Menu Utama

Permit Teksi Individu: Rafizi Patut Selam Kepala Dalam Jamban

Beberapa hari lepas, Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli mendakwa pemberian lesen permit individu kepada 1,000 orang pemandu teksi adalah idea PR yang telah diciplak oleh BN daripada Buku Jingga & Manifesto PR.

Betulkah sedemikian? Benarkah Kerajaan Pusat yang diterajui BN telah meniru idea Buku Jingga dan Manifesto PR? Atau yang sebenar-benarnya, PR yang terkial-kial menciplak usaha, jasa dan kerja buat BN?

Beberapa fakta berikut merupakan jawapan kepada beberapa persoalan di atas dan kita akan tahu siapa meniru siapa.

14 Julai 1999

  • 13,644 lesen teksi yang telah dikeluarkan, 462 lesen diberi kepada individu dan bakinya diberi kepada 667 buah syarikat
  • 1995 dihentikan, hanya 8 syarikat yang cemerlang diberi keutamaan
  • Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Dato’ Idris bin Jusoh dalam sesi soal jawab di Sidang Parlimen

22 Julai 2008

  • Sehingga 31 Disember 2007, LPKP telah mengeluarkan sebanyak 31,760 lesen teksi. Daripada jumlah ini sebanyak 9,487 ialah permit teksi individu (29.9%).
  • 22,273 permit lagi (70.1%) untuk syarikat yang kemudiannya telah menyewakan lesen itu dengan kadar RM30 – RM40 sehari.
  • Diumumkan oleh Datuk Seri Noh Omar dalam sesi soal jawab dalam Sidang Parlimen

11 Julai 2009

  • PM umum dasar untuk menambah permit teksi individu bagi memperbaiki kehidupan para pemandu teksi.
  • Ucapan Dato’ Seri Najib  sempena 100 hari sebagai Perdana Menteri

5 Mac 2011

  • Buku Jingga dilancarkan oleh PR dengan salah satu janjinya ialah untuk menyemak pemberian permit teksi untuk individu dan persatuan.

01 Ogos 2011

  • PR Janji permit teksi individu
  • Pemandu teksi diminta menjadi penyebar lidah PR dengan membekalkan akhbar Harakah, Suara Keadilan & Roket kepada para penumpang.
  • Janji ditaburi oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis yang dihadiri kira-kira 500 orang pemandu teksi di Petaling Jaya

24 Jun 2012

  • PM umum akan rangka model baru bagi meningkatkan jumlah pemit teksi individu
  • PM juga melancarkan Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) di mana baucar bernilai RM520 diberikan kepada pemandu teksi untuk penukaran keempat-empat tayar teksi milik mereka.

21 Mac 2013

  • Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar menjelaskan sehingga kini terdapat lebih 80,000 permit teksi, 40% (sekitar 32,000) daripadanya merupakan permit teksi individu.

24 Mac 2013

  • PM umum pemberian 1,000 permit teksi individu dalam satu majlis yang dihadiri kira-kira 6,000 pemandu teksi
  • Syarat permit individu;- terbuka kepada pemandu teksi yang berumur bawah 60 tahun, pemandu teksi yang berusia lebih 60 tahun disyaratkan lulus pemeriksaan kesihatan.
  • Syarat lain ialah pemandu teksi wajib membeli Proton Exora di mana masing-masing akan mendapat geran RM5,000. Tujuan menggunakan Proton Exora untuk memberi keselesaan para penumpang.

Bersandarkan beberapa fakta di atas, para pembaca dapat menilai siapa sebenarnya yang prihatin dengan nasib pemandu teksi dan pihak mana pula menjadi pencilok.

Dengan fakta yang terbentang depan mata ini, memang patut Rafizi Ramli celup dan selam saja kepalanya dalam mangkuk jamban, jawatannya saja nama Pengarah Strategik tapi dalam bab fakta kerap sangat tunggang terbalik.

