|Laman Utama| MyKMU Forum | MyKMU WebTV | MyKMU Mobile Apps | MyKMU Mobile Site | MyKMU RSS Feed| MYKMU E-MEL: mykmunet@gmail.com

Editor: KuntaKinte Malaysia | Diterbitkan pada: 28 January 2013| Kategori: Utama | 24 Comments »

KFC :Surat Terbuka Kepada Menteri Besar & Ahmad Zaki Zahid

Ke Hadapan YAB Dato Haji Abdul Ghani Othman.

Isu penjualan KFCH yang mana JCorp mempunyai kepentingan majoriti kembali hangat menjelang pilihan raya umum ke-13. Sama ada ia dirancang oleh pihak tertentu atau atas “kebebalan” Lembaga Pengarah JCORP sendiri sukar dipastikan.
kfc
Setahun lalu isu Kentucky Fried Chicken (KFC) riuh-rendah apabila Johor Corp bercadang untuk menjual syarikat makanan terkemuka ini. Alasannya ialah Johor Corp memerlukan wang tunai segera untuk mengatasi masalah hutangnya yang bernilai RM 6 bilion.

Setelah mendapat bantahan dan kritikan pelbagai pihak, isu penjualan KFC Holdings ini tiba-tiba senyap tanpa sebarang berita. Orang awam terutamanya orang Melayu tertanya-tanya apa yang terjadi kepada KFCH. Apakah inisiatif penjualan ini telah dihentikan atau dijalankan di belakang tabir.

Menurut blog Sanggah Tok janggut, usaha-usaha ini terus berjalan sekarang. Jika ini benar ia merupakan satu keadaan yang sangat mendukacitakan. Lebih mengelirukan mengapa YAB Dato’ selaku penjaga ekuti Johor Corp membenarkan kegiatan seperti ini berlaku. Majoriti ahli UMNO, majoriti orang Melayu dan majoriti orang Islam tidak akan rela dengan keputusan menjual kepentingan majoriti KFCH ini kepada syarikat bukan Islam.

Jika suatu ketika dahulu Johor Corp sanggup bersepak terajang dengan usahawan Melayu lain untuk mengambil alih Kulim Berhad atas alasan untuk menjaga kepentingan bumiputera dalam industri makanan halal. Sekarang apa yang terjadi?

Banyak lagi aset lain Johor Corp yang boleh dicairkan atau dijual bagi membayar hutang berjumlah RM 6 billion itu mengapa KFCH menjadi pilihan.

Sebenarnya kedudukan KFCH sangat kompleks kerana ia tidak dimiliki secara langsung oleh Johor Corp. Ia dimiliki melalui Kulim Berhad. Dilaporkan JCorp hanya memiliki 53% saham Kulim. kulim pula memiliki 57.5% saham QSR. QSR pula memiliki 50.6% saham KFCH.

Bayangkan betapa kompleksnya pemilikan saham KFC dan tidak mungkin JCorp boleh mendapat kesemua wang penjualan KFC ini untuk membantunya melunaskan hutang. Jumlah yang akan sampai kepada JCorp mungkin tidak sampai separuh pun daripada harga jualan.

Bagaimanapun perkembangan terbaru menyaksikan JCorp bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan sebuah syarikat pelaburan Asing berjaya mengambil alih KFCH. Dengan kata lain proses penjualan kini menjadi lebih mudah dengan hanya tiga pihak perlu membahagikan keuntungan.

The RM5.2 billion privatisation of KFC Holdings (M) Bhd and its parent QSR Brands Bhd will be completed on Monday, subsequently paving the way for the delisting of both firms.

QSR Brands managing director Datuk Ahmad Zaki Zahid said KFC and QSR shareholders will be paid on January 23 and January 25, respectively.

“The RM5.2 billion privatisation cost is being paid by Johor Corp Bhd (JCorp), the Employees Provident Fund and CVC Capital Partners,” Ahmad Zaki told reporters here yesterday at the launch of Pizza Hut’s latest offering, the Golden Harmony Feast

Read more: QSR, KFC privatisation to conclude on Monday http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/20130118001028/Article/index_html#ixzz2JHIw7M8c

Melalui pengambilalihan ini ia akan memudahkan urusan jual beli pada masa akan datang. Oleh kerana JCorp berhadapan masalah kewangan kemungkinan besar transaksi ini melibatkan jumlah saham yang besar menjadi milik CVC Capital Partners dan EPF.

