|Laman Utama| MyKMU Forum | MyKMU WebTV | MyKMU Mobile Apps | MyKMU Mobile Site | MyKMU RSS Feed| MYKMU E-MEL: mykmunet@gmail.com

Editor: tengkudin | Diterbitkan pada: 15 January 2013| Kategori: RENCANA | 6 Comments »

Garispanduan Hiburan di tempat Awam: PAS Kedah VS DAP Pusingan Ke-3

 

Rakyat Malaysia sudah menerima perbalahan antara PAS dengan DAP sebagai satu ‘cara hidup’ iaitu akan tetap berlarutan selama-lamanya. Satu ketika PAS akan mengalah, tetapi satu ketika lain akan membuat U-turn, tetapi tidak mustahil akan berbalah semula atas isu yang sama. Semua ini bergantung kepada perkembangan politik semasa. Pendek kata, perkahwinan PAS dengan DAP sentiasa dihiasi dengan dugaan dan cabaran tetapi akhirnya, PAS sebagai isteri tetap akan tunduk juga kepada kehendak suami yang chauvinis.

Dalam perbalahan mengenai isu dalam negeri-negeri jajahan PAS pula, PAS negeri seringkali terpaksa berhadapan dengan DAP Pusat secara bersendirian kerana PAS Pusat enggan menawarkan sokongan kepada PAS negeri, bagi mengelakkan masalah besar dalam perkahwinan mereka.

Dan inilah yang berlaku terhadap YAB Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah beberapa kali. Sebelum ini, beliau telah terpaksa bertekak dengan DAP kerana isu melarang gambar wanita tidak bertudung dipaparkan di papan tanda negeri itu, kemudiannya isu menutup pusat hiburan di bulan Ramadhan dan kini isu garispanduan bagi aktiviti hiburan di tempat awam di Kedah.

Seperti juga isu-isu lain, PAS Pusat nampaknya langsung tidak cuba untuk membela Azizan dalam isu terkini ini. Malah, kita tidak hairan jika PAS Pusat mengarahkan agar Azizan akur sahaja dengan kehendak DAP. Ini kerana mengenali Azizan, beliau tidak akan semudah itu tunduk kepada DAP jika tidak kerana arahan dari kepimpinan PAS sendiri.

Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching menempelak garispanduan yang dikenakan Azizan sebagai tidak masuk akal, tidak boleh diterima dan tidak bijak. Sementara exco Kedah, Tan Chow Kang dari PKR pula bertanya sinis sama ada Azizan inginkan kaum Cina di Kedah mendengar lagu-lagu komunis sahaja.

Garispanduan itu, yang dilaporkan oleh China Press and Nanyang Siang Pau mengharamkan wanita dewasa dari menyertai persembahan hiburan untuk orang awam. Selain itu, garispanduan tersebut juga mengharamkan persembahan muzik langsung, dan hanya boleh diadakan dengan menggunakan rakaman awal (minus one). Persembahan pula hanya dibenarkan untuk lagu-lagu berunsur agama dengan semua yang terlibat berpakaian sopan.

Kelab Penyokong PAS juga tidak ketinggalan mengkritik Azizan dalam hal ini dan menganggap ia sebagai satu tindakan yang tidak peka dan tidak toleran terhadap agama dan budaya lain, serta ‘pentingkan diri sendiri’.

Apa yang menyakitkan lagi hati DAP ialah garispanduan ini dikeluarkan hanya beberapa hari sebelum Tahun Baru Cina. Dengan garispanduan ini, tentunya perayaan Tahun Baru Cina di Kedah akan menjadi muram dan hambar.

Tindakan kerajaan negeri Kedah ini memperlihatkan kekeliruan, kalaupun tidak hipokrasi yang kronik di dalam PAS. Bukan kita tidak tahu bahawa dalam isu hiburan, PAS Kedah hanya berada beberapa langkah saja di belakang Selangor dalam perlumbaan membuka pusat-pusat hiburan baru. Pusat Karaoke tumbuh tanpa kawalan, bagai cendawan sejak PAS memerintah Kedah, sehinggakan ada yang bersebelahan sahaja dengan surau atau masjid. Rungutan mengenai moral anak-anak muda Kedah yang semakin buruk bagai sudah menjadi satu fenomena di kalangan ‘orang-orang lama’ Kedah, terutama di bandar Alor Setar.

