|Laman Utama| MyKMU Forum | MyKMU WebTV | MyKMU Mobile Apps | MyKMU Mobile Site | MyKMU RSS Feed| MYKMU E-MEL: mykmunet@gmail.com

Editor: dukeofmontecristo | Diterbitkan pada: 26 January 2013| Kategori: dukeofmontecristo,Utama | 44 Comments »

Bila Bekas Kakitangan Bank Negara “Dikeldaikan” Mazlan Aliman…

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) adalah sebuah persatuan atau NGO yang ditubuhkan oleh Mazlan Aliman yang juga seorang pemimpin PAS Johor semata-mata untuk memporak-perandakan Felda dan anak-anak syarikatnya.

Saya masih ingat dulu ketika di awal cadangan penyenaraian Felda di Bursa Malaysia melalui Felda Global Ventures Holdings (FGVH), Mazlan Alimanlah yang menjadi “tukang karut” cuba menggagalkan usaha murni Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu.

Kini, FGVH sudah tersenarai di Bursa Malaysia dan masyarakat Felda sama ada para peneroka, generasi kedua atau ketiga, sangat bangga dengan penyenaraian yang bersifat antarabangsa dan gah di mata dunia itu.

Mungkin Mazlan Aliman memang tak tahu tentang saham atau pelaburan, maka dia lantik seorang bekas kakitangan Bank Negara, Dr. Rosli Yaakop, sebagai “Punahsihat Ekonomi” ANAK.

Dr. Rosli pernah berkhidmat di Bank Negara selama 18 tahun, berasal dari Negeri Sembilan. Dia memiliki PHD di dalam bidang ekonomi yang ditaja sepenuhnya oleh Bank Negara ketika berkhidmat di situ.

Selepas “pencen” dari Bank Negara, dia pernah bekerja di beberapa syarikat pelancongan dan perbankan seperti Global Hajj and Umrah Corporation (Labuan) Limited dan Islamic Banking Scheme and Special Project di Abrar Discount Berhad.

Meneliti latar belakang Dr. Rosli, mungkin Mazlan Aliman mengharapkan agar “punahsihat” ekonomi ANAK ini akan “menyerang” pelaburan dan saham FGVH di Bursa Malaysia.

Malangnya,  Presiden ANAK itu tidak dapat membezakan di antara seorang ekonomis dengan pakar analisis pelaburan saham. Sebetulnya, melihat kepada pengalaman Dr. Rosli, dia merupakan seorang ekonomis dalam bidang perbankan dan BUKAN pelaburan saham, bukan?

Mungkin disebabkan itulah maka banyak “analisis-analisis” oleh Dr. Rosli jauh tersasar ramalannya sehingga memalukan dirinya yang memiliki ijazah kedoktoran!

Seperkara lagi, Dr. Rosli tidak mengikuti perkembangan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia dari awal dan mungkin disebabkan itulah maka dia dilihat bagaikan “burung kakak tua” yang diajar Mazlan Aliman untuk memburuk-burukkan FGVH.

Baru-baru ini Dr. Rosli cuba menakut-nakutkan para peneroka Felda bahawa kononnya mereka akan menanggung kerugian bayaran pinjaman bank apabila kadar faedah yang dikenakan lebih mahal daripada dividen yang diperoleh.

Dia juga menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kononnya terlalu tergesa-gesa menyenaraikan saham FGVH dalam keadaan ekonomi negara yang tidak bagus serta pasaran saham negara dan dunia tidak stabil.

Nampak sangat menipunya! Dan nampak sangat dia tak tahu fakta dan langsung tidak tahu apa yang dia katakan..!

Sebetulnya, saham-saham FGVH disenaraikan di Bursa Malaysia ketika keadaan ekonomi negara di dalam keadaan paling kukuh meskipun dunia sedang mengalami ketidakstabilan ekonomi. Malah ia dilancarkan Indeks komposit Bursa Malaysia adalah ditahap paling tinggi sepanjang tahun 2012!

Untuk pengetahuan Dr. Rosli, Perdana Menteri sendiri telah mengumumkan bahawa Felda akan menanggung semua kadar faedah yang dikenakan oleh pihak bank dan peneroka cuma perlu membayar harga sebenar bagi 800 unit saham sahaja.

