|Laman Utama| MyKMU Forum | MyKMU WebTV | MyKMU Mobile Apps | MyKMU Mobile Site | MyKMU RSS Feed| MYKMU E-MEL: mykmunet@gmail.com

Editor: dukeofmontecristo | Diterbitkan pada: 2 January 2013| Kategori: dukeofmontecristo,Utama | 51 Comments »

Amanat Pun Tak Mampu Jawab, Nak Korek Pula Tabung Memali?

Saya tertarik dengan tulisan penulis “upahan” PAS, Sayuti Omar, yang menggesa agar umat Islam mengorek kembali peristiwa Memali setelah ramai para ulama di negara ini bersuara mendesak agar amanat “sesat” Hadi ditarik balik.

Dia berpendapat, kalau amanat “sesat” itu diungkit dan diminta untuk ditarik balik, mengapa sejarah peristiwa Memali di Baling perlu didiamkan?

Kononnya dengan membangkitkan kembali peristiwa berdarah itu, isu amanat Hadi itu mampu di “divert” dan digantikan dengan isu Memali? Tidak semudah itu rasanya…

Nampaknya Sayuti hanya lebih mengusutkan keadaan apabila menyebut tentang isu Memali yang sekian lama cuba ditutup oleh puak-puak PAS yang tahu tentang latar belakang dan perkara sebenar mengenai peristiwa tersebut.

Bagi mereka yang mengenali Allahyarham Ibrahim Libya, sudah tentu dapat menerima dengan redha tentang apa yang berlaku ketika peristiwa yang turut menyaksikan seorang anggota polis maut ditetak parang anak buahnya…

Meskipun menyedari dan mengambil risiko dituduh zalim, pihak kerajaan mampu mengawal keadaan dan segala onar yang terjadi telah pun “dibersihkan” secara aman tanpa menimbulkan sebarang pertikaian di kalangan mereka yang terbabit.

Namun apa yang saya pasti, ramai di kalangan keluarga dan sanak saudara pengikut Ibrahim Libya yang terbabit dengan peristiwa itu tidak puas hati dengan satu pihak yang konon-kononnya membela mereka.

Mengapa mereka tidak puas hati? Sila pergi ke Baling dan carilah seorang lelaki pemegang amanah tabung Memali yang cuba “dibisukan” oleh puak-puak PAS, khususnya Mat Sabu yang jelas menyimpan rahsia di sebalik tabung kontroversi itu.

Lelaki itu dikenali sebagai Zainon, atau Cikgu Non, atau CN Al-Afghani dan dia adalah pengarang buku “Airmata Memali” dan saya yakin mereka yang pernah membaca bukunya itu sangat jelas tentang penyelewengan yang didalangi pak-pak lebai PAS itu.

Cikgu Non pernah diugut puak-puak PAS dengan pelbagai ancaman. Kalau setakat diancam belasah sampai lembik, itu sudah biasa. Hatta tergamak puak-puak PAS mengancam untuk membunuhnya dan Cikgu Non terpaksa membuat laporan polis mengenai ancaman tersebut.

Menariknya, Cikgu Non begitu berani untuk menjual CD dan buku itu diperkarangan ceramah PAS satu ketika dulu sebelum dihalau, dihalang dan diancam dengan kasar oleh “PAS for All Jews”!

Jelaslah disitu bahawa episod Memali itu cuba disembunyikan oleh PAS dan kini Sayuti mahu memeningkan kepala PAS dengan mengorek kembali “pekung busuk” yang akan “mengkantoikan” PAS?

Cukuplah kali ini Hadi dilihat begitu “pucat lesi” bila ramai pihak termasuk para Mufti yang menggesa agar dia menarik balik amanatnya itu. Hadi sudah cukup pening memikirkan cara untuk dia berdolak-dalih atas keceluparan mulutnya dulu.

Dia tahu dia silap. Dan jika dia menarik balik amanat tersebut dan memohon maaf atas fatwa serta keceluparan mulutnya itu maka ia akan menjatuhkan ego air muka serban sebakulnya. Mana mungkin Presiden PAS silap buat fatwa, bukan?

