Menu Utama

Guan Eng Menggelabah Bila Cina Sendiri Berdemontrasi

Oleh Zul Rawi

Di saat pakatan pembangkang begitu yakin dan mendabik dada, kononnya pengundi Cina akan tetap menyokong mereka dalam pilihanraya umum -13, tiba-tiba masyarakat dikejutkan dengan laporan himpunan bantahan terhadap kerajaan DAP Pulau Pinang. Dianggarkan sekitar 400 orang yang terdiri daripada belia Cina dan India telah berarak dari Jalan Macalister menuju ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) baru-baru ini.

Ia ekoran dari rasa tidak puas hati terhadap kerajaan pimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dikatakan gagal menanggani pelbagai isu yang melibatkan kepentingan masyarakat. Antara yang disuarakan ialah kegagalan DAP dalam meningkatkan taraf ekonomi masyarakat Cina kerana lebih tertumpu kepada kroni yang ada kepentingan dan rapat dengan ‘Dinasti Lim’.

Mereka juga mengatakan tidak lagi percaya kepada anak Lim Kit Siang itu yang dikatakan gagal mengotakan janji-janji yang pernah diucapkan ketika kempen pilihan raya umum lalu. Malah mereka juga dikatakan turut membantah pembinaan terowong dasar laut yang ingin dibangunkan kerana merasakan ia merugikan duit rakyat dan bakal mengundang kesesakan yang lebih teruk di bahagian pulau.

Guan Eng sebelum ini mengumumkan keputusan kerajaan pimpinannya yang ingin membangunkan terowong dasar laut bernilai 6.3 billion.

Tambah menarik, di masa yang sama turut berlangsungnya satu lagi himpunan yang dianjurkan oleh Gabungan NGO Islam Pulau Pinang yang mendesak agar Setiausaha DAP itu menarik kembali kenyataannya berhubung pengunaan kalimah Allah di dalam Bible.

Himpunan yang diadakan sejurus selepas solat jumaat itu dikatakan berjaya menghimpunkan sekitar 300 orang yang turut dihadiri oleh ahli dan penyokong dari Pas.

Kumpulan tersebut dilaporkan telah berarak sejauh 1 kilometer itu telah bermula dari Masjid Simpang Enam menuju ke Komtar. Kedua-kedua kumpulan tersebut akhirnya bergabung di dataran Komtar menjadi satu kumpulan yang membawa suara rakyat negeri Pulau Mutiara itu.

Salah seorang peserta yang ditemui berkata, perarakan ini adalah merupakan lanjutan dari himpunan yang diadakan sebelum ini dan sekiranya Guan Eng masih berdegil pihak penganjur akan terus mengadakan himpunan yang sama setiap dua minggu. Ia bagi mendesak dan memberi pengajaran kepada Guan Eng agar tidak celupar terhadap isu-isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

Menurut sumber pula, pada sebelah pagi satu laporan polis telah dibuat oleh Guan Eng sendiri di IPK Timur Laut bagi mengesa pihak polis mengambil tindakan terhadap penganjur agar membatalkan himpunan dan perarakan tersebut.

Mungkin kerana takut dan panik, telah menyebabkan pimpinan DAP itu terlupa akan Akta Himpunan Aman yang telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia tidak berapa lama dahulu. Bukankah ia merupakan salah satu tuntutan yang pernah diperjuangan oleh parti sekular itu?

Nampak sangat Guan Eng ini merupakan seorang ahli politik yang ‘double standard’, apabila pakatan pembangkang mengadakan himpunan, mereka akan mendesak agak pihak polis memberikan kebenaran atas nama kebebasan, demokrasi dan hak asasi yang dijami perlembagaan. Namun apabila himpunan tersebut ditujukan kepada mereka, dengan pantas laporan polis dibuat, agar tindakan diambil agar ia segera dibatalkan.

Malah atas ‘arahan’ pihak-pihak tertentu juga, semua pintu masuk ke dalam bangunan tersebut dikatakan telah ditutup. Tidak cukup dengan itu semua perkhidmatan lif dan eskalator turut dimatikan bagi mengelakkan peserta himpunan naik ke tingkat atas yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan negeri.

