Menu Utama

February, 2013

 

Rakyat Selangor Tak Perlukan “Air Liur” Faekah…

Giat sungguh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid “Gagap” mengarahkan Setiausaha Politiknya, Faekah Husin, mengelilingi Selangor menganjurkan Forum Air Selangor bagi memperjelaskan tentang isu masalah air yang menghantui rakyat. Sejak mengambil alih Kerajaan Negeri Selangor, rakyat Selangor dan sekitar Lembah Klang tidak putus-putus menghadapi masalah gangguan air dan ia semakin meruncing dari hari ke hari hinggalah hampir tamat tempoh penjajahan Pakatan Haram di negeri termaju itu.  Sudah seminggu, Faekah menggerakkan pasukan“auta”nya ke Pandan Indah untuk bertemu rakyat tapi hadirin yang hadir boleh dikira dengan jari. Malangnya, dalam forum berkenaanBaca Lagi


Bangkang Dari Longkang: Rilekslah Bang Salleh!!

TERKEJUT juga dengar cerita penghibur terkenal Salleh Yaakub membuat keputusan menarik diri dari dunia hiburan hanya kerana lakonan berkesannya dalam cerita pendek Bangkang Dari Longkang yang tersebar di Youtube sekarang mendapat kritikan penyokong pembangkang. Budak-budak pembangkang ni bodoh, apa diambil pusing sangat cakap depa tu, bukan ada kesan apa pun. Lagipun, inikan negara demokrasi, suka hatilah artis nak sokong mana parti atau nak berlakon dalam apa sketsa pun, asal saja tidak melanggar undang-undang negara. Yang abang Salleh dengar sangat cakap budak-budak tu buat apa?  Depa tu bukan ada otak pun.Baca Lagi


Reformasi Tinggalkan Anwar, Apa Lagi Yang Dia Ada?

Menjelang PRU ke-13 ini, ramai rakyat Malaysia berdebar-debar menantikan pengumuman tarikh pembubaran Parlimen apabila dikatakan bahawa pilihanraya kali ini dijangka sengit apabila BN kembali bangkit sejak tsunami politik pada tahun 2008. Pada PRU ke-13 ini juga bakal menentukan nasib Anwar Ibrahim, sama ada dia akan meneruskan kariernya sebagai ahli politik atau bertukar profesyen sebagai “guru”. Risau juga kalau dia jadi guru, takut habis pelajar-pelajar jambu “disebatnya”… Menanti kelibat tarikh pembubaran Parlimen Malaysia, saya agak kasihan pada Anwar yang kini dilihat sebagai liabiliti atau “biawak hidup” yang perlu digalas oleh anakBaca Lagi


Campur Tangan Misuari Bukti Penglibatan Anwar?

TAK semena-mena, Barisan Nasional Pembebasan Moro (MNLF) mengeluarkan ancaman untuk menghantar pasukan tenteranya ke Lahad Datu, sekiranya pasukan keselamatan Malaysia menyerbu kumpulan yang mendakwa Tentera Kesultanan Sulu yang menceroboh sebuah kawasan kampung di Sabah 3 minggu lepas. Bagi yang rapat dengan perkembangan politik semasa, pasti sedar bahawa nama Anwar memang sudah mula dikaitkan sebaik berita pencerobohan kumpulan bersenjata ini meletus.  Kebetulan atau apa, hari mereka masuk ke Lahad Datu adalah hari sama Anwar dianugerahkan dengan gelaan ‘Huguan Siou’ oleh PKR Ranau. Tapi selain dari itu, sukar nak mengaitkan Anwar denganBaca Lagi


Penyokong PR Panas Disindir Salih Yaakob

Suatu ketika dulu pelawak terkenal tanahair, Salih Yaacob pernah mendapat pujian melangit dari kalangan penyokong pembangkang terutamanya PAS berikutan aksinya yang bersahaja ketika meniru suara Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat sewaktu mengacarakan Anugerah Bintang Popular 2004 (ABP 2004). Video aksi Salih Yaacob itu sehingga kini masih boleh ditonton di beberapa channel Youtube, salah satunya telah merekodkan lebih 500,000 hit sejak ia dimuat naik pada tahun 2009. Dek kerana video ini, ramai penyokong PAS membuat tafsiran dan spekulasi bermotif politik kononnya Salih Yaacob melakukan aksi itu atas sifatnyaBaca Lagi


FGV Untung RM1.13 Bilion, Mazlan Aliman Gigit Jari?

