|Laman Utama| MyKMU Forum | MyKMU WebTV | MyKMU Mobile Apps | MyKMU Mobile Site | MyKMU RSS Feed| MYKMU E-MEL: mykmunet@gmail.com
Editor: HackerXP | Diterbitkan pada: 27 February 2013| Kategori: HackerXP,KOLUMNIS,Utama | 37 Comments »

Ganas!!! Bekas Ahli PAS Diancam Bunuh Kerana Keluar Parti

Ada kalangan kita tentunya terkejut dan terkerut-kerut muka sambil menggaru kepala yang tidak gatal bila membaca berita yang di siarkan olehhttp://kedahan69ers.com/wp-content/uploads/2012/05/bershit-ganas.jpg Sinar Harian Online petang tadi dengan tajuk “4 ditahan ugut bunuh ahli keluar parti”.

Pun begitu, sebetulnya ramai yang sudah dapat meneka keempat-empat individu haprak dan ganas itu adalah penyokong PAS, lebih-lebih lagi bila lokasi kejadian berlaku di Marang, Terengganu yang sejak 3 dekad lalu adalah sarang PAS.

Agak tidak patut bila seseorang individu mengambil tindakan keluar dari PAS bersama beberapa puluh pengikut-pengikut yang lain, alih-alih ancaman bunuh pula yang diterimanya. Tapi nak pelik dan terkejut apanya, tingkah laku kasar, biadap dan ganas sudah lama sebati dengan sebahagian penyokong PAS dan PR.

Hatta kereta polis pun puak-puak ganas ini berani baling dengan kon dan melompat gaya titanic di atas http://1.bp.blogspot.com/-0Ka5_Bx_92A/UEHJSGvN0cI/AAAAAAAAMwU/BnYlnLutiIY/s320/%253D%253Futf-8%253FB%253FQUtTSStsaWFyLmpwZw%253D%253D%253F%253D-748491 bumbungnya semasa demonstrasi jalanan Bersih 3.0, apa sangatlah setakat ancaman untuk bunuh rakan sekampung sendiri.

Pengganas komunis yang menyerang Bukit Kepong pun ada pemimpin PAS sanggup sokong angkat jadi idola pejuang kemerdekaan, apa sangatlah kalau ada si pengikut terikut-ikut gaya komunis dengan cuba mengugut dan mengancam nak bunuh orang lain, tak gitu?

Ganas memang ganas. Nama saja Parti Islam SeMalaysia, tapi roh keindahan Islam dan kelembutan dakwah Islamiyah langsung tak kelihatan dikalangan penyokongnya, tampak jelas kewujudan PAS atas muka bumi ini langsung tak membawa keberkatan.

Mana nak adanya keberkatan, kalau dah tujuan nama Islam yang digunakan pada PAS nawaitu utamanya hanya untuk kepentingan politik dan keuntungan duniawi pemimpinnya.

4 ditahan ugut bunuh ahli keluar parti

MARANG – Empat lelaki ditahan kerana bertindak mencekik leher dan mengugut bunuh seorang penyokong sebuah parti politik yang keluar parti itu untuk menyertai parti lain di Kampung Jerung Seberang, Wakaf Tapai di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang, mangsa yang berusia 53 tahun bersama isteri 50-an dan anak berada di rumah sebelum didatangi empat suspek yang tinggal di kampung sama lantas mengugut untuk membunuh dan membakar rumahnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K.Manoharan berkata kejadian itu berlaku apabila suspek dikatakan tidak berpuas hati dengan mangsa yang mewakili 81 lagi penduduk menaikkan kain rentang berbunyi ‘Kami Penduduk Kampung Bukit Cempedak Sokong Parti Lain’…  Sinar Harian Online, 26 Februari 2013

Penulis percaya sebetulnya insiden keluar dari PAS itu berlaku 2 minggu lepas dan bukannya 2 bulan lepas seperti mana yang dilaporkan http://3.bp.blogspot.com/-JkyzvJNvzF4/URcF9lfpfPI/AAAAAAAAASA/pQspIQEBR_0/s1600/10.jpgoleh Sinar Harian. Mungkin berlaku kekeliruan sama ada di pihak polis atau pun pemberita.