Di masa depan kita harap pemimpin PR yang lain dapat mencermin diri sendiri dan menyemak fakta sebelum bercakap. Jangan terikut perangai Rafizi Ramli yang banyak bercakap tapi langsung tak berpijak di bumi nyata.






83 Komen to Permit Teksi Individu: Rafizi Patut Selam Kepala Dalam Jamban

  1. Moohyideeeeen says:

    UMNO tertipu lagi. Cuba hangpa pi tanya randomly Driver Taxi kat lembah klang ni…

    • Hamba Ar Rahman says:

      HAng pun mana tahu Moo…hang mana pernah naik taxi…hang kan naik Peugeot…lain kami2 ni…rakyat marhaen…tak setaraf dengan hang…kami naik kenderaan awam jer….hehehe

      • Moohyideeeeen says:

        Aku naik taxi, aku suka interview driver taxi ni. But Boss aku selalu share dgn aku kesusahan hidup abg dia as a taxi driver. Sbb nak bayar permit..dah lama dah dia tanggung….

        • yesss….. kajian dari mooo dah keluaq…

          • Awang says:

            Ada statistic dak?

          • Topup says:

            ala dia tanya sorang dua yg macai cam dia jugak

          • Hamba Ar Rahman says:

            Alahai Moo…kot ya pun hang nak cong aku…biarlaa logik Moo…pertama sekali…sah2 hang tak naik taxi….nak aku senaraikan kenapa??? dulu hang juga cerita harta bertimbun2…dalam dan luar negeri…kereta mahal…jadi kalau hang tak dak driver pun…paling koman hang sure drive sendiri…mustahil orang2 yg duit byk macam hang saja2 nak naik taxi…sebb membuang masa menunggu…kerana bila hang sampai satu2 tempat hang nak cepat…jadi amik taxi adalah satu perkara yg melambatkan pergerakan…kecuali hang sebenarnya pangkat exec2 biasa jer..tapi tak logik laa exec harta bertimbun plak….aku bayangkan…paling koman pun kalau hang malas tersadai traffic…hang naik motor…motor besar….lagi satu….kalau betul hang naik taxi…mustahil semua taxi driver tu hang interview…sebb orang kaya2 yg duit bertimbun macam hang…dan2 masuk dalam taxi jer, terus buka diary atau pun tab ker apa ker..untuk cek appointment and meeting for that day…tak der masa Moo…nak interview2 niii….hehe…apa pun, tu andaian aku jer….jgn marah nooo….

          • gambus says:

            nak menipu apa lagi ni moo , kasi tahulaa kajian penipu kau tu berapa permit teksi + sewa teksi .. hahahaha

        • raplahjingaa says:

          Hang ni prebet sapu kot moooo…

        • Hamba Ar Rahman says:

          Aku bukan tak nak percaya kat hang Moo…tapi hang dengan Big Boss hang 2×5 jer…dah berapa kali kami dan forumer2 dalam ni kena tipu bulat2 dengan hang…contoh pertama kes Lynas…hang bawak mai bukti dari mana entah konon2 lynas merbahaya (copypaste)…tup2 big boss hang buat U turn and kata boleh pulak teruskan projek Lynas…jadi macam mana kami nak percaya hang Moo..asik menipu jer…

          • Hamba Ar Rahman says:

            Tu belum masuk cerita Apco dan burung bangau supersonic terbang mengiringi boeing 727 lagi

          • Topup says:

            hehehe kerap menipu susah orgnak percaya…cakap 10 ..11 org tak percaya!

          • duluPas says:

            Abang kpd Big Boss kpd Moo mewakili puluhan ribu pemandu teksi kah?

            Jika betullah tohmahan Abang Big Boss Moo ini bahawa puluhan ribu pemandu teksi hidup susah merana, mengapa masih ada puluhan ribu pemandu teksi di negara ini masih mencari rezeki halal mereka? Tak mungkin mereka memandu untuk menanggung kesusahan.

            Lagi satu, apalah Big Boss Moo ni, dah tahu abang kandung adik beradik seibu sebapa darah daging sendiri, apalah salahnya bagi lah satu jawatan penting dalam Company milik Big Boss Moo kepada abang sendiri. Setidak2nya lah sebagai driver peribadi Big Boss. Tak kah gitu Moo?

