Menu Utama

Rakyat Dah Bagi Peluang, Perlukah Hadi Merayu Lagi?

Semalam semasa berucap di Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam Convention Center (SACC), Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dengan nada merayu meminta rakyat negara ini memberi peluang kepada pakatan pembangkang untuk mentadbir negara ini selepas PRU 13.

Katanya lagi, PR yang dianggotai DAP, PKR dan PAS tidak berniat untuk memerintah sepanjang hayat sebaliknya sedia dihukum melalui sistem demokrasi yang adil dan saksama.

Sama ada Hadi lupa atau sengaja mahu menyindir Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang turut berada di sana, sukar untuk ditentukan. Tapi umum tahu nafsu duniawi Nik Aziz menggelodak sakan untuk menduduki kerusi MB Kelantan sampai akhir hayatnya.

Bagaimana pun, rayuan Presiden PAS yang paling lemah kepimpinannya dalam sejarah parti itu mungkin berkesan menarik simpati kalangan segelintir ahli dan penyokong PAS yang pemikirannya saling tak ubah seperti katak di bawah tempurung. Tapi bagi majoriti rakyat negara ini yang melihat dunia dari kaca mata burung tentu sahaja memandang sepi sambil menjuih bibir ucap di masa yang sama masing-masing makin berkeinginan untuk menolak PR dalam PRU 13 kelak.

Pasca PRU 12 tahun 2008 dulu yang menyaksikan hampir sebahagian pengundi berdaftar berpaling tadah dan cuba membuat eksperimen dengan membenarkan PR menjajah 5 negeri termasuk Perak (sehingga Februari 2009), sebenarnya sudah mencukupi sebagai penilaian betapa lemahnya pemimpin PR dalam hal-hal pemerintahan.

Dari hal masalah pengurusan hak milik tanah dan pembalakan berleluasa di Kedah, Perak dan Kelantan, skandal perlombongan pasir, masalah bekalan air dan penjualan aset negeri di Selangor, masalah pelaburan dan peluang pekerjaan di Kelantan serta keangkuhan DAP di Pulau Pinang, semuanya berlaku kerana kelemahan urus tadbir pemimpin PR.

Itu belum lagi diungkit soal janji dari manifesto PR sempena PRU 12 yang sehingga sekarang masih banyak gagal dilangsaikan. Janji ditaburi, dimungkiri dan dicapati, ada pemimpin PR kisah ambil peduli untuk membuktikan setiap janji ditepati? Kini PR merayu supaya diberi peluang lagi siap bersama janji manis yang sebahagiannya di kitar semula dan gagal ditepati, apa Hadi ingat rakyat akan terjerat untuk kali keduakah?

Tsunami politik yang berlaku dalam PRU 12 dulu tidak diambil iktibar pengajaran oleh pemimpin PR untuk memperlihatkan kemampuan mereka yang lebih baik dari BN dari pelbagai segi, sebaliknya lebih banyak masa dihabiskan untuk berpolemik dan berpolitiking sepanjang masa untuk mengejar kuasa yang lebih besar pada PRU 13.

Sedangkan BN pula tanpa menyalahkan pihak lain, selepas setahun dilanda tsunami terus bangkit memperbetulkan kesilapan selepas bermuhasabah diri sendiri dan membaiki kelemahan. Satu perubahan sikap yang terpuji yang tidak mungkin sesekali dilakukan oleh mana-mana pemimpin PR sama ada dari DAP, PKR mahupun balacinya dari PAS.

Pemimpin-pemimpin PR pula masing-masingnya semakin meninggi diri, kereta mewah bersilih ganti, rumah sederhana menjadi sebesar-besarnya, isteri yang satu kalau tak dua kini menjadi tiga, kroni dan saudara sekeluarga di beri jawatan itu dan ini, tak cukup dalam parti, habis jawatan peringkat agensi negeri di sapu untuk kepentingan diri dan kroni.

Itu tak termasuk lagi hal ehwal Islam dan maruah agama yang makin diinjak-injak dan gagal dipertahankan oleh PAS, dari hal akidah dan permurtadan, pengiktirafan PR kepada golongan lgbt sehinggalah kesucian kalimah Allah s.w.t yang sepatutnya dijunjung tinggi akhirnya tergadai atas nama kebebasan dan hak asasi.

