Bila Yang Kalah Nak Nasihat Yang Menang

Oleh: Adamyan (May 11th, 2013) [Adamyan,Utama][23 Comments »]

sudahkalah

PENULIS agak kelakar membaca berita dalam portal-portal pembangkang beberapa hari kebelakangan ini.  Dari cara ia ditulis, nampak macam dia pulak yang menang sedangkan hakikatnya BN yang menang.  Negeri pun banyak yang BN kuasai 9 (10 campur Sarawak), sedangkan mereka hanya kuasai 3.

Yang sering dijadikan modal ialah cuba menonjolkan kegagalan BN dibawah pentadbiran Datuk Seri Najib yang kononnya lebih teruk dari zaman pemerintahan Paklah.  Yang dia terlupa ketika prestasi BN pada 2008 sangat teruk, dari menguasai 90% kerusi Dewan Rakyat pada 2004, kita kehilangan majoriti 2/3.

Kalau tak sebab 8 kerusi menang tanpa bertanding, BN mungkin hanya ada 132 kerusi di Dewan Rakyat.  Sudahlah tu, BN juga kehilangan 4 negeri, tambahan kepada Kelantan yang hanya berselisih 1 kerusi DUN pada 2004.

Penulis bagaimanapun terima hakikat itu (pembangkang tunjuk macam kuat) kerana dalam dunia penuh propaganda hari ini, perkara tersebut adalah biasa, apatah lagi mengetahui politik Anwar Ibrahim yang banyak caca marbanya.

Cakap pasal Anwar, janji dia akan bersara dan menjadi pensyarah jika gagal menjadi Perdana Menteri kali ini, dimungkiri begitu sahaja dengan dakwaan dia menang berasaskan undi popular.  Sejak bila negara kita memilih kerajaan berasaskan undi popular tak tahulah, Anwar tahu ini tapi dia masih nak spin juga.

Hakikatnya BN menang undi popular sebab Anwar terlupa nak masukkan jumlah undi di Sarawak yang kita menang pada 2011.  Selain itu BN bertempur dengan PAS, PKR dan DAP, bukan Pakatan Rakyat, periksalah kertas undi kalau ada satu yang tertulis perkataan tersebut.

Apa pun penulis masih geli hati melihat macam mana media pro pembangkang cuba mengajar BN bagaimana nak jadi lebih relevan?  Ini kelakar tau sebab patutnya dia cermin dia dulu macam mana nak jadi lebih relevan.  DAP patut tanya kenapa dalam cina memberikan 97% undi kepada PKR dan DAP pun, mereka hanya mampu menang 38 dari 51 kerusi parlimen.

Begitu juga dengan PKR, kenapa mereka hanya menang 30 dari 99 kerusi!!!!  Banyak kalah tu, 69 kerusi.

Ini yang patut dikaji, bukan dok sibuk cuba nak menafikan keputusan pilihanraya lepas dengan pelbagai dakwaan yang tak terbukti sehingga sekarang.

Penulis harap, polis dibawah Ketua Polis Negara yang baru, lebih bersedia kali ini.  Jangan dibenarkan hasutan-hasutan yang bertujuan nak mencetuskan keganasan ini berleluasa.

Ada 23 Comments setakat ini.

  • randomsee
    May 11th, 2013 at 12:51 PM

    kalau mereka tidak lakukan apa yang mereka lakukan sekarang, maka kewujudan mereka tidak akan disedari oleh rakyat Malaysia….anwar mungkin akan jadi penjaga pintu masuk pejabat DAP sahaja….

  • baba
    May 11th, 2013 at 1:32 PM

    betul tu randomsee…..untuk terus berada di spotlight. utk mereka kekal di spotlight kena buat cara kotor saja.

  • tony gunawan
    May 11th, 2013 at 2:19 PM

    undi popular tewas kepada PR masih nak menunjuk-nunjuk !
    lihat juga prestasi BN di terengganu !!!!!

