Gelombang Merah Kelantan Berubah, Tukar Itu Hijrah Tanah Itu Maruah

Oleh: HackerXP (February 16th, 2013) [HackerXP,KOLUMNIS,Utama][54 Comments »]

HTK2013 - Tukar Itu Hijrah Tanah Itu Maruah

Petang semalam menyaksikan hampir kebanyakan jalanraya sekitar Bangunan UMNO Negeri di Kota Bharu penuh sesak dengan kehadiran http://1.bp.blogspot.com/--LFEbdlH_hU/UR5HXwyCPjI/AAAAAAAAAbk/mRDOjF-Gy9I/s1600/image_2.jpgribuan rakyat Kelantan dari pelbagai lapisan sebagai tanda sokongan mereka kepada Himpunan Tukar Kelantan 2013 (HTK2013).

Anggaran kehadiran mungkin mencecah 10,000 orang termasuk peserta konvoi motosikal, teksi dan kereta persendirian. Turut serta menjayakan HTK2013 ini termasuklah NGO seperti TUKAR, Ummati, Minda Pondok dan beberapa NGO lain.

Mereka berhimpun bukannya untuk mencontohi perilaku buruk penyokong PR yang gemar bertindak di luar tabii atau berkelakuan ganas seperti tayang punggung di khalayak ramai atau pun menterbalikkan kenderaan polis, jauh sekali dari berhasrat untuk mengubah reka bentuk panji negara atau bendera Kelantan.

Malah tiada rakyat Kelantan di HTK2013 ini yang datang http://3.bp.blogspot.com/-R3QJ36KgWuk/UR5HblWxEEI/AAAAAAAAAc4/Rg-N4GHasgw/s1600/image_35.jpgbersama kelengkapan topeng pemedih mata atau pun bekalan air garam, menunjukkan khalayak yang hadir langsung tak berminat ke arah unsur pemberontakan atau demonstrasi jalanan yang tak terkawal.

Tiada kelibat peserta HTK2013 yang terdiri daripada golongan LGBT malah tiada pondan atau pelacur yang tampil sama memberi sokongan, membuktikan HTK2013 bersih dari unsur maksiat dan sama sekali bertentangan dengan HKR#112 di Stadium Merdeka anjuran PR tempohari.

Sebaliknya anak-anak Kelantan yang sedar diri dan menginsafi kebobrokan yang sedang berlaku di negeri Serambi Mekah ini datang dengan nawaitu yang jelas, yakni untuk menyokong kebangkitan gelombang merah ke arah perubahan yang lebih baik.

http://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/598469_536793666361463_858659437_n.jpg

Mereka mahu melaksanakan proses hijrah dari terus diperintah oleh Kerajaan PAS Kelantan yang terbukti lemah urusan tadbirnya dan lembap pula kepimpinan MBnya, untuk ditukar kepada yang baru yang diyakini mampu mengembalikan semula maruah rakyat negeri ini.http://2.bp.blogspot.com/-oVXIWqze0pM/UR5Hd-d5dWI/AAAAAAAAAdc/EBcZFJ_kWac/s1600/image_40.jpg

Dilihat pada gelombang kebangkitan rakyat Kelantan yang semakin membuak-buak ini, gayanya pendekatan pimpinan UMNO negeri sudah berada di landasan yang betul dan menepati kehendak majoriti rakyat sekaligus berpeluang untuk mendapat kembali mandat memerintah Kelantan selepas 23 tahun negeri ini dijajah oleh PAS.

Lagipun, sebahagian besar rakyat Kelantan semakin sedar lebih lama PAS memerintah bermakna hampir setiap inci tanah-tanah di negeri ini berkemungkinan akan jatuh ke pihak lain terutama melalui proses pajakan berpuluh tahun yang hanya menguntungkan pihak yang terlibat sahaja.

PAS, tanah dan balak tidak pernah berpisah, bagai aur dengan tebing. Di mana PAS memerintah di situlah akan ada puluhan ribu ekar tanah yang dipajak gadai dengan berselindung disebalik alasan pembangunan atau pertanian tapi hakikatnya motif sebenar tertumpu kepada usaha merobek kekayaan hasil bumi Kelantan yang berupa kayu kayan balak.