Rupa-rupanya, mereka yang sebelum ini sering melaungkan slogan kebangkitan rakyat dengan meminta masyarakat turun ke jalanraya untuk menumbangkan kerajaan BN, sebenarnya takut dan gentar apabila berhadapan dengan sitausi yang sama.

Lebih-lebih lagi apabila himpunan yang diadakan itu bertujuan untuk menyuarakan rasa ketidakpuasan hati rakyat terhadap kegagalan kerajaan pakatan di Pulau Pinang.

Syabas dan tahniah kepada rakyat Pulau Pinang yang berani bangkit mempertahankan hak mereka ia sekaligus dapat membuka hati dan minda masyarakat di negara ini yang sering tertipu dengan janji-janji Pakatan.






11 Komen to Guan Eng Menggelabah Bila Cina Sendiri Berdemontrasi

  1. Anonymas says:

    hahahaah dulu ada satu perarakan Guan Eng dapat kek berbentuk taik

    Bagus, sekarang semua kaum dah sedar tentang si Tokong yang sombong, bongkak dan tidak mempedulikan rakyat.

  2. PASpartyNGOK says:

    Disangkakan kerusi yang dia perolihi itu empok, lembut dan bisa mendamai hidup dia, keluarga dan kroninya. Malangnya kerusi itulah sebenarnya buatkan dia resah gelisah, tidak tenteram, gelora jiwa dan pastinya begitu sukar untuk tidor.

    Demikianlah hal nya jika kita amanahkan orang sesuatu perkara yang dia sendiri bukan pakar dalam bidang itu. Bab kata orang tua2, kalau perahu pecah buritan jangan dipanggil tukang rumah membetulkannya, cari lah tukang perahu juga . Ini kerana tukang rumah hanya tahu buat rumah tidak semua.

    Awas dengan satu perkataan diatas kerana mat sabu dikatakan terlalu phobia dengannya.

    • Topup says:

      apa ayat tu bro ?

    • PASpartyNGOK says:

      Upon gaining himself to the throne of the chief minister, he dreams that life is beauty and a bed of roses. A little he knows that the position would actually burn him down.

      This is the result of trusting someone with tasks that he is not capable of doing. If your boat sprung a leak, engage a boat repairman not a house builder ,since a house builder can only built house not a boat.

      INI ADALAH TEXT ASAL SAYA YG SAYA ALIHBAHASA DALAM B/MELAYU. TERJERMAHAN SAYA BARANGKALI KURANG BAIK MENYEBABKAN AYAT SAYA SUKAR DIFAHAMI.

  3. Anak Lenggong says:

    Yang masih tegal nyokongcina DAP dan lobai PAS adalah golongan taksub saperti Bujuk dan yang terbaru Mek Esah..sampai abis pungkuq nike ajis dan nuar brahi serta guan eng mek sedut..

  4. mek esah says:

    selamanya LGE tak akan molek di mata bn sehingga lah apek porno memujuk LGE untuk “memeluk” bn seterusnya tinggalkan pas dan pkr…….selepas itu usahkan terowong bernilai 6.3 bilion….63 bilion pun akan menjadi satu langkah perlu dan wajar…..he he

  5. tumpang lalu tuan2/puan….kuar tajuk sikit….

    kalau kerajaan filipina gagal amik tindakan pada kiram jom kita boikot petron………asas kuat boikot ada dua…1)bagi tekanan pada kerajaan filipina agar amik tindakan yg adil terhadap pengganas sulu yg terang2 ceroboh malaysia dan bunuh polis/tentera(so far rakyat diorang satu hati sokong kiram)……..2) petron dimiliki san miguel sykt arak terkemuka…..tak cukup juga alasan tu terpulang pd kalian…nanti ALLAH tanya AKU bg kamu stiap satu sen kemana dan kenapa kamu belanjakan..pandai2 la kome jawab…teman mengingatkan je….assalamualaikum…

  6. langsung tak dilaporkan oleh malaysiakini…akhbar alternatif yang bebas dan telus cam dap jugak…

  7. Baru kau tau bila sudah terkena sendiri.. Kalau dh dibenarkan akta perhimpunan aman,ikut je ler… Ni smua nak bangkang…

Leave a Reply