|Laman Utama| MyKMU Forum | MyKMU WebTV | MyKMU Mobile Apps | MyKMU Mobile Site | MyKMU RSS Feed| MYKMU E-MEL: mykmunet@gmail.com
Editor: tengkudin | Diterbitkan pada: 11 May 2013| Kategori: Komentar,PILIHAN RAYA 2013 | 9 Comments »

SYAIR GILA MEROYAN BUAT ANWAR

SYAIR GILA MEROYAN

Rumah siap, berbunyilah pahat,
Fikiran rosak agenda yang jahat,
Kalah PRU yang adil dan sihat,
Susah nak terima pahit dan kelat,

Semua pihak dituduh salah,
Fakta yang betul semua disanggah,
Rakyat yang bengong semua dipunggah,
Di jalan, di stadium nak tunjuk gagah.

Letrik terputus jadikan alasan,
TNB sendiri tak dapat kesan,
Rakyat dah muak bercampur bosan,
Meroyan penipu sampai nak pengsan.

Alasan lapuk pengundi hantu,
Konon polis pakat membantu,
Bas pengundi dibaling batu,
Indon dan Bangla habis dilutu.

Undi popular jadikan modal,
Electoral votes semua disangkal,
Pemimpin, pengikut berotak dangkal,
Tak mau kaji hujung dan pangkal.

Harga barang cuba dibangkit,
Roti dan petrol semua diungkit,
Hati jahat otakpun sakit,
Seluruh Pakatan sudah terjangkit.

Cincin Rosmah timbulkan benci,
Rambut kawan tu turut dicaci,
Cuba tunjukkan diri tu suci,
Video China Doll kata tak aci.

Kaki pembelit lidah bercabang,
Di medan PRU tak ngaku tumbang,
Di luar negara besarnya sembang,
Terkantoi di katil tengah berkubang.

Dengan Shamsidar cerita misteri,
Hanyalah awek bukannya isteri,
DNA Afifah tak nak diberi,
Nalla cabar kenapa lari?

Masa berkempen macam selebriti,
Pengikut dengar apapun tak reti,
Gelak ketawa setengah mati,
Duit kutipan berpeti-peti.

Dulu mengaku diracun arsenik,
Berlakon nak kojol di depan Pok Nik,
Timbulkan kecoh dan juga panik,
Malaysia nak karam macam Titanic!

DAP ditipu, PAS dikelentong,
16 September babitkan Agong,
Gila pangkat sebab terdorong,
Hairan semuanya terikut bengong.

Sudah-sudahlah Anwar meroyan,
Usia meningkat dosa berkoyan,
Rakyat dan bosan tak mahu layan,
Syoklah sendiri bercampur gian!

Hasil Nukilan
Che’gu Jafri
(https://www.facebook.com/chegu.jafri)

Ada 9 Comments setakat ini.

  • Cahaya Al Majid
    May 11th, 2013 at 12:07 PM

    Cayala bro. Cantik pantun tu.

  • buahpukulmaut
    May 11th, 2013 at 12:07 PM

    klass la bro,sajak yg patut dapat anugerah.terbaiiiiiiik.

  • odeng
    May 11th, 2013 at 12:38 PM

    Kalau syair ni diiringi ngan muzik…fuhhhh, mau nangis aku yang kuat bn nie…

  • tony gunawan
    May 11th, 2013 at 2:22 PM

    kan saya kata umur anwar sama dengan muhidyin!
    oleh itu tak timbul isu anwar nak bersara daripada arena politik!

  • PASpartyNGOK
    May 11th, 2013 at 5:42 PM

    Soalnya Anwar tidak buat kerja. Muhyiddin berkorban dan bertungkus lumus bekerja utk memakmor rakyat membangun negara.

    Yang pasti negara Msia tak perlu Anwar Ibrahim kerana orang ini tak pernah memberi menafaat setengah sen pun.

    Dia boleh buat benda lain, ditempat lain. Dia tak memberi sebarang faedah disini. Kita tak suka tengok video dia, kita pun bosan dengar mengenai jam omega dia.

  • baba
    May 11th, 2013 at 7:22 PM

    syair ni patut masuk dlm tv….terbaikkkkk

  • tengkudin
    May 12th, 2013 at 10:15 AM

    aku teringat dulu kat mykmu ni ada sorang pakar bab pantun ni..serling nama samarannya..tapi dah senyap dah..harap dia mulakan balik.

  • Topup
    May 13th, 2013 at 8:28 AM

    tunggu saja Anwar season 2 (2013) dengan watak sampingan yg baru …pasti lebih kronik

  • mat darus
    May 16th, 2013 at 9:32 PM

    Aku tunggu .

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.