Kalau kekayaan negeri dikongsi bersama dan tempiasnya dinikmati kebanyakan rakyat jelata tidak akan timbul isunya, tapi bila mana hanya segelintir yang menikmatinya itu petanda betapa parahnya kepimpinan negeri ini.

Rakyat Kelantan sudah naik muak, PAS perlu ditukar dalam PRU 13 kelak dan gelombang merah ini akan merintis dan menjadi saksi penting di mana negeri yang pernah terkenal dengan jolokan Serambi Mekah ini bakal berubah ke arah lebih baik.

Berubah dan bertukar ke arah kebaikan itu menepati proses penghijrahan, lagikan pula cukup-cukuplah tanah bumi Kelantan menjadi milik kroni PAS, tatkala pribumi sendiri asyik merintih gara-gara kelemahan PAS dalam menguruskanhttp://terengganutoday.com/index/wp-content/uploads/2013/02/18404_472823299434242_762560514_n.jpg kekayaan hasil mahsul negeri.

Tanah itulah maruah anak negeri, jika bumi dipijak ini banyak yang jadi milik orang lain, manakala harta benda dan hasil kekayaannya asyik mengalir ke tangan yang lain, akhir kelak seluruh negeri akan terjajah dan kita akan terus merintih lagi.

Rakyat Kelantan perlu teruskan kebangkitan ini, semarakkan lagi gelombang merah ke serata negeri untuk memulihkan kembali maruah dan harga diri. Jika perubahan ini bukan untuk kita orang dewasa, setidak-tidaknya hijrah ini akan memberi makna besar untuk anak-anak kecil kita kelak.

 

* semua foto diceduk dari pelbagai sumber, kredit kpd blog tukar-kelate, siemens, hambali, montero dan juga facebooker kelate.

Ada 54 Comments setakat ini.

  • PASpartyNGOK
    February 16th, 2013 at 8:15 AM

    Mudah2an lautan manusia yg berwarna bukan hijau itu bakal diterjemahkan kedalam peti undi PRU nanti. Kita rasa yakin, semua rasa yakin.

    Keyakinan ini mudah2an memberi ombak tsunami kenegeri Kelantan sebagaimana tsunami melanda 4 negeri lain 08 dulu.

    Kelantan perlu ditundukkan. PAS bakal terselioh, lumpuh dan jadi something of the PASt.

    Bila ini berlaku kita bakal lihat siapa melutut pada siapa. Aminnn

  • sya
    February 16th, 2013 at 9:00 AM

    TOLAK PAS,TOLAK PAS,TOLAK PAKATAN HARAM

  • syaa
    February 16th, 2013 at 9:41 AM

    tolak pakatan haram,tolak pakatan penipu

  • SebaikPerhiasan
    February 16th, 2013 at 9:47 AM

    Sy membayangkan sekiranya Tok Pa juga membina patung pimpinan PAS dan menyebatnya di khalayak ramai itu, apakah yg bakal terjadi? Mudah-mudahan semua rakyat di Malaysia ini terselamat dr budaya politik kebencian yg melampau.

  • stim
    February 16th, 2013 at 11:12 AM

    betulke 10,000 org, bukan lagi lebih termasuk poster………..

  • DuluAhliPAS
    February 16th, 2013 at 12:58 PM

    PAS ni bagus masa zaman Almarhum Fadhil Noor saja.. lepas dari tu, sampai laaa ni.. ntah hapa-hapa.. Memang kali ni aku kalih… Kalih tetap kalih..

    Rakyat Malaysia tahun 2013 ni dah ramai sedar kesilapan kerana ‘memangkah’ BA aka PR ni masa 2008 dulu.. Tunggu la hukuman dari kami..!!