            Asyik2 segala apa kerajaan buat, bagi, bantu semuanya salah. Bersyukurlah sikit.

          • Topup says:

            ala …nama saja big boss tapi gaji beza seringit dua jer

          • gambus says:

            moo lembu ni nak menipu agak-agak laa , aku tahu dia sendiri pun taktahu berapa bayaran permit teksi tanpa sewa teksi atau bersama sewa teksi … hahaha

    • raplahjingaa says:

      ntah moooo…aku tanya depa depa kata depa sokong BN, depa tambah pulak dengan berkata undi pakatan haram nak buat apa ?? kereta jadi murah gilaa ! driver teksi tak boleh cari makan…

      hang pi tanya driver prebet sapu kat mana ??

    • lady j says:

      err umno tertipu tang apanya? dan siapa yg menipu?

      yg menipu adalah kunun PR la dakwa mula2 janji pemberian lesen permit individu dalam buki jingga, sedangkan 2 tahun sebelum buku jingga lagi bn dah start bagi benda tu.

      • Moohyideeeeen says:

        La..hang tak sedar lagi ka..ishh..ish..ish…lari cepat..parti BN dah nak karam ni..kalau tak karam, dah lama Pok Jib call for GE dah… lariii….!!

        • typical mind PR supporter punye comment..

          mengesahkan BN nak karam dengan hanya sebab najib buat GE lambat. bijak sungguh!!

          kalau nak dibandingkan pencapaian Anwar dgn Najib… sape lgi cemerlang?…

          ce hujah sikit..

          • anakbochek says:

            You pay peanut you get monkey,
            You pay RM1 you get Anwar as your economic advisor… Pathetic.

        • lady j says:

          tu la pasal. sebenarnya apa isu yg dia cuba nak bangkitkan? tapi dalam takde apa2 yg konstruktif, tiba2 plak cakap benda yg tiada kaitan tanpa langsung mahu menjawab soalan. maksudnya takleh nak jawab la tu. so maksudnya setuju dlm keterpaksaan la kan.

          btw bukankah mb selangor sendiri cakap taknak bubarkan parlimen serentak kalau parlimen bubar awal? habis mb selangor penakut ka?

        • Hamba Ar Rahman says:

          Moo….aku tau laa…big boss hangpa selalu tipu kami..terutama di Selangor ni…jadi hang kalau tak ikut macam tu boleh tak….cuba hang ni jadi lebih telus dari boss hang…atleast sumthing laaa kan…baru lah seronok kita nak bergaul dalam ni…hang bawa masuk semua perangai2 puak hang dalam ni buat apa…

      • bro…dia pun sbnarnya bukan tau ape dia cakap… dia sendiri pun tak tau UMNO tipu tang mana…

        biasak la… dah takdak hujah… duk lebel orang tipu la, tertipu la…

        haha

        • lady j says:

          Tu la..penyokong pembangkang tak sedar lagi ka..ishh..ish..ish…lari cepat..parti PR dah nak karam kat sgor ni..kalau tak karam, dah lama khalid gagap bubarkan selangor sebelum genap 5 tahun lagi… lariii….!!

  2. Mat Iwan says:

    Bang Non naik jet, mana la nak naik teksi ni. Ada buka permit untuk jet tak? Nanti BUJUK FASIK, mek Esah, mooooo LEMBU, MM leh la minta

    • Moohyideeeeen says:

      Ada permit..tu enjin jet hilang tu…

      • raplahjingaa says:

        enjin jet hilang tak sama macam jam omega yang hilang….lagi tak sama dengan 4000 ekar tanah yang hilang…

        • Topup says:

          dalang2 enjin jet dah kena tangkap pun ! Dalang tahun org melayu kelantan bial nak tangkap…aku rasa nyawa nik ajis tak akan lama bila kalah pru ni , semua sakit mai !

