Nasharuddin bukan lagi Ahli PAS: Majlis Syura Wajar DiBubar

Oleh: tengkudin (February 1st, 2013) [PILIHAN RAYA 2013][7 Comments »]

MAJLIS SYORU PAS

 

309941_10151271571848751_2141682888_n

Majlis Syura Ulama PAS pernah diumpamakan sebagai Al-Quran buruk oleh Datuk Mohamed Daud Iraqi, salah seorang ahli Majlis tersebut sendiri. Sebuah Al-Quran buruk yang sudah kabur tulisannya tetap tidak mungkin dibuang, dan tetap akan diletakkan di tempat yang tinggi.

Namun, di mata DAP dan PKR, Majlis Syura Ulama PAS adalah umpama kain buruk sahaja yang digunakan untuk mengelap segala najis dan lumpur yang disepahkan oleh pemimpin PAS. Akibatnya, najis dan lumpur tidak lagi kelihatan tetapi kumannya masih terus bersarang dan merebak ke tempat lain yang dilap dengan kain buruk tersebut.

PAS juga nampaknya menerima sahaja kedudukan Majlis Syuranya sebagai sesuatu yang hidup tidak membawa makna, mati tidak boleh pula kerana ia menjadi tonggak kepada nama ‘Islam’ yang ada pada parti PAS. Tanpa Majlis Syura, Islam PAS hanya tinggal pada jubah dan serban semata-mata.

Bukan sahaja DAP dan PKR sahaja yang ‘mengabaikan’ Majlis Syura tetapi, Pengerusinya sendiri, iaitu Nik Aziz turut melihat Majlis Syura sebagai tidak lebih dari simbol semata-mata. Kerana itu, Nik Aziz dilaporkan membuat kenyataan di dalam akhbar The Star yang berkata bahawa pemecatan Nashruddin dari Majlis Syura bermakna pemecatan dari PAS. Atau dalam kata lain, Majlis Syura adalah kambing hitam penyamaran bagi mengelak penyokong-penyokong PAS mencurigai tindakan pemecatan tersebut.

Hakikatnya, Nik Aziz telah dengan terus terang mengabaikan Majlis Syura dan membuat keputusan berdasarkan emosinya sendiri atas kapasiti Pengerusi Majlis dan juga Mursyidul Am parti. Menurut Nik Aziz, talak telah pun jatuh oleh itu, Nasha dan PAS tidak lagi boleh dianggap ada hubungan.

Dalam kenyataan media Nik Aziz berkata :

Pengguguran keanggotaan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama adalah sama seperti beliau dipecat daripada parti, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

Nik Aziz berkata, Nasharuddin tidak perlu menunggu surat daripada parti mengenai status keahliannya kerana pemecatan beliau daripada Majlis Syura secara automatik bermaksud dia bukan lagi ahli PAS. 

“Adalah tidak penting sama ada dia menerima surat daripada Majlis Syura memaklumkan beliau sudah dipecat atau menunggu jawapan mengenai status keahliannya. Hakikatnya tetap teguh bahawa Lafaz Cerai telah dibuat dan beliau bukan lagi ahli parti,” katanya kepada pemberita di sini, Khamis. 

Kita amat memahami sifat Nik Aziz yang merupakan seorang pendendam.

Dan lebih malang bagi Nasharuddin ialah apabila Hadi Awang pula seorang yang suka menghina orang lain. Memberi respon dalam isu ini, Hadi Awang telah menyifatkan Nasharuddin sebagai ahli biasa sahaja dan tidak ada signifikannya jika beliau mengiringi Perdana Menteri ke Gaza. Oleh itu, pemecatan Nashruddin dikatakan kerana beliau jarang menghadiri Majlis Syura dan bukan kerana bersama dengan PM di Gaza.

Namun, jika itulah alasannya, maka ramai lagi yang jarang menghadiri Majlis Syura malah hampir tidak pernah iaitu Datuk Mohamed Daud Iraqi dan Nik Aziz sendiri. Kenapa Nik Aziz tak pecat diri sendiri bagi menunjukkan kepimpinan Islam tulen yang adil lagi saksama?

