|Laman Utama| MyKMU Forum | MyKMU WebTV | MyKMU Mobile Apps | MyKMU Mobile Site | MyKMU RSS Feed| MYKMU E-MEL: mykmunet@gmail.com

Editor: dukeofmontecristo | Diterbitkan pada: 22 December 2012| Kategori: dukeofmontecristo,Utama | 7 Comments »

Ronnie Liu Dan Pusat Maksiat Di Selangor Tak Dapat Dipisahkan Selamanya…

Siapa tidak kenal dengan negeri Selangor yang berubah dari sebuah negeri paling maju kepada sebuah negeri yang dipenuhi dengan pusat-pusat maksiat, premis hiburan, rumah-rumah urut dan pusat judi selepas Pakatan Haram mengambil alih negeri itu pada tahun 2008.

Baru-baru ini sebuah akhbar berbahasa inggeris telah menyiarkan laporan di muka depan tentang kegiatan perjudian semakin berkembang di beberapa kawasan di Lembah Klang termasuk Petaling Jaya, Klang, Sungai Buloh, Selayang, Batu Caves, Rawang, Gombak dan Kepong.

Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu “The Don”, mengulas bahawa “tidak banyak” yang mampu dilakukan oleh pihak PBT di bawahnya dan menggesa agar pihak polis khususnya supaya bersikap pro-aktif untuk mengambil tindakan terhadap pusat-pusat maksiat tidak berlesen itu.

Kenyataan Ronnie itu seolah-olah dia cuba menggambarkan bahawa pihak polis tidak mengambil berat tentang masalah pertumbuhan premis-premis maksiat di Selangor dan bersikap lepas tangan, dalam pada masa yang sama Ronnie cuba menyelamatkan dirinya dan PBT dari dipersalahkan.

Secara umum, kita pernah menyaksikan satu kes yang jelas menunjukkan betapa Ronnie begitu sayangkan pusat-pusat hiburan dan maksiat di negeri Selangor apabila mengherdik tindakaan JAIS yang menyerbu beberapa pusat hiburan di kawasan Subang Jaya dahulu.

JAIS yang ketika itu bertindak dengan restu Exco Agama Selangor ketika itu, Datuk Dr. Hasan Ali, telah dikecam dan Ronnie dikatakan telah menggunakan kuasanya untuk menghubungi Menteri Besar, Tan Sri Khalid “Gagap” untuk menyelesaikan masalah serbuan JAIS itu.

Dalam tindakan Ronnie itu, dia dilihat sangat condong menyebelahi pusat-pusat maksiat yang diserbu dan melarang JAIS untuk melaksanakan tanggungjawabnya terhadap orang Islam yang “bermaharajalela” di pusat tersebut.

Dikatakan bahawa bermula titik tolak itulah maka Ronnie Liu dianggap sebagai “The Don” kepada pusat-pusat maksiat dan perjudian yang tumbuh menggila di negeri Selangor, sama ada yang berlesen mahupun yang tidak berlesen.

Pernah juga kita dikejutkan dengan dakwaan masalah dalaman DAP di mana salah seorang bekas pemimpin parti itu mendakwa tentang Ronnie Liu yang dilibatkan sebagai salah seorang “taiko” kongsi gelap yang mengawal premis-premis hiburan, maksiat dan judi di Selangor dan Lembah Klang.

Ketika itu Ronnie marah sungguh dan menafikan dakwaan tersebut. Namun sehingga kini dia tidak memfailkan saman terhadap bekas pemimpin DAP tersebut. Bak kata pepatah Melayu, “jika tiada angin yang bertiup, takkanlah pokok akan bergoyang”, bukan?

Dalam kebanjiran pusat-pusat maksiat, hiburan dan judi di Selangor, Ronnie baru-baru ini “berlakon” dan mengeluarkan kenyataan bahawa dia sendiri kononnya “hilang kawalan” terhadap premis-premis tersebut dan meminta pihak polis membantunya.

Kalau nak tahu hal sebenar, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah menegaskan bahawa pihak polis pernah menghantar ratusan permohonan sita kepada PBT Selangor, namun satu pun tidak dilayan oleh jabatan di bawah Ronnie Liu itu.

Berdasarkan rekod, pihak polis telah merampas 26,655 mesin judi daripada 7,809 serbuan dengan 2,054 tangkapan pada tahun ini sahaja.

Masalahnya, pihak polis tak boleh menyita premis-premis tersebut tanpa kelulusan PBT Selangor dan dipercayai “tauke-tauke belaan Ronnie Liu” itu kemudiaannya membawa masuk mesin-mesin judi baru bagi menggantikan bahan yang dirampas polis.