          • raplahjingaa says:

            laaa ni pun memanjang si tua tu sakit perut, tu la dok doakan sangat orang nu pecah perut orang ni pecah perut…last sekali doa munafikun berbalik pada dia !!

            Tu pun masih tak mau bertaubat.

  3. Moohyideeeeen says:

    Apa?? Kak Semah atk naik jet ka?? Kak Semah naik kapal tongkang ka???

  4. Moohyideeeeen says:

    Maka esok terbubarlah DUN NS.

    Malunyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!

    • Hamba Ar Rahman says:

      amboi happy nya aku tengok hang Moo….macam mana operation buasir kamu haritu….dah sembuh kaaa…lama hang MC…:)

      • Moohyideeeeen says:

        Kat obese la… bosan dok kat Malaysia ni..bukak TV asyik2 1,000-2,000 keluar PR masuk BN, walhal bila dah sampai hari ni, tak berani lagi nak announce PRU.

        • raplahjingaa says:

          Aku pun sokong PRU kasi lambat sikit…dengan cai macam hang kepanasan, penyelewengan pembanggang makin lama makin banyak yang didedahkan….

          mooo bila pondan tua tu nak saman reuters dan badan perisikan filipina ??

        • Hamba Ar Rahman says:

          Alaa Moo…hang jgn marah depa moo…itu namanya demokrasi…hang keluar dari Umno masuk PKR…kami tak marah pun…malah kami alu2 kan hang dan geng2 hangpa dalam ni..except ada sorang dua yg dah aku terusir sebb jenis mulut tak dak insurance…hehe

          • raplahjingaa says:

            mooo dia tak pernah jadi ahli UMNO pun..dulu dia dan mak bapak dia termasuk lah atuk dia adalah ahli BJP,Bharatiya Janata Party..parti haluan kanan di India.

            dah dapat ic kat malaysia ni..baru lah dia join PKR sebab minat dia pun lebih kurang sama….

          • Hamba Ar Rahman says:

            Patut pun kena buasir …hehe

        • Awang says:

          Awat taj dok sana terus?

        • duluPas says:

          Dengar kabar Bujuk pun nak keluar Pas, sebab tak percaya lagi dengan sifat2 orang seperti Bob Lokman.

          Betul ke Bujuk? Atau anda setuju dan mendokong mualaf seperti Bob?

          • Hamba Ar Rahman says:

            Bujuk tak mungkin akan keluar dari PAS…sebb Bujuk dah ter’baiah’ haritu…tapi kalau Bujuk terpangkah BN…mungkin boleh..sebb dalam baiah cuma kata tak boleh keluar PAS..tapi tak specify kata tak boleh pangkah BN…hehehehe

          • gambus says:

            bujuk sedang bertapa untuk menghalalkan kata-kata bob lokman tu , tunggulaa nanti bujuk kembali macam salakan anjing !!!

    • P164 says:

      Ape yang nk dimalukan. DS Najib ada percaturanya sendiri. Untuk memakmurkan rakyat malaysia, dan memacu malaysia ke arah sebuah negara maju.
      Bandingkan pencapaian DS Najib dengan Anwar ko tu?
      Ape yang anwar buat selama jadi timbalan perdana menteri dulu..
      Fikirlah secara waras dan bertamadun.
      Terbubarkan sendiri dun Negeri Sembilan pn x pa. X dosa pn.

      • Moohyideeeeen says:

        P164 nak cover malu buat ameno dan Pemimpin2 nye…. timaksih..nanti Pok Jib kasi pengat pisang kat ko…

        • raplahjingaa says:

          hush ! nak malu amende…bukan dia langgar undang-undang, sabar sat moooo, ada 2/3 lagi penyelewengan pembanggang akan didedahkan sebelum kita buat penutup dan bubarkan parlimen.

          sabar sat nooo..

        • gambus says:

          nak malu buat apa moo , yang patut malu kerajaan DAPigs selangor , dulu kau juga yang kata Selangor DAPigs tu berani sebab nak bubar awal .. sekali sama jee macam kau moo lembu , pemimpin kau kaki penipu dan penakut hahaha !!!

          eloklaa kau jilat air ludah pemimpin Pakatan Selangor dan kau sendiri !

