Menu Utama

DAP Merungut Telah Dijangkiti “Virus” Bawaan Anwar?

Percaya atau tidak, di mana saja Anwar Ibrahim berada maka di situ akan wujud budaya politik wang sehingga mampu menggugat dan mencemarkan budaya yang terdapat di dalam mana-mana parti yang dia jangkiti.

Selesai mendapat ijazah am jurusan Pengajian Melayu di Universiti Malaya (UM), Anwar Ibrahim menyertai UMNO meskipun dia sebelum itu sangat rapat dengan PAS dan merupakan anak angkat kepada salah seorang tokoh PAS, Allahyarham Yusuf Rawa.

Sejak menyertai UMNO pada awal tahun 80’an, Anwar pada mulanya dilihat begitu “naif” dan seolah-olah “lurus bendul” apabila dia perlu digilap serta diajar serba serbi, termasuk cara berpakaian dan penampilan diri.

Tapi, jangan sangka “tiada buaya di air yang tenang”, Anwar sebenarnya lebih “ganas” dan “merbahaya” dari buaya!

Dalam diam, dia memperkenalkan virus terbaru di dalam UMNO ketika itu dengan mengamalkan budaya politik wang sehingga ramai tokoh-tokoh yang lebih banyak berjasa di dalam parti tumbang terkena “virus” tersebut.

Di antara yang pernah dikhianati Anwar ialah bapa Tamrin, Allahyarham Tun Ghafar Baba, yang kalah teruk akibat tindakan Anwar melayangkan ratusan keping “pink form” dan beg-beg berisi wang yang entah dari mana dia peroleh.

Sejak Anwar menyertai UMNO, parti keramat bangsa itu diserang “virus” tersebut tanpa rasa bersalah dan dipercayai bahawa tujuan “virus” itu diperkenalkan Anwar cuma satu sahaja iaitu “menjadi Perdana Menteri”.

Mujurlah perangai keji Anwar itu dapat dikesan awal dan dia dipecat lebih awal sebelum dia sempat menghancurkan UMNO dan negara.

Seterusnya, Anwar menubuhkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui isteri dan orang paling kanannya, Wan Azizah dan Ezam Mohd Noor. Dia tahu Azmin tak tahu buat kerja, mungkin sebab itu dia tidak suruh Azmin tubuhkan parti.

Dan cuba lihat gelagat ahli-ahli PKR pada setiap kali pemilihan pucuk pimpinan parti diadakan. Jika tidak ada politik wang, maka tidak sahlah itu pemilihan untuk PKR. Kerusi berterbangan, penumbuk dan terajang bersilih ganti.

Lebih menarik, ahli-ahli yang mengundi pun terpaksa disogok dengan wang untuk hadir ke mesyuarat pemilihan. Jika tidak ada “sogokan”, maka tak cukup korum dan dewan akan kosong bagai tiada apa-apa yang berlaku…

Bila PKR bergabung dengan PAS dan DAP. “Virus” politik wang itu menular pula ke dalam kedua parti pembangkang itu.

Pada muktamar-muktamar PAS yang lalu, bukan sedikit rungutan dan bisik-bisik di kalangan lebai-lebai PAS yang memperkatakan tentang “wang saku”, “sedekah”, “jariah ehsan”, “duit kopi” dan seangkatan dengannya.

Jenuh juga puak-puak PAS itu mengutip “wang ehsan” dalam pemilihan yang menyaksikan golongan ulama di dalam parti itu “dinyahkan” dari saf kepimpinan parti tersebut!

Terkini, ADUN Sekinchan, Ng Sue Lim pula merungut tentang wujudnya bibit-bibit politik wang yang mula menular di dalam pemilihan pucuk pimpinan DAP yang sedang berlangsung di Kongres Kebangsaan DAP di Pulau Pinang.