Itu baru pusat perjudian. Bayangkan bagaimana pihak polis nak sita pusat-pusat hiburan, rumah urut dan lain-lain kelab malam yang melanggar undang-undang jika Ronnie Liu tidak memberikan kerjasama kepada pihak polis?

1,000 kali serbu pun, premis itu tetap akan ada disitu dan “tauke-tauke”nya dikatakan bersedia dengan mesin-mesin baru dan “chinadoll-chinadoll” baru untuk kembali beroperasi seperti biasa. Di mana keberkesanannya?

Jelaslah di sini bahawa masalah pusat-pusat maksiat di Selangor tidak akan dapat diselesaikan selagi Pakatan Haram mentadbir negeri itu dan bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya mereka mentadbir negara.

Nak diharapkan PAS? Maaflah, silap-silap mana-mana pemimpin PAS yang buka mulut, dia akan senasib seperti Hasan Ali. Dan PAS akan tetap menjadi “balaci” yang menguruskan soal “nikah kahwin” saja sampai bila-bila…

Ada 7 Comments setakat ini.

  • zumazore
    December 22nd, 2012 at 4:44 PM

    Ronnie Liu “The Don” ok gak sebab tiada larangan keras dalam ugama dia, tapi yang MAHA MENGHAIRANKAN Ialah PAS yang konon-konon nya AMAT ISLAM sehingga MENGKAPIRKAN UMNO, boleh lak duduk MACAM TAK ADA PERASAAN..
    yang menyokong PAS sila semak semula akidah PAS tu!!

  • PASpartyNGOK
    December 22nd, 2012 at 5:07 PM

    Jika DUN Sungai Rapat Hamidah Othman (yang mendedahkan perihal tanah 30Juta yang dirasuahkan oleh Nik Ajis kepada DAP) diugut oleh Khor Ming seorang pemakan babi, bayangkan berapa banyak lagi kes ugut mengugut yang akan berlaku, sedang dan sudah berlaku.

    Kepada yang pernah diugut serupa ini memilih utk berdiam selepas itu mungkin kerana tak kuasa. Yang mana miliki semangat juang tinggi akan meneruskan saja walau diugut sehebat mana.

  • PASpartyNGOK
    December 22nd, 2012 at 5:13 PM

    Pemakan babi disini serupa jugak dgn counterpart mereka di Hong Kong dll yang survival mereka terarah pada budaya gangsterism, judi serta segala macam maksiat.

    Gangsterism kaum cina dlihat reda tahun2 kebelakangan ini kerana tempat mereka diisi oleh india dan melayu rempit. Tetapi gangster cina sebenarnya bergerak cara yg agak lain. Mereka masih ada disitu sebenarnya.

  • PASpartyNGOK
    December 22nd, 2012 at 5:14 PM

    SPRM perlu bergerak cepat bukan saperti cara yg mereka buat di kelantan.

  • Mohd Taib Kamin
    December 22nd, 2012 at 6:54 PM

    Disebalik pusat2 maksiat ini biasanya ada kegiatan kongsi gelap. Ketika BN memerintah Selangor, bilangan pusat urut berlesen adalah dibawah 1000 buah. Hari ini dibawah PR pusat2 maksiat seperti rumah urut dilapurkan berjumlah lebih 4000 buah. Pertambahan sebanyak 400%. Bayangkan jika satu bulan setiap pusat maksiat tersebut membayar wang perlindungan sebanyak rm1000 kepada kumpulan samseng. Mereka akan mengutip sejumlah rm4,000,000 sebulan. Setahun rm48 juta. Soalnya siapakah ketua Sindikit ini? Mungkinkah Ronie Liu? Segalanya mungkin.

  • mRsTURDY
    December 23rd, 2012 at 2:51 PM

    Segera rakyat bersihkan Selangor dgn menolak PUKITAN RAKYAT dlm PRU tahun depan. Mengekalkan PR bererti anda mengundang BALA daripada ALLAH..Pernah sebuah wilayah yg bergelumang maksiat diserang wabak taun yg dahsyat.

  • Anonymas
    December 23rd, 2012 at 11:18 PM

    “Ronnie Liu menggesa agar pihak polis khususnya supaya bersikap pro-aktif untuk mengambil tindakan terhadap pusat-pusat maksiat tidak berlesen itu”

    Padahal dia sendiri yang menghalang tugas polis dengan tidak mahu bekerjasama. Siap halang polis daripada menyita atau menyerbu. Semua tu sumber pendapatan dia jugak.

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.