|Laman Utama| MyKMU Forum | MyKMU WebTV | MyKMU Mobile Apps | |MyKMU Mobile Site | MyKMU RSS Feed| MYKMU E-MEL: mykmunet@gmail.com |

Editor: KuntaKinte Malaysia | Diterbitkan pada: 27 March 2013| Kategori: Berita | 13 Comments »

Kumpulan Haram Filipina Knight of Right Keeper di Sabah?

Rakyat Filipina yang bekerja di daerah Semporna dilaporkan mengambil tindakan menubuhkan pasukan keselamatan haram bernama Knight of Right Keeper bagi menjaga keselamatan mereka di daerah Semporna, Sabah.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan kumpulan yang dikenali sebagai Knight of Right Keeper (KRK) itu mempunyai ramai ahli yang kebanyakannya pekerja kontrak. Bagi menganggotai kumpulan tersebut, ahli-ahlinya diwajibkan melakukan acara angkat sumpah atau bai’ah.

“Warga Filipina yang mahu menganggotai kumpulan KRK perlu bersumpah atau bai’ah dalam majlis khas sebelum diiktirafkan sebagai ahli. Dalam majlis tersebut, mereka akan menjalani upacara seolah-olah disebat dengan kayu bagi menunjukkan kesetiaan terhadap kumpulan itu,” katanya di sini hari ini.

Setakat ini tiada respon rasmi daripada pihak Polis.

Ada 13 Comments setakat ini.

  • bop
    March 27th, 2013 at 4:05 PM

    KRK mempunyai ahli yg besar di sabah.dan mempunyai cawangan di seluruh daerah. KRK kini mempunyai ahli dari kalangan penjawat awam ,profosianal dan anggota keselamatan di negeri ini selain mempunyai keahlian berdaftar di semenanjung malaysia terutamanya di selangor dan di johor..tq

  • lady j
    March 27th, 2013 at 4:12 PM

    baiah cerai isteri juga ke?

  • deen
    March 27th, 2013 at 10:23 PM

    Ahli mereka juga adalah dikalangan penyokong kuat UMNO dan BN di sabah.Apakata KMU ajak mereka ni untuk menguatkan lagi kelab saudara==sekadar satu saranan==

  • Syci
    March 29th, 2013 at 3:07 PM

    Assalamualaikum kepada admin page ini, saya adalah ahli kepada Pertubuhan KNIGHTS OF THE RIGHT KEEPERS (KRK) saya ingin menjelaskan bahawa pertubuhan KRK adalah pertubuhan persaudaraan kedamaian dan bersatu tidak mengira bangsa, agama dan negara.

    KRK di tubuhkan rasmi pada 24 jun 1970 di school of art & trade zamboanga city dan western mindanao states university (wmsu) oleh golongan proffesional. KRK sudah lama wujud di sabah sekitar lewat tahun 70an lagi.

    Kebanyakkan ahli-ahli KRK bukan hanya rakyat filipina tetapi rakyat tempatan di sabah mahu pun semenanjung juga ramai yang menjadi ahli krk. Ahli-ahli krk tergolongan dari kalangan professional, businesment, engineering, lawyer, pejawat awam, anggota keselamatan dan kontrektor yang berada di malaysia. Pertubuhan krk juga berkerjasama dengan pihak berkuasa di setiap cawangan di sabah.

    Pertubuhan KRK bukan sahaja ada di malaysia atau di filipina tetapi meluas di negara-negara lain juga seperti Jepun, Saudi Arabia, Amerika Syarikat, Australia, thailand, hongkong, indonesia, britain dan yang terbaru di kuwait.

    Seperti kenyataan di atas itu,saya ingin menjelaskan bahawa acara angkat sumpah BUKAN bermaksud mengangkat sumpah untuk memberontak atau mengugat keamanan, sedangkan kami mengUTAMAkan keamanan dan keselamatan. Acara mengangkat sumpah adalah untuk ikrar dalam pertubuhan seperti lain-lain pertubuhan yang ada di malaysia ini. Upacara disebat dengan kayu itu adalah upacara dalam FRATERNITY.

    Kami (KRK) mengutamakan silaturahim, keamaman, tidak mengira bangsa agama dan menghormati kedaulatan undang-undang dan sedia berkerjasama.

  • Muda70
    July 31st, 2013 at 12:58 AM

    Selain daripada persaudaraan yang aman dan bersatupadu untuk tujuan keharmonian dan kesejahteran
    Krk juga berkhidmat untuk menjalankan kerja-kerja amal pada masyarakat…seperti menolong masyarakat atau individu yang memerlukan bantuan bukan sahaja di kalangan ahlinya…ya walaupun pertubuhan ini tidak rasmi dari segi pendaftarannya pada kerajaan tidak bererti ia satu pertubuhan gangsterism….malah hakikatnya ia adalah satu pertubuhan yang melahirkan nilai-nilai murni dari segi ke masyarakatan sebab tu ia mempunyai ahli yang ramai samada dari golongan yang profisional mahupun yang bukan…janganlah kita tersalah tafsiran bila mana di katakan kumpulan atau pertubuhan kita dengan automatik melabelkanya sebagai satu gerakan yang negatif…

  • astala13
    August 31st, 2013 at 9:34 AM

    Kalau bukan pertubuhan knights of the rights keepers yang menyumbangkan banyak darah ( derma darah ) disetiap hospital diseluruh sabah mahupun semenanjung, kemungkinan besar ramai rakyat sabah dan semenanjung mati. Berfikir sebelum bertindak…jangan main sedap mulut jak. kalau tidak percaya, tanya pengarah disetiap hospital

  • astala13
    August 31st, 2013 at 9:44 AM

    KUNTAKINTE MALAYSIA. SAMA MAKSUDNYA DENGAN KENTUT KANTUI. FIKIRAN SEORANG STUPID…

  • miss knights
    March 6th, 2014 at 1:01 PM

    wa,alaikumsalam syci .. hebat keterangan awak tu . saya pun ahli KRK juga . selama dalam fratenity saya tak pernah di ajar untuk memberontak bah kan menjadi ahli kumpulan KRK amat membanggakan saya kerna fratenity kita ada di serata dunia .