Pendek kata sepanjang bertahun peluang diberikan oleh rakyat kepada PR, lebih banyak mudarat berbanding manfaatnya. Cukuplah hampir 5 tahun PR memerintah Kedah, Penang dan Selangor serta 23 tahun PAS dibiarkan bermaharajalela di Kelantan. Rakyat sudah cukup serik, Bo la weii…

Hadi merayu PR diberi peluang memerintah, rakyat sudah merealisasikan dan terbukti PR mahupun PAS gagal memanfaatkannya. Hadi kata PR sedia dihukum, tapi adakah Hadi dan pemimpin PR yang lain sedia dan redha menerima penghukumannya?






43 Komen to Rakyat Dah Bagi Peluang, Perlukah Hadi Merayu Lagi?

  1. PASpartyNGOK says:

    Mereka telah diberi peluang secara tak sengaja untuk membuktikan kemampuan diri.

    Mereka telah berjaya mmbuktikan bahawa mereka memang tidak mempunyai kemampuan utk meneraju negeri pun. Jauh sekali sebagai peneraju negara.

    Kita tak nampak rasionalnya bagi mereka diberi peluang lain. 5 tahun kite dibebani dgn kisah membosankan, kisah politik yg tak habis2. Kisah politik begini timbul kerana mereka diberi kuasa lebih sedikit dibanding dari sebelumnya walau kita tidak pernah menyalahkan pada kewujudan mereka.

    Mereka telah wujud lama. Tapi kewujudan mereka sekadar wujud, serupa tiada , kerana mereka tidak pernah mendapat mandat yg besar.

    Kebingitan suasana sekarang kerana mereka diberi mandat. Dan mandat ini telah diberi pada yg bukan hak.

  2. raplahjingaa says:

    Se asas-asas kehidupan seperti sampah sarap dan air pun tak dapat nak diuruskan…lagi minta nyawa dari rakyaat !

    Si boroi tu dah lah sehina-hina manusia…tak malu pulak tu.

    • selamber says:

      si tua kutuk & adi boroi..huhui

      • PASpartyNGOK says:

        Boroi, boroi jugak… bini banyak tu. Ikut sunnah katanya.

        BRIM amalan fir’aun katanya. Nik Ajis beri duit rakyat dia utk pergi merusuh diKL dlm acara haram bershit dulu , amalan nabi katanya.

        Nabi mana, kita tak pasti. Mungkin nabi Pin.

  3. Andik says:

    Kepada hj Hadi….wa cakap sama lu… bole blahhh…..

  4. alfie says:

    BN pun jangan tertinggal dengan taktik ini juga.Bloggers BN patut buat video clips menggunakan semua bekas ahli PKR saperti Chandra Muzaffar,bekas2 lawyer yang membela dia dahulu dan lain lain lagi supaya JANGAN UNDI PR.Dalam video clip ini mereka tak payah merayu audiences untuk undi BN tapi focus dengan meesage jangan undi PR. Sebagai bekas ahli PKR mereka ada creditability bila mereka menyuara pendapat ‘insider’ mereka.

  5. baba says:

    jangan dok percaya dekat munafik mcm ni, bila dah menang nada suara dan janji semua bertukar. dulu nak laksanakan hudud , lepas menang kata ia cuma 0.0001 % saja dr islam. byk lagi janji pakatan semuanya menipu.

    • PASpartyNGOK says:

      Mereka lebih buruk dari munafiqin sebenarnya kerana sifat kotor munafiqin cuma 4 saja. mereka ada berbelas2 sifat buruk yg dibenci Allah.

  6. gambus says:

    nak bagi peluang kee kat Pakatan ni , tgk sahaja mereka buat macam Ladang Rakyat konon nak buat ala-ala felda , tappi yang dapat ialah bini nik ajis , serta pemimpin PAS dan DAPigs .. rakyat miskin yang patut dapat tanah macam felda TAPI dibawah pemerintahan PAS terbalik orang kaya pulak yang dapat tanah kat Ladang Rakyat tu kakakakakaka

    • bujuk says:

      Apa kata kita mintak bank negara atau pejabat tanah senaraikan kekayaan semua pemimpin BN dan PR… dulu pernah ada cadangan ni, Menteri BN jawab takut nanti mereka akan jadi sasaran perompak dan anasir jahat. Pemimpin PR jawab takda masalah..

