Menu Utama

HADI DOLAK DALIH UNTUK SELAMATKAN DIRI

 

Presiden Pas, Abdul Hadi Awang berdolak dalik dalam isu kalimah ALLAH dalam beberapa perkara.

Pertama, untuk menyelamatkan dirinya beliau menuduh UMNO pihak yang bertanggungjawab mewujudkan kekeliruan di kalangan penganut agama di Malaysia.

Beliau membuat komen tersebut ketika menjawab dakwaan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan Pas
mengeksploitasi agama dan kalimah ALLAH untuk memancing undi.

Abdul Hadi perlu ingat bahawa beliau berdiri di atas pentas Pakatan Rakyat bersama-sama Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang pada 8 Januari untuk membaca kenyataan rasmi pembangkang yang menyokong penggunaan kalimah ALLAH di dalam kitab Injil.

Lima hari kemudian Majlis Syura Ulama Pas menukar nada pula apabila memutuskan untuk menolak penganut Kristian menterjemahkan istilah ‘God’ kepada ALLAH di dalam kitab suci mereka.

Bagaimanapun Ketua Pembangkang tegas menyatakan beliau tidak bersetuju dengan perubahan pendirian Pas dan tetap berpegang kepada kenyataan asal.

Perubahan pendirian ini merupakan pusingan 180 darjah oleh parti itu yang pada awalnya bersetuju dengan PKR dan Dap tetapi akhirnya merenggangkan pendirian tersebut daripada dua sekutu politiknya itu.

Tindakan parti itu membolehkan ia dilabel sebagai parti sesumpah malah lebih hina daripada itu kerana sanggup memperkotak katikkan Islam demi agenda politik sempitnya.

Bagaimana pula UMNO boleh dituduh mempergunakan Islam untuk kepentingan politik sedangkan selama ini Pas lah yang terbukti menyongsang daripada landasan perjuangannya.

UMNO konsisten sejak ditubuhkan pada 1946 hinggalah menjadi kerajaan persekutuan lebih 50 tahun untuk mempertahankan Islam sebagai agama persekutuan dan selaras dengan itu memajukan umat serta meningkatkan syiar Islam di negara ini tanpa henti.

Kalau UMNO mempolitikkan agama ia adalah kerana demi mempertahankan kesucian, maruah serta martabat agama dan melindungi kepentingan umat Islam.

Pas pula dilihat menjadi duri dalam daging yang bertindak sebagai kuman merbahaya di dalam tubuh badan umat Islam.

‘Amanat Haji Hadi’ yang mengkafirkan tiga juta ahli UMNO dan tidak ditarik balik oleh Presiden Pas itu menjadi bukti terbesar bahawa parti itulah yang memecahkan belahkan perpaduan umat Islam di negara ini.

Kesatuan umat Islam dan Melayu menjadi lemah adalah angkara Pas bukannya UMNO.

Kedua, Abdul Hadi dilihat bermain silap mata sekali lagi dalam isu pengguguran Ahli Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa daripada keanggotaan Majlis Syura Ulama parti itu.

Abdul Hadi sekali lagi nampaknya ingin menyelamatkan kulitnya apabila meminta Nasharuddin berdoa kepada ALLAH untuk melembutkan hati Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat untuk meletakkannya sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

Umum tahu, Abdul Hadi dan Nasharuddin adalah dua tokoh kuat dalam kumpulan kerajaan perpaduan (UG) yang bertegang leher dengan golongan Anwarinas dalam Pas berhubung isu kerjasama dengan UMNO.

Apabila Nasharuddin sudah tersepit, Abdul Hadi melepaskan diri daripada membantu kawannya.






13 Komen to HADI DOLAK DALIH UNTUK SELAMATKAN DIRI

  1. mozart says:

    macamana mamat ni boleh jadi president.terlalu tonggong betul buat keputusan sendiri membelakangkan majlis syura pas, lepas itu buat u turn,la ni dah terbelit.kata isu kalimah dah selesai tapi menipu rupanya. lepas ini apa nak tipu pulak nak cover tipu yg mula tadi? Inikah personaliti yg nak dicalonkan jadi PM? tolong jgn, memalukan negara nanti.

  2. PASpartyNGOK says:

    Manusia keji macam Hadi tetap jugak Hadi. kerana dia dilahirkan Hadi Awang dan mati pun mati Hadi Awang tentu.

    Ingat hadi ingat amanat. Ingat amanat yg menkafir sesama Islam. Apa kelebihan manusia serupa ini ada.

  3. DataCode says:

    Haji hadi–emmmmmmm…ingat amanat sesat ingat Hj.Hadi

  4. UMNOtegar says:

    haraps erban je beso..tapi penih taik

  5. Pemerhati says:

    Kuburkan aje PAS ni menjelang PRU13 ni, hikmahnya org Melayu x perlu berpecah tiga utk PRU yg akan dtg. PAStu kita pakat-pakat nisankan PASni dgn dua tiang yg diberi nama Nik Ajis dan Hadi Awang.

  6. walangkopok says:

    kesian org tua ni……makin lama makin nyanyuk

  7. amemema says:

    tunggu le dtg DYMM Amirulmukmineen raja segala raja penyuluh kebenaran bila tiba waktunya mengambil alih BN seterusnya menyeru penguasa negara bernaung dibawah panji-panjinye baru tahu siapa makan cili terasa lah pedasnya. harap tuhan panjangkan umur kita diwaktu itu bergemerlapan Islam seantara dunia – wallahualam.

  8. anakmelayu says:

    Raja segala Raja pun tak sokong dengan puak puaka PAS ni..ada dia nak sokong orang yang jual kalimah Allah?? kan puak ni juga penah kata berkawan dengan setan takpe…huhu…banyak cakap la puak puaka ni…islam ape depa ni?? hak tuihh!!! amek ko!!

Leave a Reply