Malah, fakta menunjukkan bahawa para peneroka juga diberikan kelonggaran untuk membayar secara ansuran sebanyak RM50 sebulan bagi menjelaskan harga saham tersebut! Begitu baik sekali layanan yang diberikan oleh Perdana Menteri kepada masyarakat Felda, bukan?

Jadi kalau Dr. Rosli “terlepas keretapi” dan “tak tahu, tapi buat macam tahu”, baik diamkan diri saja dan tidak bertindak bodoh “menyerbu tanpa memberi salam” terlebih dahulu. Bukan apa, nanti diri sendiri yang malu, kan?

Tak payahlah dengar sangat apa yang Mazlan Aliman “auta” kerana dia sendiri pun tak tahu dengan apa yang dia kata. Lagipun, masyarakat Felda memang gembira dengan segala kebajikan dan rezeki yang mereka terima dari Kerajaan BN. Takkanlah Dr. Rosli nak jadi “pencacai” Mazlan Aliman pula, kan?

Ada 44 Comments setakat ini.

  • tengkudin
    January 26th, 2013 at 7:15 AM

    dia ni ke pakar ekonomi untuk bangladesh?? hehehe…soh dia bangukan ekonomi bangladesh la..mana tau boleh jadi gabenor sana pulak…buat pe sibok kat sini..hehehehe..

  • syaa
    January 26th, 2013 at 7:31 AM

    adat la saham naik turun,turun naik ni.saham mane kat dunia ni yg naik jer tak pernah turunnnn.bila turun menyalak la pakatan haram ni,sok bila naik balik senyap la anjing anjing ni.saham pun dpolitikkan lebih lebih.hampeh.

  • mm
    January 26th, 2013 at 8:50 AM

    Najib bukan di keldaikan oleh Semah ker..??? uMNO bukan di keldaikan oleh MCA? sbb tu org cina kaya..

  • Oya
    January 26th, 2013 at 11:21 AM

    PAS dikeldaikan oleh PKR dan DAP pulak menghanjingkan Kedua-duanya…hahaha

  • Tasyahud Akhir
    January 26th, 2013 at 1:14 PM

    Najib menjalankan tugas dan tak pernah dikeldaikan Rosmah..itu hanya kata puaka2 PR.
    UMNO tak dikeldaikan MCA dan begitu juga dengan MCA. Mereka hanya merealisasikan Kontrak Sosial seperti yang telah dipersetujui,UMNO masih dominan.. PAS hanya jadi tunggangan… puaka2 PAS ni pun tahu.
    Cina kaya sebab rata2 mereka suka berniaga dan menjadikan perniagaan sebahagianm hidup mereka…
    …Melayu macam puaka2 ni…
    ….berniaga malas tapi nak cepat kaya, kerja makan gaji pun malas tapi gaji nak besor, belajar pun malas tapi nak minta belajar free…
    Asyik2 semua nak free, semua nak murah tapi gaji nak tinggi, semua nak ada depan mata tapi berusaha tak nak…
    Mana ada free dalam dunia ni, syurga Allah tu pun bukannya boleh dapat free tau tak, kena banyak beramal, banyak beribadat, banyak2kan baca Quran, solat berjemaah, bertahajjud, jangan buat perkara syirik, jangan bersubahat dengan orang2 yang nak jatuhkan Islam, yang mempergunakan Islam untuk kepentingan politik, baru betul.

  • Tubir
    January 26th, 2013 at 1:29 PM

    Dalam soal ini saya sokong tidakan anak yangdiketuai oleh Saudara Mazlan .Cuma mazlan perlu membuat tindakan yang lebih sistematik.pengelibatan parti politik adalah diperlukan sebab FELDA telah dipolitikan .Penasihat FELDA adalah Datuk sri Najib yang juga PM Malaysia.Hentikan segala pearakan dan penyerahan memorendum kepada YDP aggong kerana ianya adalah sia sia kerana YDP aggong hanya akan bertindak atas nasihat PM.
    Segala tindakan anak mesti mengikut keutamaan iaitu
    1.Membuat tindakan mahkamah keatas FGVH.Memohon mahkamah mengistiharkan pengambilalihan harta FH dilakukan dengan curang .
    2.Memindahkan segala harta FGVH ke Koperasi permodalan FELDA yang dimiliki 100% oleh peneroka FELDA dan perkerja .
    3.Memulakan proses pendakwaan keatas orang orang yang terlibat seperti
    a. Najib
    b. Kementrian perdagangan dalam negeri dan koperasi dan penguna …..Ismail sabri.
    c.Kerajaan negeri yang terlibat dengan FELDA
    d.Ahmad Mazlan .
    e.Isa Samad .
    Carilah peguam yang handal handal yang mahir dalam soal undang undang tanah dan perniagaan dan jenayah perdagangan .Hentikanlah road show keseluruh negara kerana ianya mengunakan perbelanjaan yang besar ………anak tiada sumber kewangan .Buat cara risalah dan edarkan kesemua peneroka FELDA genarasi muda FELDA.Kalau nak buat buat betul betul dan sungguh sungguh ………kerana peneroka tanah felda dan rayaat Insallah akan memberi kesan yang mendalam didalam sejarah …..

