|Laman Utama| MyKMU Forum | MyKMU WebTV | MyKMU Mobile Apps | MyKMU Mobile Site | MyKMU RSS Feed| MYKMU E-MEL: mykmunet@gmail.com

Editor: KuntaKinte Malaysia | Diterbitkan pada: 12 May 2013| Kategori: Utama | 9 Comments »

Anwar Guna Red Beans Army Untuk Wujudkan Keraguan Terhadap PRU 13

Oleh Zul Rawi

Kecoh di ruang siber kononnya berlaku blackout di kawasan Parlimen Bentong semasa pengiraan undi pada pilihanraya umum ke-13 (PRU13) yang berlangsung Ahad lepas. Kononnya, pada malam pengiraan undi, pada mulanya Wong Tack dari DAP telah mendahului calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Liow Tiong Lai, tetapi setelah pengiraan semula dibuat, Liow menang dengan majoriti undi sebanyak 300.

Kerana tidak puas hati, pada malam itu juga, tersebar secara meluas di laman sosial, antaranya Facebook dan Twitter bahawa semasa pengiraan semula telah berlaku blackout di pusat pengiraan undi tersebut.

Seorang wanita yang mengakui Ejen Tempat Undi (polling agent) di Bentong menulis di akaun Facebooknya bahawa berlakunya blackout, dan statusnya itu telah dikongsi ramai dan tersebar menyebabkan ramai pihak percaya memang berlakunya blackout.

Hakikat pertama ialah tiada kiraan semula di pusat perjumlahan undi. Semua kiraan semula hanya akan dilakukan di tempat pengundian. Selepas borang 14 disahkan oleh kedua-dua ejen tiada lagi kiraan undi semula di tempat perjumlahan undi.

Hakikat kedua,  pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengesahkan selepas itu bahawa tiada kejadian blackout berlaku. Sesetengah pihak juga berkata pihak pembangkang yang berada di tempat kejadian tidak mengiyakan berlakunya blackout.

Hakikat ketiga, wakil rakyat DAP sendiri menafikan ia berlaku.

Boleh dikatakan blackout Bentong telah dirancang dengan rapi. Ini adalah kerana pada malam itu juga, terdapat video parodi Blackout Bentong yang dimuatnaik ke YouTube. Melihat pada perbezaan waktu, video tersebut dikatakan dimuatnaik sekitar jam 1.30 pagi 6 Mei, hanya beberapa jam selepas keputusan rasmi diumumkan.

Video tersebut telah dirakam dan disunting dengan professional dan bukannya dibuat sekadar menggunakan telefon bimbit, maka tidak mungkin video itu dibuat selepas pengiraan undi dan dimuat naik pada malam yang sama.

Dalam hanya beberapa hari, video tersebut telah ditonton lebih dari 500,000 kali di YouTube. Jika dilihat balik, dipercayai pada malam tersebut, petugas-petugas DAP di pusat pengiraan undi di Bentong telah bersedia dengan lampu suluh. Taktik seterusnya adalah menyebarkan khabar angin di laman sosial bahawa berlakunya blackout.

Pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan khabar angin ini mengambil kesempatan dengan kelemahan majoriti pengguna laman sosial yang gemar berkongsi tanpa membuat sebarang pengesahan terlebih dahulu.

Perancangan mereka sepatutnya menemui kegagalan jika rakyat Malaysia tidak begitu mudah percaya dengan khabar angin. Namun pada masa kini, rakyat mempunyai perasaan marah yang sangat mendalam terhadap media arus perdana, lalu mengalih pandangan mereka ke laman sosial dan terus mempercayai sebarang kontroversi bulat-bulat tanpa perlu pengesahan.

Pada pandangan rakyat seperti ini, mereka merasakan sebarang kontroversi yang tersebar di laman sosial adalah betul kerana berita seperti itu tidak akan dilaporkan di media arus perdana.

Sepatutnya, pengguna laman sosial perlu lebih berhati-hati dan tidak membenarkan pihak tidak bertanggungjawab sewenang-wenangnya dapat memenangkan agenda mereka menggunakan taktik kotor.

Taktik penyebaran fitnah bahawa berlakunya blackout di Bentong memberi kelebihan pada pihak pembangkang untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) terlibat dengan penipuan PRU.

Rakyat Malaysia harus berfikir, pihak tidak bertanggungjawab akan sentiasa cuba menyebarkan pelbagai fitnah. Namun fitnah akan mati jika tiada siapa membantu menyebarkannya.

