Menu Utama

#PRU13: Tunku Aziz Dedah Rancangan Huru-Harakan Pilihan Raya Umum

Oleh Nor Azlina Shaari

Bekas Pengasas dan Presiden Transperancy International-Malaysia yang juga merupakan bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz hari ini mendakwa sememangnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai rancangan sulit untuk mencipta huru-hara dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Tunku Aziz berkata, rancangan sulit itu telah diatur dengan licik oleh PKR dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam menguruskan proses pengundian.

“Sesi latihan telah diadakan terhadap Agen Mengundi, Agen Pengiraan Undi dan Agen Booth/barung, secara ringkasnya dikenali sebagai PACABA, oleh suatu NGO dipanggil Tindak Malaysia.

photo 1

photo 2

“Salah satu aspek khas sesi latihan seumpama ini adalah berkaitan dengan pengajaran kepada pengundi bagaimana untuk mengawal kesulitan undinya,” kata Tunku Aziz dalam sidang media di Eastin Hotel di sini hari ini.

Selain itu, dakwa Tunku Aziz, PKR juga turut memilih beberapa individu yang akan mengambil bahagian menguruskan hari mengundi nanti dengan memberikan latihan terperinci supaya dapat membuatkan suasana hari mengundi menjadi tegang di beberapa kawasan terpilih.

Latihan terperinci telah diberikan kepada individu yang terlibat di negeri pentadbiran pembangkang sendiri.

“Orang yang menghadiri latihan seumpama ini adalah digalakkan untuk menjadi vokal dan mencabar kerani pilihan raya yang bertugas begitu juga dengan pegawai pengerusi atau Ketua Tempat Mengundi (KTM) untuk melakukan kesalahan pilihan raya jika mereka enggan mengeluarkan satu undi rawak kepada pengundi.

“Sesi latihan seumpama ini telah dijalankan di pelbagai tempat, di tempat milikan negeri tertentu di bawah pentadbiran kerajaan negeri PR dan juga di beberapa gereja,” katanya.

Secara tidak langsung, kekecohan yang dirancang oleh PKR dapat menerbitkan rasa tidak puas hati pengundi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan melengahkan lagi masa untuk membuang undi.

Justeru, Tunku Aziz berkata, menerbitkan rasa benci dan tidak percaya kepada SPR untuk menguruskan PRU13 akan dicapai oleh PKR selepas rancangan mencipta huru-hara itu berjaya dilaksanakan nanti.

“Semua ini adalah direka untuk mencipta satu pandangan negatif terhadap SPR, mencipta fitnah dan kemarahan umum terhadap SPR dengan itu membawa ia ke dalam penghinaan,” terang Tunku Aziz lagi.

Mengulas lanjut mengenai rancangan PKR itu, Tunku Aziz juga turut mengaitkan nama Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga dalam rancangan bersama Tindak Malaysia mencipta huru-hara semasa PRU13.

Beliau berkata, sekiranya Ambiga benar-benar mahukan proses pilihan raya berlaku dalam keadaan bersih dan adil, Ambiga seharusnya tampil ke hadapan menghalang rancangan licik PKR ini.

“Tindak Malaysia sendiri mengaku bekerjasama dengan Bersih dan Bersih juga dikenali umum mempunyai hubungan sangat erat dengan pemimpin-pemimpin daripada parti-parti politik yang menubuhkan pakatan longgar, Pakatan rakyat.

“Adakah Bersih membiarkan sesi-sesi latihan seumpama itu yang berkeraskan perawakan kertas undi oleh Tindak Malaysia yang bekerjasama dengan mereka dalam reformasi pilihan raya? Jika ya, adakah Bersih pernah menjadikan ini sebagai salah satu seruan mereka (rawakan kertas undi) kepada Suruhanjaya Pilihan Raya? Jika tidak, kenapa tidak? Adakah wujudnya suatu agenda berselindung?,” kata Tunku Aziz.

Satu surat bertarikh 15 Disember 2012 telah tersebar mendedahkan dokumen sulit dari PKR itu menyenaraikan pelbagai langkah untuk mencetuskan kekecohan dan rasa tidak puas hati terhadap SPR ketika hari mengundi.

Pendedahan Tunku Aziz mengenai institusi Tindak Malaysia yang menjadi pertubuhan utama mencipta huru-hara dalam PRU13 secara tidak langsung membenarkan kenyataan terperinci bahawasanya PKR sememangnya mempunyai rancangan jahat.