Transformasi PM pikat 80 penyokong PAS Marang

Tertarik dengan program transformasi dan program membantu rakyat yang digarap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sekumpulan penyokong tegar PAS dari Kampung Jerong Seberang dan Kampung Bukit Cempedak di Marang tekad menyertai Umno.

Ramli Abdullah, 53, mewakili 80 bekas penyokong PAS itu, berkata mereka menyertai Umno kerana tertarik dengan program transformasi yang dirancang kerajaan bagi membantu rakyat terutama golongan miskin serta penduduk kampung.

Katanya program transformasi yang diwujudkan kerajaan benar-benar bertujuan  membantu semua golongan terutama rakyat berpendapatan rendah selain memberi tumpuan kepada kemajuan negara… Utusan Malaysia Online, 5 Februari 2013

Jika PAS wujud demi mencari keredhaan Allah s.w.t, takkan wujud gejala ganas ancam dan ugut sana sini dikalangan penyokong dan ahlinya. http://2.bp.blogspot.com/-0uJxSVl4eeo/UMY17Ew-5LI/AAAAAAAAWP8/ABIngVF5A6Y/s400/pas+ganas.jpgTapi, disebabkan kewujudan PAS itu sendiri terbentuk akibat kekecewaan dan dendam, jadi tak pelik perkara sebegini berlaku.

Penyokong dan ahlinya sudah ditarbiah dengan kebencian dan emosi amarah yang meluak-luak, imej Islamik dan janji bombastik mengenai agama suci ini pula sekadar sandaran untuk menyemarakkan semangat ahli dan penyokong sahaja.

Soal persaudaraan sesama Islam pula dianggap remeh temeh sebaliknya si kafir harbi yang menjadi tuan PAS pula dipuja dan dipuji. Itu yang dakwah Islamiyah gagal diterjemahkan dalam bentuk tingkah laku sopan dan beradat dikalangan http://3.bp.blogspot.com/-TK_IhSxZOr8/UD-GbbWU0aI/AAAAAAAAMsk/kNDrq0CUg-c/s320/%253D%253Futf-8%253FB%253FVW5uYW1lZC5qcGc%253D%253F%253D-761190penyokongnya.

Molek benarlah tu, penyokong terkenal dengan perangai panas baran, biadap, tak patriotik dan emosi tak stabil, sementara ramai pemimpin PAS pula rata-ratanya jenis mulut berus dan gemar menghasut serta menyebarkan propaganda sana sini untuk kaut undi.

Minta jauhlah negara ini daripada diperintah oleh PR dan balacinya PAS. Dah lebih 5 dekad negara ini aman tenteram, kot kalau tanahair ini jatuh ke tangan orang yang tak stabil emosinya setaraf macam orang gila maka jahanam dan sia-sialah segala usaha pengorbanan selama ini.

 

* Nota: Foto di sebelah kanan artikel ini adalah koleksi kebiadapan, keganasan dan lain-lain tingkah laku luar tabie yang pernah dilakukan oleh penyokong PAS dan PR. Jauhi diri anda dan keluarga dari mencontohi kelakuan sedemikian.

Ada 37 Comments setakat ini.

  • freemalaysiakini
    February 27th, 2013 at 12:28 AM

    Visit Freemalaysiakini2.com No subscription needed.

  • Anonymas
    February 27th, 2013 at 1:05 AM

    Marang memang, sarang butthurt puak PAS. Haritu bas budak PLKN pun dibalingnya batu sebab mereka ingatkan semua tu pengundi hantu. Mereka takleh terima kekalahan tahun 2008.

    Pikir punya pikir, mereka sangka semua yang mereka kenal sokong PAS dan bagi mereka orang yang sokong BN tidak wujud. Maka digelarnya pengundi hantu. Bab ini mereka percayakan tahyul…malah TGNA kata kerjasama dengan Syaitan pun dialu-alukan, apatah lagi hantu ye dok

  • Penangite
    February 27th, 2013 at 1:47 AM

    Saya juga hairan dengan sikap pentaksub PAS. Sebagai sebuah parti yg kononnya berteraskan ajaran Islam, kenapa tidak ambil pendekatan berbaik-sangka dan bersabar dengan ujian dari Allah.