  • jaws
    February 3rd, 2015 at 12:39 PM

    Salam… Saya ingin tahu apa tujuan sebenar KRK diwujudkan? Apa yang saudara ceritakan tentang fratenity ini sangat berbeza dari cerita ahli KRK yang saya kenal… Katanya fratenity mereka menganggotainya untuk menyelamatkan diri dari pihak berkuasa kerana tidak mempunyai passport bekerja? Mereka juga mengatakan mereka juga akan memukul pihak berkuasa jika mereka di tangkap oleh mereka??? Tujuan saya bukan untuk memporak poranda fratenity ini… Saya cuma merasakan fratenity ini mengancam keselamatan rakyat sabah…

  • didie
    February 17th, 2015 at 7:28 AM

    assalamualaikum… saya juga adalah ahli krk(chapter d rahsiakan),astaghfirullahal aziim… walau mcm mana pun krk telah d haramkan di malaysia ini kerana bertentangan dgn ajaran islam,seperti upacara baptist,d tegaskan di dlm islam tidak adalah baptist itu dlm ajaran islam…kenyataan tiada krk org sabah mati??? itu sgt2 tidak relevan,pengetahuan terlalu cetek utk mengeluarkan kenyataan seperti itu.. iya betul kebanyakkan org2 krk ialah ahli dari seberang yg tidak mempunyai keterangan,alhamdulillah ada sesetengah ahli yg telah meninggalkan fraternity ini terutama yg cerdik dan pndai..maaf ini fakta,kena belajar utk menerima fakta…. apabila menerima ahli yg bukan dari warga malaysia itu ialah ancaman keselamatan bagi pihak org sabah… dan kami warga sabah akan menentang keras pertubuhan haram ini,samada dari segi perundangan malaysia dan perundangan islam…dan saya telah kemukakan ke MUIS dan mungkin sy akan kemukakan ke Department of Islamic Development Malaysia bahwa krk bertentangan dengan ajaran islam dan ianya dalam proses…

  • kurt
    February 17th, 2015 at 10:03 AM

    lucu…pertubuhan perdamaian??aru sure u can control all ahli dlm pertubuhan???well as apa yg aku tau..dulu geng2 cina juga bermula sebagai 1 union atau pertubuhan persatuan utk menjaga ahli2 dlm menegakan hak mereka dlm masyarakat..secara perlahan persatuan ini bertukar kepada kumpulan gangsterisma..so persoalannya…adakah pertubuhan ini mampu mengawal perlakuan ahli2 mereka??perdamaian??bukti ahli krk sepanggar contohnya..selalu bergaduh..menjual syabu..peras ugut…merompak..adakah itu perdamaian??d hong kong sahaja terdapat beratus pertubuhan..look at they now…aku bkn mo persoalkan apa2 d sini..just nak share…tidak salah ada pertubuhan “putih” utk membantu dlm penyumbangan kemakmuran dlm sosial masyarakat serata dunia…cuma fikirkan 1 dalam akal anda semua…kalau politik kita pun suda boleh menyebabkan kita berpuak puak…apakah akan terjadi jika pertubuhan seperti ini berleluasa??d negara india kucar kacir kerana pertubuhan2 seperti ini apabila gangster boleh masuk bertanding dalam politik..kerana mereka meletakan tiket bertanding atas nama persatuan…if u love ur country..give ur country something yg boleh mengekalkan keamanan..bukan utk melagakan atau hidup berpecah belah…peace utk semua…

  • asi kaa
    February 22nd, 2015 at 7:39 PM

    salam…saya jg ahli krk,mcm2 pandangan org ttg krk ne..itu org yg xfhm lh tp selama sy sertai krk org atasan sy xprnah ajar yg xbaik..semuany nilai2 murni..tp bg sy stiap individu xsma…d mana baik atau buruk nama itu brgntung kpd pembawaan individu msing2..mcm dlm 1 sekolah jga maa,bukan semua pelajar baik2..ada jg yg kurang ajar..

  • japan
    February 25th, 2015 at 7:35 PM

    assalam kpd semua fratmen…peace no war…aku bkn members dlm KRK.aku dr fraternity lain.thn ni genap LA 11thn aku dlm collegiate n human service dlm fraternity..setiap fraternity n sorority ada undang2(bylaws)… fraternity d tubuhkn utk smngt kekeluargaan (brotherhood n sisterhood) …semua ahli d ajar utk mdisiplan kn diri,hormat mnghormati,Bantu mbantu & kasih syg sesama manusia..memng xdinafikn ada d antara ahli yg mrosakkn nm fraternity nya dgn pbuatn xmoral tp TAKKAN LA KERNA NILA STITIK ROSAK SUSU STANGKI?? bagaimn dgn kami yg ikhlas utk kbaikn kmplan n masyarakt kliling??? KPD SEMUA FRATERNITY N SORORITY MEMBERS YG WILLING..MARILAH KITA BSATU N JAGALAH NAMA FRATERNITY KITA DR CONTENGAN ARANG…
    LONG LIVE FRATERNITY
    LONG LIVE 1977

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.