52 Komen to #PRU13: Tunku Aziz Dedah Rancangan Huru-Harakan Pilihan Raya Umum

  1. knape PKR sanggup buat kecoh macam ni?.. knape PKR nak wujudkan rasa benci rakyat pada SPR?…

    sebab bila diorang kalah, diorang dah ade alasan… alasanya… SPR menipu, PRU tak bersih…

    sebenarnya rancangan mewujudkan persepsi buruk terhadap SPR ni dah lame dah…antara anak ayam PKR yg paling kedepan duk sibuk cari point adalah rafizi…. huru hara ni mungkin idea Anwar Ibrahim…. kerana sejak dulu thun 1998 lgi dia ni mmg dikenali bapa demonstrasi dan penghuruhara…

    kalau bende ni betul2 berlaku… dan kalau PR betul2 menang…aku harap keputusan PRU dibatalkan sebab PR sendiri kate PRU tak bersih…

    • pasdaplaknat says:

      Tuan.. krn sifat perosak yg ada pd PR inilah punca wajib kita tolak mereka. Biar mereka janji nk beri rakyat sorang seketul emas pun jika menang, tidak akan selamat dan berkat jika puak perosak@dajjal ini memerintah kita..

      Dari elemen ini kita boleh tahu hati budi PKR-DAP-PAS. PAS yg terkenal dgn sifat MUNAFIK dan menyeleweng.. tidak langsung peduli soal ini. Bg mereka Islam ialah bab HUDUD cara mereka (bab2 yg UMNO belum buat). Bab2 besar lain dlm agama termasuk Aqidah diperosakkan dgn begitu saja.

      Adakah ini CHANGE yg kita mahu?

      Tidak takutkah kita pd Tuhan.. kita tahu mereka ini songsang, perosak tapi masih mahu memilih mereka hanya kerana ‘CHANGE’ dan tawar kereta murah ‘TIMBANG KILO’?

      PRU 13 kali ini amat getir.. pertembungan antara puak JAHAT yg berselindung dgn KOSMETIK ‘RAKYAT’..dan puak yg ada KEKURANGAN tapi sentiasa mahukan KEBAIKAN..

  2. DataCode says:

    Cerita untuk menghuru hara keadaan pada hari mengundi sebenarnya sudah lama kedengaran,oleh kerana itulah seluruh jentera pilihanraya BN teleh bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

    • pasdaplaknat says:

      Harap Jentera BN bukan sekadar bersedia dr sudut fizikal..tp kerohanian-doa dan Solat2 hajat memohon bantuan Allah supaya dijauhkan kejahatan dan huru hara.

      Jgn jd spt puak PAS yg sudah masuk golongan MUKTAZILAH (SESAT).

  3. Mek esah says:

    Kuat sungguh set2 ni berimiginasi…..eh eh…..ku aziz ? Barang yg tak laku gadai…..malang sungguh sesiapa yg memperdulikan si bangka yg langsung tidak dikenali ini….

    • EVLee says:

      Ye lah…barang tak laku gadai
      Mek tak pandang….abai
      Kalau…
      Dia…barang gagah perkasa?
      Siang malam dihati…sentiasa
      Tunggang terbalik…kerusi, meja…dan pasu bunga
      Memendam perasaan yg amat menggila
      Menanti Tunku yg tak kunjung tiba

    • Hamba Ar Rahman says:

      MEk…berhentilah keluarkan kenyataan2 yg memalukan muslimat…malu laaaa ambo baca…kata mu ni mengajar di SAR..tapi akhlak tak menunjukkan ciri2 guru di SAR….penuh dengan hati busuk…..mazmumah….

  4. bujuk says:

    Kalau semua TELUS, semua LULUS takda masalahnya… tapi kalau dah ada cop dakwal kekal nak mengundi lagi, IC orang mati pun nak mengudi jugak, terang2 bangla atau Indon mengaku rakyat m’sia… memang kecoh la.

  5. Moohyideeeeen says:

    APA LAGI..BUAT LA SIASATAN..BUKAN PROPA JER…

    • bujuk says:

      mana berani… nanti tertangkap ahli sendiri.

      • OrangBukit says:

        Bukan X berani lah Moo dan buj…. Cuba lah buat dulu… Mintaklah pihak yang dituduh mengaku atau menidakknya… Rasa-rasanya terberak dulu…jenuh mikir jawapan dan fatwa… camne nak jawab…hehehehhe

    • anakbochek says:

      Rilek la Mooh, yang menuduh tu bekas orang DAP jugak. Nak kena siasat betul ke, entah2 dia bengang dengan ex boss dia. Janganlah marahkan UMNO pulak, bukan UMNO yang cakap.