  • suarajantanmalaya
    February 16th, 2013 at 1:25 PM

    setiap kali p/raya, inilah azamnya,inilah janjinya, inilah semangatya….tapi hanyut tetap hanyut, bungkus tetap bungkus….kenapa ya?? subhanallah

  • Yakin Palsu
    February 16th, 2013 at 1:47 PM

    Tiap kali PRU Kelantan, cakap Yakin Menang, Yakin Menang. Tapi tak pernah Menang pun.

  • EVLee
    February 16th, 2013 at 2:37 PM

    Jangan Tok Pa… jangan. Kita berbeza dari mereka dan kita tidak perlu meniru rentak/gaya species pelampau dan luar tabi’i tu…

  • Kipas Susah Mati Neelofa
    February 16th, 2013 at 6:38 PM

    Wah, satu perubahan hebat!! :D

  • DataCode
    February 16th, 2013 at 7:21 PM

    Licin kelantan licin,Licin di sapu PAS,dah habis licin kena kebas dengan PAS

  • baba
    February 16th, 2013 at 7:54 PM

    harap gelombang merah dijadikan acara mingguan di kelantan sehingga pru nanti. kasi ajar sama pas.

  • bujuk
    February 16th, 2013 at 10:48 PM

    dah 22 tahun memerintah… mana ada licin, pokok yg. d tebang 20 tahun dulu dan d tanam semula dah boleh tebang semula dah. PAS bukan macam BN lepas tanam tinggal.. kita tanam semula selepas tebang.

  • bujuk
    February 16th, 2013 at 10:52 PM

    Buat la GELOMBANG apa pun, Rasuah la apa pun…. JANJI ALLAH pada orang yg. beriman tetap benar. UMNO nak himpun anak kelantan, siap ada ‘luckydraw- dapat kereta pulak tu’, ada penghibur/penyanyi, makan-minum takyah cerita… duit saku tak tau la. Yg.datang tentunya ramai, tapi takat macam yg. sambut PSY d penang. Bila tanya ‘are u ready 4 BN’… ramai2 jawab NO. Apa hasil semua pelaburan UMNO sebenarnya?

  • PASpartyNGOK
    February 17th, 2013 at 12:36 AM

    Pemimpin kufur, pemimpin syirik dan sesat wajib diperangi dan dijatuhkan. Apakah perlunya terutama rakyat kelantan untuk terus dipimpin oleh seorang yg sanggup menggadai nama suci tuhan kita kepada kafir. Apakah perlunya untuk mereka terus taat kepada seorang lagi pemimpin yg memberi amanat salah mengkafir sahabat seagama.

    Tolaklah mereka segera sebelum kita semua ditimpa bala.

    Kita takut azab Allah kerana kekufuran mereka. Kita takut kita dihukum Allah sebagaimana kita menghukum sekumpulan semut. Sedangkan cuma seekor semut yg menggigit kaki, tapi habis sekumpulan kita lenyek dgn kaki…. lalu mati semua.

  • StinGray
    February 17th, 2013 at 12:43 AM

    Dengan izin Allah jugak UMNO/BN masih jadi pemerintah di negara ini…walaupun dikafir dan difitnah oleh puak2 yang busuk hati….siap ditawarkan Syurga Mat Jenin, siap minum air selipar tapi Allah masih terus memilih BN untuk mentadbir negara ini….

    Terjerit-jerit mintak pada Allah agar UMNO dihancurkan, tetapi UMNO terus kukuh, sebaliknya puak2 dogol yg mendoakan kehancuran dilihat semakin hampir dgn kemusnahan…

  • StinGray
    February 17th, 2013 at 12:58 AM

    Ditanam semula kepala hotak hang…air dah 22 tahun kenapa tak jernih2….tanam semula konon???….mana jambatan Kg.Cina-palekbang???….apa jadi dgn projek Bandar Baru Pengkalan Kubor, Pelabuhan Darat Kuala Krai????…Stadium baru, keretapi laju & lebuh raya apa cerita ngok…dasar temberang si pemutar belit munafik…..

