|Laman Utama| MyKMU Forum | MyKMU WebTV | MyKMU Mobile Apps | MyKMU Mobile Site | MyKMU RSS Feed| MYKMU E-MEL: mykmunet@gmail.com

Editor: dukeofmontecristo | Diterbitkan pada: 24 January 2013| Kategori: dukeofmontecristo,Utama | 32 Comments »

Saham FGVH Merudum? Dr. Rosli Yaakop Boleh Balik Ke Bangladesh Ramal Saham Di Sana…

Mungkin kerana dia fikir dia “hebat” kerana telah bekerja bersama Bank Negara selama 18 tahun dan kini menjawat jawatan CEO sebuah syarikat kewangan di Bangladesh, Dr. Rosli Yaakop fikir dia boleh tipu serta menakut-nakutkan para peneroka dengan ramalan karut-marut?

Baru-baru ini Penasihat Ekonomi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, Dr. Rosli telah cuba membuat spekulasi tentang pergerakan saham FGVH yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun lalu.

Menurutnya, saham FGVH akan turun merudum jatuh bertingkat-tingkat ke bawah disebabkan pasaran minyak sawit yang kononnya tidak laku dan terlalu banyak stok. Padanya, itulah satu-satunya sebab saham FGVH turun tempohari…

Betul ke hanya disebabkan satu alasan itu sahaja maka saham FGVH turun dan akan terus jatuh merudum sebagaimana yang “dipropagandakan” Dr. Rosli itu?

Sebetulnya, punca kejatuhan mana-mana saham di dunia ini disebabkan oleh banyak faktor dan tak semestinya komoditi yang didagangkan sahaja. Kadang-kadang, faktor luaran dan faktor ekonomi secara global memberikan impak besar kepada pasaran saham.

Misalnya, ada pihak baru-baru ini yang memfitnah kononnya, Datuk Seri Najib sakit teruk. Ketika itu, para pelabur ramai yang keliru dan kelam-kabut menjual saham masing-masing. Ia menyebabkan pasaran saham tidak stabil dan boleh jatuh, kan?

Ketika saham FGVH itu turun sedikit pada dua tiga hari lepas, ia disebabkan oleh penyebaran khabar angin yang kononnya Parlimen Malaysia akan dibubarkan pada 22 Februari ini dan ia menyebabkan ramai pelabur yang “menggelabah”.

Masa itu bukan saham FGVH saja yang jatuh, malah banyak lagi saham-saham gergasi dan kukuh jatuh seperti saham Axiata, Public Bank, CIMB, Maybank, Sime Darby dan sebagainya. Semuanya kerana khabar angin “bodoh” itu…

Saya nak tanya Dr. Rosli, syarikat seperti Axiata dan Sime Darby itu berniaga minyak sawit, kah? Public Bank, CIMB dan Maybank itu semuanya bank-bank minyak sawit juga, kah? Dan kerana minyak sawit jugakah maka saham-saham mereka turun pada 21 Januari lalu?

Jadi, jelaslah di sini bahawa “analisis” Dr. Rosli itu tidak tepat, bukan?

Paling menarik, “propaganda” pakar “analisis” tajaan Mazlan Aliman itu terbukti salah sama sekali apabila saham FGVH meningkat semalam kepada RM4.51, berbanding RM4.38 pada hari khabar angin itu bertiup!

Nah! Nampak sangat ramalan Dr. Rosli palsu dan tidak boleh dipakai sama sekali, kan?

Dia kata saham FGVH akan jatuh dan terus merudum, tapi baru dua tiga hari dia buat kenyataan itu tiba-tiba saham FGVH itu naik mendadak melebih paras terbitan awal pada tahun lalu! Mana Dr. Rosli nak letak muka sekarang?

Begitulah balasan Allah SWT kepada mereka-mereka yang berniat “busuk” kepada para peneroka. Dr. Rosli cuba takut-takutkan para peneroka, tapi ternyata Allah bayar “cash” padanya dengan membuktikan ramalannya tidak benar belaka…

Jelas sekali Dr. Rosli tidak punya kreadibiliti untuk bercakap mengenai saham atau pelaburan. Dia mungkin tahu tentang ekonomi, tapi bab pelaburan memerlukan pengalaman yang luas untuk menjadi seorang penganalisis saham.