    Markas terbakar – itu ujian dari Allah.
    Penyokong semakin berkurangan – juga ujian dari Allah.
    Ahli keluar dari parti – juga satu ujian.

    Kenapa pemimpin PAS yg alim ulama’ tu tak tarbiah anak buah supaya sabar dan muhasabah diri… kenapa makin ramai orang dah tak suka parti PAS ni…

    mungkin ke sebab PAS kata undi DAP tu halal sedangkan DAP nak lacurkan kalimah Allah?

    mungkin ke sebab Majlis Syura langsung tak tegas dlm menegakkan hukum?… bak kata Harun Taib sebagai respon kepada Fuziah… kita dah cakap tak boleh guna. Malas nak ulang banyak kali.

    (bayangkan kalau Rasulullah SAW juga bersikap begitu dulu. Bertahun-tahun berdakwah di Mekah, 80 orang aje yg masuk Islam. Kalaulah Nabi kata… malasla aku nak berdakwah lagi.. lantak pi la depa nak masuk neraka ke. Aku dah gerenti masuk syurga.. tapi hingga di akhirat nanti pun Rasulullah tetap akan berusaha untuk masukkan umatnya ke dalam syurga).

  • gambus
    February 27th, 2013 at 2:52 AM

    Bunuh ??? dalam parti PAS mana ada dosa dan pahala , mereka akan membelakangkan Islam demi perjuangan parti mereka !!!

    Tengok sahaja bagaimana bini-bini pemimpin dan YB PAS dijadikan taruhan jika tidak meyokong perjuangan gila PAS ni !!!

  • alfie
    February 27th, 2013 at 2:55 AM

    Jelas nampak fahaman politic lebih penting dari ugama kepada PAS. Mereka tak boleh terima jika ahli mereka ‘murtat’keluar dari parti mereka tapi setuju dengan Nurul PKR untuk membenar orang islam ‘freedom dan demokrasi’ untuk keluar dari islam jika mereka mahu saperti apa yang di berjuang oleh Ambiga.
    PAS telah terpesong dari akidah ISLAM.

  • Topup
    February 27th, 2013 at 9:31 AM

    Sudah sampai masanya PAS diharamkan !

  • Moohyideeeeen
    February 27th, 2013 at 9:34 AM

    Propa umno jer…

    Dah byk terkantoi. Muka org PAS tak kelabu macam kat atas tu…

  • Moohyideeeeen
    February 27th, 2013 at 9:36 AM

    Kes rasuah/bersubahat RM250k Mac 2012, akan di bicarakan. kak Jat RM250 juta kes punya dah lama, tak kena apa2 pun?????:
    .
    .
    .
    KUALA LUMPUR, 25 Feb — Timbalan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan isterinya diperintah membela diri di Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana dituduh menerima wang suapan berjumlah RM250,000.

    Nor Mohamed Khan Mohamed Mastan, 40 dan isterinya Suraya Hani Ahmad Zaki, 33 seorang pengurus akaun di syarikat swasta, beserta Noorshidin Mohd Noor, didakwa bersubahat atas dakwaan menerima suapan wang tunai daripada Ketua Pegawai Operasi Syarikat Siaga Informatics Sdn Bhd pada 14 Mac 2012 kononnya sebagai upah setelah membantu syarikat tersebut memperoleh surat penganugerahan bagi tender membina makmal forensik digital.

    “Kedua mereka dipanggil bela diri bagi dua kesalahan yang didakwa, di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pertuduhan pilihan iaitu Seksyen 16(a)(A) yang dibaca bersama Seksyen 28(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan satu kesalahan dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan,” menurut kenyataan yang dihantar oleh SPRM hari ini.

    Jika didapati bersalah, ketiga-tiga individu tersebut akan dipenjara tidak melebihi 20 tahun atau denda RM10,000 di bawah Akta SPRM.

    Ikat jamin sebanyak RM10,000 kepada Noor Mohamed Khan, dan RM15,000 kepada dua lagi individu telah dikenakan oleh mahkamah.

    Hakim M.Bakri Abd Majid membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

    Pihak pendakwaan SPRM diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Wong Poi Yoke.