Dia sedar dia tersalah langkah. Namun untuk mengaku salah dan menarik balik segala dosanya itu, sudah tentu dia dan PAS akan jatuh maruah serta dipandang sebagai sebuah parti “ajaran sesat” yang berselindung di sebalik politik!

Persoalannya, mampukah Hadi menelan segala dosa yang tercetus akibat amanatnya itu dan saya kira sudah ramai di kalangan rakyat negara ini lihat betapa ramainya umat Islam yang keliru dek kerana amanatnya itu.

Sampai bila Hadi mahu mempertahankan egonya? Sampai kiamat? Kalau begitu, tanggunglah dosa sampai hari Kiamat dan nanti sila berjumpa dengan umat Islam yang pernah dizalimi amanat tersebut di depan Allah kelak…

Ada 51 Comments setakat ini.

  • Jokiden
    January 2nd, 2013 at 2:52 AM

    Jenazah tak berkapan tu sapa nak tanggung tu, Sayu..ti ke?

  • randomsee
    January 2nd, 2013 at 2:59 AM

    aku dah lama syak Presiden PAS ni syiah tahap raksasa…takiyah apa pun boleh…kalau dia ni ahli sunnah wal jamaah…dia tak mungkin nak melencong-lencong macam ular…..

    eloklah Presiden Ular, timbalan plak belut…Pas tunggu masa nak di syiahkan kemudian ditalkinkan…

    kena plak nak kiamat ni, dajjal dah arahkan tenteranya bersatu …sebelum kemunculan dia…PAS ni kot yang dikatkan tentera dajjal…

    (sori sebab terlebih imaginasi)…muahahahahahahahahhahaha

  • gambus
    January 2nd, 2013 at 3:06 AM

    Kenapa perlu sibuk dengan peristiwa memali??? balu memali sebelum ini dihina oleh pemimpin PAS kenapa buat tak tahu , Dimana wang balu dan anak-anak yatim memali yang mereka tidak merasa satu sen pun ???

    PAS oo PAS mmg tolol pemikiran mereka

  • lynkubesar
    January 2nd, 2013 at 3:42 AM

    tak perlu sorry bro.. hadi yang beribu kali terlajak hingga sesat larat pon sampai la tak penah sebut sorry..

  • korokstabang
    January 2nd, 2013 at 5:43 AM

    mso ni penulis taraf picisan yang syok sendiri mana2 komen pada artikel dia yang tak menyebelahinya kompem 100% tak di siarkan nya kemudian dia kasi alasan komen tak disiar kerana penkomen anonymous tiada google akaun @ pengenalan diri, standed lah balaci pas mana akan siarkan komen yang boleh mematahkan segala hujah dia, tulisan dia di blog dah ilang sengat setelah di gertak husam sejak tu menulis merapu ntah apa apa

    muehhhahahahahahaha

  • PASpartyNGOK
    January 2nd, 2013 at 6:08 AM

    Pastikan amanat dijadikan laknat. Kita kuburkan Hadi kerana Azhar Idrus memang sudah tunggu utk isi ruang kosong ditinggalkan Hadi.

  • tengkudin
    January 2nd, 2013 at 8:00 AM

    hadi boroi ni memang syiah pun..

  • Randall
    January 2nd, 2013 at 8:45 AM

    Hey Chris & Katie, I really dig your new blog teamlpte.. it shows off your work so awesome with the huge photos! Keep up the great work!

  • baba
    January 2nd, 2013 at 10:00 AM

    elok korek balik peristiwa bagaimana tabung memali telah mengkayakan pemimpin2 pas.

  • Mohd Taib Kamin
    January 2nd, 2013 at 10:04 AM

    Saya membeli dan membaca buku ‘Air Mata Di Memali’. Perasaan bercampur2 antara Sedih mengenangkan kepahitan dan ‘seksaan’ yang ditanggung oleh anak2 yatim dan balu2 mereka yang terkorban, Marah diatas kezaliman yang dilakukan oleh PAS kepada mereka. Hadi Awang mempunyai SAHAM besar diatas segala yang berlaku. Amanat Hadi Awang adalah punca segala musibah yang berlaku. Peristiwa berdarah Memali adalah antara kerosakan yang terakibat dari Amanat Hadi Awang. Rantaian peristiwa selepas itu adalah bukti bahawa Amanat Hadi Awang telah memesongkan aqidah PAS dan pengikut2nya. Pendedahan demi pendedahan yang berlaku sekarang adalah bukti kesesatan yang diilhamkan oleh ulamak sesat. Yang memulakan pendedahan pula bukan UMNO tetapi dikalangan orang2 yang dahulunya ‘pentaksub’ PAS sendiri. CN Afghani hanyalah sebagai ‘pencetus’ kepada ‘kesedaran’ dikalangan mereka yang pernah sesat dan disesatkan oleh Hadi Awang sendiri.