  • baba
    January 26th, 2013 at 2:25 PM

    belajar tinggi2 lepas tu senang saja dikaldaikan…..hairan sungguh

  • gambus
    January 26th, 2013 at 3:10 PM

    meroyan moo lembu ni bila ‘pakar’
    ekonomi dia menampakkan jahilnya hahaha

  • raplahjingaa
    January 26th, 2013 at 3:27 PM

    FELDA sendiri tertubuh di sebabkan politik…aku hairan initiative kerajaan BN dalam penubuhan FELDA, sekarang ni di serang oleh orang melayu sendiri…orang melayu yang kecapi nikmat atas penubuhan FELDA !! atas arahan orang bukan Melayu.

    Patutlah mangkuk ayon aliman tu di halau keluar dari gugusan FELDA mana pun yang dia pergi, kerana dia pergi untuk merosakkan.

  • Tubir
    January 26th, 2013 at 4:32 PM

    Kerana haklah Peneroka FELDA perlu disedarkan yang tanah FELDA itu adalah tanah rizab Melayu.Selama ini pun sebelum disenaraikan dibursa saham felda mencatat keuntungan yang memberansangkan dan memberi sumbangan pendapatan kepada semua peneroka .Peneroka memperoleh pendapatan yang boleh dikatakan lumayan walaupun telah ditipu oleh pengurusan FELDA sendiri.Ini bukan tuduhan melulu ,akan tetapi ianya adalah kenyataan yang berdasarkan kes mahkamah yang dimenangi oleh pihak peneroka itu sendiri .Kenapa jadi begini?semenjak bila ia terjadi?.Memang pihak diluar sana tidak memahami masalah peneroka FELDA kerana peneroka adalah sebuah masyarakat yang unik dan tersendiri .Saya bukan penentang kerajaan malah saya menjayakan tranfomasi yang dibawa oleh kerajaan selama ini .Tetapi didalam soal FELDA saya akan menentang kerajaan dan FELDA .FGVH adalah musuh dan perosak FELDA dan wajib ditentang ……PULANGKAN HAK PENEROKA…..nyahkan petualang yang tamak haloba .Teruskan pejuangan Mazlan kami akan bantu kamu ……lancarkan tabung anak untuk kes mahkamah .

  • Umnoover
    January 26th, 2013 at 6:30 PM

    Bukan politik pakatan rakyat ko ke yang tak recognise hak2 specific bangsa2 ni semua?
    Jgn nak perjuang bumiputra, rizab melayu dll la… Jelas pakatan rakyat akan hapuskan tu semua.

    Tiba2 nak kecoh pulak konon isu politik. Klau xde umno xkan ada felda tu

  • raplahjingaa
    January 26th, 2013 at 7:35 PM

    Yup…tanah tu dulu sebelum di teroka adalah tanah hak kerajaan / sultan dan raja-raja Melayu…di serahkan pada FELDA untuk tranformasi pertanian era Tun Razak.

    Jangan pandang kes mikro..” hang tipu aku, aku tipu hang “…pandang ” birds eyes view ” apakah FELDA sekarang terlalu teruk ?? berapa banyak anak muda FELDA yang berjaya ?? berapa ramai orang FELDA yang miskin merempat ??

    Salah guna kuasa berlaku di mana-mana..itu kebobrokan individu, tak ada manual mana-mana jabatan kerajaan yang endorsed salah guna kuasa, penipuan, rasuah dan sebagainya.

    Jangan jadi stereotype hanya kerana kita rasa kita tertipu, sedangkan kita sedar sangat-sangat tanpa FELDA siapa lah kita ???

  • lan
    January 26th, 2013 at 10:49 PM

    Pas juga dikeldaikan oleh lim kit siang dan karpal singh.

