Sampai Bila Akar Umbi PAS Perlu Tanggung Rasa Aib?

Oleh: dukeofmontecristo (January 23rd, 2013) [dukeofmontecristo,Utama][24 Comments »]

PAS PIJAK DAP

Puak-puak PAS di akar umbi memang marah pada DAP dan Pengerusinya, Karpal Singh, yang baru-baru ini meminta parti itu mengkaji semula keputusan berhubung penggunaan kalimah “Allah” di dalam Bible versi bahasa Melayu.

Di Pulau Pinang, sekumpulan akar umbi PAS hilang sabar dan telah bertindak memijak bendera DAP serta mendesak pucuk pimpinan parti mereka keluar dari Pakatan Haram ekoran kenyataan Karpal yang biadap itu.

Demonstrasi di Pulau Pinang yang diketuai oleh Pengerusi Tetap PAS kawasan Tanjong, Zaidi Abu Bakar, bersama kumpulannya mencabar Karpal supaya melangkah mayat mereka dulu dalam mempertahankan fatwa Majlis Syura PAS.

Selain Karpal, Naib Presiden PKR, Azmin Ali turut “dibalun” habis-habisan oleh kumpulan tersebut dan mereka meWAJIBkan pucuk pimpinan PAS supaya bertindak keluar dari gabungan pembangkang serta merta.

Menurut mereka, akar umbi PAS di seluruh negara sudah tidak tahan lagi “diperguna”, “diperlekeh”, dan “dibisukan” sehingga mereka dilihat seolah-olah pengecut yang takut kepada DAP dan PKR sejak bergabung di dalam Pakatan Haram.

Turut dikutuk kumpulan itu ialah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Salleh Man, dan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri Datuk Abdul Malik Abul Kassim yang dilihat “selesa berkerusi empuk” di sebelah Lim Guan Eng yang mencetus kemarahan umat Islam berhubung isu berkenaan.

Melihat kemarahan akar umbi PAS tersebut, saya tertanya-tanya, apakah respon balas yang bakal diambil oleh pucuk pimpinan PAS?

Apakah mereka masih lagi tidak sedar-sedar diri diperkotak-katikkan oleh DAP dan PKR yang selama ini menjadi “sahabat syaitan” PAS untuk menjatuhkan sebuah Kerajaan Islam Malaysia yang diketuai oleh saudara seagamanya?

Apakah Abdul Hadi dan Nik Aziz masih lagi mahu mempertahankan hubungan “terlarang” mereka dengan DAP dan PKR? Sedangkan akar umbinya kini terlalu malu dengan kedudukan PAS yang sangat hina dipermainkan “sahabat-sahabat syaitan” mereka itu!

Sudah hampir lima tahun para penyokong dan akar umbi PAS menahan sabar dan memendam rasa malu mereka melihat PAS “dikeldaikan” DAP dan PKR.

Mereka sangat malu bila PAS tunduk pada desakan DAP dan PKR yang mahu parti mereka menggugurkan perjuangan menubuhkan Kerajaan Islam serta perlaksanaan hukum hudud yang dimansuhkan secara aib.

Boleh dikatakan hampir setiap hari para penyokong PAS di akar umbi menahan malu bila rakan-rakan mengusik mereka dengan sindiran pedih membayangkan PAS yang kini huru-hara, caca merba dan hilang arah tuju sejak “bersahabat dengan syaitan”.

Mungkin Hadi, Nik Aziz, Mat Sabu dan pucuk pimpinan PAS sanggup bermuka tembok kerana dijanjikan jawatan oleh Anwar Ibrahim. Mungkin kerana jawatan tinggi di dalam medan politik menjadi keutamaan para pemimpin PAS…

Tapi apa yang akar umbi PAS dapat? Mereka hanya dapat melihat bagaimana maruah diri mereka dan Islam dipijak-pijak oleh DAP dan PKR? Maruah diri yang tergadai, rasa malu yang amat sangat dan hilang kehormatan yang menghantui akar umbi PAS, bukan?

Mahukah pucuk pimpinan PAS mendengar suara akar umbi mereka yang sudah hilang sabar? Mahukah para pemimpin PAS keluar dari Pakatan Haram? Atau mereka lebih selesa untuk terus menjadi “keldai tunggangan” DAP dan PKR selamanya..?

Ada 24 Comments setakat ini.

  • PASpartyNGOK
    January 23rd, 2013 at 10:27 PM

    Pijak jangan tak pijak. Bakar saja lepas pijak.