  • Moohyideeeeen
    February 27th, 2013 at 9:38 AM

    UMNO memang nak haramkan PAS, sbb depa tau depa nak kalah. Demokrasi ala umno…

  • Moohyideeeeen
    February 27th, 2013 at 9:39 AM

    Satu lagi yg rajin dok tengok TV3 dan Utusan. Ini lah ahsilnya. So apa komen ko tentang pengunguman PM on GDP 2012 tu?

  • P164
    February 27th, 2013 at 9:48 AM

    Siapa yang nk kalah bro. Tu lah, banyak sangat baca harakah dengan keadilan daily.
    Pas yang dh nk terbungkus sekarang ni, dibungkus dengan dap dan pkr.

  • longchepoh
    February 27th, 2013 at 10:47 AM

    Ni pulak yang rajin baca harakah dan suara keadilan saja.

  • bujuk
    February 27th, 2013 at 11:31 AM

    Kita mintak POLIS buat siasatan terperinci…. kalau benar salah hukum. Sebab ahli PAS tak pernah aku dengar buat camni.. biasanya ahli keris buat camni, sebab ahli keris biasanya yuran d bayar ketua bahagian, jadi bila keluar parti memang hagin 1 badan. Ahli PAS biasanya keluar duit poket sendiri… jadi mereka bebas buat keputusan. Adamyan pun yuran ahli orang lain bayar aku rasa…. hihihi.
    Apa pun jangan mendahului mahkamah/siasatan… itu fitnah namanya.

  • Anak Lenggong
    February 27th, 2013 at 12:13 PM

    bujuk says:

    Kita mintak POLIS buat siasatan terperinci…. kalau benar salah hukum. Sebab ahli PAS tak pernah aku dengar buat camni..

    Khaaakkkk….Puiiiihhh..orang PAS ni bebaik semuanya oii, sedangkan didalam setiap program PR,diwaktu menjelang pilihanraya kecil ataupun umum, melayu yang berlebai, berkopiah putih ni la yang selalu nya berkelakuan lebih terok daripada binatang didalam zoo..kalau didalam menjelang pilihanraya mereka ni la yang mengugut,berlagak samseng walaupun ditempat orang…ini bukan fitnah tapi daripada pengalaman dan mata sendiri yang melihat. Pada melayu PAS hanya mereka je yang betul, mereka tak pernah pun nak menghargai pihak yang tak sehaluan mereka seolah-olah mereka terlalu maksum…tapi yang hairan nya mereka ni cuma berani tunjuk lagak terhadap kaum sebangsa yang tak sealiran dengan mereka sahaja..sekiranya dengan puak kapir dan melayu PKR…melayu PAS akan menjadi saperti saekor kura2…berjalan menundukkan kepala takut kena ketuk lagipun tak wang upahan tak masyukk.

    Hakikat sebenarnya melayu PAS terlalu taksub kepada pemimpin nya..mereka tak pernah nak menghormati orang lain tengok je kejadian di Mesir sewaktu bersih 2.0..mereka tak menghormati undang2 dinegara luar..sebab mereka telah diajar supaya hanya mempercayai pemimpin dikalangan mereka sahaja.

  • Anak Lenggong
    February 27th, 2013 at 12:20 PM

    1. Petikan daripada cakap bujuk

    “hihihi.
    Apa pun jangan mendahului mahkamah/siasatan… itu fitnah namanya.”

    2. Petikan daripada moon lembu
    “kak Jat RM250 juta kes punya dah lama, tak kena apa2 pun?????:”

    Aku cuma nak tunjuk contoh perangai melayu PAS kat sini bukan je pemimpin yang buat cam ni tapi pengikutnya pun sama..siBujuk menasihatkan Adanyam supaya jangan mendahlui mahkamah/siasatan tapi dalam masa yang sama dia tak komen pun pabila puak dia melakukan perkara yang sama..Ini la rupa sebenar melayu PAS bersikap hipokrik..

  • Topup
    February 27th, 2013 at 12:57 PM

    yg kena dakwa tu orang bukannya parti politik , Lagi pun sedang di dakwa …bukannya jatuh hukum . Tipikal betul lah juak2 pas ni , ok la dah kena tuduh , jadi kalau tak salah bela lah diri , bukannya macam bakal pii eemmm pkr yg dok tangguh dengan seribu satu alasan dan akhirnya memang tak salah !