Rasanya, lebih baik Dr. Rosli pulang saja ke Bangladesh dan tingkatkan ekonomi syarikatnya di negara itu saja. Kalau syarikatnya sudah kaya raya dan Bangladesh lebih maju dari Malaysia disebabkan dia, barulah boleh bercakap di Malaysia pula.

Bukan apa, buat malu saja kalau bercakap macam “tong kosong” di negara ini.  Ramal yang bukan-bukan, tapi ternyata semuanya tipu dan palsu belaka. Orang macam tu pun ada?

Ada 32 Comments setakat ini.

  • mm
    January 24th, 2013 at 2:13 PM

    Yang menanggung ialah peneroka Felda pada masa hadapan…with dilution of interest in Felda.

  • raplahjingga
    January 24th, 2013 at 2:31 PM

    Pakar ekonomi di Bangladesh ? hehe…aku ingat ke kat New York ke London ke Tokyo ke….

    Mooo…hang tak mau protect interest pelabur kat Public Bank ke ? kan saham public bank pun dah jatuh ? kalau saham Felda masih berada di kedudukan RM 4.00 lebih seunit kira ok la tu…dalam keadaan ekonomi dunia yang tak menentu ni.

    Tengok muka kedua-dua malaun kat pic tu…alahai depa ni nak bercakap pasal ekonomi Malaysia ? renti kan lah..

  • Anak Jantan
    January 24th, 2013 at 2:36 PM

    ini semua nak jahanamkan Malaysia….aku nak tengok lepas PRU13 ni….InsyaAllah BN akan terus memerintah Malaysia…masa tu aku nak tengok….orang2 yang kononnya mengutuk kerajaan Malaysia@BN ni akan bersuara lagi tak…..mcm bekas orang besar polis, bekas2 pegawai kerajaan yg tak laku…bekas2 CEO yg kononnya kata ekonomi Malaysia teruk, pencacai2 mangkuk di luar sana……artis2 yg sering mengutuk@mencaci orang diluar sana….adakah mereka ini nanti akan buat statement, conference macam diaorang buat sekarang ke tak….tengok je nanti….aku yakin mereka2 ini akan diketepikan mcm anjing kurap…tak laku langsung nanti……

  • m8
    January 24th, 2013 at 2:38 PM

    kalau saham jatuh itu adalah peluang kepada yang tak dapat beli masa IPO dulu.

  • Anak Lenggong
    January 24th, 2013 at 3:11 PM

    mm says:
    Yang menanggung ialah peneroka Felda pada masa hadapan…with dilution of interest in Felda.

    2:13 PM on January 24, 2013

    weii…bangang..kenapa pula generasi felda dimasa depan akan menanggungnya sedangkan penyeleraian saham FGVH tak mengusik walaupun seinci tanah warga felda..lu duduk kat bawah tempurung dengan dok baca haramkah dan suara keadilan serta asyik dok dengar kelentong pemimpin ko yang bangang sama saperti begini la jadinya..si Mazlan tu dok menggil menunggu waktu mahkamah memanggilnya bagi kes saman.

  • syaa
    January 24th, 2013 at 3:30 PM

    propaganda pakatan haram memburuk burukkan pemerintah.

  • mm
    January 24th, 2013 at 3:32 PM

    Gembirakah UMNO bila peneroka mengalami ‘dilution in interest’ dan diminution in valu of their holding and investment? Bukan kah sudah di jangka??

  • anakbochek
    January 24th, 2013 at 4:05 PM

    Takpa Mooh, nanti Najib akan suntik RM207 billion kalau saham FGVH jatuh merudum. Apa susah, kerajaan Malaysia kaya sebab Jepun dah bayar pampasan.