Ada 9 Comments setakat ini.

  • alfie
    May 12th, 2013 at 1:01 PM

    Bukan itu sahaja gerakan BERSIH mereka juga jadi penghalang kepada kaum india atau pun orang kulit gelap menghadapi masaalah untuk mengundi kerana perangai ‘pemantau’ mereka berlagak macam ‘gestapo’ tampa mengira hak hak semua rakyat malaysia berhak mengundi. Yang pelik ini gerakan BERSih Ambiga kerling ini sebalik menindas orang india sendiri.

  • Waris Mat Kilau
    May 12th, 2013 at 1:07 PM

    Strateginya sama dengan Amerika/Yahudi Israel ketika nak menyerang Iraq. Iraq dituduh menyimpan senjata pemusnah (Weapon of Mass Destruction) sehingga seluruh dunia mempercayainya tapi sehingga sekarang pun senjata tersebut tidak dijumpai pada hal Saddam dah lama digantung. Sekarang ini Syria pula dituduh menggunakan senjata kimia terhadap pihak pemberontak. Kita mesti sedar siapa dalang disebalik kejadian ini. Apa tujuan mereka menimbulkan huru-hara dan mengelirukan keadaan. What is their ultimate goal. Sama-samalah kita renungkan.

  • Mat Panjang
    May 12th, 2013 at 1:09 PM

    Kemenangan untuk sesuatu peperangan perlu dirancang seperti dalam buku dalam http://www.lazada.com.my/Sun-Tzu-The-Art-of-War-144068. Ia memerlukan tenaga manusia, kekuatan, kepercaaan, komitmen, masa dan wang ringgit.

    Sungguhpun cara-cara peperangan dalam buku Sun Tzu adalah berkaitan peperangan semasa zaman Ming Dynasty cara-cara itu masih digunakan dalam dunia perniagaan, politik, pentadbiran dan pimpinan terutama sekali oleh kaum Cina (http://history.cultural-china.com/en/49History5428.html)

    Bagi PRU 13 peperangan antara BN dan PR ialah peperangan untuk memenangi kubu kuat di PUTRAJAYA dan kubu-kubu di 222 tempat (Kawasan Parlimen) dan 505 DUN di seluruh negara.

    Saya percaya PAS, DAP dan PKR telah mengunakan falsafah dan cara Sun Tzu untuk PRU 13 dan dari beberapa cara ialah menggunakan laman cyber, blog, twitter, SMS dan You Tube.
    Vedio yang saya lihat dalam You Tube ialah lakunan yang dibuat dan ditayangkan dimana lebih kurang 20 orang berlakun sebagai satu kumpulan orang MCA/BN yang memakai baju T warna biru BN pergi kedai kopi untuk berkempen kepada seorang lelaki Cina berumur 60 tahun tetapi lelaki Cina itu sebaliknya menceritakan keburukan BN dan Kerajaan BN dan menasihatkan pemuda pemudi MCA/BN itu hingga mereka menanggal kan baju T biru BN dan meninggalkan BN.

    Saya percaya bayak wang ringgit telah dibelanjakan untuk membuat, melakunkan dan memfilamkan/vedio tersebut dll lakunan dan disiarkan di You Tube dalam usaha menaikkan perasaan marah dan benci terhadap MCA/BN dan UMNO/BN dan menarik minat, kepercayaan dan keyakinan pengundi terutama sekali kaum Cina daripada untuk DAP/PR.

    Kita kena faham falsafah hidup, kepercayaan dan keazaman orang Cina, keluarga Cina,kaum Cina, syarikat keluarga Cina, usahawan Cina dan korporat Cina di Malaysia ini. Mereka adalah dari keluarga dan kaum yang terlibat dalam industri perniagaan (business), ekonomi, bank dan kewangan, perumahan (housing)dan pembenaan (construction), pembuatan (manufacturing), pertanian, penternakan, makanan dan minuman,pengeluaran (production) dan pengedaran (distributation), pengangkutan (transport), eletronik, IT, perubatan dan bermacam-macam lagi jenis perniagaan dalam bidang ekonomi.
    Dari segi agama pula mereka kaum Cina adalah penganut Buddha, Taoist, Christian, Islam, Atheis dll kepercayaan dan kebudayaan.