  • lan
    January 26th, 2013 at 10:50 PM

    Sokong

  • bujuk
    January 26th, 2013 at 11:35 PM

    Tubir… betul ke aku dengar sekarang peruntukan kepada peneroka dah berkurangan.

  • bujuk
    January 26th, 2013 at 11:37 PM

    Aku paling tak boleh terima perasuah (Isa Samad) jadi pengerusi Felda. Selama hari ni.. bawah Dr.Yusuf Nor takda pun felda kecoh camni.

  • Anonymas
    January 26th, 2013 at 11:47 PM

    Terangnya baju oren tu, macam lampu isyarat

  • siamang Gagap
    January 26th, 2013 at 11:54 PM

    Aikkk… Bukan kah puak sinun yg bangga sangat bila cina ramai yg kaya, bila ada melayu mcm syed mokhtar kaya maka org melayu dlm pas dan pkr heboh mengatakan kroni.

    La marah pulak bila cina kaya kerana umno tolong. Lain kali kalau malas berusaha jgn suka menyalahkan org lain. Dengarlah lagi tipu daya nik aziz dan hj hadi.

  • omega
    January 26th, 2013 at 11:59 PM

    Jgn lupa buat jugak utk peneroka ladang rakyat kat hulu kelantan. Maklumlah mereka di tipu hidup-hidup oleh lahanat kat kelantan tuh. Penat meneroka hutan tanpa hasil apa-apa. Yg kaya mb dan exco kelantan dan dap saja

  • raplahjingaa
    January 27th, 2013 at 12:47 AM

    Perasuah macam si tua kutuk tu…hang terima pulak la yea..hang ni bujuk menjadi-jadi lalang hang.

  • raplahjingaa
    January 27th, 2013 at 12:50 AM

    hehe…aku nak tengok tubir makan tak umpan hang…

  • mahadeykutty
    January 27th, 2013 at 1:18 AM

    Tak ape lah keldai pun keldai lah. Makhluk yg jujur yg dijadikan oleh Allah. Jangan jadi syaitan atau sebahagian dari Syaitan yang di kenali kerana syaitan yg di kenali ini lahir dari parti yg telah rosak hingga ke usus. tak caya tanya Mahadey

  • gambus
    January 27th, 2013 at 2:12 AM

    peruntukan untuk felda berkurangan kahkahkah kau elok diamlaa bujuk , kaki penipu nombor satu dalam mykmu ni

  • gambus
    January 27th, 2013 at 2:14 AM

    bila rasuah nik ajis dikatakan sebagai anugerah dan menghalalkan rasuah oleh ahli PAS sebagai hadiah .. kau tak payah nak cakap banyak laa bujuk , jijik tgk orang celaka macam kau ni

  • gambus
    January 27th, 2013 at 2:17 AM

    secara otomatiknya kau setuju Pakatan ni memang binatang , kaki penipu dan kaki fitnah hahaha

  • Tubir
    January 27th, 2013 at 10:20 AM

    Cetusan menubuhkan FELDA adalah satu idea yang terbaik oleh TUN Razak untuk mengurangkan kadar kemiskinan terutama pada orang orang melayu .Dari mula ditubuhkan FELDA berjalan dengan baik sehingalah boleh berdiri dengan modal sendiri serta bantuan dari kerajaan .Sebab itulah saya katakan FELDA dan peneroka ini satu masyarakat yang unik .Bila sudah berjaya dan mempunyai sumber kewangan yang banyak mulalah ada pihak bukak mata untuk mengaut segala keuntungan dengan idea idea yang kununya akan menguntungkan peneroka akan tetapi kalau dilihat dari sudut lebih mendalam Peneroka akan HILangan banyak manafaat,dan hanya yang kaya akan menguasi dan mendapat keuntungan .
    Persoalannya kenapa segala aset FELDA HOLDING Misti diambil alih oleh FGVH?Adakah FH tidak boleh membuat keuntungan?.Kenapa FGVH harus ditubuhkan?FGVH telah menghakis hak peneroka dan lebih dari itu…….KPF mesti bangun membantah peneroka mesti disedarkan dari mimpi mimpi yang dimainkan oleh pihak pihak yang dengan terang terang mengaut keuntungan berlipat kali ganda dan peneroka hanya dapat sisa dan hampas……RM15 ribu….