  • raplahjingga
    January 24th, 2013 at 4:14 PM

    UMNO hanya tak gembira bila peneroka hidup susah…kerajaan punggar tanah untuk rakyaat dapat munafaatnya dan dah berapa ramai orang melayu yang hidup senang kerana FELDA, yang jadi millionaire pun ada…pakatan haram punggar tanah sebab nak jual pada cina DAP dan singapura…baza tu mooooo.

  • raplahjingga
    January 24th, 2013 at 4:18 PM

    laaa…hang pi kat bola pulak dah.

  • syaa
    January 24th, 2013 at 4:23 PM

    raplah,mamat tu dah sewel agaknya,patut la banyak merapu jer.apa apa pun,propaganda pakatan haram mburuk burukkan pemerintah.

  • omega
    January 24th, 2013 at 4:26 PM

    Yang seronok serta makin kuat menipu hanyalah kerajaan PAS di Kedah dan Kelantan. Meratah, merompak dan melahap hak rakyat kononnya utk kebajikan jangka panjang. Ingatkan hebat sangat bila dengar sesi ceramah, rupanya hanya tin kosong bila dah berkuasa. Lagi mentah kedarah hak rakyat ada laaaa

  • baba
    January 24th, 2013 at 4:30 PM

    mereka ni mana pandai bisnes, otak mereka otak perusuh,pembangkang,apa pun takboleh

  • raplahjingga
    January 24th, 2013 at 4:43 PM

    Sorry tumpang celah off topic sikit..

    Guan eng mabuk tu dah jadi gila…terbaru, semua pengunaan nama PULAU PINANG / PENANG mesti mendapat kelulusan regim DAP Pulau Pinang !!

    oii beruk ! hang ingat Pulau Pinang mak bapak hang punya ke ?? berapa duit kerajaan negeri habis buat jambatan pulau pinang 1 dan 2 ?? satu sen pun tak ada !

    Penang Developement Corporation (PDC) dah macam tak ujud, semua pelaburan kerajaan negeri mesti melalui guan eng, setiap sen wang rakyaat di gunakan untuk pekaya kan kroni DAP, masaalah rakyaat satu pun tak selesai…

    sebiji pun rumah mampu milik tak di bina oleh regim DAP di pulau pinang sejak memerintah 2008…bila kerajaan persekutuan nak bina di tanah federal, di halang DAP.

    Dengan sokongan PAS, azan dari masjid negeri telah di perlahankan, hingga tahap berbisik, doa selepas solat untuk kesejahteraan yang di pertuan agung telah di gantikan dengan doa kesejahteraan guan eng !! dengan sokongan PAS jugak !! dengan alasan guan eng adalah ” khalifah yang baik dan adil ” dan dia wajib di doakan kesejahteraan walaupun doa untuk yang di pertuan agung di hentikan.

    La ni dengar kata orang kuat PAS pulau pinang pun dah pandai pi tengok fashion show…dah urban.

    Udah..udah la tu mooo, walaupun aku selalu kata hang benak..aku percaya hang masih ada otak untuk berfikir dan hati untuk putuskan.

  • EVLee
    January 24th, 2013 at 6:14 PM

    Kat sini pun ada sorang lagi yg boleh ikut Dr Rosli tu balik ke Bangla… tak berminat utk menyumbang ke arah pembangunan. Hanya menunggu peluang nak masukkan jarum… walaupun tak masuk topic.
    Yg tentunya…Si MM ni…disebabkan perasaan kebenciannya, dia hanya memiliki ‘dilution of interest’ terhadap segala hasilkerja kerajaan BN dan Umno selama ini.
    NILAI hasilkerja tersebut hanya menjadi ‘diminution in value'(terhadap BN/Umno) dari segi persepsinya kerana menelan dakyah2 dari pembangkang.

    Malaysia kata pergi…Bangla kata mari(kot kalau Bangla nak terima)…..Waullahu’alam.

