|Laman Utama| MyKMU Forum | MyKMU WebTV | MyKMU Mobile Apps | MyKMU Mobile Site | MyKMU RSS Feed| MYKMU E-MEL: mykmunet@gmail.com
Editor: dukeofmontecristo | Diterbitkan pada: 11 February 2013| Kategori: dukeofmontecristo,Utama | 16 Comments »

RM120 Juta Untuk Rakyat Selangor: Khalid Cemburu Rakyat Dibantu Kerajaan BN?

Saya ketawa “guling-guling” melihat muka Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid“Gagap”, berkerut-kerut bila mendapat tahu tentang peruntukan sebanyak RM120 juta yang diumumkan Perdana Menteri kepada rakyat Selangor untuk mengatasi gangguan bekalan air yang mereka hadapi.

Pening kepala Khalid memikirkan apa dia nak jawab pada rakyat Selangor yang dibantu Kerajaan Pusat. Selama ini Menteri Besar itu asyik cadang, cadang dan cadang, tapi tak buat tindakan penyelesaian pun. Rakyat dah mula bosan dan salahkan Khalid dengan “cadangan kosong”nya…

Tiba-tiba pula Najib umumkan peruntukan itu, dan pada siapa yang dia nak alih kesalahannya kali ini? Fikir punya fikir, dia perlukan“talian hayat” dari Tony Pua yang terkenal dengan “fitnah bernombor”nya…

Maka datanglah Tony Pua dan mendakwa kononnya Kerajaan Pusat beri duit berbilion ringgit pada SYABAS. Dia tuduh Kerajaan BN nak kayakan SYABAS? Betul ke?

Karut..!!! Menteri KeTTHA, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui kata dakwaan Tony Pua itu karut belaka, bermotifkan politik dan berniat jahat dengan memutar belit fakta.

Saya hairan dengan Tony Pua, dia tak serik-serikkah disaman atas tuduhan “fitnah bernombor”nya yang selalu bersifat serkap jarang dan sebut ikut suka hati mak bapak dia tanpa bukti atau fakta kukuh? Dia nak kutip derma bayar saman lagi ke?

Peter Chin menjelaskan bahawa peruntukan sebanyak RM120 juta itu sebenarnya adalah untuk kepentingan rakyat Selangor yang kini sedang menghadapi masalah gangguan bekalan air sejak tahun 2008 lagi.

Memandangkan Khalid asyik cadang dan kaji saja tanpa sebarang tindakan untuk mengatasi masalah air di negeri termaju itu, ia telah menjejaskan kehidupan rakyat di Selangor dan sekitar Lembah Klang.

Dalam ertikata lain, sebab “kebengapan” dan “kegagapan”Khalid yang tak reti selesaikan masalah rakyat itulah maka Kerajaan Pusat terpaksa keluarkan duit sebanyak RM120 juta untuk memastikan rakyat dapat bekalan air secukupnya!

Duit itu bukan diberikan kepada SYABAS sebenarnya. Duit itu akan digunakan bagi membaik pulih semua masalah-masalah teknikal seperti pam rosak di Wangsa Maju, paip-paip bocor atau pecah di seluruh Selangor dan sebagainya.

SYABAS perlu dapatkan kelulusan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk baik pulih masalah-masalah tersebut dan selepas SPAN memberikan kelulusan maka barulah dana itu diberikan kepada SYABAS mengikut keperluan kos baik pulih. Takkanlah itu pun Khalid tak tahu?

Jadi, di mana betulnya tuduhan Tony Pua yang kononnya duit RM120 juta itu adalah untuk “selamatkan” SYABAS dari bankrap? Nampak sangat putar alamnya. Busuk sungguh niat Tony Pua ni, kan?

Apakah Tony Pua fikir Najib itu seperti Khalid “Gagap”yang sanggup menggunakan beratus ribu ringgit wang rakyat Selangor semata-mata kerana mahu menyelamatkan syarikat kroninya, Talam Corp?

Kalau skandal Talam Corp – Khalid “Gagap” pun masih lagi terkial-kial Pakatan Haram Selangor nak jelaskan rasional pembaziran wang rakyat untuk selamatkan syarikat tu, tak payahlah nak sebok-sebok fitnah orang lain. Itu namanya “politik jijik”!

Saya sarankan supaya Khalid cari pemimpin lain yang lebih bijak berbanding Tony Pua untuk bercakap mengenai masalah air di Selangor. Cuma saya tertanya-tanya, dalam Pakatan Haram Selangor tu ada ke pemimpin yang bijak dan rasional?

Nampak macam tak ada je…kan?

Ada 16 Comments setakat ini.

  • torco
    February 10th, 2013 at 9:52 PM

    mmg bengap dorang2 nie

  • DataCode
    February 10th, 2013 at 11:51 PM

    Dah pastinya angkatan pakatan haram akan cakap itu kewajipan kerajaan pusat membantu rakyat..

  • EVLee
    February 11th, 2013 at 12:58 AM

    Wo… diaorang seronok bikin onar, Kerajaan Pusat kena ‘clean-up’. Baaanyak caantiekk! Patutlah tak pernah cermin muka..

