Menu Utama

January, 2013

 

DAP takut MEDIA…Cakap Tak Serupa Bikin


Kajian UPM: Najib Lebih Layak Dari Anwar

  Bila-bila masa sahaja dari sekarang Dewan Rakyat akan dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRU 13 yang dijangkakan oleh ramai pemerhati politik sebagai pilihanraya yang paling sengit dalam sejarah negara. Dari segi rekod PRU 12 2008, memang benarlah PRU 13 ini cukup hangat dan sengit kerana ia merupakan penentu samada BN akan meneruskan kesinambungan pemerintahan ataupun gabungan longgar parti pembangkang, PR pula yang akan mengambil alih terajunya. Namun jika perkembangan semasa diambil kira, besar kemungkinan PRU 13 akan menyaksikan BN mengulangi kejayaan yang hampir sama seperti yang dicapai pada PRUBaca Lagi


Kumpulan Anti Lynas Masuk Politik!! Apasal Tak Terkejut?

DARI awal semua orang UMNO dan sebahagian besar rakyat Malaysia ini tau, bahawa semua NGO seperti Anti Lynas, Bersih, ANAK, Ayah, Ibu, Pak Mertua, Datuk saudara dan sebagainya yang ditubuhkan Anwar Ibrahim (secara air liur) mengikut segmen perjuangan masing-masing, adalah NGO politik pro Pakatan. Sudah tentu mereka tidak mahu mengaku, sebaliknya diaturkan supaya kumpulan ini kelihatan sebagai NGO yang terpisah dari politik dan pemimpin pembangkang hanyalah pihak yang menyokong perjuangan mereka (majoriti bertujuan menjatuhkan kerajaan). Tidak pernah sesekali rakyat Malaysia ini percaya kesemua NGO ini adil, bebas dan sebagainya sepertiBaca Lagi


Fadhil Noor Pun Mungkin Masuk UMNO…

“Hebat” sungguh jangkaan Tamrin Ghafar apabila berkata bahawa arwah bapanya, Tun Ghafar Baba akan keluar parti dan menyertai PAS lebih awal darinya sekiranya pejuang UMNO itu masih hidup sehingga kini. Dalam ceramah tersebut, dia memberitahu bahawa pernah aktif di dalam UMNO selama 40 tahun sebelum meninggalkan parti keramat Melayu itu pada tahun 1995 kerana kecewa, kononnya “UMNO telah lari dari perjuangan asal”. Dia turut memberikan contoh Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Hussein Onn yang keluar UMNO dan meninggal dunia bukan sebagai ahli parti itu. Lancang sungguh mulut TamrinBaca Lagi


Agenda Pluralisme Sedang Dikembang Biak Oleh PR

Semasa lawatan oleh bekas Presiden Indonesia, BJ Habibie ke Malaysia atas jemputan ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim awal Disember lepas, beliau ada menegaskan, “pluralisme adalah satu kekuatan, Indonesia dan Malaysia untuk hidup dalam masyarakat majmuk.” Tambahnya lagi, elemen pluralisme itu perlu dipertahankan kerana ia merupakan faktor khas yang berjaya mewujudkan keharmonian dalam masyarakat yang pelbagai kaum dan agama. Jelas seperti Habibie bangga dengan amalan pluralisme yang diamalkan di Indonesia termasuklah kewujudan penganut Islam berkahwin dengan orang Kristian, tanpa perlu non muslim itu bertukar agama, barangkali keunikan ini mahu terus dipertahankanBaca Lagi


Kematian William: Polis Patut Panggil Kit Siang Juga

LIM Kit Siang bukan sahaja pemimpin DAP dan pembangkang, tapi cina tua asal Johor ini adalah juga seorang hakim, pendakwa, peguam,  polis dalam masa yang sama.  Kalau ada lebih ramai orang macam Lim Kit Siang nescaya jimat kos mahkamah kita sebab dia boleh jalan semuanya, dengan sekaligus. Bukti? Baru-baru ini, dalam masa polis pun masih menyiasat kematian kanak-kanak berusia 6 tahun bernama William Yau Zhen Zhong, Kit Siang tampil dengan mesej Twitter, menuduh UMNO terlibat sehingga menyebabkan negara ini tak selamat dan seterusnya kanak-kanak tersebut mati. Masuk akal atau tidak ituBaca Lagi


Lawatan Nik Aziz Ke Pulau Pinang: Kenapa Tiada Perbincangan Tentang Isu Kalimah “Allah”?

Kecoh betul di laman lidah rasmi PAS, Harakahdaily dan blog-blog pro-PAS semalam mengenai kunjungan Mursyidul Am PAS ke Pulau Pinang dan telah mengadakan pertemuan dengan seorang Bishop Katolik, Sebastian Francis di sana. Kononnya, dengan pertemuan antara Nik Aziz dan Bishop tersebut, ia akan meredakan ketegangan yang tercetus dari isu penggunaan kalimah “Allah” di dalam Bible berbahasa Melayu untuk edaran di Semenanjung Malaysia. Malah dalam lawatan Nik Aziz ke negeri jajahan Guan Eng itu, dia telah menyambut harijadinya di kediaman Pengerusi DAP dan Karpal Singh telah menghadiahkan sebiji kek harijadi padanyaBaca Lagi


KFC :Surat Terbuka Kepada Menteri Besar & Ahmad Zaki Zahid

Ke Hadapan YAB Dato Haji Abdul Ghani Othman. Isu penjualan KFCH yang mana JCorp mempunyai kepentingan majoriti kembali hangat menjelang pilihan raya umum ke-13. Sama ada ia dirancang oleh pihak tertentu atau atas “kebebalan” Lembaga Pengarah JCORP sendiri sukar dipastikan. Setahun lalu isu Kentucky Fried Chicken (KFC) riuh-rendah apabila Johor Corp bercadang untuk menjual syarikat makanan terkemuka ini. Alasannya ialah Johor Corp memerlukan wang tunai segera untuk mengatasi masalah hutangnya yang bernilai RM 6 bilion. Setelah mendapat bantahan dan kritikan pelbagai pihak, isu penjualan KFC Holdings ini tiba-tiba senyap tanpaBaca Lagi


Konvensyen Khas PR Perkenal Manifesto, Boleh Percaya Ke?

PAKATAN haram ini dilaporkan akan mengadakan Konvensyen Khas sebelum pilihanraya umum bermula, antara lain untuk memperkenalkan Manifesto Pakatan Rakyat – walaupun Pakatan Rakyat tidak akan bertanding dalam pilihanraya, sebaliknya masing-masing parti DAP, PKR dan PAS. Biasalah, hanya orang bodoh sahaja yang akan percaya puak-puak ini berkomponen seperti mana BN. Ramai orang hairan, bagaimana setelah kantoi menipu beberapa kali kerana gagal melaksanakan manifesto 2008, malah Menteri Besar Selangor mengisytiharkan pulak manifesto bukan perjanjian, Pakatan haram ini masih ingin memperkenalkan manifesto untuk pilihanraya umum yang akan datang. Siapa nak percaya? Tapi iniBaca Lagi


MAJLIS SYORU PAS