  • Al Jub
    January 24th, 2013 at 6:35 PM

    Ni Rosli Yaakub orang Kundur Rembau, aku kenal bila dia tiba tiba muncul selepas Sheikh Al Juburi dipecat. Tak semena mena dia balik ke Rembau dan ‘rebut kuasa’ menjadi YDP Kawasan Rembau dan Pesuruhjaya N.Sembilan. Ini semua machai al juburi masa dlm Kementerian Kewangan (Bank Negara). Oleh kerana orang PAS Rembau dan Negeri Sembilan ni jakun sikit, dgn tetiba orang yg pakai mercedes ini diberi jawatan tinggi dalam parti, walapun apabila bercakap atau berceramah lidah dia sedikit kelu mcm ada telor dalam mulut. Bila dia baca Quran, kalau kita tak nampak dia yg membaca, tentu kita ingat dia tu qari dari Uganda atau Mali .. Lepas tu dia hilang sekejap kononnya menguruskan ‘tabung haji’ Bangladesh dan sibuk dengan projek tanaman gaharu di kawasan Jelebu. Dewasa ini balik ke Kundur dan menyibuk semula di Rembau dan Negeri Sembilan. Dengar khabarnya PRU dia nak bertandingt dan bakal menjadi MB PAS bagi N.Sembilan … ialah salah seorang parasit al juburi yg menempel dalam PAS .. apakan daya sakai dan jakun masih ramai di Negeri Sembilan … tak dapek nak den tolong doo, dah den koba aan ekau tak ondak donga, hobin jo lah

  • EVLee
    January 24th, 2013 at 7:03 PM

    Aku dah kata dahh…tapi dia punya cucuk aku cuma rasa geli aje…tak sakit pun.

  • bangKano
    January 24th, 2013 at 7:23 PM

    Bukan setakat saham berasas kan kelapa sawit FGVH yang jatuh kat Bursa Malaysia malah saham Wilmar International yang sama asas ngan FGVH kat Singapore Xchange dah jatuh dari SD7.10 ke SD3.40 tau…?

    Ni ada la faktor global pasaran dunia. Nampak nya penasihat ekonomi bangang tu dah emosional akibat benci kan UMNO/BN sebab jadi lagu tu semua nya tak betoi dia yang betoi ujung ujung dia yang bebai macam nak jadi pak lebai wajah seghabai tu….!!!!

  • tengkudin
    January 24th, 2013 at 7:35 PM

    soh dia bangunkan ekonomi bangladesh la..hehehe

  • tengkudin
    January 24th, 2013 at 7:37 PM

    dulu masa pembangkang ada Barisan Alternatif..BArua…sapa pakar ekonomi dulu..prof jomo mandrem..pun kata ekonomi malaysia teruk..tapi tengok sekarang??? ok pe..hehehe

  • Gullit
    January 24th, 2013 at 11:41 PM

    patut letak jawatan

  • gambus
    January 25th, 2013 at 2:24 AM

    nak copy paste bahasa english pun silap hahaha

    itulah main saham lain kali jangan dengar cakap ahli politik macam PAkatan tu , saham jatuh pi jual mmg laa rugi , tapi masa saham jatuh time tu laa beli .. apa nak buat Pakatan punya pemimpin mmg bahlol , tgk sahaja peneroka sekarang ni yang hidup terjamin …

    dibawah PAS camana??? ladang rakyat pemimpin mereka dan orang DAPigs yang sebat tanah tu , itulaa nak buat ladang rakyat ala-ala Felda pun dah fail sebab sibuk makan rasuah , akhirnya rakyat kelantan yang dizalimi

  • mahadeykutty
    January 26th, 2013 at 12:21 AM

    Pandanglah FGV dari sudut ekonomi jangan hanya pandang dari sudut politik sahaja. Kalau saham tu dah jatuh, ngaku aje lah. Tp oleh sbb kepala tu lebih keras dari batu tenggiling.. mangsanya adalah orang yg buat pinjaman beli saham tu. Orang yg tak beli sedap aje mengata kat ruangang ini. MyKMU- berat lagi bahu memikul beb.. politik, politik jugak.. tengok trend saham FGV di bursa Malaysia.
    http://biz.thestar.com.my/marketwatch/charts/chartlist.asp?charttype=1&days=180&submit1=submit&stock_code=5222%2CFGV&p1=4.51&p2=4.52&p3=4.6&p4=4.49&p5=4.59&p6=0.08&p7=1.77&p8=33923&p9=0&comurl=

