Menu Utama

#PRU13 :Janice Lee Bakal Dipecat Dari DAP Kerana Bertanding Bebas

adun teratai

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Teratai Jenice Lee akan mempertahankan kerusi berkenaan atas tiket Bebas berikutan pengguguran namanya daripada senarai calon DAP pada pilihan raya umum ke-13.

Justeru, Lee berkata beliau sedia dipecat daripada DAP.

“Niat saya cuma mahu memenuhi hasrat penduduk Teratai untuk terus berkhidmat kepada mereka. Wang deposit pencalonan saya hasil kutipan derma jawatankuasa penduduk di sekitar kawasan Teratai,” katanya kepada pemberita selepas penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya Sabtu.

Lee tidak menolak kemungkinan beliau digugurkan daripada senarai calon DAP berikutan dakwaan penyelewengan oleh pemimpin DAP terhadapnya.

“Saya bertanding kerana mahu membuktikan saya tidak bersalah dan tidak pernah melakukan sebarang penyelewengan sepanjang saya menjadi anggota DAP.

Pada 15 Mac lepas, Jawatankuasa Disiplin DAP memanggil Lee bersama Pembantu Khasnya, Lee Suan Ba bagi memberi keterangan atas dakwaan penyelewengan dan salah guna wang.

Anggota Jawatankuasa Displin parti Tan Kok Wai dilaporkan berkata Suan Ba didakwa menyalahgunakan sebahagian daripada peruntukan RM32,000 bagi membina dinding penahan di Taman Seraya, Cheras pada 2011.

— BERNAMA






12 Komen to #PRU13 :Janice Lee Bakal Dipecat Dari DAP Kerana Bertanding Bebas

  1. […] Visit site: #PRU13 :Janice Lee Bakal Dipecat Dari DAP Kerana Bertanding Bebas […]

  2. PASpartyNGOK says:

    Penyelewengan sudah menjadi synonim dalam perjuangan DAP. Isu yang sering mereka pekik, tempik terhadap orang lain sebenarnya makanan harian mereka. Cari pekong orang sebelum pekong sendiri terbukak.

    Agak realistik sebab yang diberi Jenice bahawa dia terpaksa bertanding baik dari dalam mahu pun dari luar kerana duit bayar deposit disumbang pengundi setempat yang bakal menyokong dia.

    Teruskan jadi bebas tak payah masok balik DAP, ye Jenice. If you have any problem you know who to call but dont call me.

  3. mek esah says:

    berbelit2…digugurkan dan bertanding atas tiket bebas adalah fenomena biasa tanpa mengenal parti
    di msia…….tak payah bincang…STOP !!!

  4. duluPas says:

    Bila kena batang hidung sendiri, baru kata stop tak payah bincang!!!memang dasar munafik pihak pembangkang ni.

  5. raplahjingaa says:

    Eh..eh mek, kalau nak main arah orang suruh stop, hang buat blog sendiri la.

  6. arjuna waspada says:

    Demokrasi Ada Puak amal Taqiah, ber pura pura, nak ambik hati kunun, mengambil kesempatan exploitasi teramat sangat murah rendah sangat harga maruah Melayu dan Islam.
    Jika betul ikhlas(kafir mana tau istilah ini)CAT Ah beng ,Janis lama dah campak terus.
    Tapi masalah nya, ada sesiape pernah dengar lihat dan tonton parti Demokrasi Ada Puak menghalau ahli nya.
    Sampai sekarang tak halau.
    Jenice lee pun tak di halau.
    arjuna waspada
    changkat lobak.

  7. baba says:

    hahah rasanya lagi ramai calon bebas terdiri dr mereka yg kecewa dari pakatan berbanding bn

  8. PASpartyNGOK says:

    Untuk mentadbir memerlukan kebijasanaan. Walau sekecil mana organisasi yang kita tadbir , pulak sebuah negeri, tambah lagi sebuah negara.

    Apa kebijaksanaan yang puak ini ada ? Apa pengalaman ?

    Mereka mungkin sekadar boleh mentadbir sebuah gerai jual ayam dipasar dengan baik tapi perlukan pengalaman lain untuk mentadbir kedai runcit.

  9. mamu says:

    Mesti Pas parti hamba abdi kena bagi dia menang.

  10. Angah says:

    Jenice lee dulu tak nak support pasal dia party dap…sekarang parti pokok…saya undi dialah hahahhaha

Leave a Reply