    Sering kita pujuk hati kita utk jadi baik. Lupakan prasangka, berjanji utk kurang mengutuk.

    Tapi bila terbukak sesuatu, nampak sesuatu yg jijik, kita naik loya, hati otomatik jadi benci, menyampah, meluap. Terntanya… kenapa akau tertengok pulak benda sama macam ini.

    Ye gambar orang dgn doll made in china. Jijik sungguh manusia jadinya.

  • StinGray
    January 23rd, 2013 at 10:43 PM

    Selagi ada si tua kutuk tu dlm PAS, selagi itu lah ahLiPas2 diaibkan tak tentu hala…..

    ” Ya Allah Ya Tuhan Ku, engkau bukakan lah hati semua ahli2 PAS agar kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya,…engkau jauhkan lah mereka dari bisikan Syaitan yang sering disampaikan melalui pemimpin mereka yang bersahabat dgn Syaitan….” Amin…..

  • Mat
    January 23rd, 2013 at 10:44 PM

    Dan akhirnya ada jugak “org kita” bangkit… ayuh ajak lebih ramai lagi bangun jgn apa kata kita buat perhimpunan HKR 4.0 pulok lepas nie.. :)

  • mm
    January 24th, 2013 at 12:26 AM

    UMNO yg runsing..lepas tu tuduh org lain. Runsing sebab nak kalah..al maklum lah..tak biasa kalah..

  • raplahjingga
    January 24th, 2013 at 12:40 AM

    PAS akan tanggung bala aib sampai bila-bila, itu janji Allah kepada perosak agama dan penyokong liwat.

  • baba
    January 24th, 2013 at 1:14 AM

    pas mana ada maruah yg nak hilangkan aib dia.

  • Brother_Borak
    January 24th, 2013 at 1:38 AM

    Masih ada lagi sekumit ahli Pas yang tidak bersetuju dengan pucuk pimpinan. Masih ada lagi sekumit iman pada akar umbi Pas. Mereka masih lagi tidak mabuk dengan kuasa politik kecuali mereka-mereka yang mabuk kuasa politik dan wang kerana minum Pasberg.

  • gambus
    January 24th, 2013 at 1:49 AM

    PAS tak runsing pasal mereka bersama Pakatan akan menyokong kalimah Allah digunakan dalam bible … hina punya orang

  • yeop
    January 24th, 2013 at 2:22 AM

    kalah ape benda nye yop mm..
    pru12 pun BN tak tumbang, ini kan pulak pru13, pakatan haram sedang mabuk samsu haram, mike tau ker yop..
    laen kali pesan kat adik nik aziz, pukul BN bior sampai k.o. jangan pandai doa k.o jer tapi keroje malas..

  • EVLee
    January 24th, 2013 at 2:56 AM

    Nak bebas dari aib dan malu ngan Dap – depa pijak bendera Dap.
    Nak bebas dari aib dan malu ngan Pas – depa kena pijak le bendera hijau tu.

  • EVLee
    January 24th, 2013 at 3:00 AM

    Umno memang runsing…memikirkan gelagat da nasib saudara se Islam kat sebelah sana tu. Orang sakit kena pi cari hospital… sebab hospital tak leh cari orang sakit.

  • EVLee
    January 24th, 2013 at 3:12 AM

    Kalau Pas nak kuasa kira ok jugak tapi MASALAHnya depa cuma nak HANCURKAN Umno aje. Sebab tu depa ‘terjun’ masuk pakatan. Ingat ada win-win ka? Pas kasi kuntau, yg lain win, Pas lose. Yg lain kasi taici, depa win, Pas lose. Somma win-lose. Nawaitu tarak cantik..

  • mohdnasir
    January 24th, 2013 at 5:13 AM

    Pijak bendera hijau, terasa berdosa tak masuk syurga. Bila terantuk baru tengadah. Nasi sudah jadi bubur. DAP sudah mengheret mengheret PAS dengan tali seperti keldai hanya mampu oink… oink. Keluar sahajalah dari Pakatan Haram.

  • Tubir
    January 24th, 2013 at 8:54 AM

    Jangan cakap banyak……ayuh kita……ini soal mempertahankan akidah sepanjang hayat untuk genarasi muda dan seterusnya ……..kepada padri padri,dan ahli politik awas lu.

  • tengkudin
    January 24th, 2013 at 9:18 AM

    PAS sampai bila bila akan jadi barua dan hamba abdi DAP dan PGAyR……sampai luput la PAS..