      • Topup says:

        ala bujuk …suruh tandatangan integriti PRU pun tak mau , lagi mau istihar harta ka ? . Berapa ramai pemimpin pas, dap , pkr dah update data pengistiharan harta mereka , silap2 sesiapa pun dari mereka tak update ..masih pakai yg tahun 2008 dulu !

      • gambus says:

        aduhh menipu lagi bujuk ni .. tak boleh jawab terus buat fitnah lain .. nyatanya Ladang Rakyat yang PAS kelantan nak buat versi Felda sendiri dah terkantoi yang mana bini nik ajis dan pemimpin PAS dan DAPigs sendiri yang dapat tanah kat situ !!! Jadi rakyat miskin mana bujuk ???

        Kau tak payah nak berbelit dan buat fitnah untuk menutup rasuah pemimpin PAS…

        Kau belajar mana bujuk ?? mintak daripada Bank Negara senaraikan harta ?? kakakakaka mmg sah kau ni tolol laa kau tak tahu kee fungsi Bank Negara tu apa?

        Pejabat tanah?? kenapa nak tanya pejabat tanah !!! sedangkan kau sendiri boleh check tanah tu milik siapa kakakakak aduhhhh bebal sungguh bujuk ni .. kaki penipu kaki fitnah lepas tu bodoh tolol !!!

        • WTF says:

          Terbaik dari Bro Gambus,

          Hehehe, Bujuk oh Bujuk, you simpan duit dalam Bank Negara ka???

        • bujuk says:

          ketawa lah…. sebab mereka yg. d luar sana tau siapa yg. bodoh sebenarnya.

          • gambus says:

            siapa yang bodoh bujuk?? kau mintak Bank negara suruh senaraikan harta orang , tak kee bodoh namanya tu

            dan bertambah tolol kau suruh Pejabat tanah pergi keluarkan nama pemilik tanah .. tu laa pencacai PAS bodoh nak mampus macam pemimpin mereka yang melacurkan agama tu !!! weiii bahlol kau sendiri boleh check nama pemilik tanah laa woii bodoh !!! takde akta OSA pun !!! inilah otak pencacai PAS

          • raplahjingaa says:

            hehe…bujuk yang bodoh.

  7. StinGray says:

    Sudah la Roi…org Terengganu dulu pun dah bg hang peluang, tapi hang kencing depa….kalau la ni org Terengganu pun sepak hang, toksah nak harap la rakyat Malaysia nak accept rayuan iblis hang tu….

    Hang tau tak pasai hang, Ibrahim Lybia gone forever??….celaka sungguh hang ni Roi…

    • bujuk says:

      D ganu… umno rampas royalti dan tabur wang ehsan pada pengundi seperti firaun bagi harta pada rakyat dia. Kamu mengaku firaun tuhan dapat harta, kamu mengaku/undi umno dapat wang ehsan. UMNO tekan rakyat kata umno yg. bagi rezeki bukan Allah.

      • anakbochek says:

        Masalah dengan PR ialah mereka tidak pernah muhasabah diri dan parti. Asal ada yang tak kena, mereka salahkan orang lain. Orang yang asyik menyalahkan orang lain tidak layak menjadi pemimpin. Period.

      • Topup says:

        nik aziz kata bagi duit macam panggil ayam dan lembu . Sebab tu kerajaan tak bagi kat pas sebab kerajaan BN tak sampai hati nak anggap korang cam lembu dan ayam !

      • gambus says:

        laa cakap penuh berbelit laa bujuk .. janji Pakatan yang nak tabur macam-macam tu bukan macam firaun yang disebut oleh hadi dan pencacai macam kau kee bujuk hahahaha

        itulah bila berkuasa janji tak pernah nak tepati macam orang munafik Pakatan ni !!!

        Akhirnya BN dah buktikan segala janji mereka .. terus terhegeh-hegeh dan meroyan serta sawan babi pencacai Pakatan dan pemimpin mereka yang gila hahahaha

        • bujuk says:

          sejak bila pula janji jadi BR1M, bantuan sekolah, handphone dan sebagainya?
          Manifesto tu kalau hang panggil Ayam… dia datang tapi tengok dari jauh, tak datang rapat tak boleh nak serkap/tangkap potong leher. Tapi BR1m ni memang dapat pegang tangan… kena salam dulu, kena janji/sumpah undi BN dulu d sesetengah tempat.