  • tengkudin
    February 11th, 2013 at 9:42 AM

    kan dulu lagi totok PR kata akan bangkrapkan SELANGOR..jadi dah tercapai la niat busuk mereka..

  • baba
    February 11th, 2013 at 3:26 PM

    kerajaan pakatan hanya mampu bg 20 ringgit sajaair percuma, BN boleh bagi 120juta tu yg meroyan puak2 syaitan ni.

  • StinGray
    February 11th, 2013 at 5:04 PM

    Konon2 semuanya nak bg FREE kat rakyat selangor, duit dlm poket nak tanggung diri sendiri pun tak lepas…binatang betul PKR ni…

  • tengkudin
    February 12th, 2013 at 9:02 AM

    duit paSIR pun masuk poket kali gagap…buat deerrkk je dia tu..heheh

  • bujuk
    February 12th, 2013 at 3:21 PM

    Kalau duit tersebut d beri pada RAKYAT, SYABAS perlu umumkan SUBSIDI pada rakyat S’gor seperti yg. k’jaan negeri bagi. Kerana yg. najib umumkan bantuan pada SYABAS dan bukan pada rakyat. Kenapa SYABAS perlu bantuan K’jaan? Apakah syabas rugi/bangkrup?

  • gambus
    February 12th, 2013 at 6:06 PM

    kepala hotak kau laa bujuk , sebelum ni kau fitnah duit kerajaan tu adalah DANA pelihanraya sekarang kau tanya syabas rugi atau bankrup ?? kau tanya laa lembaga pengarah dia siap Kerajaan DAPig selangor pun ada , akaun keluar masuk kerajaan DAPigs pun tahu !!! baik kau tanya khlaid yang ada kuasa tu … bangang nak mampus

    Subsidi bagi kat rakyat??? siapa yang dapat bujuk , dah nak pilihanraya rakyat yang duduk flat sendiri tak 100% yang dapat .. kau tak check ke berapa harga meter individu yang perlu dibuat ??? hahaha

    SYABAS perlukan duit melalui CAPEX yang dibekukan oleh kerajaan DAPigs , kau sendiri membebal pasal paip/pam rosak etc semua tu sebelum ni

  • gambus
    February 12th, 2013 at 6:09 PM

    sama macam kerajaan DAPigs ambil alih alam flora , yang mana perkhidmatan lebih teruk serupa sampah .. rupa-rupanya pengambil alihan tu adalah sebab nak sapu duit sebanyak mungkin , beli lori pun menipu sampai berjuta-juta !!!

    ini nak ambil alih SYABAS pulak ! hanya pencacai pakatan bodoh jee yang percaya !

  • siamang gagap
    February 13th, 2013 at 1:51 AM

    120 juta depa meroyan sebab masalah tekanan air rendah dapat diatasi. Mereka hanya pandai salahkan syabas tapi tak membantu langsung. Sekarang bila dah tersepit maka helah baru dicipta. Haaak tuih punya MB gagap, hidup menyusahkan rakyat saja.

  • siamang gagap
    February 13th, 2013 at 1:56 AM

    apa punya samdol kau nie bujuk, syabas hanyalah tukang agih air, tugas membekal dan merawat air terletak dibawah tanggung jawab kerajaan negeri. dalam syabas keraaajan selangor ada saham 30%. jadi kerajaan adalah manopoli urusan air diselangor. mereka bekal, rawat dan agih. semua masyuk dalam kantung negeri dan keroni khalid jugak. masalahnya mereka ini tamak dan nak lebih lagi. Takat bagi air percuma berapalah sangat, kerajaan pusat bagi jauh lebih banyak sampaikan khalid sendiri pergi belajar dulu pun hasil ehsan dan bantuan kerajaan dan setakat ini hanya ada satu kerajaan yg perintah pusat dari dulu sampai sekarang iaitu kerajaan BN. Pas hanya jadi tukang hasut dan tukan fitnah dan mereka nie lah sebenarnya pelahap bila dapat percuma.

  • yeop perak
    February 13th, 2013 at 1:57 AM

    bujuk bukan tak faham, tapi sebab banyak sangat pungkok dia kena tala maka dia jadi biul kejap.

  • bujuk
    February 14th, 2013 at 2:38 PM

    k’jaan memang banyak jasa pada rakyat… tapi umno/bn tak bagi apa2 pun. Jadi rakyat perlu sokong k’jaan tapi tolak umno/bn.

  • Man Min
    February 15th, 2013 at 10:22 AM

    dan kerajaan itu adalah umno/BN yang ko sanjung bujuk….

  • bujuk
    February 16th, 2013 at 12:23 AM

    k’jaan membantu tapi umno/bn menipu. Contoh baja… k’jaan bagi bantuan pada petani, tapi BN kata dia yg. bagi siap dengan cop dacing nak kencing orang kampong. Sama jugak BR1M, sampul duit gambar pemimpin UMNO. Patutnya lambang negara/bendera m’sia.

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.