  • Topup
    February 27th, 2013 at 1:02 PM

    betul ke ahli pas tak buat salah , maksiat dan lain2 kesalahan , wooooooo…ahli pas macam para nabi , maksum . Tok sah lah mendabik dada di saat waktu nak dekat pilihanraya ni , rakyat marhaien tau korang sapa , nanti bila kalah , kecewa nya 2 kali ganda …Nabi Muhammad pun ada masanya kalah semasa berperang , tapi puak pas terlalu maksum , Kalau betul2 tak salah ..jawap la balik buku “kafirkah aku” buat dan karanglah buku jawapan balik ..kami nak baca …kalau mampu lah . Jawap isu br1m pun melalut sampai ke firaun apa cerita ? Hang tak dak dosa ka bujuk ?

  • Topup
    February 27th, 2013 at 1:08 PM

    sebab kenyataan dia dah sebut “Sebab ahli PAS tak pernah aku dengar buat camni.. “. Bujuk kalau mau dengar kesalahan2 ahli pas kena baca berita dari bukan harakah dan yg sewaktu dengannya ! baru hang akan jumpa . Aku selalu tengok kalau org kena tahan atau kat lokap tu semuanya dengan identiti lebai ! adakah yg tu semua ahli pas sebab org pas selalu kata kalau umno pakai songkok !

  • Topup
    February 27th, 2013 at 1:11 PM

    PAS ni percaayakan ajaaran Rasulullah ker ? pas lebih takutkan dehem kapal sing dari hadith dan Firman Allah !

  • anakbochek
    February 27th, 2013 at 2:12 PM

    Ini bukan artikel ekonomi Mooh. Nak komen GDP kat tempat lain lah.

  • anakbochek
    February 27th, 2013 at 2:13 PM

    Kena bungkus dengan serban bai.

  • anakbochek
    February 27th, 2013 at 2:16 PM

    Korang percaya ke pada mahkamah?

  • Anonymas
    February 27th, 2013 at 2:29 PM

    “Satu lagi yg rajin dok tengok TV3 dan Utusan”

    Maap ye, aku juga tengok Bernama, CNN, BBC, AUSN, CCTV dan Aljazeera. Semua berita aku tengok untuk memeriksa kesahihan fakta. Kau tu jangan ingat kami orang bandar ni sama aje, kami ade ASTRO (laie banyak hiburan dari TV3 tu, drama Meleis je banyak)

    ” apa komen ko tentang pengunguman PM on GDP 2012 tu”

    Ejaan yang betul ialah pengumuman bukan pengunguman. Ngu…ngu…macam dungu pulak. Pendunguman?

  • Anonymas
    February 27th, 2013 at 2:30 PM

    Yang approve-kan penubuhan PAS (nama sebenar PIS) adalah British jugak. Pihak British pernah satu ketika cuba haramkan UMNO sebab kuat mengajak Melayu melawan British tetapi PAS tidak.

    heheh…kalau tak dah lama jadi macam Hizbul Muslimin (banned tahun 40-an)

  • DataCode
    February 27th, 2013 at 3:14 PM

    Terlalu taksub dengan perjuangan parti yang tidak boleh diharap,sehingga sanggup berbuat begitu rupa sama dengan haiwan,masalahnya haiwan tak begitu,nak kata apa?

  • gambus
    February 27th, 2013 at 3:55 PM

    suruh tunggu siasatan .. tapi dalam masa yang sama fitnah pulak orang lain yang buat , malah dalm masa yang sama jugak tak percaya ahli PAS yang bodoh tu akan buat keje macam ni …

    dalam masa yang sama juga macam-macam fitnah keluar daripada pemikiran hina bujuk hahahaha

    aku jamin laa daripada ayat atas tu , bujuk sendiri takkan menerima jika ahli PAS yang didapati bersalah .. orang PAS ni mmg gilerr sebenarnya melebihi parti daripada segala agama dan undang-undang .. tgklaah apa jadi kat Hassan Ali dan Ust Nasharudin

  • gambus
    February 27th, 2013 at 5:04 PM

    aduuhhh nak menang beberapa negeir pun masih cakap macam orang kena sawan babi .. moo lembu mmg kau ni takde otak laa hahahaha

  • PASpartyNGOK
    February 27th, 2013 at 6:15 PM

    Imej yg sering ditonjol PAS selama ini memang imej kasar dan ganas. Pada mereka itu lah cara mereka. Cara Paling Islam kata mereka.