  6. Mat Panjang says:

    Kemungkinan pihak-pehak yang gilakan kuasa, kuasa untuk ambil alih Putrajaya untuk membuat huru-hara dan kecoh tidak boleh dipandang rengan. PDRM perlulah peka dan berwaspada dan memikirkan segala cara untuk membuat proactive investigation dan berhubung rapat dengan orang ramai untuk membendung gejala-gejala jahat itu.

  7. raplahjingaa says:

    Pakatan haram ni dah jadi anti establishment, depa sakit hati tengok negara ni aman dan damai, inilah yang kita katakan pembangkang dari longkang.

  8. Mat Panjang says:

    Saya percaya semua pegawai dan kakitangan SPR adalah tegas, adil, beramanah dan dapat menjalankan tugas mereka dengan tidak memahak kepada mana-mana parti politik semasa bertugas di Pusat Mengundi.

    • raplahjingaa says:

      Kena hati-hati jugak kakitangan SPR ada jugak ppengkianat yang menyokong pakatan haram.

      Depa ni nanti akan sabotaj SPR dengan membuat onar dalam proses pengiraan undi ke ? proses pencalunan ke ? dan banyak lagi cara mereka akan lakukan dan menuding jari kepada SPR dan seterusnya pada kerajaan.

      Pengganas asing pun depa boleh jemput pergi sabah bawa kemusnahan inikan pulak dalam SPR sendiri.

      So berhati-hati lah..

    • bujuk says:

      Aku nak percaya… tapi selepas pendedahan suruhanjaya IC sabah tu, hilang 1/2 kepercayaan aku.

  9. baba says:

    dah tau nak kalah, mcm2 mereka nak buat utk menbggagalkan keputusan pru nanti

  10. omega says:

    Haa…haaa, kali nie kalau pkr buat kecoh maka calun mereka akan hilang kelayakan bertanding. Buatt la kalau berani.

  11. freemalaysiakini says:

    Visit Freemalaysiakini2.com No subscription needed.

  12. Anonymas says:

    Mereka tak yakin akan menang. Tu yang kalau boleh, depa taknak orang mengundi langsung.

  13. pasdaplaknat says:

    PRU13, ujian besar buat kita. PR hanya ada pusingan ini sahaja untuk mereka boleh memerintah atau berkubur.. hayat politik PR sbrnya sudah dihujung.

    Mereka belum lagi tadbir negara tp penyelewengan terlalu banyak. Method mereka mempergunakan rakyat hanya bertahan seketika.

    UMNO BN memerintah 55 tahun, sedikit sebanyak kelemahan sbg manusia mmg ada.. jika PR tawarkan sesuatu yg lebih baik dan dr UMNO BN, budaya yg mulia, pembelaan rakyat yg berkali ganda dr sedia ada.. mungkin senario tdk seperti skrg.

    Tapi itulah resam penipu dan MUNAFIK mereka tk boleh jd baik, berlakon baik berterusan.. (contoh : umpan org susah dengan wang hasil JUDI RM100.. kemudian? sebat di belakang rakyat berkali ganda dari RM..).

    Kisah2 sisi GELAP pemimpin2 mereka yg jijik dan memalukan TERANG2, maksiat dibela, rasuah diamalkan, rakyat diperkudakan, kemudian dgn ‘kepandaian’ putar alam mereka..BN juga akhirnya diburukkan.

    Tiada RUH kebaikan dlm Pakatan Haram.. melainkan MATLAMAT KUASA.. silalah join jika mahu tahu sedalam atau sebusuk mana perti mereka..

    Insya Allah sama2 kita doakan tarikah 5 MEI 2013 ini kemenangan buat yang HAQ.. yg BATHIL mesti ditumbangkan.

    Semoga Allah SWT menangkan UMNO BN demi kebaikan dunia akhirat.. dgn ‘bertawassul’ pd kebaikan2 dan pengorbanan lalu.. kekurangan dan kelemahan yg di Ampunkan Tuhan..