Pembabitan CVC Capital Partners menimbulkan syak wasangka yang sangat besar bahawa JCorp telah bersedia untuk menjual KFCH kepada pihak ketiga selepas selesai proses pengambil alihan ini. Jika tidak benar, Dato’ Menteri Besar perlu tampil menjelaskan kedudukan sebenar. Rakyat terutamanya ahli UMNO berhak tahu apa yang akan berlaku kepada KFCH yang berada di bawah jagaan JCorp.

YAB Dato’ Menteri Besar,

Saya percaya kerja-kerja penjualan dan pengambil alihan aset sebegini sebenarnya dirancang dan dilakukan oleh “penyangak-penyangak” (crooks) perniagaan yang akan membuat keuntungan melalui proses penjualan ini. Mereka yang mencadangkan kepada Tan Sri perkara ini sama ada mempunyai kepentingan dalam pengambil alihan atau mempunyai tujuan membuat keuntungan sekelip mata dalam proses penjualan ini. Banyak cara untuk kumpulan ini membuat keuntungan untuk transaksi ini.

Proses pengambil alihan korporat sebegini selalunya lebih menguntungkan lembaga pengarah dan individu tertentu yang merancang proses ini.

Adalah lumrah perniagaan bahawa JCORP berhak untuk menjual mana-mana kepentingannya bagi tujuan pengembangan atau proses rasionalisasi perniagaan. Cuma janganlah diberikan alasan-alasan bodoh seperti mahu membayar hutang JCorp yang akan matang pada Julai 2013.

Khabar angin bertiup kencang bahawa cadangan penjualan ini timbul selepas kemasukan beberapa nama dari pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi dan Ethos ke dalam KFCH terutamanya Datuk Ahmad Zaki Zahid. Memang nama Zaki Zahid dibawa oleh “orang yang lebih besar” daripada Menteri Besar, namun sebagai Menteri Besar yang telah berpenggal-penggal apakah Dato sanggup membiarkan hal ini terjadi?

Apalah sangat kehilangan jawatan Menteri Besar berbanding Dato mengakhiri kerjaya dicemuh oleh ahli UMNO dan orang Melayu keseluruhannya?

Seelok-eloknya, adalah lebih wajar JCorp mengarahkan KFCH menjual cawangan-cawangan KFC kepada usahawan kecil bumiputera untuk dijalankan secara sistem franchaise seperti mana yang dilakukan oleh McDonald.

Ingatlah JCorp ditubuhkan atas iltizam dan kehendak orang Melayu Johor dan UMNO untuk menjaga kepentingan bumiputera. JCorp bukan syarikat korporat biasa yang menjadi alat lintah-lintah kapitalis membuat keuntungan pelbagai peringkat untuk diri mereka sendiri.

Inilah yang sepatutnya ditegaskan oleh Dato Menteri Besar kepada lembaga pengarah JCorp yang rakus dan berfikiran kapitalis tulen.

Nota Untuk Ahmad Zaki Zahid:

Cukuplah apa yang terjadi kepada pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi. Sepatutnya saudara selaku Ketua Pemuda UMNO Putrajaya, EXCO Pemuda UMNO Malaysia yang berada dalam KFCH sekarang ini perlu mencari jalan membantu usahawan bumiputera berkembang di bawah payung KFCH bukannya melingkupkan pula KFCH.

Terdapat 500 outlet KFCH ini jika saudara cadangkan kepada sistem franchaisee ia boleh yang boleh dijual sekitar RM 2 juta sebuah. Dalam masa yang singkat KFCH boleh mendapatkan sekitar RM 1 bilion. Dalam masa yang sama saudara boleh mewujudkan 500 usahawan bumiputera baru.

Melalui kaedah ini juga KFCH dapat mengatasi masalah pengurusan outlet-outletnya yang sangat teruk sekarang ini. Layanan, servis dan penyelenggaraan outlet-outlet KFC jauh ketinggalan berbanding saingan utamanya McDonald mahu pun syarikat makanan segera lain.

