|Laman Utama| MyKMU Forum | MyKMU WebTV | MyKMU Mobile Apps | MyKMU Mobile Site | MyKMU RSS Feed| MYKMU E-MEL: mykmunet@gmail.com

Editor: tengkudin | Diterbitkan pada: 21 January 2013| Kategori: PILIHAN RAYA 2013 | 4 Comments »

Kalimah Allah: Hinanya Majlis Syura PAS Di Mata PR

 

Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh tanpa berselindung meneruskan asakannya kali ini dengan nada ‘merayu’ menuntut PAS supaya menarik balik keputusan Majlis Syura Ulama parti itu untuk menghalang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam khususnya dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Bunyinya seperti mendayu-dayu memujuk, tapi ramai yang faham itu hanya isyarat bernada ‘lembut’ yang jelas kehendaknya. Suka atau tidak, PAS terhimpit antara memartabatkan pendirian rasmi Majlis Syura ataupun mendahulukan kepentingan politiknya dalam PR.

Sebelumnya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali telah tampil dengan kenyataan tegas bahawa pakatan pembangkang, PR tetap kekal dengan keputusan Majlis Pimpinan Tetinggi PR pada 8 Januari 2013 yang membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible.

“Kami terikat dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat yang telah dibincangkan semasa mesyuarat. Dan kerana terikat kepada dasar-dasar itu, kami akan berpegang kepada keputusan itu. Majlis Syura (Pas) tidak berkaitan dengannya,” kata Azmin dalam sidang akhbar di ibu pejabat PKR pada 17 Januari lepas.

Demikian hinanya kedudukan Majlis Syura Ulama PAS di mata PKR, sedangkan sebagai rakan sepakatan sepatutnya PKR dan DAP perlu belajar menghormati rakan sendiri sekalipun mereka sudah masak sangat dengan sikap lalang PAS yang kerap berubah pendirian mengikut kehendak politik kepartian.

Jika dilihat dari segi struktur organisasi PAS, kedudukan Majlis Syura adalah yang tertinggi dalam parti berlabel Islam itu. Seandainya PAS mendominasi pengaruh dan kedudukannya dalam PR, tentunya desakan mendayu dari DAP dan kenyataan tegas yang memperlekehkan taraf Majlis Syura oleh PKR tidak akan timbul.

Tapi disebabkan kedudukan PAS dalam PR sekarang hanyalah setaraf balaci yang terdesak mahu mencapai angan-angan untuk sama-sama ke Putrajaya bersama PR, maka senanglah DAP dan PKR memanfaatkannya untuk kepentingan mereka.

Lagipun Karpal Singh dan Azmin Ali yang diketahui ramai adalah suara rasmi PR dalam isu-isu sensitif, kedua-duanya amat faham benar selagi PAS kekal bersama PR, mahu tidak mahu PAS perlu menurut keputusan muktamad yang telah lama dipersetujui.

Kalau PAS benar-benar jantan dan bermaruah, sudah lama mereka tinggalkan PR dan tidaklah termalu sendiri dengan pendirian flip flop Mursyidul Am dan Presiden PAS sekejap patuh kehendak PR dan kemudiannya bila teruk dikecam khalayak barulah menyerahkan keputusan selanjutnya kepada Majlis Syura pula.

Antara kemahuan politiknya utk kekal dengan PR dan kesucian kalimah Allah s.w.t yang wajib dipertahankan, telah meletakkan PAS dalam keadaan tersepiot dan terhimpit. Inilah bahananya apabila satu kerjasama politik yang longgar hanya ditemukan dengan titik persamaan berkongsi musuh yang sama sahaja.

Tatkala kerjasama dalam BN wujud demi membangunkan negara & rakyat, PR pula yang menggabungkan DAP, PKR dan PAS atas asas rapuh seringkali diselubungi isu-isu yang tidak berkesudahan dan masing-masing pula langsung tiada sikap hormat menghormati sesama sendiri.

Bila sudah demikian, tak sukar untuk rakyat jangkakan yang negara ini akan berantakan sepanjang masa sekiranya PR diberi peluang walau sepenggal pun untuk memerintah tanahair tercinta ini.

 

Ada 4 Comments setakat ini.

  • Anonymas
    January 31st, 2013 at 12:59 AM

    Kalimah Allah memang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan mengikut tafsiran Islam adalah agama Persekutuan. Tak perlu didebatkan lagi, Allah milik Muslim!

    Kalau mereka beralasan nak gunakan nama Allah kerana nak tafsir jadi Bahasa Melayu, gunakan perkataan TUHAN.

    Sila rujuk kenyataan peguam Naser Disa yang mewakili kerajaan Persekutuan dan Umat Islam dalam menjaga kalimah Allah.

  • DataCode
    February 2nd, 2013 at 8:12 AM

    Mereka yang tidak fanatik dengan hamPAS biarpun sebagai ahli parti ramai yang sedar tindakkan hampas sekejap setuju ,sekejap tidak dalam permasalahan isu kalimah Allah sebenarnya telah menjerat leher sendiri apabila kenyataan mutidorAM yang awal berbeza dengan kenyataan selepas .oleh itu mereka yang tidak fanatik dengan hamPAS juga sedar,HamPAS akan melalui jalan sukar bersama rakanya dalam Pakatan Haram.Cuma mereka bertahan dan berpakat untuk setuju menghancurkan UMNO/BN.Selainnya dilihat sukar untuk berdiri diatas landasan yang sama biarpun berada dalam satu kapal.

  • zamri
    February 3rd, 2013 at 2:43 PM

    ‘Aku naik saksi bahawa Tiada Tuhan yg disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah’. Sebagai org islam, Azmin patut menjaga kalimah Allah…

  • haruan
    March 9th, 2013 at 7:17 PM

    Susah2 sgt suruh saja Karpal Singh masuk Islam.Nak sgt perkataan Allah.Kan bagus dpt hidayah.Boleh mati dlm Islam.

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.