    Kemana Tok Guru mereka pergi akan diiring oleh pengiring beruniform. Laungan takbiiir, takbiir sentiasa membingitkan telinga dan menimbulkan suasana tegang pra-huruhara.Apa kah ini mengikut sunnah rasul ?

    Atau sunnah Nik Ajis ?

  • PASpartyNGOK
    February 27th, 2013 at 6:20 PM

    Trend mengugut semakin menjadi2. Melayu diugut bunuh sambil mencekik leher mangsa. India MIC ditembak rambang kearah rumahnya.

    PM pun diugut bunuh. Hebat dan advance sekali negara kita Msia sekarang. Syabas pada pelaku. Pasti anda maintain bijaksana dalam prlakuan jenayah ini kerana taqk perlu lama anda akan digari dan idiring kedalam bilik berpagar. Negara ada law yg jelas dan tidak memerlukan akta yg baharu utk menangani hal begini.

  • Andik
    February 27th, 2013 at 8:05 PM

    Sudah sudahlah…. melayu sama melayu bergaduh rilexla… apa apapun.. pru 13 no nampak gayanya bn menang besar.Rakyat kebanyakannya sudah dapat menilai yg mana baik dan yg mana buruk….Hanya bn yg dpt mmbawa Malaysia kearah masa depan yg lebih gemilang….HIDUP BN….!!

  • bujuk
    February 28th, 2013 at 12:39 PM

    aku dah dapat maklumat dari sisi yg. lain… rupanya bukan isu keluar parti atau tubuh cawanagn baru tapi isu BINA yg. memfitnah PAS. Terang2 TGNA/MSU kata tolak penggunaan Allah dalam bible tapi UMNO masih guna provokasi kata PAS sokong guna nama ALLAH dalam bible. Jadi memang patut kena pukul la..

  • bujuk
    February 28th, 2013 at 12:45 PM

    Mana ada orang tak buat salah… lain la Nabi maksum. Aku hanya kata ahli PAS tak pukul orang kalau sekadar keluar parti tubuh cawangan umno.
    Terkejut puak UMNO rupanya… firaun pun lagi hebat bagi SEDEKAH dari mereka. Baru korang tau.. rupanya kalau bagi sedekah sebab nak tunjuk baik dan kononnya UMNO yg. bagi REZEKI tu sama macam firaun bersedekah.

  • bujuk
    February 28th, 2013 at 1:21 PM

    orang umno memang pakai songkok, sebab tu hari jumaat tak ramai ahli umno datang sebab boleh bilang berapa ramai yg. pakai songkok…. tapi puak2 ni kalau p mahkamah dia pakai lebai… hihihi

  • raplahjingaa
    February 28th, 2013 at 6:20 PM

    oooo…firaun lagi hebat dari nik ajis tu ke bujuk ?? tu kami tau dah lama dah, kalau dengan nik ajis…hang bandingkan sapa-sapa pun ornag tu lagi hebat dari si tua kutuk tu.

    Tu la hang bujuk…pesan nabi tentang ulamak akhir zaman hang abaikan…la ni hang dah jadi macam puak khawarij dan munafikun. Salah siapa ?? salah hang jugak.

  • raplahjingaa
    February 28th, 2013 at 6:28 PM

    Pulak…hehe

  • gambus
    February 28th, 2013 at 9:34 PM

    makin sawan babi aku tgk bujuk ni , dah samakan pulak dengan firaun .. hahaha inilah jadinya bila pemimpin Bujuk tergolong daripada orang munafik iaitu tak menepati janji .. akhirnya pemimpin dan pencacai mereka sama-sama munafik .. orang munafik yang tak tepati janji ni dah terang dalam Al-Quran , TAK BOLEH DIPERCAYAI KATA-KATA MEREKA !!!

  • raplahjingaa
    March 1st, 2013 at 12:26 PM

    hehe…hang nak tipu sapa kat sini bujuk ??

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.