Ini kerana KFCH masih lagi mengamalkan kaedah Master Franchaise menguasai semua outlet. Akibatnya ia dilihat berhadapan dengan masalah pengurusan sumber manusia. Pengurus outlet tidak melihat outlet tersebut sebagai perniagaannya tetapi sekadar makan gaji daripada KFCH. Hasilnya banyaklah insiden-insiden yang tidak enak mengenai KFC muncul di dalam ruang siber.

Cukup-cukuplah kerja buat untung atas angin. Buatlah kerja untuk orang Melayu sama.

Ada 24 Comments setakat ini.

  • baba
    January 28th, 2013 at 9:47 PM

    jangan biarkan saham2 bumiputera terlepas kpd bukan bumi.

  • mek
    January 28th, 2013 at 9:52 PM

    semoga Jcorp lebih perihatin kepada kepentingan Islam melayu….jangan mudah tergoda

  • randomsee
    January 28th, 2013 at 10:04 PM

    tak habis2 lagi orang pak lah nak sapu bersih …

  • Santrang
    January 28th, 2013 at 10:07 PM

    JCorp anak syarikat Kerajaan Negeri Johor,UMNO dan masyarakat melayu Johor telah memilih pemimpin yang diyakini dapat memimpin kepentingan melayu dalam kerajaan Negeri Johor,UMNO teraju kerajaan Johor, Kerajaan Johor masa kini adalah amanah rakyat melayu Johor, pemimpin jangan sesekali buat keputusan membelakangi kehendak orang melayu, apa jua peringkat pemimpin melayu, tolong jaga amanah tersebut, jangan rakus untok keuntungan segra dengan mengkhianat amanah yang di beri, lepas itu salahkan melayu tidak perihatin dengan segala perkembangan yang menyangkut kepentingan mereka, tolonhlah jangan sampai melayu menderahaka kepada pemimpin mereka…

  • KuntaKinte Malaysia
    January 28th, 2013 at 10:08 PM

    mana ada zaki zahid selalu ada penjualan aset melayu. apa masalah mamat ni?

  • WakKang
    January 28th, 2013 at 10:16 PM

    Wak sokong surat ni. Jangan biarkan kita diperkuda oleh munafik perniagaan pulak!!! Nama je melayu, rambut sama hitam tapi nafsu lain lain!!! So, Ghani Othman kena berhati hati, jangan sampai masuk perangkap …kau jugak yg kena jawab pada org melayu!!!!

  • along
    January 28th, 2013 at 10:59 PM

    Dan yg lebih malang lagi, si Zaki ni khabarnya telah melantik penasihat berbangsa India. Tu lah …dah taktau nak buat keja, tapi nak duduk kerusi tu jugak…last last ambik bangsa lain jadi penasihat…
    Tunggu lah keruntuhan KFC.

  • megat
    January 28th, 2013 at 11:06 PM

    satu yg aku cukup tak faham UMNO ni…kenapa masih membiarkan petualang2 negara terus menerus membuat onar. Sudahlah kena tikam dgn pembangkang, biarkan pulak ditikam petualang UMNO sendiri. Alangkah bagusnya kalau ada ramai orang macam Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary.

  • Sayang Melayu
    January 28th, 2013 at 11:40 PM

    JCORP telah menjual banyak tanah melayu di Johor semasa zaman gawat yg lalu dan sekarang nak jual makanan halal pulak. Tanah kat Nusajaya habis tergadai kepada bangsa asing. Kem tentera kat Majidee juga nak digadaikan. Apa lagi hak melayu nak terjual lepas ni….. Lepas ni org Melayu boleh duduk dalam hutan atau PPR je…

  • H3O
    January 29th, 2013 at 4:26 AM

    Surat Terbuka Untuk Presiden UMNO – Kerakusan Kuasa Hishamuddin Hussein Klik Sini

  • tengkudin
    January 29th, 2013 at 7:45 AM

    zaki zahid ni memang dari dulu buat hal….dia ni ajen mana ni???…ajen nuar aljuburi ke??

  • Brother_Borak
    January 29th, 2013 at 9:12 AM

    Apakah nanti KFC ni halal untuk dimakan?

