|Laman Utama| MyKMU Forum | MyKMU WebTV | MyKMU Mobile Apps | MyKMU Mobile Site | MyKMU RSS Feed| MYKMU E-MEL: mykmunet@gmail.com

Editor: dukeofmontecristo | Diterbitkan pada: 20 February 2013| Kategori: dukeofmontecristo | 2 Comments »

PAS Kedah Berantakan Mahu Jatuhkan Azizan Razak?

Nampaknya sengketa antara Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, semakin memuncak apabila “musuh tradisi”nya yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi berantakan sekali lagi.

Kali ini tanpa rasa malu atau segan, Phahrolrazi didakwa menegaskan di depan para penyokongnya bahawa dia sudah benar-benar bersedia untuk menjadi Menteri Besar Kedah bagi menggantikan Azizan Razak.

Dalam perkembangan terkini tentang pergolakan dalaman PAS di Kedah, Phahrolrazi dikatakan telah berjaya mempengaruhi Majlis Dewan Ulama PAS negeri untuk menyebelahinya.

Terbaru, Dewan Ulama PAS Kedah dikatakan telah mengadakan satu demonstrasi di Markaz PAS di Batu 9 di mana mereka mendesak agar Azizan melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri serta merta.

Dalam pada itu, dikatakan juga bahawa Dewan Ulama PAS Kedah itu juga telah mengadakan sesi pertemuan tertutup dengan wakil kakitangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) bagi membincangkan kemelut yang berlaku di institusi pengajian tinggi itu.

Menurut sumber, Azizan enggan campur tangan mengenai kontroversi yang melanda KUIN dan menyerahkan segala pertikaian dalam IPT itu kepada rakan baiknya yang juga Rektor KUIN, Datuk Jamil Osman, untuk diselesaikan.

Selain itu, Phahrolrazi juga dikatakan telah mengumpul segala “bala tentera”nya untuk menggulingkan Azizan dari kepimpinan PAS Kedah dan mereka juga hebat berkempen mempromosikan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah itu di kalangan ahli parti.

Begitulah agenda terkini yang berlaku di dalam PAS Kedah. Ketika semua parti di negara ini sedang melakukan persiapan terakhir untuk menghadapi PRU ke-13, PAS Kedah sedang berada di dalam keadaan huru-hara.

Azizan Razak sebagai “boss” PAS Kedah sendiri sedang berada di dalam “bahaya” apabila kepimpinannya dipersoal begitu hebat dan dijangka memberikan tekanan yang mampu menyebabkan beliau dimasukkan ke ICU lagi.

Itu belum lagi diceritakan tentang PKR dan DAP yang sedang mengintai peluang untuk memperbanyak dan merebut bilangan kerusi DUN dan Parlimen di Kedah. Boleh dikatakan Pakatan Haram Kedah sedang dilanda “ribut taufan”.

Sementara itu, Barisan Nasional Kedah dilihat sedang merapatkan barisan di mana kebanyakkan masalah-masalah dalaman yang dihadapi telah dapat diselesaikan dengan baik. Hanya “seciput” saja “kekotoran” yang sedang dalam proses dibersihkan…

Pun begitu, sumber menjelaskan bahawa BN Kedah enggan meletakkan diri di dalam “zon selesa” dan mereka dalam diam sedang melipat gandakan usaha untuk menawan Wisma Darulaman semula pada PRU ke-13 nanti.

Rakyat pula dilihat masih keliru dengan prestasi Kerajaan PAS Kedah yang lebih banyak menyusahkan mereka dan dasar yang dilaksanakan agak bertentangan dengan slogan “Kedah Sejahtera” yang dilaungkan PAS selama 5 tahun ini.

Apapun, saya enggan memberikan sebarang komen tentang peluang untuk merampas Kedah ke tangan BN kembali. Ia adalah bergantung kepada usaha, doa dan ketentuan Allah SWT. Jika BN menang di Kedah, insyaAllah rakyat akan senang di negeri Jelapang Padi itu.

Namun jika PAS berjaya mengekalkan kemenangan di Kedah lagi selepas ini, nantikan saja amukan dari rakyat Kedah yang tidak sanggup lagi melihat hutan simpan di negeri itu “diliwat”, anak-anak muda tiada pekerjaan dan Kedah mundur ke belakang!

Ada 2 Comments setakat ini.

  • mohamad Isa
    February 21st, 2013 at 12:17 PM

    Kalaulah Azizan Razak letak jawatan, sanggupkah Fakhrulradzi menjadi MB hanya beberapa hari saja ????

  • DataCode
    February 21st, 2013 at 6:53 PM

    Baru menteri besar,macamana pula berbalahnya mereka dalam Pakatan Rakyat untuk jawatan PM..

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.