    Hadi Awang mungkin seorang yang ‘berilmu’ tetapi ilmu yang dia ada tidak ‘dimanafaatkan’ dengan baik tetapi ilmu yang menyesatkan pengikut2nya sendiri. Aqidah orang UMNO tetap sama sebelum atau selepas Amanat sesat itu keluar dari mulut Hadi Awang kira2 31 tahun yang lalu. Hadi awang sepatutnya bertanggung jawap dan dipertanggung jawapkan diatas kerosakan aqidah pengikut2nya bukan mencari helah untuk ‘mengelak’ dari menjawap persoalan pokok iaitu KESESATAN yang diakibatkan dari Amanat songsangnya. Lebih memalukan lagi apabila Hadi Awang dengan angkuhnya menghina CN Afghani dengan melabelkan penulis itu sebagai ‘Guru yang mengajar ABC’.

    Kenapa hari ini ulamak2 PAS sudah tidak lagi membaca Surah Al-Nisa, Ayat 144 yang bermaksud: ‘Wahai orang2 yang beriman, janganlah kamu mengambil orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang dan nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?’. Dahulu ayat inilah yang ‘dijual’ oleh pemimpin2 PAS sebagai hujah untuk menentang UMNO kerana UMNO menjalin hubungan baik dengan MCA dan MIC yang merupakan golongan kafir zimmi. Tetapi hari ini dibawah kepimpinan Hadi Awang, PAS bukan setakat ‘rapat’ dengan DAP malah diakui sendiri oleh Hadi Awang bahawa PAS adalah kuda tunggangan DAP. Lebih buruk lagi PAS sentiasa ‘ Sami’na wa ato’na’ dengan segala kehendak DAP. Lebih menyakitkan hati apabila PAS Kelantan dibawah Nik Aziz sanggup pula ‘menganugerahkan’ lebih 4,000 hektar tanah kepada pemimpin2 DAP Perak sebagai imbalan untuk menerima orang PAS menajadi MB. Sungguh memalukan apabila sebuah parti yang mendabik dada sebagai lebih Islam dari orang lain membuktikan bahawa ‘duniawi’ mengatasi ukhrawi.

    ‘Mengorek’ kembali peristiwa Mamali bukan sahaja bakal mencalarkan reputasi PAS yang sedia tercalar tetapi akan menyerlahkan pekong yang sedia busuk itu menjadi lebih busuk dari sebelumnya. PAS tidak akan berani ‘mengorek’ kembali sejarah hitam Memali kerana peristiwa tersebut merupakan ‘hantu’ yang amat ditakuti oleh PAS. Wallahualam.

  • Tasyahud Akhir
    January 2nd, 2013 at 10:17 AM

    Mungkin si Sayuti lupa CN Al-Alfghani tu waris siapa, pasal tu PAS bengang kat dia terutamanya Mat Sabun.

  • mel
    January 2nd, 2013 at 10:19 AM

    PAS HARUS DITENTANG HABIS-HABISAN..BIARLAH SEHINGGA TITISAN DARAH TERAKHIR.