  • Jawajohor
    January 29th, 2013 at 11:48 AM

    TUN MATHIR MESTI TAU SIAPA MAMAT NI.
    PERHAPS TUN MAHATHIR BOLIH TULIS ARTIKEL TENTANG TINGKHAH LAKU BUDAK BUDAK FOURTH FLOOR NI.
    BUANGKAN DURI DALAM DAGING ORANG MELAYU..

  • Anak Johor
    January 29th, 2013 at 11:56 AM

    Saya rasa patut anda rujuk dilaman ini utk mengetahui kisah disebalik penjualan….

    Selamatkanjohor.wordpress.com

  • ninjaturtle
    January 29th, 2013 at 12:16 PM

    Seingat aku TS Ali Hashim terlibat dalam urusan jual beli KFC sebelum ia jatuh ketangan JCorp.. pelbagai cerita kurang enak yang aku dengar waktu itu ..
    Seingat aku , kalau tak silap , apa sahaja yang melibatkan TS Ali Hashim , akhirnya pasti gagal.. kita boleh menyalahkan siapa sahaja , tapi aku juga minta penjelasan peranan TS Ali Hashim dalam hal ini …

  • raplahjingaa
    January 29th, 2013 at 1:28 PM

    haaaa ?? dia dah jadi CEO hampir 30 tahun dah…dari Jcorp orang tak kenal hingga lah dah jadi big player, dia ” diminta ” untuk mengundukan diri…

    Yang kena pantau si zaki ni…jenis pedukang yang hangpa kena hati-hati

  • waza6040
    January 29th, 2013 at 3:28 PM

    Syarikat ini perlu diselamatkan drp jatuh ke tangan penyangak atau bukan bumiputera .Saya pernah pergi bebarapa kali dlm program yg di hadiri TS Hasim Jcop adalah satu sy bukan individu mempunyahi kekayaan sama dgn Ananda KR dan perjuangan nya perlu disanjung oleh org Johor (Jihat perniagaan) Klu kita lihat skg dmana2 ada logo KPJ itu usaha beliau. Usaha ini perlu diteruskan.Atau usaha ini tinggal nama…..

  • boyo
    January 29th, 2013 at 3:50 PM

    Jika tergadai juga KFC Bagi terajang keluar aja dua dua makhluk ni.Seelok nya dua dua makhluk ni tok sah bagi bertanding pada PRU 13 nanti .Terutama pada pak ghani tok sah bertanding lagi la
    kamu tu dah lama .bagi can pada muka baru

  • m8
    January 29th, 2013 at 3:52 PM

    semejak perubahan KFC, ayam kat KFC pun jadi mahal dulu set (C) nasi ayam 6.30 termasuk tax, sekarang dah 6.80 hu hu hu

  • omega
    January 30th, 2013 at 8:40 PM

    Orang yang lantik dia ke jawatan tersebut juga mesti ada kepentingan besar, maklumlah kejayaan besar tingkat 4 zaman dollah badawi dulu anak ular boleh telah naga. Maka profile zaki zahid dah lengkap so, boleh la pemimpin kat johor tumpang share profit yg besar. Lagipun dah lama sangat dok kat situ mana tahu lepas nie dah tak merasa lagi

  • hamPAS Nyoir
    January 31st, 2013 at 1:12 PM

    sokong KFCH dan kita boikot McD

  • TUBIR
    January 31st, 2013 at 5:33 PM

    Gani ni nampak ja lembik tapi dilembikan oleh …………………siapa yang berkuasa dijohor sebenarnya?ISU tanah?dan sebagainya .Siapakah gani?kemanakah Melayu johor selepas ini?kemanakah UMNO dijohor selepas ini …………

  • waza6040
    January 31st, 2013 at 5:42 PM

    Kenapa selepas TS Hasim bersara banyak penyangak2 yg jdi pengacau dlm bisnes KFC ,mungkin syarikat ini milik penuh bumiputra. kita harus sedar skg , tiada lagi sykt negeri yg berjaya seperti kumpulan Jcop yg memenuhi pasaran malaysia.Fikirkan lah…

  • jyn
    August 10th, 2013 at 10:42 PM

    sgt bersetuju dengan cadangan utk sistem franchaisee…sebab usahawan sendiri lebih committed utk mengusahakannya dari manager kfc yg kurang gaji

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.