Katanya, walaupun tidak jelas, budaya politik wang itu sudah mula menular di dalam parti itu sehingga mencetus kerisauan di kalangan pemimpin DAP yang hadir di Kongres berkenaan.

Pokok pangkalnya, sejak Anwar menggabungkan PKR dengan PAS dan DAP, dia turut membawa “virus” politik wang untuk dijangkitkan kepada parti-parti tersebut, sebagaimana yang dia pernah lakukan kepada UMNO suatu ketika dulu.

Teruk juga Datuk Seri Najib berusaha membersihkan “virus” keji yang dibawa Anwar Ibrahim itu di dalam UMNO dan alhamdulillah, penyakit yang disebabkan oleh pemilik OMEGA itu semakin pulih di dalam parti keramat tersebut.

Itulah hakikat yang terdapat di dalam diri Anwar. Dia mana dia berada, kita akan dapat melihat budaya jijik itu berada. Manusia jenis apakah ini dan apakah orang ini yang mahu dijadikan Perdana Menteri? Layakkah dia..?






29 Komen to DAP Merungut Telah Dijangkiti “Virus” Bawaan Anwar?

  1. bujuk says:

    Aku tertarik isu Ibrahim Ali berbai’ah (tiru PAS) sokong calon BN. Cuma musykil siapa calon BN d Pasir Mas sebab IA kata dia akan bertanding pertahankan kerusi Pasir Mas. Apakah BEBAS dah jadi ahli BN atau PERKASA jadi ahli baru BN sebab UMNO tak mungkin terima IA sebab telah d pecat seperti Anwar(AI). Takkan IA minta perkasa undi UMNO lawan dia…

    • raplahjingaa says:

      Aik bukan ka dia calon PAS PRU12 ke ??
      PRU13 dia akan bertanding atas tiket PAS kot…hehe

    • P164 says:

      Politk adalah politik.
      Mana tau UMNO x letakan calon di perlimen Pasir Mas pru nanti..
      Dalam Politk macam-macam boleh berlaku.
      Mungkin umno akan beri kan laluan kepada PERKASA.
      Kita tunggu dan lihat…

    • Jokiden says:

      Jokiden sotuju dengan posting pasal ‘virus’ ni. Ia jelas dan nyata tentang budaya yg di bawa oleh Nuar.

      Tentang Ibrahim Ali, dia tidak berselindung. Dia dan Perkasa menyokong UMNO/BN tetapi dia akan tetap mempertahankan Kerusi Pasir Mas dan juga perlukan sokongan UMNO/BN. Dia juga tidak menolak untuk bekerjasama dgn Pas atau PKR…fikirlah sendiri..

      Kes di Bayan, Gombak, Kulim, Wangsa Maju serta Pandan ada sedikit persamaannya.. Susah jugak ni..

    • gambus says:

      weii bujuk kaki fitnah ,kau melalutkan cakap apa ni ?? .. PAS punya berbai’ah habis dia libatkan anak bini dan keluarga ..

      itulah PAS demi DAPigs dan Kuasa , jangankan agama mereka jual habis satu keluarga pun dijual mereka .. itulah jadinya apabila lidah mereka dan pengikut dorang macam kau hari-hari menyebarkan fitnah

  2. Visit Freemalaysiakini2.com No subscription needed.

  3. Alyabu says:

    Fakta mengenai PAS:-

    1. PAS/UMNO bergabung dlm PRU74/PRU78..semua calun menang..sebahagian menteri kabinet disandang oleh PAS.

    2. PAS kesaorangan selepas di tendang keluar oleh BN (kerana busuk hati 4 pemimpin UMNO masa itu: Tun Hussain Onn, Tun Mahathir, Tun Ghafar Baba dan Tengku Razaleigh maka dlm PRU82/PRU86 kalah teruk

    3. PAS/Semangat 46 bergabung dlm PRU1990..PAS dapat tawan Kelantan

    4. PAS/PKR bergabung dlm PRU99..PAS tawan Kelantan/Terengganu

    5. PAS/PKR/DAP bergabung PRU2008..PAS tawan Kelantan/Kedah..DAP tawan Pulau Pinang..PKR tawan Selangor..Wilayah BN Bungkus..BN menjadi penyamun diPerak..