  • jinkun
    February 17th, 2013 at 1:03 AM

    SEDANG KUTIP DERMA…BELUM CUKUP LAGI NAK BUAT SEMUA PROJEK TU…KAHKAHKAH

  • jinkun
    February 17th, 2013 at 1:06 AM

    NIKAJIS BILA LAK NAK KENA TANAM???? KAHKAHKAH

  • yeop
    February 17th, 2013 at 4:44 AM

    Allah Maha Adil..teserlah keburukan perangai orang pas satu persatu. orang pas adalah munafiq yang berselindung mempergunakan Islam sebagai senjata politik untuk menang berkuasa.

    Setiap tindakan yang melampaui batas akan mengundang bencana akhirnya…pas dan ahli nya sedang dilaknati Allah.

  • syaa
    February 17th, 2013 at 12:09 PM

    APA????DAH 22 TAHUN PAS PERINTAH KELANTAN?mcm mana pas boleh perintah kelantan sampai 22 tahun klu pilihanraya umum di malaysia ni tak bersih dan telus???mcm mana puak puak pas ni boleh kata pilihanraya d malaysia ni tak bersih dan tak telus?nampak sgt puak puak pas ni bodo takde akal mcm lembu.HAKIKATNYA KLU KERAJAAN NAK MENIPU MASA PRU,1 TAHUN PUN PAS TAK MERASA PERINTAH KELANTAN.TUDUHAN PAS KONONNYA PRU D MALAYSIA NI TIDAK BERSIH DAN TIDAK ADIL SEBENARNYA HANYALAH PENIPUAN DAN FITNAH PAS SAHAJA BERTUJUAN MBURUKKAN PEMERINTAH.CILAKO PAS.

  • DataCode
    February 17th, 2013 at 12:28 PM

    Kau orang tau apa..kerajaan pas kelantan tebang pokok kat gua musang,manik urai,krai, ratusan ribu ekar kerana dia nak guna duit buat lebuh raya rakyat

  • raplahjingaa
    February 17th, 2013 at 9:23 PM

    Doa yang terjerit terpekik terlolong tu yang aku tak tahan sangat….ni mahzab yang amat jauh menyimpang dari ajaran nabi kita.

    Depa ni ikut nabi mana pun aku tak tau…bujuk nabi mana yang ajar hangpa berdoa macam anjing menyalak senja tu ?

  • raplahjingaa
    February 17th, 2013 at 9:25 PM

    hang tanam apa tu bujuk ??? lalang ??
    statement hang tu bujuk…bebudak PASTI pun pikir 2/3 kali nak percaya….inikan pulak kat sini.

  • bujuk
    February 17th, 2013 at 11:52 PM

    jangan capui… hang tau dak setiap 40 orang ada antaranya yg. Allah perkenankan doa mereka. Hang bayangkan 1 stadium…. apapun HAK Allah bila nak mengabulkan doa tersebut. Kalau bersih hati dia, iklas doa dia… cepat Allah makbulkan.

  • bujuk
    February 17th, 2013 at 11:53 PM

    InsyaAllah semuanya selesai lepas pru13 jika PR kuasai Putrajaya.

  • bujuk
    February 17th, 2013 at 11:55 PM

    Belum tentu lagi siapa dulu kena tanam antara hang dengan TGNA walaupun dia dah tua.

  • bujuk
    February 18th, 2013 at 12:00 AM

    Paling kesian Awang Adek yg. d umum MB selepas pru12, akhirnya seperti ayam berak kapur bila dua-dua kerusi dia bertanding hangus. Itu pun UMNO lantik jadi senator dan timb. menteri. Ini ajekah bijak pandai dalam umno… kalah pun boleh jadi timb.menteri.

  • Oya
    February 18th, 2013 at 12:00 AM

    Bukan nk buat lebuh raya bro..tp nak buat belanja pilihanraya nih..

  • Oya
    February 18th, 2013 at 12:03 AM

    Masalahnya hati puak2 hangx bersih…acaner tu si cai munafik Bujuk?