  • Tasyahud Akhir
    January 2nd, 2013 at 10:40 AM

    Dah baca juga buku beliau, malah pernah ke Memali sewaktu beberapa minggu selepas peristiwa tersebut berlaku sewaktu zaman kolej untuk memberi sokongan kepada mereka. Kami juga melakukan pungutan derma untuk waris yang kurang pasti kemana perginya wang tersebut setelah diberikan kepada wakil PAS ketika itu. Aku pun pernah memaki hamun polis yang agak ramai berkawal waktu tu.
    Memang amanat Haji Hadi benar2 meresap di seluruh badan, cuma aku tak sampai hati nak mengkafirkan ibubapa sendiri yang menjadi penyokong kuat UMNO.
    Untuk macai, cai dan pencacai PAS…
    ….Dulu Hadi kata umat Islam perlu menentang UMNO kerana UMNO bekerjasama dengan MCA dan MIC dan menegakkan perlembagaan penjajah walaupun UMNO adalah parti dominan dalam BN dan Islam diletakkan teratas dalam perlembagaan….
    ….Sekarang Hadi kata boleh bekerjasama dengan DAP dan PKR dan boleh bersama mempertahankan perlembagaan yang dikatakan KAfir sebelum ini….
    Ini terlalu terang dan nyata, tak tahu lah kalu dilihat kabur oleh cai, macai dan pencacai PAS.

  • ElectroMagneticPulse
    January 2nd, 2013 at 10:45 AM

    pendaftaran PAS diluluskan oleh puhak British yang mengambil masa 5 tahun… agak kontroversi… adakah kelulusan yang diberi pada PAS adalah bertujuan untuk memecahbelahkan Melayu Islam yang menentang Malayan Union.. pada mas itu yang bangkit menentang adalah UMNO…bangkit demi kebebasan…

  • ElectroMagneticPulse
    January 2nd, 2013 at 10:51 AM

    kalau Sayuti Omar nak korek balik cerita Memali… isu amanat takkan dilepas pandang kerana punca berlakunya peristiwa Memali adalah dari amanat hadi tu sendiri.

    dalam isue ni..mana pegi suara Bujuk, Moo, dan peyokong PR dalam ni?..

    Dosa yang PAS perlu tangung adalah sebesar-besar dosa…

  • zarman
    January 2nd, 2013 at 10:58 AM

    Dalam kampung sekitar Baling, hubungan saudara seislam umnp-pas menjadi amat parah selepas keluarnya amanat hadi. ianya menjadi lebih parah selepas peristiwa memali. kes sembahyang dua imam dan kes memulau masjid adalah antara yang menjadi kemuncak. Hingga sekarang, banyak penyokong pas yang berlau meninggal dunia dengan iktiqad memulau masjid yang imamnya orang umno.
    Bagaimana Hj Hadi nak jawab di Akhirat? boleh tanya dia kerana dia masih hidup sekarang. kalau sekarang dia di lindungi dan diback-up oleh Nik Aziz, ulamak pas dan pengikut, tapi dlm kubur, dia hanya berseorangan……

  • Brahimnyior
    January 2nd, 2013 at 11:18 AM

    Salam,

    Saya tidaklah mengenali secara rapat Cikgu Zainon a.k.a. C.N. Al-Afghani penulis “Air Mata Memali” sebelum ini.

    Bagaiamanapun, penulisannya yang bertajuk KAFIRKAH AKU, telah saya baca. Saya dengan berat hati terpaksa mengiyakan kata-katanya, biarpun dulu saya adalah penyokong tegar PAS.

    Saya pernah tidak berbicara dengan ayah (arwah) kerana berbeza pandangan politik. Adik saya pernah ‘dikafirkan’ oleh rakannya kerana mempertikaikan pendekatan PAS dalam berpolitik.

    Saya rasa, cukuplah PAS bekerjasama dengan kafir DAP, dan TG Haji Hadi perlu menarik semula amanat beliau sebelum nyawa tiba di kerongkong. Dosanya cukup besar, kerana kata-katanya menjadi sebab perpecahan masyarakat Melayu: antara rakan taulan, adik beradik, dan anak-bapa.

    Sekiranya anda belum membaca buku KAFIRKAH AKU, saya sarankan baca dahulu, dan buatlah penilaian terhadap perjuangan PAS selama ini.

    Saya yakin kini, untuk menjadi seorang Islam, bukan kerana parti politik, tapi ketakwaan lebih utama.

    Moga Allah merahmati para pemimpin negara yang banyak berjasa membangunkan tanah air.