Nampaknya makin berkerutlah dahi Presiden ANAK, Mazlan Aliman, bila dapat tahu bahawa saham FGV di Bursa Malaysia mencapai keuntungan berlipat ganda di luar jangkauan para penganalisa saham sebanyak RM904 juta. Menurut analisa pakar pelaburan, Earnings Before Interest and Deductible Allowances (EBITDA) menjangkakan bahawa perkembangan syarikat FGV akan berkembang tinggi sehingga mencapai nilai RM1.35 bilion. Namun, mungkin kerana selalu diburuk-burukkan Mazlan Aliman sebelum ini, maka Allah “bayar cash” dengan memalukan AJK PAS Pusat itu dengan memberikan nilai perkembangan yang lebih tinggi jumlahnya, RM1.44 bilion! Semalam, FGV mengumumkan keuntungan sebelum cukai merekaBaca Lagi


Ganas!!! Bekas Ahli PAS Diancam Bunuh Kerana Keluar Parti

Ada kalangan kita tentunya terkejut dan terkerut-kerut muka sambil menggaru kepala yang tidak gatal bila membaca berita yang di siarkan oleh Sinar Harian Online petang tadi dengan tajuk “4 ditahan ugut bunuh ahli keluar parti”. Pun begitu, sebetulnya ramai yang sudah dapat meneka keempat-empat individu haprak dan ganas itu adalah penyokong PAS, lebih-lebih lagi bila lokasi kejadian berlaku di Marang, Terengganu yang sejak 3 dekad lalu adalah sarang PAS. Agak tidak patut bila seseorang individu mengambil tindakan keluar dari PAS bersama beberapa puluh pengikut-pengikut yang lain, alih-alih ancaman bunuh pulaBaca Lagi


Manifesto Pakatan Macam Kitab Cerita Dongeng!!

PENULIS sudah selesai melihat keseluruhan Manifesto pembangkang ini sebentar tadi.  Banyak yang penulis nak argue tapi bila memikirkan Manifesto ini hanya bersifat ‘tawaran’, bukan nak dilaksanakan pun, penulis batal hasrat tersebut kerana nak menjaga kualiti masa. Tapi satu yang nyata, buku manifesto itu memang cantik, terang, seronok mata memandang, sampai penulis terlupa, Pakatan Rakyat yang disebut banyak kali dalam manifesto tersebut sebenarnya tak wujud pun!! Sesiapa pun kalau nak percaya janji orang, kita mesti kenal orang tu, macam mana rupanya, wujud tak wujud.  Kalau syarikat tawar nak beli barang pun begitu juga, syarikatnyaBaca Lagi


Rakyat Dah Bagi Peluang, Perlukah Hadi Merayu Lagi?

Semalam semasa berucap di Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam Convention Center (SACC), Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dengan nada merayu meminta rakyat negara ini memberi peluang kepada pakatan pembangkang untuk mentadbir negara ini selepas PRU 13. Katanya lagi, PR yang dianggotai DAP, PKR dan PAS tidak berniat untuk memerintah sepanjang hayat sebaliknya sedia dihukum melalui sistem demokrasi yang adil dan saksama. Sama ada Hadi lupa atau sengaja mahu menyindir Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang turut berada di sana, sukar untuk ditentukan. Tapi umum tahu nafsuBaca Lagi


PAS Ucap Selamat Tinggal Kepada Perlaksanaan Hudud

Umum sudah maklum manifesto PR sempena PRU 13 sepatah perkataan pun tidak menyebut perihal perlaksanaan hukum hudud, membuktikan PR tidak berhajat pun untuk membantu merealisasikan gebang politik yang dicanangkan oleh PAS. Atau boleh juga dikatakan bahawa PAS sudah tidak berminat membicarakan perlaksanaannya kerana sudah memahami senario semasa dan populasi penduduk negara ini belum mengizinkan ke arah perlaksanaannya. Tapi penulis lebih percaya, ketidaksediaan PAS mendesak rakan sekutunya dalam PR seperti PKR dan DAP memasukkan janji perlaksanaan hudud adalah disebabkan polisi PAS sendiri yang sedari awal lagi hanya berminat memanipulasikan undang-undang IslamBaca Lagi


Threesome