Anwar kerana kerabat saudara tidak terpilih” bidas Azmin melalui akaun rasmi twitternya.

Ahli Parlimen Gombak itu turut meminta agar Syed Husin berhenti dari terus berpura-pura, kerana dikatakan ‘double standard’.

“Hentikan amalan kepura-puraan. Bila kena batang hidung sendiri, semua boleh. Kalau kena orang lain, soal kredibiliti. Tuntas!” bidas Azmin lagi.

Bagi menarik simpati para pencacai PKR yang dikatakan tidak senang dengan tindakan Azmin itu, dia dilihat cuba mengunakan Anwar yang dikatakan menyokong tindakannya. Ini kerana umum mengetahui pengaruh Azmin di dalam PKR hanya kepada para pimpinan cabang semata-mata berbanding Azizah yang mendapat dokongan penuh dari para pencacai yang masih terkesan dengan pengaruh simpati terhadapnya.

Merujuk kepada kenyataan Anwar yang diminta mengulas mengenai isu perebutan jawatan Menteri Besar Selangor itu, dia dilihat cuba bermain politik dengan menyokong tindakan Azmin yang ‘menyerang’ isterinya. Sedangkan sebelum ini dia telah akur dengan kehendak Azizah untuk memilih Khalid sebagai calon MB di Selangor.

“Saya tak ada masalah Tan Sri Khalid. Tapi masalahnya … bukan masalah tapi perlu satu perbincangan. Apakah ada calon lain, kemuka nama lain, nak teruskan?” kata Anwar semalam.

Pergelutan jawatan tersebut telah mencetuskan “perang” di dalam PKR apabila Azmin secara terbuka menuduh parti itu mengamalkan “nepotisma”. Menurut Azmin, proses memilih Khalid telah dilakukan tanpa melalui proses rundingan.

Disebabkan tidak berpuas hati dengan tindakan Azizah yang membelakangkan keputusan parti, Azmin yang turut bersaing untuk jawatan tersebut telah mengugut akan meninggalkan PKR bersama beberapa orang ahli parlimen PKR yang menyokongnya.

Kesimpulannya, parti ‘anak-beranak’ ini sedang berada di ambang perpecahan dan sekiranya gagal ditanggani, Anwar bakal menyaksikan parti yang mengunakan simbol ‘mata lebam’ ini runtuh dan hilangan sokongan rakyat. Masakan tidak, satu puak diketui oleh isteri tercinta manakala satu lagi puak diketui oleh ‘anak emasnya’ dan masing-masing mempunyai kunci mengenai salah lakunya.

Sekiranya masing-masing bertindak mendedahkan apa yang mereka tahu kepada umum, bakal menyaksikan Anwar tersungkur rebah ditelan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri.

Ada 11 Comments setakat ini.

  • suhaimi
    May 12th, 2013 at 5:56 AM

    tiada lagi jalan pulang…PKR, PAS, DAP akan hadapi masalah masalah yg kamu ciptakan sendiri.

  • Morsidol hamPAS
    May 12th, 2013 at 9:07 AM

    Syukur Alhamdulillah….kebenaran telah nampak sedikit demi sedikit…dia melalak siang malam kata BN dan SPR penipu hakikat sebenar nya mereka lah BAPAK segala penipu

  • tengkudin
    May 12th, 2013 at 9:55 AM

    hahaha…….gaduh!! lagi gaduh!! hahahah..

    nasib baik la BN memerintah lagi..kalau tak…mau jadi cam ni..hehehehe

  • raplahjingaa
    May 12th, 2013 at 9:59 PM

    oiii…husin botak, tak ada apa hal UMNO nak menari gembira atas kebodohan hangpa.

    Banyak kerja lain yang jauh lebih berfaedah untuk agama dan bangsa yang harus di bereskan…hangpa nak gaduh, lantak la kat hangpa.

  • Hadi Suhaimi
    May 12th, 2013 at 10:21 PM

    Pkr memang parti dajal, Allah maha mengatahwi dan menunjukan pada kita semua , lihat lah pada lambang parti pkr , mata satu adalah lambang dajal, di seluruh dunia pemuja dajal mengunakan lambang mata satu. Sila lihat youtube..

  • raplahjingaa
    May 12th, 2013 at 10:39 PM

    Tu puak neo illuminati, abang sikit kepada freemason yang dah lama bertapak di negara ni.

  • syaa
    May 12th, 2013 at 11:28 PM

    ramai juga penyokong dajal kat malaysia ni.cilako dajal.tidak ada kata kata baik untuk dajal.cilako kau dajal.

  • Anonymas
    May 13th, 2013 at 2:40 AM

    lol Syed Husin Ali libatkan UMNO jugak. Gaduh sama sendiri tapi lebih takut imej tercalar oleh UMNO, dan taknak mengaku salah. UMNO ni bogeyman bagi geng-geng depa ni, tapi depa harus sedaq yang ‘bogeyman’ sebenar ialah geng Anwarinas yang sanggup makan kawan kiri kanan semata-mata untuk kuasa…

  • Piaaes
    May 13th, 2013 at 11:42 AM

    Bodoh punya artikel. Sama bodoh dgn pengkomen2 di atas.

  • Anonymas
    May 13th, 2013 at 12:33 PM

    Bodoh apa bro, ko tengok sendiri ar twitter Azmin ali dan Syed Husin Ali.

    Kalau ko kata artikel ni bodoh maka secara tak langsung ko jugak membodohkan Azmin dan Syed Husin!

  • Semangat Dato' Harun
    May 13th, 2013 at 1:06 PM

    Hari tu Azmin wat lah makan2 kt rumah dia, tup2 yg dtg tu banyak org UMNO termasuk calon BN Gombak Dr Raman…siap gelak ketawa sakan mcm satu parti je mereka….kalo cina Dap nampak mesti sakit hati terjun lombong….

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.