  • aku_jebat
    January 2nd, 2013 at 12:53 PM

    salam semua
    pertama hamba nak ucapkan syabas kepada mel sebab membuktikan penyokong BN juga ada perjuang seperti lt adnan yang mana PAS telah diwakili adnan celop layar perak..yaa kita harus menentang habis habisan tapi bukan kepada parti PAS tapi keatas pemimpin@ tertinggi PAS yang mejadi penghasut, pemfitnah, pendengki dan segala macam laaa disebab mereka2 ini lah yang jadi penyebab kepada pengikut2 samada rela atau terpaksa demi menyanjung pemimpin yg dkatakan ulama tapi pada hamba dah jadi ularmak sebab membelit dan juga mematuk paling tidak pun disemburkan racun bisa dia pada orang yang tak se ular dengan dia.. ayuh lah rakyat malaysia kita berjuang demi menegakan kemakmuran dan kesucian ISLAM.. 1 malaysia tolak fitnah..

  • Tasyahud Akhir
    January 2nd, 2013 at 1:38 PM

    Setuju dengan tuan hamba. Harap PAS akan berubah kembali kepada perjuangan asal diwaktu aku menjadi ahlinya. Walaupun sentiasa kalah dalam pilihanraya tetapi tetap istiqomah dalam perjuangan.
    Perjuangan Rasullullah yang maksum dan tiada sekelumit dosa pun ambik masa 23 tahun untuk mengIslamkan umat manusia.
    Sekali lagi aku nak cakap UMNO bukan yang terbaik tetapi Islam lebih terpelihara bersama UMNO berbanding PAS HARI INI yang sentiasa goyah dan pemimpinnya sering tidak seia sekata.

  • Tasyahud Akhir
    January 2nd, 2013 at 1:51 PM

    Menarik balik amanat adalah perkara yang bakal merubah keseluruhan sistem berpolitik PAS masa kini dan akan memberi kesan secara langsung.
    Aku yakin Hadi tidak akan menarik balik memandangan kemudaratan yang telah terjadi. Takkan Hadi nak bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku di Memali.
    Sebenarnya Hadi pun tahu jika tidak ditarik balik pun kemusnahan tetap berlaku kerana perselingkuhan PAS bersama DAP dan PKR. Kedua2nya memudaratkan dan jalan terbaik Hadi adalah menjalankan Misi dolak-dalik, spin kenyataan, alih ke isu lain dan mencari kesalahan UMNO yang mungkin pemimpin UMNO terlepas pandang terutama yang melibatkan Islam.

  • gambus
    January 2nd, 2013 at 2:26 PM

    Setiap yang keluar daripada mulut totok PAS hanya fitnah sebagaimana pemimpin PAS yang apabila bercakap hanya memperalatkan agama dan melacurkan agama Islam demi kuasa Politik dan wang , kita tentang PAS habis-habisan bersama tuan mereka DAPigs yang jelas adalah anti Melayu dan anti Islam

  • gambus
    January 2nd, 2013 at 2:28 PM

    Menarik balik amanat tolol tersebut setidak-tidaknya memberikan pandangan aku kepada PAS sesuatu yang lebih baik dan aku akan hormat PAS jika waris memali tersebut mendapat harta mereka yang telah dicuri dan dirompak oleh pemimpin PAS .. dengan hanya berlaku seperti ini PAS aku lihat tahu akan dosa dan takut dengan kebesaran Allah s.w.t

  • Hamba Ar Rahman
    January 2nd, 2013 at 3:38 PM

    Menarik balik amanat bermakna membunuh diri…kerana memberikan kemenangan mudah kepada BN…Putrajaya sudah di dalam angan nya….kaki sikit lagi nak sampai…takkan nak tarik kot bro…tak kan ada nya….kalau Izrael mai pun belum tentu nak tarik balik…

  • gambus
    January 2nd, 2013 at 8:47 PM

    itulah PAS seperti yang saya jangka , saya akan lebih hormat PAS jika menarik amanat tersebut , jika tidak pandangan saya kepada PAS memang benar iaitu melacurkan agama dan mempermainkan agama Islam demi kuasa politik dan wang .. siang malam bercakap pasal agama tetapi penuh munafik dan fasik , fitnah pada mereka seperti satu makanan harian sahaja dan seolah tidak takut dengan hukuman Allah

  • Anonymas
    January 2nd, 2013 at 8:51 PM

    Tashahud Akhir,

    silap-silap nanti kita buleh dapat dosa besar sebab derhaka mak bapak kerana taqlid membabi buta. Nasib baik saudara bersabar…

  • omega
    January 2nd, 2013 at 10:25 PM

    Salah tu, Presiden memang ular, timbalan bukan belut tapi Ikan lembat, sejenis ikan yang makan bangkai termasuk najis manusia.

