Menu Utama

POLITIK HAIWAN? – YB ZUL NORDIN

(Nik Aziz sedang menghuloq ringgit semasa PRK-Galas)*

Salam 2 all.

Satu lagi adengan politik flip-flop persembahan Datuk Nik Aziz, Mursyidul Am PAS merangkap Pesuruhjaya PAS Kelantan merangkap Menteri Besar Kelantan merangkap Pengerusi Majlis Syura PAS merangkap penceramah tetap PAS dan pelbagai merangkapan lagi.

Dalam ceramah di pintu Stadium Kota Bharu sekembalinya daripada Arab Saudi semalam, Datuk Nik Aziz mengkritik keras pemberian bantuan saperti BR1M dan lain-lain yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan hasil cetusan idea YAB Perdana Menteri.

Beliau menyamakan pemberian bantuan-bantuan wang tunai tersebut saperti memberi hampas kepada ayam, saperti memberi jerami kepada lembu. Maknanya rakyat yang menerima bantuan kewangan saperti BR1M dan lain-lain daripada Kerajaan Persekutuan adalah setaraf haiwan ayam dan lembu mengikut patwa terbaru Nik Aziz!!!

Dan yang lebih hebat, Nik Aziz kata pemberian yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan itu tidak Islamik! Sekali lagi Nik Aziz mengeluarkan patwa mengikut sesedap nafsu tanpa sebarang asas kepada nas Al-Quran & Hadis!

Persoalannya, bukankah Nik Aziz sendiri sudah beberapa kali memberikan wang tunai kepada orang ramai. Teman ingat lagi semasa PRK-Galas, gambar Nik Aziz sedang menghulor duit kepada orang ramai jelas terpampang! Begitu juga gambar Nik Aziz sedang mengagihkan duit kepada sami-sami Budha, masih tersimpan dalam arkib!

Jadi kalau rakyat yang menerima bantuan dipanggil ayam dan lembu, apakah panggilan yang layak diberi kepada Nik Aziz?

Inilah politik flip-flop dan cakap tak serupa bikin daripada Nik Aziz. Bila dia buat semua halal dan Islamik belaka, orang lain buat semua haram dan tidak syarie saja!

Jadi kepada orang PAS-DAP-PKR dan penyokong pembangkang yang dah ambil bantuan kerajaan Persekutuan samada melalui BR1M dan lain-lain, eloklah mike pulangkan balik duit-duit tu. Bukan sahaja ianya tidak Islamik, malah nanti tok guru mike memperayam & memperlembukan mike yop!

Adios amigos, grasias senor!

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
10 Rabi’ul Akhir 1434
21 Februari 2013

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Penerima bantuan umpama ‘haiwan’
Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my

KOTA BHARU 20 Feb. – Ketika jutaan rakyat Malaysia bersyukur dengan pelbagai bantuan yang diberikan Kerajaan Pusat, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya menyamakan usaha murni itu sebagai ‘memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu’.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari.

Sehubungan itu, beliau menambah, pemberian wang ringgit adalah salah di sisi Islam kerana ajaran Islam yang sebenar adalah memberikan ilmu kepada manusia.

Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.

Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang, jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil).

Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia,” katanya ketika berucap di hadapan lebih 1,000 rakyat Kelantan yang menyambut kepulangannya dari Mekah di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini.

Kerajaan Pusat melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) tahun ini memperuntukkan kira-kira RM3 bilion untuk mengagihkan sebanyak RM500 kepada kira-kira 4.3 juta isi rumah manakala kira-kira 2.7 juta individu bujang berumur 21 tahun ke atas menerima sebanyak RM250.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz berkata, pilihan raya umum kali ini penting kepada Pas kerana bukan sekadar mahu membentuk kerajaan tetapi menukar kerajaan sekular kepada kerajaan Islam.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130221/po_04/Penerima-bantuan-umpama-haiwan#ixzz2LWqkQng1
© Utusan Melayu (M) Bhd

*Gambar ihsan daripada Minaq-jinggo

http://zul4kulim.blogspot.com/2013/02/politik-haiwan.html






2 Komen to POLITIK HAIWAN? – YB ZUL NORDIN

  1. tengkudin says:

    ganas ayat yb zul kat nikajis…..nanti mesti dia kata dia terasa camne dia kene smash dengan Mufti Perak pasal kes ni..heheh

    dia buat takper..orang lain buat kat dia..tau marah pulak..hehehe

  2. bangKano says:

    Pada aku Pok Nik layak di gelaq BAPAK AYAM…ehhh keterlaluan plak ni dia bukan toke pelacoq sori.

    Maksud aku Bapak Lembu la…..

Leave a Reply

Threesome