    Di Doakan pd Qudrat dan Iaradah Allah SWT.. disisi-NYA ada HIKMAH dan KEBAIKAN.. Mandat besar melebihi 2/3 serta Kedah-Selangor-Kelantan kembali pd BN.. (Pulau Pinang kafir harbi banyak.. tk guna pun buat baik pd kafir harbi)

    Keamanan dan kesejahteraan Malaysia dibawah Kerajaan yg berjasa-UMNO BN.. Insya Allah AMINN YA ALLAH. YA RAHIM!

    VOTE 4 BN..

    • EVLee says:

      amiin…amiin…aamiiin…ya rabbal ‘alamiin

    • Abdul Wahub says:

      Aku orang atas pagar, memang mengundi Tony Pua pada PRU lepas. Tapi sudah nampak rupanya bukan Pua yang diundi, tetapi Ptttuuuiihhh!!.

      Baru dapat kuasa sikit, perangai chauvinistic bukan main. Aku panjat tangga pusat khidmat rakyat di SS2 dek janji duit khairat arwah ayah. Punyalah susah dan langsung tak paham budaya Melayu Islam.

      No more, DAP. No more Pakatan. Aku tak akan tertipu lagi. Banyak bukti penyelewengan yang aku nampak. Korang ingat silent majority ni bodoh ker? Memang laknat dan bala akan menimpa kuncu2 korang PRU13 ni.

      PAS, I still have a soft spot for you. Tapi sejak deme sumer doh peluk cium Ketua Umum PKR dan extra baggagenya, aku doakan agar korang muhasabah diri.

      UMNOPutra yang dibenci tu hasil dari Anwar sendiri. Korang tolonglah belajar dari kesilapan UMNO.

      Allahu Akbar. Ya Allah, berkatkanlah perjuangan Mukmin Muslim Melayu yang takut akanMu.

  14. joetbatu says:

    kalau sekadar ‘berbohong’ untuk memerintah dan memerintah dengan ‘berbohong’ mana boleh kekal lama. Rakyat dah boleh menilai kemampuan sebenar pr yang hanya menampilkan penasihat ekonomi berharga rm1. Bila tengok nak kalah mulalah nak buat taktik kotor. Dana asing dimasukkan untuk mengupah balaci-balaci bagi membuat onar bukan lah perkara baru bagi anwar. Jadi kenyataan dari ungku aziz tidak boleh dipandang sepi. PDRM mesti mengambil langkah awal bagi membendungnya.

  15. Anak Lenggong says:

    Dakwat belum lagi digunapakai, cai kaki fitnah PAS sibujuk dah mula bersuara..weii bangang…sekiranya SPR tak telus, bagaimana 5 negeri boleh jatuh ketangan PR dan kenapa BN tak menang majoriti lebih 2/3 didalam pemilihan tu. Bukan ke lagi senang SPR bagi semua kerusi kepada BN..

    Cuba toleh semula kebelakang…(tapi masa ni mek esah,moon lembu dan bujuk maseh dok berlari bogel lagi)…siapa yang mempopularkan cara kekerasan ataupun demontrasi..sewaktu dizaman Tuanku Abdul Rahman..buat demontrasi kononnya ada rakyat yang mati kebuluran di Balimg..tetapi hakikat sebenarnya tiada kes sedemikian berlaku..pabila dia ditarik oleh Tun M, masuk kedalam UMNO sudah tiada sebarang demontrasi berlaku tetapi satelah dia ditendang keluar, bermula la siri2 demontrasi sehingga sekarang..sesiapa yang duduk bersama beliau di zaman reformasi tau perkara ini…so dakwaan Tunku Aziz bukanya omong kosong sebab dia berikan dengan bukti…kita sudah lihat bagaimana samsengnya orang melayu yang berjubah dan berketayap sehingga sanggup tidur diatas jalan,..menjadi kuli batak dan upahan serta sanggup engikut telunjuk betina jalan siAmbiga yang menyokong murtad dan yang terbaharu dikelanyan 3 lobai PAS ditangkap setelah melanggar kereta penyokong UMNO disebabkan cuma masalah memasang bendera parti…tapi cai PAS terus menerus kata puak mereka sangat baik..ppiiieeerrraaahhh..

    • bujuk says:

      Zaman Tunku yg. meroyan ialah penulis Malay Delimma yg. d buang dari UMNO. Kalau Anwar tak hebat dan budak jahat kenapa tunM rayu dan tawarkan Anwar jawatan tim.menteri?

      • redzwan says:

        jilat lah kamu lubang jubor Si Gay tua tuh, ptuih….

