Ini Bukan Zaman Nasihat atau Amaran Lagi, Ini Masa Bertindak Atau Menyaman!

Oleh: Hero Tua (May 9th, 2013) [RENCANA][13 Comments »]

945428_254373314707704_856809673_n

Sudah terlalu banyak kali kita mendengar bagaimana polis memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menghadiri perhimpunan haram, perhimpunan tanpa permit dan seangkatan dengannya. Dan acapkali juga, setiap kali nasihat diberikan, setiap kali itulah juga, dengan selambanya juga orang ramai terutama yang menyokong Pakatan Rakyat akan buat tidak tahu, bahkan meremeh-remehkan ‘nasihat’ berkenaan.

Himpunan atau demonstrasi pun berlangsung walaupun polis terus memberi nasihat demi nasihat. Malah ketika amaran demi amaran juga dilaungkan agar rakyat Malaysia tidak melanggar peraturan dan undang-undang, para penyokong Pakatan Rakyat hanya mentertawakan amaran demi amaran yang diberikan.

Pendek kata, amaran dan nasihat apabila datangnya daripada polis, langsung tidak memberikan sebarang signifikan mahupun kesan kepada puak-puak Pakatan Rakyat. Sebaliknya amaran dan nasihat itu bertukar menjadi bahan jenaka untuk mereka.

Pastinya, ramai yang tertanya-tanya mengapa fenomena seperti itu boleh berlaku.

Tidak lain dan tidak bukan ialah penguatkuasaan yang terlalu lemah-lembut dan bersopan-santun. Undang-undang, akta dan peraturan di negara sudah cukup lengkap tetapi tanpa penguatkuasaan yang sepatutnya, puak yang diketuai oleh Anwar Ibrahim boleh menghina dan menginjak-nginjaknya dengan sewenang-wenangnya.

PRU13 sudah berakhir. Trauma kehilangan undi masyarakat bukan Melayu yang seringkali dimanjakan dan dimuakan dengan pelbagai sogokan, sepatutnya sudah berakhir. Hasil daripada kemanjaan dan menurut sahaja kehendak mereka, langsung tidak memberikan impak yang baik kepada Barisan Nasional. Hanya kerana sokongan Melayu dan Bumiputera sahajalah, Barisan Nasional mampu kekal berkuasa. Kalau tidak, sekarang ini, Najib Abdul Razak sudah pun menjadi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

Lima tahun Barisan Nasional diberikan mandat. Tempoh sepanjang itu, seharusnya dimulakan dengan PEMBERSIHAN ANASIR-ANASIR SUBVERSIF yang sedang membawa sebahagian rakyat negara ini ke jalan raya untuk merusuh dan melakukan kerosakan serta kekacauan.

Inilah masanya untuk Kerajaan Malaysia di bawah Najib Abdul Razak menguatkuasakan undang-undang bagi membuktikan bahawa pemansuhan ISA dan Ordinan Darurat tetap tidak akan menggugat keselamatan negara ini.

Rakyat sedang memerhati. Pengundi yang memberikan undi kepada Barisan Nasional sedang menanti-nantikan tindakan yang lebih tegas daripada kerajaan yang baru mendapat mandat.

Amaran dan nasihat yang seringkali menjadi amalan pihak polis seharusnya diminimakan. Dan bagi memastikan hasutan daripada Pakatan Rakyat sepertimana yang mereka lakukan dalam kes-kes melibatkan penjenayah bukan Melayu seperti A.Kugan, polis perlu bersedia dengan bukti-bukti kukuh, malah perlu juga bersedia untuk menyaman puak-puak berkenaan.

Perkara yang sama juga perlu dilakukan oleh UMNO.

Masa untuk bertindak sudah tiba. Sekarang, bukan lagi masa untuk buat tidak peduli sepertimana yang dilakukan dari tahun 2008 sehingga 2013. Apatah lagi, Pakatan Rakyat bukanlah jenis manusia atau kelompok yang faham erti kemanusiaan atau pun timbang rasa. Kalau mereka boleh menyaman sesiapa sahaja yang mereka fikir boleh dibuli, mengapa pula UMNO dan Barisan Nasional hanya memekakkan telinga dan berharap perkara yang dibangkitkan akan berlalu begitu sahaja.

