Nik Aziz, Khalid Ibrahim, Azizan Razak dan Guan Eng Menteri Besar Haram – Kit Siang

Oleh: KuntaKinte Malaysia (March 13th, 2013) [PILIHAN RAYA 2013,Utama][28 Comments »]

lim-kit-siang-sahaja-betul-najib-salah

Oleh Zul Rawi

Setelah puas berlagak seperti pakar strategi ketenteraan berhubung tragedi pencerobohan bersenjata di Sabah, pencacai pakatan pembangkang cuba mengalih tumpuan masyarakat dengan komen-komen yang diberikan, tidak ubah seperti pakar perlembagaan berhubung isu pilihraya umum.

Apabila diteliti, ia berpunca dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Kit Siang semalam yang mendesak agar kerajaan persekutuan untuk segera mengumumkan pembubaran parlimen bagi memberi laluan kepada pilihanraya umum ke-13 (PRU13).

Kit Siang turut mengatakan jawatan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri pada ketika ini tidak lagi sah kerana tempoh pentadbiran kerajaan sudah genap lima tahun. Murah dan dangkal sungguh perkiraan yang dilakukan.

Sedangkan mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-negeri, menetapkan bahawa Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN), kecuali dibubarkan lebih awal, adalah terbubar dengan sendirinya setelah tamat tempoh lima (5) tahun daripada tarikh persidangan pertama Dewan yang berkenaan selepas satu-satu Pilihan Raya Umum.

Dan untuk rekod, kali terakhir pilihanraya umum diadakan ialah pada 8 Mac 2008, apabila kerajaan pemerintah membubarkan parlimen pada 13 Februari 2008. Oleh yang demikian sejurus selepas parti yang mendapat kerusi majoriti membentuk kerajaan, sesuai dengan perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, telah bersetuju untuk menetapkan tarikh 28 April 2008 sebagai tarikh bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Malaysia Yang Kedua Belas.

Oleh yang demikian, isu yang dibangkitkan kononnya Perdana Menteri sedang melaksanakan tugas tanpa mandat rakyat adalah satu bentuk provokasi dan pembohongan. Ini kerana perlembangan dengan jelas menyebutkan parlimen hanya akan terbubar dengan sendirinya sejurus selepas tamat tempoh 5 tahun bermula dari tarikh persidangan pertama, Dewan Rakyat.

Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan bahawa apabila Dewan Rakyat dibubarkan, pilihanraya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubarannya. Peruntukkan yang serupa terkandung juga di dalam Perlembagaan Negeri-negeri bagi tujuan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri.

Sekiranya Kit Siang dan pencacai pembangkang mengunapakai ‘istilah’ tempoh 5 tahun bermula dari tarikh pilihanraya umum, maka analogi mudah untuk mereka, mengesa kerajaan negeri di Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang untuk segera membubarkan DUN masing.

Jika ikut ideologi Kit Siang ini maka Azizan Razak, Nik Aziz Nik Mat, Khalid Ibrahim dan Lim Guan Eng juga merupakan Menteri Besar dan Ketua Menteri haram.

Ada 28 Comments setakat ini.

  • manbelon
    March 13th, 2013 at 8:55 AM

    Dia amat ghairah yang dia dan puak-puaknya akan menang besar.

  • lady j
    March 13th, 2013 at 10:35 AM

    yeap. tapi dalam masa yg sama war2kan pada penyokongnya yg konon ada penipuan kat spr la, lepas ni ada konspirasi umno nak menang pru la dsb.

    nampak sangat segala fitnah psl penipuan tu just alasan kalau kalah pru nanti, tapi kalau menang pru nanti, terus senyap segala benda psl konspirasi dsb ni.

  • PASpartyNGOK
    March 13th, 2013 at 10:50 AM

    Rakyat faham bahawa tarikh PRU adalah prerogative PM seorang. Tarikh 28/4/13 dicampor dgn 60 hari merupakan masa PRU akan diadakan kerana yang jelas PRU belum pun diadakan sekarang, malah parlimen belum pun dibubarkan.

    Tarikh awal yang diwar2 3oMac ternyata bukan tarikhnya.

    Bersabar menunggu kerana PRU akan diadakan dalam lingkongan tersebut dan ianya pasti.