  • zuhairi
    May 11th, 2013 at 2:29 PM

    Wall Street and London’s hegemonic ambitions in Asia, centered around installing proxy regimes across Southeast Asia and using the supranational ASEAN bloc to encircle and contain China, suffered a serious blow this week when Western-proxy and Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim’s party lost in general elections.

    While Anwar Ibrahim’s opposition party, Pakatan Rakyat (PR) or “People’s Alliance,” attempted to run on an anti-corruption platform, its campaign instead resembled verbatim attempts by the West to subvert governments politically around the world, including most recently in Venezuela, and in Russia in 2012…
    http://www.activistpost.com/2013/05/us-pivot-toward-asia-trips-in-malaysia.html

  • gambus
    May 11th, 2013 at 2:52 PM

    UMNO dapat rampas kedah , tambah DUN kat kelantan dan kekalkan Perak dan Negeri Sembilan … dan PM kita tentunya DS Najib . Apa yang kalahnya ?? yang merotan anwar dan puak DAPigs jee .. lain kali laa woii hahahaha

  • PASpartyNGOK
    May 11th, 2013 at 2:56 PM

    Berikut ialah apa yang kita tahu :-

    1. DAP dibantu oleh kuasa asing dari segi fund dan latihan professional utk guling kerajaan yang ada.

    2. Untuk mencapai matalamat DAP terpaksa gunakan Melayu untuk tujuan ini.

    3. Melayu yang sedang digunakan samada diperingkat atas atau cacai dibawah tidak sedar hingga kehari ini yang mereka ialah pekakas atau alat DAP.
    4. Setelah capai cita2 segala penghapusan akan berlaku saperti DEB, Pemerintahan beraja, segala intitusi hak melayu MARA, RISDA, FeLDA dsgnya.
    5. Singapore akan masok dan menjadi jumlah mereka besar melebihi Melayu.
    6. Melayu akan jadi hamba.
    7. Target mereka ialau PRU 14 dan target 10 tahun adalah target realistic pencapaian mereka.
    11. Melayu akan jadi penumpang dinegara sendiri saperti melayu Singapore.
    12. Melayu akan tunduk dan panggil cina sir atau pun tuan.

  • Tony Gunatoo
    May 11th, 2013 at 3:52 PM

    Knapa ko ni bodoh sangat. Kita dah ada sistem yang diwarisi British dan diguna pakai sekian lama, termasuk memenangkan Anwar semasa dalam BN. Kenapa nak tukar tiang gol setelah habis permainan…..

    Setiap game ada peraturannya dan kena patuhi, kalau tak ndak usah bertanding…dah kalah cerita lain plak…sedih tengok ramai yang masih tak faham lagi, namun ini lah sebenar wajah penyokong PR….

  • kochebin
    May 11th, 2013 at 3:55 PM

    Bila Yang Kalah Nak Nasihat Yang Menang
    Sometimes we have to be practical in listening to advice.Learn from your enemy, do not ridicule them.They might not have the numbers to govern,but they have made a statement by denying 2/3.That is a fact that they have the support.Do not be takkabur and over zealous in celebrating your winning.Sometimes advice from the enemy make more sense.

  • mRsTURDY
    May 11th, 2013 at 3:59 PM

    Tambah sikit lagi utk no. 12;

    12. Melayu kena belajar membiasa gunakan kertas tisu untuk basuh kencing/berak. (Rujuk toilet2 awam di Singapura tak ada paip air)

  • Cfu
    May 11th, 2013 at 4:03 PM

    Ya Allah, Engkau lindungilah orang melayu daripada 12 perkara yg disebut PpN. Sesungguhnya PR dketuai oleh DAP sedang melakukan kezaliman terhadap orang melayu. Jauhilah kami orang melayu daripada menjadi hamba di tanah air sendiri. Amin..