      • raplahjingaa says:

        Tu sebelum ” hobby ” anwar di ketahui umum, bukan takat di Malaysia, sampai ke luar negeri.

        Kita bukan Amerika, Bill Clinton bersalah melakukan perkara onar dalam presiden office, masih boleh terus menjadi presiden.

        Sebaik saja ada laporan, Tun menjalankan siasatan dan betul anwar dengan ” hobby ” dia tak dapat di pisahkan. Lalu dia di singkirkan daripa UMNO, sebab kami tak mau pemimpin yang macam tu.

        Hangpa kutip dia buat ketua, hehe…bekas orang UMNO la jugak…apa hangpa tak dak pemimpin lain ke ??

        • bujuk says:

          kalau ikut fitnah puak umno… sejak MCKK lagi dah mula aktivivti. Camana pulak???

          • OrangBukit says:

            Bodo betul la kao ni….

          • anakbochek says:

            Yang mula2 fitnah dia sebagai peliwat tu abang Mat Sabu dan yang bangkitkan dalam parlimen abang Karpal. Sekarang ni boleh berbaik pulak kan. Tapi tak pernah dengar pulak setan 2 ekor tu mintak maaf dengan Anwar.

            Kesian ahlul PAS, habis serban dan jubah suci mereka tercemar dek taik Anwar.

          • raplahjingaa says:

            hehe…

      • anakbochek says:

        Tun M rayu dan tawarkan Anwar jawatan tim. menteri? Kau tengah “high” ke Bujuk? Sapa merayu kat sapa ni?

        • EVLee says:

          Nak buat camne Boss…posting baru bangkit tidur…

          Dalam kegelapan sebelum subuh
          Nak rejam Umno… dengan runcingan buluh
          Dicapai batangan berduri…rupanya rotan
          Bisanya aduhh…meroyan-royan

        • bujuk says:

          ok…. siapa bawak anwar masuk umno?

          • OrangBukit says:

            At lease oghe ngaku silap….
            Tapi yang terpilih kerana kesilapan…merayu2 menangis…nak jadi ahli semula….Nasib baik la Pak Lah tak sokong….heheheheheh

          • anakbochek says:

            Anwar yang terhegeh2 nak masuk lah Bujuk sebab kalau nak jadi PM dengan tiket PAS memang sampai mamposlah tak dapat. Jadi peliwat tua gunakan tiket UMNO, dan baru beberapa hari masuk UMNO terus tanya nak jadi ketua pemuda UMNO.

            Dan kau tengoklah sendiri apa dah jadi PAS bila bersekongkol dengan peliwat. Hampas jadinya.

      • OrangBukit says:

        Ni la…orang ckp zaman sekaran…ni bwk citer zaman dolu-dolu….
        Sedaro kao tu memang hebat…. tapi hebat kok mana…. ambo kure pahe….

  16. Biskut Marrie says:

    Pokoknya siapa yang mahu buat huru hara?
    Pembangkang sejak dari dulu sentiasa kalah tak pernah buat huru hara pun..biasalah orang yg tak pernah kalah akan buat huru hara…siapa yg biasa serang ceramah pembangkang? siapa yg sentiasa yg memutar belitkan isu?

  17. Pasti kan PRU13 adalah penamat kepada Pakatan Rakyat.

  18. DataCode says:

    Jangan risau biar harakah siasat betul ke tidak,,kih kih kih

  19. darah biru says:

    Haha , keluarga aku dari moyang aku sampai aku dan akan aku pastikan cicit aku terus dgn perjuangan UMNO,ak x nampak apa baiknya PR , ak dah tahu cite nak buat huru hara dari kwn ak(dia org kuat pr), kalau pr mng pun ak nk tgk berapa lama pr bertahan , andai di toreh darah aku akan keluar darah biru ,matinya aku demi agama aku , bangsa aku dan negara aku , andai huru hara ni berlaku ak x kan duduk diam , jgn bermain dgn darah melayu melaka dan johor .

  20. tk says:

    Gambar surat Tak Tunjuk T/tangan pon? Dah la nama & alamat pun xde

    Apa, takut surat kantoi ke atau takut kena saman?

    Nampak sangat cerita palsu.

  21. tk says:

    Wei penakut ke! Apsal komen aku sebelum ni kau remove?

    Su, confirmla surat tu fitnah yg direka sendiri

    Sign take, nama pun takde, aku pun boleh buat surat fitnah macamtu kpd mykmu.net

Leave a Reply