Menu Utama

Terkini: PM Mungkin Umum Suruhanjaya Di Raja Pencerobohan Lahad Datu

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, perdana menteri akan mengumumkan pembentukan sebuah suruhanjaya diraja baru bagi menyiasat isu pencerobohan Lahad Datu.

Malaysiakini.com memetik Facebook China Press yang menyatakan pengumuman itu akan dibuat pada Isnin. Hishammuddin juga dilaporkan berharap bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh mengemukakan bukti terhadap dakwaan pihak polis menyalahguna kuasa terhadap komuniti Suluk Sabah, bagi mengelakkan perkara itu dipolitikkan.

Harris sebelum ini dilaporkan mendakwa, polis menjalankan operasi merampas dan memusnahkan dokumen pengenalan diri yang diberikan kepada masyarakat Suluk.

Pengumuman mungkin dilakukan oleh Perdana Menteri dalam ucapannya sempena sambutan Hari Polis isnin ini. Mykmu.net sedang cuba mendapat pengesahan dari beberapa pihak dalam kerajaan mengenai kesahihan maklumat ini.






Satu Komen to Terkini: PM Mungkin Umum Suruhanjaya Di Raja Pencerobohan Lahad Datu

  1. PASpartyNGOK says:

    Penjenayah patut dilayan saperti penjenayah setimpal dengan onar yang mereka lakukan yang telah terbukti menyusah semua orang. Malangnya dikalangan kita ada yang masih mengharapkan penjenayah perlu diberi bunga.

    Kita lihat bagaimana cara tawanan dilayan oleh askar US semasa perang Iraq terutama semua yg ditahan di Guatanamo bay. Kita tidak perlu salibkan mereka, electrocute mereka atau bogelkan mereka saperti US buat.

    Tapi apa yang perlu semua orang buat ialah jangan soal polis apa yang mereka telah buat.

Leave a Reply