    6. PAS/PKR/DAP(PR) hentam BN dlm PRU2013..TAWAN PUTRAJAYA

  4. PASpartyNGOK says:

    Anwar bukan hanya mampu bawa virus sebegitu malah virus yang jauh lebih bahaya dari sekadar rasuah untuk mendapatkan undi.

    Virus yang lebih besar ialah virus fahaman kesamarataan beragama atau plurism yang dia memang bawa secara perlahan tetapi terang2an. Bahawa nama Allah boleh digunakan oleh sesiapa saja dan Melayu islam diharuskan murtad , jika murtad pilihan mereka. Virus bawaan siapakah ini jika tidak pembawaan Anwar bin Ibrahim.

    Virus lain introduksi Anwar ialah mengganas melalui demo jalanan. Anwar terlalu teruja dengan Arab Spring yang berlaku di Tahrir Square, Eqypt. Anwar sering bayangkan keganasan sedemikian boleh dibawa kesini dan rakyat merusuh, perbunuhan sehingga membawa tumbang kerajaan yang sah.

    Anwar berangan peristiwa sebegini, tanpa hiraukan akibat buruk yang bakal dilalui jika ini benar2 berlaku terhadap ekonomi, kemakmuran dan gaya hidup rakyat negara ini selama ini yang aman damai penuh makmor dan kesopanan. Jauh sekali dosa dan pahala, Anwar tidak pernah kaji. Kerana Anwar berjuang utk dunia nya saja, akhirat sesuatu yang kabur tidak jelas benar tidaknya. Itu tanggapan Anwar.

    Akhir sekali Anwar akan introducekan seks sejenis dan meliwat diboleh kan mengikut selera masing2.

    Itulah Anwar bin Ibrahim. Namun kepada sesiapa yang boleh menidakkan tulisan ini tolong lah tampil. Tolonglah beri fakta Anwar bukan nya begitu. Tolonglah berikan fakta kebaikan walau hanya satu yang pernah Anwar berikan pada negara kita… yang telah atau sedang dimenafaatkan oleh rakyat.

    Apa salah nya jika ada. kerana aku memang tak tahu, tak nampak kerana tak pernah dikabarkan.

  5. PASpartyNGOK says:

    Pendedahan C.N. al afghani membawa fakta lama yang diberi nafas baru. Ia membawa rakyat kesatu sudut yang lebih tepat kearah mengenali siapa manusia yang bernama Hadi Awang. Orang hanya kenal Hadi sebagai orang tua berjanggut, berjubah gedobos, berketayap puteh dan berbini empat. Orang juga kenal Hadi selepas dicalun kan untuk jadi PM menggantikan Datok Seri Najib. (Tahun bila kita tak tahu).

    Pendedahan ini memberitahu semua bahawa Hadi dan konconya beragama islam, yang lain semua kafir.

  6. PASpartyNGOK says:

    Brader, putar belit macam ini sudah tak laku, tak ada orang nak beli.

    Kerana apa yang berlaku ketika itu sudah terlalu jelas.. siapa yang buat apa. Siapa cakap apa. Kecuali pada tahun itu (98) anda baru lahir atau baru umur 5 tahun.. maka anda sepatutnya kurang tahu.

  7. abe says:

    Kalau tak menipu itu bukan anwar ibrahim namanya sebab menipu itu sudah sebati dengan diri dia.Sampai nak mati pun nanti dia akan tipu malaikat supaya jangan cabut nyawa dia. Anwar lu memang kaki penipu…

  8. omega says:

    PAS hanya pandai sumbang, iaitu SUMBANG MAHRAM.

Leave a Reply