  • gambus
    January 26th, 2013 at 2:06 AM

    ni lagi sekor pencacai DAPigs yang bodoh , kalau saham jatuh dari sudut ekonomi beli laaaa bodoh !!! yang pergi jual mmg laa rugi hahaha dan lagi satu rilek jee mesti naik balik macam sekarang?? ada kau nampak lembu DAPigs???

  • syaa
    January 26th, 2013 at 7:18 AM

    adat la saham naik turun ni..bila turun sikit menyalak la pakatan haram ni,sok bila naik balik senyap anjing anjing ni.saham pun depa nak politikkan.hampeh.

  • raplahjingaa
    January 26th, 2013 at 7:43 PM

    hehe..puak-puak ni mana reti apa pun….pakar ekonomi depa mai dari Bangladesh, yang seekor lagi tu, jurusan sastera…hehe

  • mahadeykutty
    January 27th, 2013 at 12:56 AM

    Sudah kantoi… kah..kah.. ahli parti syaitan dah melalak.. kah..kah.. ko suruh orang felda beli saham tu bila harga dah jatuh??? kah..kah..kah.. kesian kat keldai GERAKAN dan keldai Chua Soi Lek. Ko ingat boleh beli dgn tahi hidung nko. 800 unit yg bagi itu hari pun buat pinjaman bank, nko suruh beli lagi bila dah jatuh.. puaka betul nko ni.. napa nko tak beli saham tu.. nko ingat saham tu boleh naik balik macam jet supersonic.. kalau nko suruh Mokhtar Albukhary beli masa saham jatuh.. ada juga baiknya.. tp mana ada jutawan yg mahu beli FGV sekarang walaupun harga rendah. KWSP dan KWAP aje yg dipaksa beli.. puaka betul nko ni.. menganyayai warga felda.

  • mahadeykutty
    January 27th, 2013 at 1:06 AM

    rupa2 nya nko ada juga perasaan marah.. kah..kah..kah.. relex brok..relax la brok.. takkan ahli parti syaitan pun terasa marah.. keh..keh.keh.. setakat cerita pasal saham pun dah mengamok.. nabi adam pun syaitan tak takut ini kan pula hanya komen dari aku.. kah..kah.. relax brok.. berilah komen pasal saham tu juga inyaallah, Allah akan sejukkan hati tuan.

  • gambus
    January 27th, 2013 at 2:23 AM

    ni apa kebangang kau ni masa jatuh haritu kau melalak macam anjing , sekarang bila naik apa kau buat???

    mmg laa pinjaman bank dan mereka pun tak boleh jual sesuka hati , jadi mana fakta kau mereka rugi dengan harga saham yang dah naik ???

    alahaii dasar tolol punya pencacai DAPigs , nak cakap pun guna fakta laa .. ni guna otak politik bodoh Pakatan tu buat apa

  • gambus
    January 27th, 2013 at 2:28 AM

    nak komen apa lagi woii pencacai DAPigs , itulah korang percaya lagi dengan pakar penipu Pakatan tu kan dah bebal jadinya hahaha

  • raplahjingaa
    January 27th, 2013 at 12:57 PM

    Aku kekadang kesian kat cai ni semua….kail tak panjang lautan nak di takluknya, apa lah depa tau pasal saham, hangpa perasan tak puak cai masuk FELDA boleh dikatakan semua gugusan mereka di halau keluar…yang menghalau pulak bukannya polis ke..FRU ke…tapi peneroka FELDA sendiri !!

    hairan aku…

  • daudi
    January 28th, 2013 at 9:07 PM

    mmg macam tuh pun selama nih…nanti timbul muka muka baru plak, pelapis pelapis puak puak pembenci/hasad dengki/bodoh sombong nih…

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.