Seperti yang kita sedia maklum, pusat-pusat hiburan yang menawarkan hiburan secara tertutup beroperasi secara berterusan sementara hiburan berbentuk persembahan di tempat awam dan di atas pentas pula, adalah bersifat sekali-sekala. Berdasarkan faktor inilah maka garispanduan yang diperkenalkan oleh kerajaan Kedah itu dilihat sebagai usaha untuk menunjuk-nunjuk alim dan bukannya usaha ikhlas untuk memelihara nilai-nilai moral rakyat Kedah.

Tidak mustahil, usaha menunjuk-nunjuk alim ini adalah respon kepada hujan kritikan yang tidak henti-henti menimpa Azizan kerana gagal melaksanakan pentadbiran Islam sebenar mengikut kacamata PAS.

Azizan tidak ada pilihan selain terpaksa menghadapi seluruh parti DAP dan masyarakat Cina Kedah sekali lagi, secara berseorangan. Jika beliau boleh mengelak dari isu balak dengan hanya bersikap angkuh atau mengelak dari isu-isu yang timbul di dalam Laporan Audit dengan mengambil sikap tak tahu, nampaknya, beliau tidak mungkin dapat mengelak isu ini dengan hanya berdiam diri.

Ini kerana, apabila ia melibatkan kepentingan DAP secara langsung, maka PAS Pusat akan memastikan Azizan tidak senang duduk selagi tidak menanganinya dengan baik tanpa menyinggung DAP.

Hakikatnya, sehingga kini, masyarakat Cina masih keliru mengenai siapa dan apakah PAS sebenarnya dan kekeliruan itu membuatkan mereka semakin ragu-ragu untuk memberi undi kepada DAP. Apakah benar PAS sudah terbuka? Atau PAS hanya menyembunyikan ektremismenya untuk sementara? Apakah DAP mampu mengekang pemikiran jumud dan ekstrem PAS mengenai agama? Sampai bila DAP mampu mengawal PAS? Dan apakah jaminan yang PAS tidak akan bangkit dengan lebih bersemangat sehingga mengatasi kelicikan DAP jika PR menang PRU kali ini?

Soalan yang sama juga mungkin perlu ditanya oleh Azizan kepada dirinya sendiri dan juga kepada kepimpinan PAS. Ketahuilah oleh PAS bahawa rakyat keseluruhan juga turut menantikan jawapannya.

 

Ada 6 Comments setakat ini.

  • Anonymas
    January 15th, 2013 at 7:54 PM

    Aih, tang ni dia tegas. Tang lain dia longgaq. Pasai menari-nari apa semua TAK BOLEH biarpun ia untuk sehari (raya cina maaa) tapi pusat urut, karaoke, maksiat dll beroperasi sepanjang tahun, BOLEH

    Ustaz ke U-Start Motor MB kedah ni? Vrooommm

  • siamang Gagap
    January 15th, 2013 at 10:39 PM

    Pas terbelit dengan politik yang mereka karang. Politik dua alam yg akan berubah bila tersepit. Dua wajah pas hasil asuhan anuwat, pekara ini tidak akan berlaku dimasa arwah fadzil nor.

  • yeop perak
    January 15th, 2013 at 10:43 PM

    Tak ada apa yang nak dihairankan dengan pendirian pas selagi nik aziz menjadi murshitul am. Tanah di kelantan pun boleh digadaikan inikan pula cakap2 azizan yg tidak setaraf pendidikan dengan hj hadi

  • tengkudin
    January 15th, 2013 at 11:29 PM

  • Hamba Ar Rahman
    March 10th, 2013 at 3:54 PM

    5 orang di atas ni kalau pakai songkok dan jaket atau kemeja…sama jer rupa macam orang lain…rupa macam orang Umno juga…tak dak beza pun…yang beza hati jer…..yang tu tak dak sapa boleh tahu….

Who Linked To This Post?

  1. Kini Azizan Razak Pulak “Drift” 360 Darjah untuk kali Ke 3 « http://rmf7.wordpress.com

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.