  • mancini
    January 3rd, 2013 at 12:11 AM

    mana bujuk ni

  • syaa
    January 3rd, 2013 at 12:35 AM

    aminnn

  • Tembusu Tua
    January 3rd, 2013 at 4:48 AM

    Terima kasih atas input saudara semua. Amanat Hj Hadi juga telah menyebabkan berlakunya pernikahan semula oleh pasangan yang pernah dinikahkan oleh imam bukan PAS kerana percaya hanya imam dari PAS sahaja yang sah. Namun, bagaimana dengan anak pasangan tersebut yang telah lahir sebelum nikah semula?. Adakah boleh diterima oleh pasangan tersebut bahawa anak tersebut adalah “ANAK LUAR NIKAH”. Begitu besar impak dari amanat sesat Hj Hadi…..

  • Pejuang IMR
    January 3rd, 2013 at 3:24 PM

    Sekarang ni terdapat dua amanat Haji Hadi berkenaan Perlembagaan negara yang bercanggah
    Pertama – Versi 1981: Mengkafirkan UMNO sebab berperlembagaankan Perlembagaan Lord Reid
    Kedua – Versi Millenium: berjanji untuk mempertahankan perlembagaan yang sama
    Pengikut PAS – Sokong dua-dua sebab yang cakap tu Haji Hadi.
    Orang Melayu yang waras – konfius.

  • Pejuang IMR
    January 3rd, 2013 at 3:27 PM

    Sekarang ni terdapat dua versi amanat Haji Hadi berkenaan Perlembagaan negara yang memang bercanggah
    Versi 1981: Mengkafirkan UMNO sebab berperlembagaankan Perlembagaan Lord Reid
    Versi Millenium: Berjanji mempertahankan perlembagaan yang sama
    Pengikut PAS – Sokong dua-dua sebab yang cakap tu Haji Hadi. Tak konfius langsung
    Orang Melayu yang waras – konfius.

  • 123
    January 3rd, 2013 at 8:20 PM

    Moo dan bujuk nak dengar jugak khutbah kamu……

  • bujuk
    January 3rd, 2013 at 11:14 PM

    Siapa berani istiharkan lawan PAS, kalau mati syahid?

  • bujuk
    January 3rd, 2013 at 11:16 PM

    Aku nak tanya mahkamah nak PERAM kan isu memali ni sampai bila. Kenapa dan lebih 30 tahun masih takda keputusan lagi?

  • bujuk
    January 3rd, 2013 at 11:20 PM

    Bacalah juga ulasan Dr.MAZA untuk pencerahan dari orang yg. berilmu tampa kepentingan politik. Anda akan lebih memahami….
    Politik tahun 80’an tak sama dengan politk sekarang. Anda perlu nilaikan sendiri ucapan2 pemimpin umno waktu tersebut… dan sekitaran politik waktu tu.

  • bujuk
    January 3rd, 2013 at 11:24 PM

    TGHA lama dah jawab… tapi tak sampai pada orang kampung dan ahli umno. Sebab tu beliau tuntut 1 jam untuk buat penjelasan dan rakyat boleh nilaikan sendiri. Tapi kalau mufti pun dah angkat tangan…. nak harap pada pemimpin umno apatah lagi.

  • raplahjingaa
    January 3rd, 2013 at 11:53 PM

    laaaa kami tak buat kerja munafikun macam tu bujuk…tu la beza agama PAS dengan agama Islam.

  • raplahjingaa
    January 3rd, 2013 at 11:54 PM

    Keputusan apa yang hang nak bujuk ??

  • raplahjingaa
    January 3rd, 2013 at 11:56 PM

    Apa yang si boroi tu jawab bujuk ??? dia pun dah jadi kafir !!…dalam ertikata lain dia dah mengkafirkan diri dia sendiri !!!..kalau ikut amanat dia laaaa…amanat orang gila.