  • ElectroMagneticPulse
    March 13th, 2013 at 11:24 AM

    segala tuduhan tu semua cuma nak timbulkan persepsi buruk je kat SPR…

    kalau diorang kalah nnti, boleh la suh rakyat berdemo kat tengah jalan…

    tapi kalau diorang menang, tu bermakna pilihan raya bersih…

    konon2 nak bgi persepsi sokongan rakyat sebenarnya kat PR…

    diorang ni kuat menipu… ni taraf pembangkang Malaysia.. low quality.

  • ElectroMagneticPulse
    March 13th, 2013 at 11:30 AM

    lambat atau cepat pilihanraya…
    kalau rakyat taknak pangkah PR, tetap mereka takkan pangkah PR… x kesah la bile pun PRU dibuat.

    kenape PR sibuk sangat nak buat cepat?..
    ade rancangan ape2 ke nak buat mase pilihanraya nnti?.. ade kekacauan nak dibuat ke?.. harap2 takde lah yop..

  • Pejuang iMR
    March 13th, 2013 at 12:07 PM

    Bukan ‘Najib tidak betul’. Tapi Najib apa pun ‘tarak Botot’ punya. Wua satu olang aje yg betut2 botol. Ha itu macam maaa.

  • Topup
    March 13th, 2013 at 12:42 PM

    mesti ada agenda puak2 ni nak buat , sebab tu nak sangat tarikh seawal mungkin supaya senang perancangan di buat …kalu last minit susah !

  • Penyokong PKR yang Sewel
    March 13th, 2013 at 3:39 PM

    Jangan-jangan Puak ni dah sewel dah, setiap saat berangan nak jadi menteri kerajaan Pakatan Rosakkan Rakyat.
    Semuanya kerana percayakan Nuar.
    Kesian…sungguh kesian…
    mereka jadi barang mainan Nuar.

  • mek esah
    March 13th, 2013 at 4:13 PM

    pasal takut sangat nak isytihar PRU ni….
    tak pernah terjadi lagi sebegini…he he

  • Hamba Ar Rahman
    March 13th, 2013 at 4:44 PM

    Mek…laki hang dah berapa hari tak balik…siyan hang…laki hang seronok sangat duk rumah bini muda…

  • PASpartyNGOK
    March 13th, 2013 at 4:59 PM

    2 tahun lepas rancak diperdebat pasal pakatan haram ini memang sah haram. Haram bukan pasal tak ada sijil halal tapi haram pasal tak berdaftar.

    Kita nak tahu jugak dari segi perundangan bagaimana sebuah pakatan yang tidak berdaftar boleh menubuh kerajaan. Dari sudut mana resilience dibenarkan sehingga meng-endorsekan mereka sebagai satu pakatan yang sah.

    Dalam pada haram mereka rule segalanya. Mereka mahu lebih hebat dari yang hebat, lebih lantang dari yang sah. Mereka mengejek, menjuih, membueh, mempermain, memperbudak2, malah mereka dilihat above the law. Kata orang Terengganu mereka kaki ‘tonye’ .. Tonye ialah memek muka yang menghina.

    Atau kerajaan akan mengikat mereka last minit. Elok disedarkan mereka dari sekarang supaya mereka tahu duduk perkara, tinggi atau rendah mereka dari buat last minit.

  • PASpartyNGOK
    March 13th, 2013 at 5:05 PM

    PM sudah berkali kali cakap yang kerajaan akan menafaatkan apa yg diperuntuk oleh undang2 dalam perlembagaan. Maknanya term expires 60 hari selepas persidangan parlimen dulu yang terakhir yeini 28 April. Ambik 28 April campur 2 bulan. Tempoh tengah2 itu lah PRU mesti diadakan. Awal boleh lewat tak boleh. Kita tahu Hidup, mati, rezeki dan jodoh kerja Allah. Tarikh PRU kerja PM.

    Astaghfirullah hal’aziim.

  • raplahjingaa
    March 13th, 2013 at 5:08 PM

    Cheh ! Cina DAP ni, kira undi 1800 pun boleh tersilap sampai 500 undi, ada hati nak kata orang tak betul !

  • raplahjingaa
    March 13th, 2013 at 5:10 PM

    hehe…

    Dengan pakatan haram ni, macam-macam yang tak pernah jadi dah jadi mek….