  • Tubir
    January 27th, 2013 at 10:39 AM

    Sekarang ini banyak sumber kewangan digunakan untuk menyokong Saham FGVH kedaan akan lebih buruk lagi jika isa berjaya menjadi pengrusi KPF……mintak disimpang isa ni dari KPF.

  • bujuk
    January 27th, 2013 at 4:16 PM

    Apabila ilmu d tapak kaki, gagal memahami perbuatan dan niat. Solat itu WAJIB, tapi berbeza hukumnya. Solat kerana ALLAH pahala, solat kerana manusia/makluk sia-sia, Solat kerana menunjuk berdosa. Begitulah bezanya hadiah, anugerah dan rasuah.

  • bujuk
    January 27th, 2013 at 4:18 PM

    Kenapa Isa masih TEGUH walaupun keahlian dia dalam KPF d haramkan mahkamah.

  • Tubir
    January 27th, 2013 at 7:18 PM

    Sebab kenapa isa masih kekal adalah kerana najib terlalu dan teramat sayangkan isa lebih dari najib sayangkan peneroka dan najib dah kena nasi kangkang isa …….:)Cuma tingal satu langkah lagi untuk najib menguasai FELDA secara mutlak…nasib baik ada mahkamah menghalang nya …..tapi entah berapa lama kerana puak puak bukan nya bodoh bermain silapmata…….merika merupakan kumpulan elet didalam soal ini…….kalau nak berlawan dengan merika kena atur langkah yang tepat dan betul sampai merika tidak boleh bergerak…..Disini mazlan kena kumpul kumpulan pakar dan pertolongan diperlukan …..

  • Tubir
    January 27th, 2013 at 7:54 PM

    Sebab kenapa isa masih kekal adalah kerana najib terlalu dan teramat sayangkan isa lebih dari najib sayangkan peneroka dan najib dah kena nasi kangkang isa …….:)Cuma tingal satu langkah lagi untuk najib menguasai FELDA secara mutlak…nasib baik ada mahkamah menghalang nya …..tapi entah berapa lama kerana puak puak bukan nya bodoh bermain silapmata…….merika merupakan kumpulan elet didalam soal ini…….kalau nak berlawan dengan merika kena atur langkah yang tepat dan betul sampai merika tidak boleh bergerak…..Disini mazlan kena kumpul kumpulan pakar dan pertolongan diperlukan …..

  • anakbochek
    January 27th, 2013 at 8:01 PM

    LGBT dan sebarang aktiviti seksual tidak salah asalkan tidak di tempat terbuka, itu kata Bung Nuar. Ilmu bila letak kat lubang jubor macam tu lah, kan Bujuk.

  • Tubir
    January 27th, 2013 at 8:02 PM

    kepada siapa lagi nak orang melayu harapkan ,pemimpin pas dan umno terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa.Nak harapkan DAP dan PKR alamat merempatlah melayu di bumi sendiri.Umno kena buat pemberishan buang pemimpin yang banyak menimbulkan masalah ……seperti 1malaysia….UMNO masih boleh ……cuma kena buang yang busuk dan reput////

  • sakithati..
    January 27th, 2013 at 8:18 PM

    sewajarnya kerajaan mengambilalih tanah felda dan diberi pajakan kepada peneroka baru. generasi pertama telah tua untuk mengurus ladang sendiri. generasi kedua juga malas mengusahakan ladang. hanya mengharapkan wang hasil setiap bulan. berebut adik beradik. generasi ketiga telah banyak diberi kemudahan dan sepatutnya bolah berdikari. ramai rakyat susah bukan warga felda yang berterimakasih pada kerajaan tapi apa mereka dapat.. manusia yang tamak pasti akan rugi Insyaallah

  • bujuk
    January 28th, 2013 at 1:28 AM

    Bro.. macamana pulak dengan MCA,MIC, gerakan , PBS,PBB dan lain2. Boleh caya ke mengundi calon dema.

  • bujuk
    January 28th, 2013 at 1:29 AM

    Yg. tu hang suruh Azalina jawab dengan Marina tunM.

