|Laman Utama| MyKMU Forum | MyKMU WebTV | MyKMU Mobile Apps | MyKMU Mobile Site | MyKMU RSS Feed| MYKMU E-MEL: mykmunet@gmail.com
Editor: tengkudin | Diterbitkan pada: 9 January 2013| Kategori: RENCANA | 10 Comments »

Kenapa PAS Bagi Tanah Kepada DAP?

 

Sehingga saat ini rakyat Kelantan masih bingung dan tercari-cari apa rasionalnya sehingga mendorong Kerajaan PAS Kelantan meluluskan pemilikan tanah pajakan seluas 10,526 ekar di Gua Musang kepada pemimpin Cina DAP dari Perak.

Rakyat pribumi sendiri masih dibelenggu masalah hak milik tanah sekalipun sudah berpuluh tahun membanting tulang meneroka kawasan berkenaan demi sesuap nasi, alih-alih Cina DAP dari luar pula yang sakan meraih laba keuntungan sehingga tahun 2092.

Untuk baki selama 79 tahun lagi dari sekarang hak milik pajakan tanah tersebut terus menjadi milik Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koh Ham dan sepupunya Nga Kor Min melalui syarikat swasta Upaya Padu sdn Bhd yang baru mereka ambil alih baru-baru ini.

Soalnya kenapa dan apa jasa pemimpin DAP Perak itu kepada negeri ini sehinggakan keutamaan pajakan tanah yang luas mata memandang itu hanya dinikmati oleh mereka? Sedangkan sekelumit manfaat daripada mereka untuk menambah baik taraf kehidupan rakyat marhaen negeri ini langsung tak kelihatan.

Padahal bukannya tidak ada syarikat berwibawa dan individu usahawan berkaliber yang terdiri daripada anak Melayu Kelantan yang jika diberi peluang seperti itu tentu sahaja akan memanfaatkannya demi kebaikan negeri dan anak watan sendiri.

Kedua-dua pemimpin DAP Perak itu pula bukannya memiliki latar belakang sebagai usahawan genuine yang berjaya, sebaliknya sekadar pemimpin politik.

Kalau pun PAS begitu terhutang budi mahu membalas jasa dek kerana sokongan DAP kepada perlantikan pemimpin PAS Perak, Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak tidak berapa lama dulu, bukan begini caranya.

Cukup-cukuplah beribu ekar tanah di Perak diluluskan hak milik tanah 999 tanah di sana kepada Cina-Cina DAP, buat apa lagi di beri habuan tanah pajakan berpuluh tahun di Kelantan untuk memuaskan nafsu serakah pemimpin DAP pula.

Dengan keluasan 10,526 ekar tanah di Kelantan itu yang hampir menyamai luas Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat di Putrajaya, sekiranya Kerajaan PAS Kelantan mengikut kaedah penganugerahan hak milik tanah mengikut acuan FELDA bermakna sekitar 1,000 buah keluarga bakal beroleh manfaat berupa tanah seluas 10 ekar tiap-tiap keluarga.

Tapi disebabkan kepentingan politik dan dikaburi puncak kuasa yang tidak pasti, akhirnya tanah yang merupakan amanah rakyat itu hanya memberi manfaat kepada beberapa kerat politikus dan kroni pemimpin DAP dalam syarikat itu sahaja.

Lebih menyakitkan hati rakyat bila mana hasil bumi Kelantan berupa kayu kayan balak yang nilainya berjuta-juta ringgit terus mengalir ke tangan orang lain. Bagaikan mengulangi sejarah air mata rakyat di awal dekad 1960-an dan 1970-an dulu di mana hasil bumi negeri di lebih 300,000 ekar tanah menjadi habuan sebuah syarikat milik Cina Singapura juga melalui kaedah pajakan tanah.

Patutlah lebih 90% para peneroka FELDA di serata tanah rancangan seluruh negara begitu alergik dengan PAS, tentunya berkait rapat dengan kebimbangan yang hak milik tanah mereka bakal tergadai atau dipajak kepada Cina DAP atau Cina SIngapura seandainya PAS diberi muka memijak sesuka hati wilayah yang mereka pertahankan.

Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh sahaja mengugut rakyat dengan ancaman tindakan undang-undang dan saman misalnya dalam usaha untuk menutup kebenaran, namun rakyat tidaklah bodoh untuk terus berdiam diri membiarkan saja harta benda negeri dan hasil buminya terus mengalir ke tangan DAP.

Dari Timur ke Barat, dari Utara ke Selatan Kelantan di setiap jajahan negeri ini ada sahaja suara-suara anak Kelantan yang bangkit menuntut jawapan konkrit. Kenapa, mengapa dan untuk apa tanah Kelantan dibiarkan menjadi milik DAP?