  • azlanaini
    May 11th, 2013 at 4:15 PM

    Kesimpulannya:
    Melayu yang perasan elit dan mampu berdaya saing kononnya , mula mula sekali akan menerima natijahnya..

  • PASpartyNGOK
    May 11th, 2013 at 4:29 PM

    Sebabnya mudah saja dan semua kita boleh nampak. SEbab melayu berpecah 3. Untuk penyatuan kembali terlalu sukar walau tidak mustahil.

    Penyatuan melayu dilihat mustahil selagi Nik Ajis masih hidup. Kerana Nik ajis telah berikrar untuk meludah sesiapa saja dari kalangan puak dia (PAS) atau puak luar(bukan PAS) yg datang padanya untuk memujuk dia supaya bersetuju Umno dan PAS bersatu. Selepas dia tak ada pun tak ada dalil yg terarah kepada persetujuan begitu kerana mungkin pelapis dia pun otak sama macam dia jugak, kita tak tahu.

    Kedua selagi Anwar bebas lepas sebagaimana sekarang. Kerana kemahuan Anwar hanya satu. Perpaduan yang kita pinta darinya , dia akan terima, tetapi bersyarat. Syaratnya dia jadi orang No. 1, ini yang dia mahu.

    Untuk membina kekuatan cina melalui MCA sesuatu yang tidak terjangkau dalam masa terdekat.

    Apa yg boleh kita fikir sekarang ialah Najib mesti, tidak boleh tidak, memiliki anggota kabinet yang kuat. Yang pakar, yang tinggi ilmu, yang tidak takut berjuang, yang berani dalam segala hal. Kita kejemuan melihat bloggers penyokong kerajaan disumbat kedalam kerana didakwa bersifat perkauman. Sedangkan balaci dipihak mereka terus menerus mengapi api perkauman dalam ucapan mereka, dalam tulisan mereka.

    Ada sesuatu yang TERLALU tidak kena dan kita perlu orang yang lebih dari Nazri Aziz meneraju kementerian undang2. Kita tak perlu lagi Hisham kris di KND.

    Fikir2 lah.

  • bangKano
    May 11th, 2013 at 4:48 PM

    Hang ni tony masih tak mau paham ka Malaysia mengamal kan sistem demokrasi Webminster ato demokrasi parlimen apa punya konyol kamu ni…? Negagha ni bukan AS ato Indonesia sistem depa tak sama ngan kita mangkok hanyun…sistem PEMILU Indoesia tak sama ngan PRU Malaysia.

    Pasai apa hang ni dok masih melalak tang undi popular…? Malaysia masih mengamal kan sistem undi elektoral sejak PRU1 dulu,pasai apa puak puak hang pa tak mau protes dari dulu…ingat semasa Raja Liwat hang tu dok ada dalam kerajaan BN/UMNO dari 1983 – 1998 dia tak jugak komplen sistem elektoral ni. Bila dia kantoi nak jadi PM kunun nak UBAH kerajaan tajaan DAP dia dah mola nak spin fakta plak. Masih bising bising tonjoi kan undi popular…memang PR dalam PRU13 dapat menguasai undi rakyat 5.6 juta dan BN 5.2 juta pengundi tapi BN masih dapat 133 kerusi parlemen sedang kan PR cuma dapat 89 jerrr…mana nak dapat tawan Putrajaya ngan angka lebih kecil kurang 44 kerusi dari BN tu…? Kemenangan di kira mengikut jumlah kerusi parlemen yang di menangi jika mau perentah federal…tak cukup ka PR dah pulu 3 negeri… tu jerrr kemampuan pemimpin bengap PR.

    Hang pi la bawa kes ni kat Mahkamah Antarabangsa The Hague tentu tak menang punya….memang puak puak penyokong Pakatan Rebah PR ni semua nya blo-on tak punya otak gitu….!!!!