          • gambus says:

            hahaha kau sendiri akui bujuk BN tak pernah mungkir janji , malah kenyataan kau juga akui BN menambahkan janji-janji mereka .. inilah yang buat aku sayangkan BN bujuk hahahaha

            PAS, DAPigs , PKR ??? semua tak tunaikan janji pun , sama perangai dengan orang munafik yang dilaknat !!! Janji air pun tak semua rakyat miskin yang dapat .. apatah lagi janji wang tunai yang semuanya tipu belaka oleh Pakatan .. ehhh janji nak beri wang tunai oleh Pakatan Selangor tak macam pulak firaun masa buat manifesto dorang dulu hahahaha

            dari sini aku boleh tgk bujuk , orang penipu macam Pakatan dan disokong oleh kaki penipu macam kau jelas adalah penuh munafik .. tuduhan kau jelas fitnah , orang munafik macam kau dan pemimpin kau tak boleh dipercayai langsung !!!

  8. Santrang says:

    Kita rakyat jangan percaya dengan rayuan Nik Aziz, Hadi Awang, Anwar, Lim kit Siang, Lim Guan Eng, bila mereka menang mereka akan mengubal undang-undang dan perlembagaan negara yang akan mengikat kita sentiasa patuh pada mereka, kalau tidak akan ada tindakan memufliskan kita, sumbat kita kedalam penjara dan lain-lain peraturan menyeksakan kita, tetakala itu nasi sudah jadi bubur, dah tak guna dah, sebelum mereka memperbodohkan kita, ayuh kita tolak mereka sampai hilang wang pertaruhan dan kalah yamg memberi pengajaran yang amat pedih hingga pada pengikut taksub mereka.

  9. Anonymas says:

    Bermacam-macam jenis cacamarba dilakukan dalam masa 5 tahun ni, yang semakin banyak menjatuhkan PR. Dan yang paling power yakni puncak cacamarba ialah isu kalimah Allah. Pas tak dapat pertahankan, DAP pula menyokong dakyah kristian kepada umat Islam. ‘That is the final straw’

    Orang Islam takde sebab lagi untuk menyokong PAS yang menggugurkan Hudud dan memberikan kalimah Allah kepada Nasrani.

    P.S. Oh, mungkin ada, mungkin bila PR menang PAS akan laksanakan hudud walaupun bilangan kerusi kurang berbanding DAP? Mungkin kapir harbi DAP akan mendapat hidayah dan masuk Islam ramai-ramai?

    • bujuk says:

      UMNO yg. jadi abang besar pun tak mampu nak laksanakan hudud walau dah perintah m’sia 56 tahun, jadi jangan jadikan ia alasan…. tapi bagilah peluang, dan kita sama2 nilaikan nanti apakah JANJI d TEPATI. Jangan bimbang s’gor, kedah dan penang tak bangkrup d bawah PR selama 5 tahun. Malah banyak kebaikan yg. rakyat dapat dan banyak juga benda baru yg. umno terpaksa bagi untuk mengimbangi kebajikan PR. Jika dulu takda BR1M, bantuan sekolah, handphone dan berbagai subsidi… lepas pru12 ada. Walaupun Idris jala kata negara akan bangkrup jika bagi subsidi, hari ni PM dan TPM kata negara tak bangkrup walaupun k’jaan bagi berbagai subsidi. Hairannya BN kata negara akan bangkrup jika PR bagi subsidi seperti dalam menifesto PR… PELIKKAN.

      • anakbochek says:

        PAS yang dikatakan parti paling berpengaruh dalam Pakatan pun akhirnya tunduk dengan desakan Si Gay Tua dan OKU DAP. Mana perginya hudud dalam manifesto PR. Dah dibungkus dengan serban Bai OKU.

        Selangor antara negeri yang boleh menjana hasil sendiri pun kaya dengan menjual aset dan pasir. Puak PR ni cakap je lebih, dari Tuan Guru serban besar sampai ke Penasihat Ekonomi RM1. Pathetic.

      • Topup says:

        tak pelik la bujuk , sebab sebelum menang lagi pas dah gadaikan hudud bahkan nama Allah pun dah digadaikan kat kapal sing . Kalau perintah malaysia ,,tak tau lah apa nak jadi , rasanya kurang 1 tahun boleh bankrup jadinya !