    • DUN NS terbubar… ape yang memalukan?…

      cube berhujah sikit 🙂

      • Moohyideeeeen says:

        Eh bukan berhujah tu bukan budaya kita ker??? kate pemimpin ameno la….

        Tak malu lagi ka??? Ada PM yg kecut telor tu….

        • anak ayam says:

          NS negeri BN…negeri PKR lagi kecut sebenarnyer….

        • gambus says:

          berhujah dengan berdebat pun kau tahu kee moo lembu??? hahaha patutla bodoh !

          meroyan lembu-lembu Pakatan sibuk pasal pilihanraya !!! kakakaka suruh laa Selangor bubar kalau berani sangat !!! dasar penipu!

    • Anonymas says:

      Ha NS jugak yang berani. Kedah, Sgor, Penang, Kelate bila lagi oi!

  5. Moohyideeeeen says:

    1MDB :
    .
    .
    1Malaysia Development Bhd (1MDB) may have received flak for lack of transparency, but critics may not be able to say that it has no checks and balances.

    According to its website, 1MDB has a “triple-tier” corporate governance structure – the board of advisers, board of directors and senior management.

    Sitting on top of the pile is Prime Minister Najib Abdul Razak, who is chairperson for the board of advisers.

    But before there was 1MDB, there was the Terengganu Investment Authority (TIA). And behind the fruition of TIA, was the close relationship between the Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, who was the Agong then, and a young man who will later become a household name.

    In his early thirties, wheeler-dealer Taek Jho Low is perhaps most popularly known for hitting the New York gossip rags after splashing a fortune on cases of Louis Roedre Cristal with celebrities, including heiress Paris Hilton.

    rosmah mansor biography book launch event 190313 08 najib rosmahHilton, however, was not the only celebrity he rubbed shoulders with. He claims to be friends with Oscar nominee Leonardo DiCaprio and Jamie Foxx – the latter of whom reportedly sang a ‘flirty’ number with the prime minister’s wife, Rosmah Mansor (left), at an event in the Big Apple.

    It is unclear if the New York party scene was where Rosmah and Low got close. But the Penang born-whiz kid’s connections with the wealthy worldwide were forged even before Rosmah started calling herself the “First Lady of Malaysia”.

    Low – or J Low, as he was at one point referred to – is son to founder of engineering company MWE Larry Low. Like most children of the rich in Malaysia, he was packed off to a top UK boarding school in his teens.

    Tight friends from the Arab world

    It is at Harrow, and later Wharton’s School of Business that baby-faced Low would became tight friends among people with deep pockets from the Arab world.

    The combination of wealthy friends and a well-to-do family landed Low with capital of US$25 million – seed money for his very own private equity fund, the Wyndon Group.

    Some have speculated that these are among Low’s business associates who picked up the RM5 billion bonds issued by TIA, much to the ire of deprived local bankers.

    1MDB has never disclosed who the debt papers went to. It is unclear what Low got for lining up the investors.

    On 1MDB’s part, it said that Low’s role in 1MDB is “zero”. It stressed that 1MDB’s dealings with foreign investors are on a government-to-government level without intermediaries.

    One of Low’s friends, however, went further than simply buying the debt papers.

  6. Moohyideeeeen says:

    Menteri Besar Selangor memaklumkan secara rasmi akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 22 April 2013 sekiranya Parlimen masih belum dibubarkan sebelum tarikh itu. Namun jika parlimen telah dibubarkan sebelum itu, ia akan automatik terbubar dan akan menjalani pilihan raya umum ke 13 mengikut kerajaan persekutuan. Tarikh tersebut bersamaan dengan tarikh DUN Selangor dibubarkan secara automatik setelah cukup tempohnya 5 tahun.

    • lady j says:

      habis kenapa selangor taknak bubar awal, nak juga tunggu tempoh genap 5 tahun? tapi bila najib belum bubar parlimen, dikatakan takut?