  • Ann
    May 11th, 2013 at 5:05 PM

    Saya rasa Syed Hamid Albar bole ganti Hisam di KDN.

  • bangKano
    May 11th, 2013 at 5:07 PM

    Aku setuju pendapat tu….letak kan pemimpin melayu yang tegas,berani & tegar di dalam kementerian yang mengawal keselamatan dalam negera,pertahanan di darat/air/udara & perundangan.

    Lagi satu BN khusus nya UMNO mesti tubuh kan truper siber guna untuk mempengaruhi minda rakyat pelgai etnik supaya menyayangi BN & membenci cina ultra kiasu DAP & penyokong PAS/PKR yang bebai dengan apa cagha sekali pun tapi jangan sampai matlamat menghalal cara macam lagu DAP dok buat la ni sebaq kan kebencian ekstrim kat melayu UMNO kat oghang cina.

  • bujuk
    May 11th, 2013 at 11:30 PM

    Yg. kalahnya…
    Undi Majoriti rakyat pada PR dan bukan BN. Kerusi P dan DUN d t’ganu banyak yg. tumbang. begitu juga d Johor(kubu kuat UMNO). Malah d melaka dah ada anak sulung PAS dalam DUN.
    Najib jamin dapat tawan parlimen 2/3.
    Mustafa Mohd kata yakin dapat 30 kerusi DUN.
    Ghani Othman yakin dapat kalahkan LKS d gelang Patah.
    tunM kata kemenagan kurang dari 2/3 adalah kekalahan.
    Antaranya la….

  • bujuk
    May 11th, 2013 at 11:32 PM

    takda hebatnya kalau menang Nasib, sedangkan lawan yg. kawal permainan.

  • smG
    May 12th, 2013 at 2:33 AM

    hebat setara manapun dengan keeper,coach yang hebat, tapi kalau tak sumbat gol tak de maknanya jugak.. 110-112 ..tu menang nasiblah..tp kalau dah kena 5-0 takkan nasib lagi kutt…heheh..terima hakikat dan redha..tawakkal kata nuar..huhu

  • Adam Abdullah
    May 13th, 2013 at 10:24 AM

    Semasa saya kecil dan di bangku sekolah ibu, atuk, nenek, guru agama dan guru guru di sekolah ajar dan ingatkan saya,”Buat baik berpada pada, buat jangan sekali; ikut peraturan, ikut undang undang, hormat ibu bapa dan orang tua, jiran tetangga, ketua dan pemerentah.

    Tetapi sekarang Ahli Parlipmen, pengubal undang-undang dan Ketua Pembangkang dalam Parlimen ajar muda mudi, ibu bapa yang muda muda tak payah patuh kepada undang-undang. MashaAllah.

  • raplahjingaa
    May 16th, 2013 at 11:11 PM

    hehe..

  • raplahjingaa
    May 16th, 2013 at 11:12 PM

    Yakin ?? hang nak suruh aku buka cerita yakin ke buj ? cerita anwar berangan nak angkat sumpah malam ahad ?

    hahahahahaha…

  • WTF
    October 1st, 2013 at 7:30 PM

    Hang cerita pasal GUAN ENG KA???

    Memang Guna Eng kawal gelangang CEC, dapat no. 5 pun boleh Setiausaha Agung

    MANA TEORI UNDI POPULAR HANG!!!

    JILAT BALIK LUDAH HANG TU BUJUK!!!!

    WAKAKAKAAKAKAKAKA

  • WTF
    October 1st, 2013 at 7:31 PM

    Hang cerita pasal GUAN ENG KA???

    UNDI MAJORITI!!!!

    Hang cerita Gaun Eng lagi ka!!!

    Dapat no. 5 pun boleh Setiausaha Agung

    MANA TEORI UNDI POPULAR HANG!!!

    JILAT BALIK LUDAH HANG TU BUJUK!!!!

    WAKAKAKAAKAKAKAKA

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.