Bukan itu sahaja, malah pemecatan Nasharuddin itu sendiri tidak menepati cara Islam. Pertuduhan telah dibuat tanpa kehadirannya, dan keputusan juga dibuat tanpa pengetahuannya serta hukuman pula dibuat tanpa memberinya peluang membela diri.

Sedangkan pembangkang merupakan pihak yang kuat menghentam Akta ISA atas alasan tidak memberi peluang tertuduh membela diri yang mana membelakangi cara Islam.

Justeru, apakah hukumnya bagi Majlis Syura untuk membelakangkan soal menghukum cara Islam? Siapakah pula yang berhak menghukum Majlis Syura?

Apapun, yang jelas di sini ialah kedudukan Majlis Syura yang tidak ada makna. Majlis Syura boleh membuat keputusan, tetapi ia tetap merupakan keputusan PAS sepertimana yang dijelaskan oleh Nik Aziz. Manakala, PAS pula boleh membuat keputusan atas apa saja, tetapi keputusan muktamad tetap berada di tangan DAP.

Maka, apa gunanya lagi Majlis Syura? Bukankah lebih baik ianya dibubar saja?

Majlis Syura bukan seperti Al-Quran buruk kerana Al-Quran buruk masih lagi punya nilai. Tetapi Majlis Syura lebih layak dianggap sebagai kain buruk, kerana langsung tidak bernilai, bukan sahaja di mata PKR dan DAP, tetapi juga di mata Nik Aziz sendiri.

 

Ada 7 Comments setakat ini.

  • Zarman
    February 1st, 2013 at 10:35 PM

    Kini sempurnalah satu konspirasi besar oleh puak anwarinas melalui pemuka totok anwar iaitu Nik Azis. Pada sesiapa yang masih mengganggap Nik Azis itu ulamak muktabar, maka saksikanlah disini “kemuktabarannya” nik azis….. Muktabarnya hanya dalam bidang membela anwar dan dap, sampai sanggup menyembah karpal dgn membawa berita gembira pemecatan seorang ulamak dlm pas. Ulamak yang kuat memegang agama dan menentang kehendak dap dan anwar…. Seperti juga dr hassan ali, tapi ulamak ini lebih berwibawa dari dr hassan.

  • DataCode
    February 2nd, 2013 at 7:59 AM

    Sendiri ingatlah.PAS hanya mahu manusia yang boleh dicucuk hidung dan diheret ke hulu ke hilir,lagipun Nasharudin Mat Isa dinilai oleh angkatan hamPAS terlalu mesra kerajaan Pusat.Aku ada dengar penyokong hamPAS kata.Nasharudin sebenarnya sebelah badanya telah berada bersama perjuangan Najib..Jadi jika benar kata-kata puak-puak hamPAS itu,alasan tidak datang mesyuarat menjadi punca pemecatan Nasharudin itu alasan sebagai kunci untuk tendang keluar Nasharudin….

  • haprak (HAncur Pakatan RAKyat)
    February 3rd, 2013 at 9:03 PM

    lagi bukti bahawa PAS adalah khadam PuKi.R dan DAPigs

  • mrvakoou
    February 4th, 2013 at 8:56 PM

    nik aziz ni terlalu pendendam orgnye..tok guru marlah kita sedari wlupun org umno ni jahat buruk busuk tapi selagi beriman tetap ke syurga..wlupun org kafir itu indah baik dans ebgainya tetap dlm neraka…sapa saudara kita di syurga mst org islam kan mana de org kafir ke syurga…ada akaika

  • randomsee
    February 6th, 2013 at 1:17 PM

    Pas lebih mengutamakan DAp dari orang yang berjasa pada PAS….ciri-ciri dajjal

  • Pope Hadi V
    February 13th, 2013 at 11:02 AM

    Nak bersatu dengan UMNO kena ada persetujuan Al Juburi dan DAPig…tapi Nasha…overule arahan tersebut…tu sebab kena pecat…
    Bangsat punya PASik

  • mek esah
    February 18th, 2013 at 9:45 PM

    ada tak bertambah….. takdak tak berkurang

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.