      • bile kene kat depa, senyap sunyi, tak dengaq pun depa nak kutuk PR penakut ka, apa ka….

        tapi bila tang BN, depa kutuk rapat, habih semua dilabel penakut…

        jaga2… ni la antara tanda2 sifat assobiah…

        • Moohyideeeeen says:

          Maksud hang, BN takut nak announce ler?? Macam tu ka??

          • raplahjingaa says:

            bukan…pakatan haram takut makin lama PRU makin banyak penyelewengan yang terdedah..

            Macam tu laaa !!

          • lady j says:

            better la umno tak announce awal drp khalid gagap yg meroyan kejap nak bubar lambat kejap nak sama dgn parlimen, kejap lepas chap goh meh la dsb.

          • gambus says:

            dah 22 april kaa moo , aritu bujuk kata 29 Mac , sebelum ni pun lepas chap goeh meng .. apalaa pemimpin dan penacai tahap najis macam kau nak menipu lagi nanti !!!

    • macam ni la…

      tak kire bile pun DUN atau PARLIMEN bubar… tak kire bile pun PRU dibuat… kalau rakyat nak undi BN, BN jgk depa pangkah…same jgk macam sape2 yang nak undi PR…. salah ke kalau bia terbubar automatik?… tak salah kn?… sepatutnya PR ambik kesempatan mase yang ade ni untuk perbaiki, tunai segala janji yg tak tertunai lgi… masalah tak setel lgi, tapi dah sibuk suruh buat PRU cepat2….. nampak macam nak lari dari masalah…

    • lady j says:

      tarikh parlimen terakhir bubar adalah 24 april 2013. tapi bila najib tak bubarkan lagi awal2 dikatakan takut, tapi bila mb selangor umum bubar pada 22 april iaitu genap 5 tahun yg dah memang takleh nak tunda, tu tak plak dikatakan penakut, awat tak bubar awal2 dsb. heran dgn hipokrasi penyokong pembangkang ni.

      • Moohyideeeeen says:

        Untuk Lady J – pompuan mangkuk:
        .
        .
        Menteri Besar Selangor memaklumkan secara rasmi akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 22 April 2013 sekiranya Parlimen masih belum dibubarkan sebelum tarikh itu. Namun jika parlimen telah dibubarkan sebelum itu, ia akan automatik terbubar dan akan menjalani pilihan raya umum ke 13 mengikut kerajaan persekutuan. Tarikh tersebut bersamaan dengan tarikh DUN Selangor dibubarkan secara automatik setelah cukup tempohnya 5 tahun.

        Kenyataan Menteri Besar Selangor menjawab teka-teki pilihanraya DUN di Selangor akan dijalankan berasingan dengan parlimen. Keputusan kerajaan Selangor mematikan hasrat golongan opportunis dan mereka yang mahu mengambil kesempatan terhadap Pakatan Rakyat. Adalah dikhuatiri sekiranya PR Selangor membubarkan DUN lebih awal, akan ada tindakan sabotaj terhadap kerajaan PR sehingga pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

        • raplahjingaa says:

          ooooo..22 April, lepas chap goh meh la tu…hehe

          Pandai sungguh !!

        • lady j says:

          aik? sebelum ni kemain penyokong pembangkang menyalak cakap najib tak berani bubar parlimen awal, takut kalah dan mcm2 tohmahan lagi.

          tapi bila mb selangor tak bubarkan parlimen awal juga, sebaliknya pun nak kekal genap 5 tahun juga (manakala parlimen juga last pada 24 april) dikatakan tindakan bijak, takut ada tindakan sabotaj la apa la.

          begitulah hipokrasi penyokong pembangkang, bila umno buat salah, tapi bila pembangkang juga buat benda serupa dikatakan bijak. tapi org lain nampak betapa bodohnya penyokong pembangkang ni cakap merapu2 lagi hipokrit.