Rakyat Kelantan menanti jawapan hari demi hari, namun yang ada cuma jawapan bersimpang siur daripada Kerajaan Negeri yang terus berbelit sambil menegakkan benang yang basah.

Jika beginilah gaya PAS memerintah negeri, sikit-sikit pajak tanah, sikit-sikit tebang balak yang sebahagian besar hasilnya hanya menguntungkan segelintir manusia haprak sahaja, usahlah menangis tak berlagu bila PRU 13 tiba kelak rakyat bangkit membuang PAS jauh terperosok ke dalam longkang.

 

Ada 10 Comments setakat ini.

  • lady_j
    January 9th, 2013 at 9:56 AM

    even kalau ni halal sekalipun (wpun rasanya tak), bukankah ini menyalahi laungan kronisme dan nepotisme yg disalak PR sebelum ni? kalau suami shahrizat dapat nfc kemain dibising seolah2 penyalahgunaan kuasa sedangkan sampai la ni 1 kesalahan pun tak dapat ditunjukkan, tapi yg di atas? yg dah diakui semua pihak pembangkang yg terlibat?

    tapi i yakin, penyokong pembangkang akan buat2 tak nampak n tak komen di atas, sebaliknya akan attack umno yg lagi jahat kununnya. seolah2 nak cakap kami takpa buat dosa asal tak banyak kununnya. sedangkan umum mengetahui yg umno akan membuang dan menghukum terus mana2 pemimpin yg buat salah, tak mcm pembangkang yg akan mempertahankan pemimpin2 korup mereka sampai ke lubang cacing.

  • Anonymas
    January 9th, 2013 at 12:15 PM

    “10,526 ekar tanah”

    FUUUUUUUUUUUUUH BESAR OOOOO

    boleh la buat bazar tok guru, ladang rakyat, lebuhraya rakyat dan lain lain!

    (semua di atas adalah projek terbengkalai)

  • Anonymas
    January 9th, 2013 at 12:18 PM

    Die orang buat dosa banyak-banyak takpe sebab gerenti masuk syurga. “Necessary Evil” bak kata orang puteh.

  • WakKang
    January 9th, 2013 at 8:10 PM

    Alaaa.. Kalau korang peratikan perangai 2 berok DAP tu, perwatakan, gaya respond dan cara bercakap …..sah mereka ni spesis kongsi gelap. Korang ingat nik ajis ada beranip ke nak bangkang mereka ni ….. Sengeh sengeh aje lee bila kena gertak gengster ni …tu yg tergadai semua tanaho tu. tau dahhhh…….deal dengan specis mcm 2 brok tu mesti ada tradein punya.

  • freemalaysiakini
    January 10th, 2013 at 9:08 PM

    Visit Freemalaysiakini2.com No subscription needed.

  • shawny
    January 20th, 2013 at 10:12 AM

    Kerajaan Kelantan menerima dengan terbuka syor diadakan sebuah suruhanjaya bagi menyiasat secara terus berhubung isu pajakan tanah seluas 4,000 hektar kepada syarikat yang kini dimiliki dua pemimpin DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming.

    Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pihaknya terbuka kepada apa jua bentuk siasatan kerana kerajaan negeri sentiasa mengamalkan dasar telus dalam pentadbirannya.

  • DataCode
    February 2nd, 2013 at 8:20 AM

    Kerja terbalik hampas,,Tanah-tanah yang diterokai rakyat dirampas pula untuk dijadikan ladang rakyat sehingga berubah menjadi ladang air mata rakyat.yang peliknya rakyat meskin sepatut dibantu terlebih dahulu,tapi dasar hamPAS kelapa yang dibawa Pas berbeda,apabila yang kaya raya di beri peluang sebegitu rupa.memang hamPAS

  • haprak (HAncur Pakatan RAKyat)
    February 14th, 2013 at 12:16 PM

    mane ko dapat berita ni? kerajaan negeri mengamalkan dasar telus kepala taik, syarikat cina dapat untung juta2, org kelantan dapat debu tanah je

  • yusofhamid
    February 17th, 2013 at 5:00 PM

    bukan setakat tanah,bini pun nak bagi juga kat DAP,itu pun kalau DAP mau.

  • yusoff hamid
    February 17th, 2013 at 8:47 PM

    nik aziz,hadi awang,mat sapu(sabu)bukan setakat tanah bagi kepada DAP,bini depa pun,depa nak bagi kalau DAP mau.
    itulah pemimpim PAS yang cetek dalam bidang ugama tak sedar diri

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.