  • bangKano
    January 24th, 2013 at 1:40 PM

    UMNO tak dak runsing pun la ni tapi pemimpin busuk hampeh PAS dah ketaq kepala lutut akibat kemarahan akaq rumput PAS desak pemimpin PAS keluaq dari Pakatan Rempong tu… Ikut kata PR akan ghamai puak puak di akaq rumput keluaq besar besaran dari PAS. Kalo ikut kehendak akaq rumput Pok Nik & Hadi Awang akan kantoi nak dapat jawatan menteri dalam kabinet PR jika menang PRU13 nanti.

    Ni la dilema PAS la ni…luah mati emak telan mati bapak…tu tanda awai PAS akan ghuyub dalam PRU13 besama sama DAP & PKR….!!!!

    What say you mm….????

  • WakKang
    January 24th, 2013 at 1:47 PM

    Tu nasib org PAS pijak bendera DAP je, kalau dia pijak sekali bendera PAS …..amacam.
    Tu la, jadi pemimpin jgn lah bongkak, takbur mcm Hadi dan Nik Aziz tu. Kena tau, siapa yg jadikan kamu pemimpin…..bukan kah ahli akar umbi kamu tu!! Dengarlah cakap mereka, denyut nadi dan hati mereka!!

  • WakKang
    January 24th, 2013 at 1:54 PM

    Kepada ahli akarumbi PAS semua, tuntutan kamu memang tepat. Selamatkan maruah PAS.
    Tapi kalau pemimpin kamu masih nak menyombong dan bongkak kerana dia merasa lebih berkuasa dari kamu, kamu seharusnya mengundi BN pada PRU13 yg tak lama lagi ni.
    Dan paksa pemimpinpemimpin kamu yg syok sendiri tu letak jawatan bila PAS kalah. Pilih pemimpin baru dan perbaiki semula parti PAS.
    Itu hak kamu untuk protes pemimpin diktator macam Nik Aziz dan Hadi ni.

  • Anak Lenggong
    January 24th, 2013 at 2:55 PM

    mm says:
    UMNO yg runsing..lepas tu tuduh org lain. Runsing sebab nak kalah..al maklum lah..tak biasa kalah..

    12:26 AM on January 24, 2013

    Kalau tak reti nak cakap baik ko dok diam saperti bujuk tu..sebab lagi ko keluarkan kenyataan makin nampak kebodohan ko..mm dah abis baca draf pindaan hudu pas tu ke..bawak mai sini aku nak tengok apa isinya..bujuk dah lama aku minta tak kasi pun..ataupun dia sendiri pun tak tau kat mana nak ambil draf pindaan tu cuma pandai menyebut hudud sebab dok dengar pemimpin Pas dok cakap kat ceramah.

  • raplahjingga
    January 24th, 2013 at 5:52 PM

    AL, draf hudud PAS ada 54 muka surat jer…dengan 54 muka surat tu depa ingat depa boleh mengawal pertadbiran negara majmuk seperti negara kita. Tu pun draf hudud kelantan dan terengganu adalah berlainan..Apa pun atas persetujuan bersama pakatan haram hudud PAS tidak lagi menjadi manefesto PAS.

  • selamber
    January 25th, 2013 at 4:03 PM

    aaaaaaaammmmmmiiiiiinnnnnnn….

  • mahadeykutty
    January 26th, 2013 at 12:34 AM

    Kalau kita nak berpolitik pun berpolitik lah. Tp kalu masih tak sedar yg diri kita sendiri tak cuci najis kat bontot jgn nak tuduh bontot org lain juga bernajis. bendera PAS atau DAP atau PKR atau Bee End boleh di perolehi dimana2. hanya yg terdesak aje sanggup mengguna bendera org lain untuk buat jahat. Lihat apa kata Menteri UMNO ni dalam akhbar Utusex kitab suci UMNO, akhbar yg paling banyak di saman di dunia dan akhbar yg paling banyak di dunia kalah dlm kes mahkamah.
    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm

  • along
    January 26th, 2013 at 4:10 PM

    Kepada pencacai UMNO, hampa semua kena tau sapa Hafiz Nordin tu dan kenapa dia marah sangat kat PAS….

  • raplahjingaa
    January 26th, 2013 at 8:09 PM

    hehe….hang tak boleh terima kebebasan bersuara ke ?? ubat memang pahit, lain la cough syrup untuk kanak-kanak bawah 10 tahun…rasanya manis, ubat tu la yang DAP dok bagi kat hangpa….maniskan ??

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.