  • gambus
    January 28th, 2013 at 2:20 AM

    kau suruh azlina jawab buat apa , Nik ajid dan PAS sendiri bersama PKR dan DAPigs dah menyokong LGBT dalam perhimpunan itu hari hahahaha .. Azlina tu sapa kot Marina Mahathir tu jugak yang korang banggakan jugak bujuk !!! hahaha

  • gambus
    January 28th, 2013 at 2:23 AM

    apa yang kau nak merepek ni bujuk ?? tak payah kaki fitnah macam kau nak hipokrit cerita pasal solat , sedangkan kau ni kaki penipu kononnya Najib sain surat untuk bible Melayu

    Itulah pada PAS , rasuah pada mereka adalah halal dengan memanggilnya sebagai hadiah , apabila bini nik ajis sapu rasuah juga jadi halal dan ditukar nama anugerah … PAS yang menjijikkan

  • anakbochek
    January 28th, 2013 at 9:14 AM

    Marina tu politician ke? Dia nak jadi pee emm ke Bujuk? Nurul Izzah tu politician anak kepada Bung Nuar dan ilmu dia letak kat celah kelangkang.

  • raplahjingaa
    January 28th, 2013 at 11:09 AM

    calun depa siapa pun akan jauh lebih baik dari DAP, undi DAP bermakna banyak lagi la tanah kelantan akan tergadai..

  • Pak Din
    January 29th, 2013 at 7:54 AM

    Ceh.. perah kerja dgn Abrar Discount Hse.. tak heran lah.

  • bujuk
    January 29th, 2013 at 11:47 PM

    hahaha… tapi aku tunggu jawapan tubir, hang punya jawapan tak ilmiah.

  • Tubir
    January 30th, 2013 at 10:42 PM

    Tanah FELDA yang mana lu maksudkan?Tanah felda yang diduduki dan diushakan oleh peneroka semua tu ada gran sendiri kerajaan tidak boleh bertindak sesukahati.Lu cerita apa ni bro? kalau tak tau diam .
    Soal kerja atau tidak itu soal lain….peneroka upah orang lain kerjakan ini memberi peluang kerja pada orang yg memerlukan .Kenapa peneroka FELDA dan rayaat ada yang lawan kerajaan?.ini bukan bermakna kita benci kerajaan….cuma kita bagi signal buang pemimpin yang tak betul dan tidak jujur.Jangan buat tafsiran yang salah.Sebagai contoh kalau nik azizdgn terang terang bertindak tidak amanah dan gagal jangan undi dia bila mengundi nanti……..kalau dia kalah dia tidak akan jadi wakil rayaat lagi,,,dan hilang lah kuasa dia ,,,,,,,,Tapi parti masih ok.begitu juga dengan kerajaan BN dan UMNO……kalau pemimpin tidak baik dan selalu susahkan rayaat kita jangan undi dia…….nampak tak …..cara kita mengunakan hak kita dengan sampurna dan baik ……..

  • TUBIR
    January 31st, 2013 at 3:55 PM

    MCA parti yang memperjuangkan hak untuk bangsa cina begitu juga dengan MIC untuk orang india dan juga gerakan yang mempunyai keahlian campuran ,Akan tetapi semua parti tersebut bertunjangkan semangat BN segala keputusan berlandaskan kesepakatan bersama .UMNO adalah parti berteraskan untuk melayu dan bumiputra.
    Parti pas adalah parti yang berkonsepkan Islam ,Dap parti berfahaman pelik dan PKR pula tiada fahaman yang tetap main bantai ja …..merika ini tidak boleh diharap sangat .Sebagai parti islam pas semistinya mempunyai pendirian yang jelas dan mempertahankan islam dengan sesungguhnya ugama islam adalah ugama resmi Malaysia .kita dapat melihat bagai mana kalutnya PAS didalam soal pengunaan kalimah didalam bible yg sedang hangat sekarang ini .Cara yang terbaik adalah kita buang pemimpin yang lemah bukan buang parti .Walaupun didalam BN banyak parti tapi merika boleh bersatu dan saling menghormati diantara satu sama lain .MCA,MIC bebas mengeluarkan pandangan dengan cara yg betul kemudian dibincang dan membuat keputusan serta menghormati keputusan yg telah dibuat .
    Soal pengunaan ALLAH didalam bible berbahasa melayu adalah isu besar bagi seluruh umat islam dimalaysia .Sebab itulah ugama islam diletakan didalam perlembagan .Apa orang lain nak fikirkan atau apa andaian yang nak dibuat itu terpulanglah pada merika akan tetapi merika harus ingat perlembagaan dan kuasa raja raja Melayu dan YDPA.Malaysia ni unik dan tersendiri……..Jadilah pengundi yang bijak .

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.