    Apakah keperlukan mereka dan kita dari Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan? Apakah keperluan Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Kerajaan Tempatan daripada mereka dan seluruh rakyat untuk memimpin dan mentadbir Negeri dan Negara dengan aman dan harmoni

    Bagaimanakah UMNO/BN dan MCA/BN menghadapi dan memerangi maklumat palsu yang disebarkan kepada kaum perniagaan tersebut di atas? Saya percaya mereka tidak berjaya sepenuhnya. Cara baru dan kaedah baru perlulah difikarkan bersama oleh BN dan rakyat semua.

    Selain daripada menyebarkan maklumat palsu dalam You Tube, cybertroopers mereka menyebar dan memutarbelitkan (spinning) maklumat dan berita palsu dalam beratus dan mungkin beribu blog dari dalam dan di luar Negara dan media eletronik yang menyokong DAP, PAS dan PKR dalam semua bahasa – Cina, Inggeris, Melayu dan Tamil dan ditambah dengan beratus komen (comments) oleh penyokong-penyokong dan tidak disangkal sepenuhnya oleh pehak BN.

    Patutkah perang cyber dalam blog, Internet, You Tube, Twitter, SMS dll diteruskan?

    PRU 13 sudah selesai. Peperangan sudah tamat. Yang menang dan kalah sudah diistiharkan. Yang tidak puas hati dengan keputusan yang diumumkan oleh SPR perlulah mengikut process Perlembagaan dan Undang-Undang dan memfailkan petition ke Mahkamah Tinggi.

    Itulah DEMOKRASI dan bukannya DEMOCRAZY.
    Tidak perlulah menganjurkan perhimpunan dan berdemonstrasi.

    Kita semua perlu meneruskan kerja harian dan tanggungjawab harian kita untuk diri sendiri, untuk keluarga dan untuk majikan, untuk syarikat, untuk Kerajaan Negeri dan Persekutuan, untuk masyarakat dan untuk Negara. Kita perlu terus maju kehadapan dan bukan kebelakang seperti Afghanistan, Pakistan, Myanmar, Syria dan Iran.

    Letakkan senjata (cyber). Lay down your arms, your weapons and the Red Army Cybertroopers. The Election War is over dan berusahalah untuk kejayaan dan keamanan semua rakyat, kaum, bangsa dan Negara.

  • azman
    May 12th, 2013 at 2:40 PM

    Apa lu cerita2 ma.Lu cerita manyak pun tarak guna ma.if lu brani lu tangkap sama itu red bean army ma.Lu tarak tangkap lu cerita saja. Lu bodoh n malas ma.Tarak mau baca law la.Manyak rule of law lu boleh guna mau tangkap ma.apasal tarak tangkap ma. Itu Tun M gua manyak takut itu berani n pandai ma.Gua pun kasi undi sama dia ma.Gua pun bukan suka Negara kongsi gelap ma tapi if gov lembik lahi gua tara suka ma. Semua mau jadi jahat ma.

  • alfie
    May 12th, 2013 at 3:24 PM

    Bila kita tengok poster poster yang di tampal oleh agent BERSIH saperti ABU,amaran mereka menindas rakyat malaysia india yang berkulit gelap dan rakyat melayu yang berupa indonesia dari mengundi. Yang paradox nya mereka kata mereka berjuang for fair election tetapi sebalik nya menindas rakyat malaysia.
    Mengapa pulak orang cina tak di tahan kerana banyak pelancong dari negara China yang boleh menyamar juga? Atau pun muslihat mereka untuk menakutkan orang dari mengundi BN.

  • Warias
    May 12th, 2013 at 4:12 PM

    Red bean army = Tentera kelent** merah

  • baba
    May 12th, 2013 at 7:56 PM

    biasalah, ini kerja anwar dari dulu lagi. dia suka buat konspirasi terancang, lepas tu tuduh orang lain.

  • Adam Abdullah
    May 13th, 2013 at 11:42 AM

    Sekarang Abad ke 21 dan tahun 2013. Cara-cara mengambil tindakan dan menguatkuasakan undang-undang sudah berubah. Sekarang zaman IT, zaman cyber dan zaman CCTV. Yang melangar undang-undang sedang disiasat, dikenalpasti dan akan ditangkap, didakwa, dibicarakan dan dikenakan hukumannya . Nak susah-susah pancut air tembak gas pemedih mata buat apa, tak payah dah.

  • Adam Abdullah
    May 13th, 2013 at 2:22 PM

    Batalkan permit media eletronik seperti Malaysiakini, Malaysia Insider, Malaysia Mirror , Free Malaysia Today dll dan suruh mereka tutup kerana menulis dan menyebarkan maklumat palsu dan membenarkan komen komen palsu, membenci dan menghasut di siarkan.

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.