  • raplahjingaa
    January 3rd, 2013 at 11:58 PM

    ada orang ambil kisah puak syiah buat ulasan ??? tak ada pun…hang sorang la kot.

  • anakbochek
    January 4th, 2013 at 1:11 AM

    Masa bila dia jawab? Dulu korang kata orang kampung sekarang dah pandai, buleh baca internet, dunia tanpa sempadan. Sekarang korang kata tak sampai pulak.

    Mufti mana yang dah angkat tangan tu Bujuk?

  • anakbochek
    January 4th, 2013 at 1:14 AM

    Baik aku dengar pencerahan dari Tuan Guru Harussani, lebih neutral sebab dia bukan menyebelahi mana2 ahli politik. Tapi puak korang ni mana buleh dengar dari orang2 neutral. “Either you’re with me or you’re against me”.

  • Hamba Ar Rahman
    January 4th, 2013 at 4:32 PM

    Hiishh…slow2 cakap tu anakbochek…puak2 depa ni mana boleh dengar nama Ustaz Harussani….allergic…terus sawan nanti…hehehe

  • bujuk
    January 4th, 2013 at 11:06 PM

    rais yatim mula2 benarkan, kemudian syarat ada orang agama, bila mufti tolak, rais kata rakaman dan terpulang pada rtm nak siar ke tidak… akhirnya d batalkan.
    Siapa yg. bangkitkan isu ni?
    Kenapa bila dah rakyat gelisah, TGHA nak jelaskan… d nafikan pulak. Jangan berumah d tepi pantai kalau takut d lambung ombak.

  • bujuk
    January 4th, 2013 at 11:11 PM

    harusani kata kufur sambut thaipusam dan kata dah banyak kali tegur pemimpin negara. selang beberapa hari dia jumpa najib dan kenyataan berubah.
    aku nak tanya, sudahkah harusani jumpa tgha isu amanat ni sebelum jatuhkan hukum?
    Aku hormat dia sebagai mufti, tapi kenyataan berdasarkan utusan tampa maklumat terus dari tuan punya diri adalah salah d sisi Islam ketika membuat sesuatu hukuman. Ini prinsip..

  • bujuk
    January 4th, 2013 at 11:12 PM

    Siapa yg. bersalah dalam serangan memali?

  • bujuk
    January 4th, 2013 at 11:16 PM

    Habis apa yg. korang dapat lawan PAS sampai titisan darah terakhir kalau mati katak? Siapa yg. terlalu bodoh nak lawan sampai titisan darah terakhir tu, kalau habuan dunia semata2?
    P jumpa polis@keluarga mereka yg. serang Ibrahim Libya dulu… apakah mereka hidup tenang dan senang?
    P tanya Musa Hitam… apakah dia lega bagi arahan serang memali?

  • Hamba Ar Rahman
    January 5th, 2013 at 12:19 PM

    Alaa…apa bezanya dengan TGHA…tahun 1981…amanat lain…tiba- tiba….sekarang berubah pulak…boleh pulak bersekokongkol dengan DAP…tak payahler nak paku dulang….

  • raplahjingaa
    January 5th, 2013 at 7:27 PM

    Dapat apa lawan PAS ?? menentang perosak agama adalah Jihad !! Ibrahim Libya ? hang jangan tanya polis yang menjalankan tugas mereka, cuba hang tanya balu mereka yang terbunuh akibat kepercayaan karut marut pada PAS….apa nasib mereka sekarang ni ? mana janji PAS nak bantu mereka ? mana pi duit derma yang sepatutnya mereka perolehi ??

    Banyak persoalannya bujuk ?? dan satu pun PAS tak jawab…melainkan penipuan.

  • raplahjingaa
    January 5th, 2013 at 7:30 PM

    Siapa lagi bujuk ? hadi awang laaa, lagi mau tanya.

  • bajuk
    January 6th, 2013 at 5:56 PM

    pergh mudahnya menyelesaikan masalah 1 jam je.sekarang ni hj hadi pun jatuh kafir sebab dia sokong DAP yg tidak langsung menegakkan hukum allah.Tulah nak cakap tak fikir tahun 1981.Sekarang kena muka sendiri baru tau.Senang je Hj hadi tarik balik je amanat dia yg bidaah tu baru kita respek sama dia.

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.