  • EVLee
    February 18th, 2013 at 2:58 AM

    Dia kalah bukannya pasal dia tak pandai. Dan dia kalah bukannya banyak sangat. Selagi dia berkebolehan dan berupaya memberikan sumbangan, BN berikan dia tempat dan tugas. Lagipun, ada juga dikalangan mereka yg tidak bertanding tetapi dijadikan senator. No hal lah…

  • Gambus
    February 18th, 2013 at 3:00 AM

    inilah bujuk , kaki penipu ni bukannya orang kelantan pun . sebelum ni angkuh cakap dah tanam semula sekali kata bujuk hanya penipuan jee bila disanggah .. last sekali ayat dia semua ni akan berubah lepas menang Putrajaya ..

    kepala hotak kauu laa bujuk , nak setelkan hutan kat kelantan tu tak payah nak menang putrajaya pun .. itulah kalau cakap nak menipu jee , sekarang dah terbelit

  • Gambus
    February 18th, 2013 at 3:02 AM

    ehh bro , bukan lebuhraya tu dia dah kutip derma kaa?? hahaha mesti duit derma tu dah sapu ni duit balak dan tanah pun nak sapu ni !!! lebuhraya dalam mimpi jee laa hahahaha

  • Gambus
    February 18th, 2013 at 3:04 AM

    kalau tak menipu bukan bujuk laa namanya saudara raplah hahahaha , weii bujuk kau tu duduk kat kawasan ulu area selangor jee , bukannya tahu pasal kelantan pun !!!

  • Gambus
    February 18th, 2013 at 3:06 AM

    stadium yang mana bujuk ?? stadium masa Bersih yang keadaaan dia sama juga macam konsert PSY dan konsert-konsert lain tu??? stadium masa Bersih yang turut disokong oleh NGO seks bebas dan pro murtad?

    hahahaha penipu macam kau dan pemimpin kau baik tgk cermin kat muka laa , ingat kau punya doa , doa orang yang pencacai dan pemimpin kau fitnah dan hina tu kau tak kira lagi !!!

  • Gambus
    February 18th, 2013 at 3:09 AM

    tgk BN bila kalah rilek jee .. gentlemen dan terima setiap ketentuan Allah s.w.t .

    Pakatan DAPigs bila kalah??? semua orang mereka fitnah dan hina , cakap dan menuduh seolah mereka ni tiada agama langsung!!!

  • anakbochek
    February 18th, 2013 at 10:11 AM

    Anwar tak bertanding apa2 pun jadi ketua umum. Ahli PKR pun tidak.

  • bangKano
    February 18th, 2013 at 5:30 PM

    Jangan takboq bro….kalo PAS Kelate kantoi dalam PRU13 lagu mana ..? ni semua takdir ALLAH.

  • bangKano
    February 18th, 2013 at 5:33 PM

    Wow..wow pasai apa nak tunggu PR kuasai Putrajaya…tok leh ka la ni PAS Kelate tunai kan segala tanggung jawab sebagai Khalifah ALLAH di bumi.

    Jangan asyik gebang sepanjang masa….!!!

  • bangKano
    February 18th, 2013 at 5:41 PM

    Hang tu yang mulut capoi….dah keghap PAS buat solat hajat & doa supaya pemimpin UMNO KO. Tapi la ni PAS,PKR & DAP yang dah KO betoi tak ?? Setiap hari ada berita kebusukan pemimpin PR terbongkaq kat media pasai pemilihan CEC la,isu kalimah ALLAH ngan serba kontroversi di kalangan PAS & DAP,isu tanah balak kat Kedah & Kelate habih kena pulun dek PAS,skandal seks dalam PAS & PKR dll lagu mana hah..?

    Pasai apa sampai la ni ALLAH tak makbol kan semua doa pak lebai malang PAS tu hah…?

  • raplahjingaa
    February 18th, 2013 at 6:43 PM

    hehe…bukan satu malah kalau 10 stadium pun penuh dengan munafikun macam hang….berdoa terpekik terlolong macam siamang….

    sendiri mau ingat ka bro…

  • raplahjingaa
    February 18th, 2013 at 8:37 PM

    Dia kalah sebab SPR menipu…hehe

  • DataCode
    February 18th, 2013 at 10:32 PM

    Batu asas jambatan palekbang ada lagi tu..