Terlebih penting ialah, UMNO dan Barisan Nasional seharusnya menyediakan barisan peguam yang lebih cekap, dan lebih pantas bertindak berbanding yang ada sekarang. Peguam-peguam UMNO dan Barisan Nasional yang ada sekarang, sepatutnya sudah dilipat atau direnyuk sebelum dicampakkan ke dalam tong sampah.

Sebabnya, mereka tidak mampu bekerja pun dan mereka langsung tidak tahu buat kerja!

Ada 13 Comments setakat ini.

  • KuntaKinte Malaysia
    May 9th, 2013 at 11:08 PM

    AG Tidur

  • kukukambing
    May 9th, 2013 at 11:48 PM

    Satu yang kita harap kan dari tok Jib toloooong jangan lantik semula sepupu tok Jib yang lemah lambai tu jadi nenteri KDN
    semula.Selain Pak Lah dia pun ada saham dalam menghuruharakan negara sekarang ini
    Oleh itu saya menyokong 10000 percent saranan sebuah blog agar dilantik Tan sri Rahim Nor sebagai menteri KDN .Tentang menteri pertahanan pak Zahid kira ok jugalah dia dah tunjukkan kebolehan dia baru baru ini di lahad datu

  • kukukambing
    May 9th, 2013 at 11:53 PM

    Saya amat berharap di kembalikan semula ISA persetankan apa yang puak puak pengkhianat negara ni kata

  • aku melayu
    May 10th, 2013 at 12:00 AM

    Ya…sebaiknya peguam atau syarikat guaman yg bukan dikalangan org yg berpolitik. Biarlah full time professional lawyer.

  • ah chong
    May 10th, 2013 at 12:20 AM

    ada otak Pakai, Tentu ada sebab polis Biar, ada undang undang ada akta, hidup biar bijak baru bersuara jgn jadi bengap nak bercerita org yg keluar ada fakta dah siap lawyer untuk bersuara, belajar dulu sebelum menyokong membabi buta, buka mata buka minda tak dibayar, tak diupah tapi bersatu hati untuk bersuara sebelum Demokrasi terkubur untuk selamanya.

  • alfie
    May 10th, 2013 at 12:26 AM

    Setuju bro,orang putih kata ‘absolute freedom leads to absolute choas’. Dengan tiada lagi ISA undang2 civil kena lah kita enforce dengan tegas dan selalunya.

  • Binti Hamzah
    May 10th, 2013 at 7:51 AM

    Agree to the max tan sri rahim nor diberi jawatan.

  • Wakpro
    May 10th, 2013 at 9:26 AM

    ye lh aku org umno sendiri terasa hati dia maki hamun umno dan melayu tiada apa tindakan pun,aku lega pada jam 1.30 pagi bila BN berkuasa semula doa org2 kampong termakbul. tapi kerisaun aku timbul semula bila semacam orang2 yang berkenaan tiada mengambil hati orang2 kampong dan org umno yang mempertahankan BN berkuasa semula.Aku tak kisah DUN aku dan Negeri aku dikuasai PR.tp wahai PM bantu lh orang kampong dan bertindaklah sewajarnya kepada mereka2 yang sewenang wenang nya memperlekeh kuasa UMNO/BN.Berharap harap sangat.Aku dah tak tahan sangat dengan cerita dan provokasi diaorang. panas telinga aku. tapi sampai bila aku bolih bertahan kalau orng yang dipertanggungjawab macam buat tak tau je
    Aku pun tak sokong Hisham jd Menteri KDN cari lh org yang berkarisma dan tegas jangan macam Hisam yang sikit2 nak nangis(org jawa kata ciwek) meluat aku. jgn orang kata nanti mentang2 Hisam sepupu Najib bagi dia menteri KDN kalau dia tegas dan berkarisma ok tapi dia lembikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

  • Wakpro
    May 10th, 2013 at 9:32 AM

    tolong lh cari menteri kdn yang tegas dan berkarisma minta tolong sangat2. aku dah tak tahan dengan provok dia orang