        • gambus says:

          hahaha galak sungguh kau menjilat taik pemimpin Pakatan Selangor tu moo .. mana keberanian Pakatan kata nak bubar DUN lepas chap goh meh !!! Telur pemimpin Pakatan sudah takde dan terpaksa menipu sekali lagiii !!!

          memang kau betul-betul mangkuk laa moo lembu !

      • aku duk tggu gak ni bila Mooo ni nak kata khalid penakut dan PENIPU nih…. hehehe

    • Anonymas says:

      “S…se…sss..saya…buu…bbb…bubar…bub”

      “Ha, nak bubar DUN bila MB Khalid? Saya dah tak sabar ni-”

      “Ssss…saya nak BUBUR, bukan BUBAR. Maaplah s-s-saya ni darah gemuruh”

      “………….”

      • Moohyideeeeen says:

        La…… ingatkan Pok Jib, kalau Pok jib announce 1-year ago, semua dah buat PRU dah pun.

        Tapi skg ni salah org lain pulak..

        Bijak standar haprak org umno ni. Since korang masih lagi kat ameno, kami paham situasi anda.

        • raplahjingaa says:

          kami ? sapa kami tu moooo ? BJP ke ?

        • lady j says:

          aik? kalau najib buat setahun lepas semua dah pru? tapi takkan lupa yg sebelum ni mb selangor si khalid gagap cakap selangor takkan bubar awal wpun kalau parlimen bubar awal? sampai kena sound dek nik aziz yg cakap kelantan akan bubar sama dgn parlimen?

        • gambus says:

          yang haprak tu pemimpin Pakatan moo lembu .. Pakatan menyalak cakap berani sangat nak bubar DUN TAPI lepas chap goh meh pencacai macam kau sendiri yang penakut macam pemimpin kau tu hahahaha

    • anakbochek says:

      Katanya masa Chap Goh Mei nak bubar? Munafik sungguh MB Selangor ni. Sudah berapa kali postpone daa…

  7. PASpartyNGOK says:

    Suka jugak kita dengar cadangan supaya Rafizi masokkan kepala dia dalam lubang jamban. Kerana apa salah nya untuk masok kepala dalam lubang jamban sedangkan senior dia makan aiskrim pun dalam jamban (dalam banyak2 tempat jamban jugak jadi pilihan) .

    BN sudah memerintah 55 tahun. BN hari ini dipimpin oleh ramai pemimpin senior, separuhnya dikatakan sudah sampai tarikh luput. Tetapi apabila dikaji dari konteks faedah seniority itu sendiri , yang sudah senior itulah yang paling banyak pengalaman dan arif tentang segala law serta jauh wawasannya.

    Maka lojik ke ada cadangan atau law yang BN patut tiru dari satu puak yang baru bertatih atau setahun jagung.

    Puak yang hanya tahu mengutuk siang malam, pagi , petang akan terus begitu dan tak akan ada sebarang yang baik terlahir dari mereka. Itu pegangan kita.

  8. DataCode says:

    Rafizi memang sesuai kalau masuk kepala dalam lubang jambang,sebabnya semua yang dibuat oleh BN untuk membantu rakyat,seolah-olah menyakitkan hati dia,serba tak kena,tak senang duduk,berdiri lagi tak senang,jadi eloklah kalau cuci kepala dalam lubang tandas,manalah tahu kalau-kalau lebih baik dari pemikiranya dari menggunakan kepala lutut lembu.

  9. […] dan PKR, tak berapa lama dulu pun mereka sibuk mendakwa BN mencedok idea mereka dalam hal pemberian permit individu untuk pemandu teksi, padahal sebenarnya BN sudah mula membincangkan isu permit teksi […]

  10. […] Apa pun tak usahlah pelik dengan sikap lembik dan lembap Rafizi Ramli dan PKR, tak berapa lama dulu pun mereka sibuk mendakwa BN mencedok idea mereka dalam hal pemberian permit individu untuk pemandu teksi, padahal sebenarnya BN sudah mula membincangkan isu permit teksi individu semenjak 1999 lagi. (Rujuk sini) […]

Leave a Reply