  • jinkun
    February 18th, 2013 at 11:53 PM

    niknajis simpan utk buat batu nisan…kahkahkah

  • pasdaplaknat
    February 19th, 2013 at 1:44 PM

    wah2 Bujuk Lembu hina org UMNO bkn main.. kalah menang adat dlm bertanding. Almarhum Ust Fadhil Noor pun biasa kalah, adakah puak ko hina dia sbg bodoh?

    Lembu.. hang ni elok jd angkat najis je dr byk posting.. bodoh tp nk tnjuk pandai!

  • pasdaplaknat
    February 19th, 2013 at 1:48 PM

    Insya Allah PAS dan PR takkan dpt kuasai Putrajaya..

    Insya Allah masalah di Kelantan selesai bila UMNO BN ambil alih Kelantan PRU13 nnt.. AMiin.

    Anak2 Kelantan akan rasai nikmat mencari rezeki di bumi sendiri. Air akan dibekalkan secara sistematik, masjid terbesar sbg pusat tarbiyyah Islam akan diwujudkan di KB..

    Puak samseng dan tongong PAS mcm bujuk akan jd militan tkpun lari masok dlm hutan! Kita tangkap HUSAM bapakk Kambing Jamnapari kaki penipu tu. usung die seluruh KB dan londeh seluar dia dr harta rompakan bumi kelantan!

  • pasdaplaknat
    February 19th, 2013 at 1:50 PM

    DOa Allah nk makhbul itu HAK dia.. ok sama jg dgn org lain.. hang rasa doa org lain tk de makna ke?

    Lagi satu doa ni kena bnda baik. Kalau menyalak dlm stadium atas benda sesat sah2 Alah tkkan terima doa org yg sesat.

    Apatah lg doa dr puak MUNAFIK.. PAS puak MUNAFIK.. rosakkan Islam, hina Nabi.. dr segi ilmu Allah tkkn terima doa org mcm ni!

  • pasdaplaknat
    February 19th, 2013 at 1:51 PM

    Tk kisah la kan tp dr segi adat pun yg tua tu makin dekat dgn alam kubur.. lg bahaya bila dh tua makin sesat dan merapu. Apapun kita doakan panjang umur supaya Allah buka aib dan hina si tua kutuk ini selama mana dia tidak bertaubat!!

  • omega
    February 19th, 2013 at 9:41 PM

    Tolak PAS ada lah jihad, Tolak DAP adalah jihad, Tolak Anuwar dan Nik Aziz untuk islam dan negara.

    Tplak pas negara selamat

  • berfikir
    March 9th, 2013 at 7:04 AM

    PAS sudah banyak berubah.. bukan nak tegakkan Islam dah.. tapi lebih pada gilakan kuasa.. lagi-lagi kuncu AI…
    anak Iblis sudah masuk PAS.. PAS kasi
    lepas je smoaaaaaa…..

  • tokgaru
    March 31st, 2013 at 4:50 PM

    Ambil BR1M tapi masih duk caci kerajaan .. itu adalah kalau bukan AYAM bole jadi adalah LEMBU.

    Makan gaji dengan kerajaan tapi masih duk kata sumber kewangan kerajaan meragukan .. tu adalah kalau bukan AYAM bole jadi adalah LEMBU.

    Makan duit pencen RM beribu2 sebulan dengan kerajaan tapi masih duk kata hasil negara adalah dari punca yang haram .. tu adalah kalau bukan AYAM bole jadi adalah LEMBU.

    Orang Pas diperintah beri undi kepada DAP tapi orang DAP tak pula diperintah undi Pas di kawasan yang BN bukan melayu letak calon .. hanya AYAM atau LEMBU sahaja yang akan taat perintah semacam itu.

  • zamzam
    April 6th, 2013 at 4:49 PM

    bujuk ikut ajaran nabi nuar ekekekee

  • zamzam
    April 6th, 2013 at 4:55 PM

    bujuk kena masuk kelas fardhu ain dulu baru leh komen

Who Linked To This Post?

  1. Video Bo La Weii: Pencacai PAS PKR Mula Panas Punggung | MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.