  • PokMan
    May 10th, 2013 at 1:13 PM

    Mengurus negara mungkin seperti mengurus keluarga jugak walau dengan skala lebih besar..kalau dalam keluarga.,anak yang buat salah tak dengar kata.,kalau mak ayah yang tegas akan kenakan hukuman seperti kena kurung atau rotan maka anak-anak ini akan takut dan biasanya akur dengan tindakan yang di terima. Tapi bila generasi kedua nak buat kelainan sayang sangat kat anak-anak bagi muka..marah pun setakat amaran demi amaran tiada tindakan tegas..lepahtu anak-anak naik tocanglaa..mak bapak boleh depa terajang..dalam ugama pun walau tuhan mencipta manusia diberi dengan anugerah akal belum tentu boleh memberi kebaikan dan kejahatan yang melampau maka undang-undang hudud boleh di kenakan demi pengajaran kepada yang lain..

  • norahim
    May 10th, 2013 at 3:23 PM

    Sejak ISA dimansukhkan polis sudah kehilangan senjata ampuh bagi mengekang pengacau-pengacau keamanan negara. Sebagai pengganti ISA 2 akta baru telah diperkenalkan – Akta Perhimpunan Aman & Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Pencegahan). Kedua-dua akta ini tiada lagi peruntukan/klausa bagi menahan tanpa bicara individu/kumpulan yang berusaha menerbitkan kekacaun untuk melumpuhkan ekonomi & menggugat keselamatan awam.

    Inilah impaknya seperti apa yang dimahukan oleh pemimpin yang tamakkan kuasa sanggup menyisikan hak-hak awam majoriti & demokrasi demi mencapai cita-cita. Jangan salahkan KDN & PDRM. Salahkan diri sendiri yang begitu ghairah mahukan kebebasan & persamaan hak kononnya diri masing-masing sudah berpendidikan tinggi,berfikran liberal & modern lantas sisihkan nilai-nilai moral sebagai insan bertaqwa.

  • PASpartyNGOK
    May 10th, 2013 at 4:10 PM

    Apabila hukuman perlu dikenakan, ianya harus dikenakan. Kita konpius sebenarnya apa yang telah dan sedang berlaku mengenai kuatkuasa undang2. Sebagai layman kita mahu menyalahkah menteri DN yang tidak pernah bertindak dan AG yang lembab bergerak. Tetapi hakikat sebenar masih juga menjadi teka teki kerana itu dilihat lebih pada persepsi lita.

  • huge
    May 12th, 2013 at 12:01 AM

    Ah Cong
    Apa maksud demokrasi?
    Apakah dgn bertunjangkan demokrasi maka saya boleh buka seluar kamu dan lihat konek kamu? Apakah dgn berpaksikan demokrasi maka boleh kita sebarkan berita karut satu dunia spt apa yg berlaku sekarang….impot bangla jd pengundi….blackout masa bilang undi…pr menang krn dpt 5.4j lawan bn 5.2j undi…..pengundi hantu…..spr tipu….demonstrasi sana sini menyusahkan org lain…

    Kerajaan tlh banyak beralah ttg perkara ini sejak dulu. Akibatnya semua tulisan blogor murahan menjadi seolah-olah benar dan tidak ternafi lagi, banyak sgt di alam maya ini. Perhimpunan Kelana Jaya dpt permit….polis sendiri kata tidak. KPN bersara wajib jadi bersara pilihan krn tunduk dgn desakan pembangkang. Banyak lagi yg di luar ingatan saya pada saat ini…kerja jahanam penulis siber ini. Apa ini semua? Inikah demokrasi?

    Mengatasi- mudah, tangkap si jahanam ini, dakwa, senyaplah dia. Dulu Aduka Taruna lantang menulis, sebahagian besar fitnah sana sini….bila ditangkap dan di ajar oleh polis, senyaklah dia. Prof Aziz Berry senyap membisu dan tidak menjadi pakar perlembagaan lagi setelah diberhentikan oleh UIAM. Papagomo mungkin akan layu lepas ini. POkoknya, tindakan, bukan main amaran sj. Polis pula asyik nak tunjuk hebat dia dlm seksyen berapa nak dakwa org….tangkapnya tidak. Bila nak selesai???????? Nanti terjd 13 Mei 11?

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.