MEDIA PERMATANG PAUH: ALIM ULAMAK KELANTAN TERBUKTI MENJAUHI PAS

Oleh: KuntaKinte Malaysia (March 26th, 2013) [Blog Pilihan][1 Comment »]

Sekian lama PAS berbangga kerana mendapat dukungan kuat dari golongan alim ulama sama ada dari kalangan tok guru pondok, para pendakwah, cendekiawan agama dan mereka yang mempunyai latar belakang pengajian agama, kali ini segalanya berubah.

Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pastinya akan diingati ramai kerana buat pertama kalinya dalam sejarah PAS akan menyertai PRU tanpa mendapat sokongan kuat dan mantap dari golongan alim ulama.

Di mana-mana sahaja pusat pengajian pondok di Kelantan tika ini, tok guru dan anak muridnya yang pro PAS semakin berkurangan, sedangkan di masa yang sama mereka yang pro UMNO terus berkembang.

Jika dulu para ulama pondok, para ustaz ustazah dan lain-lain cendekiawan Islam sukar sekali untuk dilihat turut sama memeriahkan majlis dan program anjuran UMNO, kini sebahagian besar golongan alim ulama ini pula yang sering membantu UMNO demi menumbangkan PAS di Kelantan.

Kebangkitan golongan alim ulama dan pendakwah Kelantan yang sepakat untuk bangun memprotes PAS dan semakin menjauhi parti berlabel Islam itu benar-benar memeningkan kepala ramai pemimpin PAS kerana ia tak terjangka sama sekali akan terjadi sedemikian rupa.

Bacaan selanjutnya: 

Ada 1 Comment setakat ini.

  • jamaludin jepun
    March 26th, 2013 at 7:11 PM

    ALLAH SWT telah memerintah kita supaya menjauhkan diri dari orang orang yang permainkan agama kerana duniai. RUJUK AL-QU’RAN SURAH AL -AN’AAM ayat 70 dan SURAH FAATIR ayat 8.Lihatlah penganud agama lain dari islam .tidak pula menjual beli agama mereka untuk politik.POLITEK tak ada dalam kubur.

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.