  • selamber
    March 13th, 2013 at 8:11 PM

    betul la bro..hehe

  • Lembah Bujang
    March 13th, 2013 at 11:27 PM

    Salah satu sebab UMNO dkafirkn ialh bercampur dgn org kafir MCA & MIC…. skrg PAS (yg kata dia lbh islam drpd org lain) org melayu dlm PKR (mengaku adil tp parti ank beranak yg tentu xadil) mcm dgn hempa la ni ? Hempa xkapiak ka? TERJEMAHAN QURAN DH BERUBAH KA ? ULAMAK KEPALA BAPAK MCM NI…….BERCAKAP HANYA UNTK KEPENTINGAN DIRI…..HADI LU BUANG LA SERBAN TU…… MALU AKU TENGOK…..PEJUANG ISLAM APA? DGN BENGGALI KARPAL PN TAKUT……XPYH LA CLAIM PEJUANG ISLAM……BUAT ROSAK ISLAM SJ…….

  • syaa
    March 14th, 2013 at 5:39 AM

    paskan kaki penipu..pejuang penipuan.

  • bujuk
    March 14th, 2013 at 8:33 AM

    Itu maknanya… dia yakin kalah, jadi gunakan tempoh yg. ada semaksimum boleh. Tak pernah terjadi PM istihar bubar parlimen lebih 5 tahun dari PRU sebelumnya. Walaupun ikut perlembagaan tak salah… tapi ikut kebiasaan dah jelas ketakutan melampau.

  • bujuk
    March 14th, 2013 at 8:41 AM

    Kata TUN MUSA HITAM bekas TPM yg. juga d tendang TunM, samada PR atau BN mereka tidak akan biarkan negara Bankrup dan tuduhan seperti itu adalah tanda bankrup idea. Sebabnya parti politik berhasrat untuk menjadi k’jaan selamanya bukan untuk 5 tahun saja. Jadi kena buktikan tindakan k’jaan atau ketua parti yg. membankrupkan negara. Contohnya membeli kapal selam, SUV, AES dan pelbagai peralatan yg. juruaudit pertikaikan dengan harga berkali ganda.

  • raplahjingaa
    March 14th, 2013 at 3:11 PM

    Yang perlembagaan kata salah pun dah banyak terjadi main dengan cai macam hangpa ni.

    La ni aku seronok tengok hangpa mengelepar dok tunggu PRU 13…hangpa pun tau sangat, makin lama PRU di lewatkan makin parah keadaan hangpa, hari ni akhbar cina pun dah mula mengutuk pakatan haram kerana mendedahkan keburukan sendiri satu demi satu.

    Nanyang Sangpau kata BN dah menang…tu depa la kata…hehe

  • raplahjingaa
    March 14th, 2013 at 3:14 PM

    Juruaudit mana yang pertikaikan pembelian kepal selam tu bujuk ?? juruaudit PAS ke ?? hang suruh dia pi audit KOHILAL dulu, macamnana boleh lingkup.

    Hang ni kalau tak memohong bukan la hang.

  • bujuk
    March 14th, 2013 at 11:23 PM

    dah lama minta dia Audit… bersih.

  • raplahjingaa
    March 15th, 2013 at 12:12 PM

    hehe…bersih tapi bankrap ??? hang belajar ekonomi kat mana ni bujuk ??

  • bujuk
    March 15th, 2013 at 11:05 PM

    Apasal… orang yg. berniaga bersih tak boleh bankrup ke? mungkin tak cekap ke, barang tak laku ke, barang rosak ke. Orang niaga pisang goreng pun bankrup kalau tak kena tempat, masa, harga dan kesukaan orang ramai. Tu tak kira kalau Allah uji dengan bencana, kecurian, rompakan dan sebagainya. Jadi bukan kerja kita untung ke tidak… rezeki Allah yg. tentukan.

  • bujuk
    March 15th, 2013 at 11:06 PM

    Najib aku tengok muka orang tak LENA tidur je…

  • raplahjingaa
    March 16th, 2013 at 10:17 AM

    Ia lah ulul-amri macam tu la, perintah negara ni bukan senang bujuk…semuanya terpaksa di korbankan.

    lain la si tua kutuk tu….banyak tidur pada jaga ! sehari bagi dia ada 25 jam…tak cukup tidur dia tambah lagi sejam !!

    hahahahha..

  • raplahjingaa
    March 16th, 2013 at 10:18 AM

    Habis hang kata audit PAS kata bersih ???

    hangv tau tak apa audit tu bujuk ???

  • AkuAnakMalaysia
    March 18th, 2013 at 11:09 AM

    Cerminlah diri dulu sebelum hang komen!! Najis pun Perdana Menteri haram …takut nak bubar parlimen sampai sekarang!!

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.