      • Anonymas says:

        aih PAS tu pun dah perintah kelate sebegitu lama tak dapat tegakkan hudud? Nama parti Islam. UMNO walaupun parti Melayu (atau Meleis haha) tapi menggunakan sedikit sebanyak ciri-ciri undang-undang Islam dalam perlembagaan malah mendraf-kan Syariah dan undang-undang keluarga Islam.

        Sampaikan Karpal singh and the gang pun cemburu, dan cuba mencabar artikel 11 (Tahun 2006)! Fuhyoo ‘tak islamik’ sungguh kerajaan UMNO sampaikan Karpal Singh nak buang ‘ISLAM’ dari dalam kad pengenalan! Wowwww

        • bujuk says:

          Nak laksanakan Hudud d negeri kene dapat permition dari pusat, sebab tu aku kata lepas dapat kuasai PUSAT, InsyaAllah hudud akan d laksanakan d k’tan & t’ganu dulu.

          • gambus says:

            mana kau belajar bujuk ?? nak buat hudud kena ada kelulusan daripada pusat !!! hahahaha kau sama nik ajis memang kaki penipu laa , sedangkan DUN kelantan dah meluluskan hudud PAS yang menghalalkan suami sodom isteri tu .. Hanya kuasa ditangan nik ajis sahaja sekarang ..

            alasan nik ajis taknak buat hudud bukan tak dapat kelulusan daripada pusat!!! atas undang-undang apa kena ada kelulusan pusat bujuk?? TAPI alasan nik ajis ialah konon pusat akan guna akta darurat kakakakakak kepala hotak kau laa pencacai PAS … sejak berpuluh tahun dulu lagi kuasa ditangan nik ajis kau tahu tak bujuk bebal !!!

      • gambus says:

        laaa hudud lagi si bebal bujuk nak permainkan !! sedangkan hadi sendiri menolak hudud bila menang terengganu dulu dengan mengatakan ianya hanya perkara kecil dalam Islam .. itupun selepas manusia hina PAS mengkafirkan sesama Islam pasal hudud mainan PAS ni …

        Malah Manifestipu Pakatan sendiri takde hudud , dan menjunjung undang-undang lord reid yang mereka hina .. akhirnya sendiri jilat ludah

        • bujuk says:

          bila pulak TGHA tolak HUDUD ni… hang silap kut, Najib yg. umumkan ‘hudud takkan d laksanakan selagi umno/bn memerintah m’sua’ bukan TGHA.

          • gambus says:

            hahaha nak buat fitnah lagi ke bujuk??

            Anwar bakal PM korang sendiri kata hudud takkan tertegak di Malaysia

            Hadi bawang sendiri kata hudud hanya perkara kecil dalam Islam

            Nizar lagi hebat , masa dia MB Perak dulu akan report Polis pada sesiapa yang suruh PAS buat janji mereka iaitu hudud kat Perak dulu alasan dia konon
            menimbulkan isu perkauman pasal hudud ni hahahaha

            Nik ajis ni aku malas nak cakap laa bujuk kenyataan dia sama macam kau menipu dan membelit kejap negara kebajikan kejap hudud macam orang dah nyanyuk aku tgk .. malah bakal PM kau sendiri iaitu Anwar Ibrahim kata nik ajis ni tak faham Islam kakakakakaka
            sini linknya – youtube.com/watch?v=mQNnZvEdwAU

            DAPig lagilaa akan suruh PAS langkah mayat mereka dulu Jika nak buat hudud !!!

            camana ni bujuk , PAS perjuangkan hudud yang mereka sendiri taktahu nak tulis dam taknak buat !! hanya mempermainmainkah sahaja , manusia hina punya pencacai PAS

        • bujuk says:

          bila pulak TGHA tolak HUDUD ni… hang silap kut, Najib yg. umumkan ‘hudud takkan d laksanakan selagi umno/bn memerintah m’sia’ bukan TGHA.

          • raplahjingaa says:

            Orang kat luar sana semua tahu hudud PAS hanya mengarut.

            Bila karpal sink tak mau hudud PAS, maka pakatan haram pun tak mau hudud PAS, kami dah tau lamaaaa dah.

  10. mek esah says:

    tak de lemah mana pun….dalam situasi sumber yang dikekang oleh set umno…pas berjaya diberi kredit 4 bintang di kelatan….

Leave a Reply