Menu Utama

Betulkah Guan Eng Tidak Amal Budaya Nepotisme Dalam DAP?

Marah betul Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng apabila wujud dakwaan di kalangan para pemimpin dan ahli parti itu yang mengatakan bahawa dia adalah lambang budaya nepotisme dan mencemar imej DAP di khalayak umum.

Tidak mengaku dirinya sebagai sebahagian dari budaya nepotisme itu, Guan Eng sempat bertanya para perwakilan di Kongres Kebangsaan DAP semalam, apakah dirinya yang terpaksa merengkok di penjara itu merupakan salah satu tanda budaya tersebut.

Dia mendakwa, meskipun dia merupakan anak kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang, dan berjawatan Setiausaha Agung parti itu, dia tidak mendapat sebarang keistimewaan di dalam DAP.

Benarkah dakwaan Lim Guan Eng yang berjaya mempertahankan jawatannya di dalam DAP itu?

Apa kena mengena budaya nepotisme dengan peristiwa dia dipenjarakan dan benarkah dia tidak memiliki sebarang keistimewaan di dalam parti “chauvinis ultra kiasu” itu?

Memang benar Lim Guan Eng pernah dipenjarakan. Tapi, dia dipenjarakan kerana dia sendiri yang melanggar undang-undang di negara ini dan DAP tidak punya sebarang kena mengena di dalam peristiwa dia disumbat ke penjara dulu.

Kesalahan Guan Eng dulu dilakukan oleh dirinya sendiri dan bukannya dilakukan oleh DAP. Itu jelas.

Jadi, memandangkan Guan Eng didapati bersalah oleh mahkamah, maka jangankan DAP, malah Perdana Menteri sekali pun tidak dapat memberikan sebarang keistimewaan kepadanya untuk dilepaskan dari kesalahan yang dia lakukan.

Bila masuk bab undang-undang, tiada sesiapa pun yang dapat menafikan keputusan hakim mahkamah melainkan rayuan-rayuan yang dilakukan selepas keputusan itu berkeputusan sebaliknya.

Jadi, Guan Eng tidak wajar menggunakan peristiwa dia dipenjarakan untuk menafikan dakwaan nepotisme.

Sekiranya Guan Eng mahu menilai dirinya sama ada terlibat dalam budaya keji itu atau tidak, dia patut melihat pelbagai keistimewaan yang pernah dia nikmati sejak dia menyertai parti DAP itu, termasuk yang pernah diterima oleh keluarganya.

Bermula dari bapanya, Lim Kit Siang, Guan Eng perlu meneliti sehingga kepada isterinya, Betty Chew, anak-anaknya, kaum kerabat, saudara mara dan sahabat handainya yang mengecap kemewahan hasil jawatannya di dalam DAP.

Lihat saja kedudukan isterinya yang turut dilantik sebagai calon DAP ketika pilihanraya dan lihat pula keistimewaan yang dia terima ketika melancong ke Eropah pada hujung tahun lalu.

Saya yakin, sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencalonkan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai calon BN pada PRU ke-13, sudah tentu puak-puak Pakatan Haram akan meroyan menuduh beliau mengamalkan budaya nepotisme.

Tapi bila isteri Guan Eng dicalonkan dan menang sebagai ADUN di Melaka, apakah itu tidak melambangkan keistimewaan yang diperoleh Ketua Menteri Pulau Pinang dan Penasihat DAP itu?

Khabarnya pada akhir tahun lalu, Guan Eng dan keluarganya terbang “makan angin” ke Eropah selama lebih seminggu.

Menariknya, percutian mewahnya itu dikatakan telah ditaja sepenuhnya oleh seorang “tauke” yang berkepentingan di mana penerbangan mereka sekeluarga ditempatkan di “business class” Singapore Airlines yang berprestij dan mahal!

Itu belum lagi disebut mengenai rumah penginapan dan perbelanjaan melancong yang lain yang dikatakan turut ditaja oleh “tauke” berkenaan.

Persoalannya, sekiranya Guan Eng tidak punya sebarang keistimewaan di dalam DAP dan tidak mengamalkan budaya nepotisme, apakah dia dan keluarganya akan dilayan begitu istimewa sekali?

Pada saya, Guan Eng perlu menjelaskan kedudukan sebenar mengenai dakwaan-dakwaan tersebut kepada lebih 2,000 perwakilan DAP yang berkumpul di Kongres parti itu dan bukannya membandingkan budaya nepotisme dengan peristiwa dia dipenjara, bukan?

Hakikatnya, saya yakin bahawa satu Malaysia tahu apa yang berlaku di dalam DAP dan tak payahlah Guan Eng berikan contoh itu dan ini untuk menafikan dirinya yang mengamalkan budaya nepotisme.

Bukan setakat nepotisme, kronisme yang diamalkan di dalam DAP begitu menebal sekali apabila Guan Eng dan bapanya, Kit Siang, berjaya mendapat undi tertinggi di dalam pemilihan CEC parti itu. Nak nafi apa lagi? Mengaku sajalah…






42 Komen to Betulkah Guan Eng Tidak Amal Budaya Nepotisme Dalam DAP?

  1. zumazore says:

    nak berjaya dalam DAP amat senang sekali, iaitu tentang apa saja yang PAS dan UMNO/MELAYU sokong apa saja yang CINA buat sama ada salah atau betul maka confirm akan berjaya ke tahap tertinggi. WALAUPUN PAS dalam PAKATAN mereka tapi untuk pengetahuan ko orang PAS di jadikan bahan BELASAHAN! Itu yang terbukti dan yang tersirat bukan omong-omong kosong!
    so lepas ni PIKIR2 LAH SAPA TU DAP!

  2. Topup says:

    sama macam PKR parti parti keluarga

  3. StinGray says:

    Yang pastinya Lim Guan Eng ni TOKONG sembahan puak2 PAS untuk ke Putrajaya…

  4. Tasyahud Akhir says:

    Bukang setakat tokong, malah dilabel sebagai “kalipah” oleh PAS dan di doakan kesejahteraannya menentang Islam (dalam diam) oleh puak2 PAS, bukan doa solat sunat, doa masa solat jumaat tu. “Islamik” sungguh puak2 PAS ni.

  5. lynku says:

    lim guan eng tokong orang ciner, tapi nik aziz wali keramat lagi hebat sebab rata2 dalam rumah penganut agama pas sumer ada gambo wali keramat idup tu siap berbingkai mahal lagi. yang haramjadah nya gambo wali keramat ini dalam rumah ustaz ustazah yang menganut agama pas makan gaji kerajaan BN siap ada pangkat lagi. bila pegang jawatan penting lagi parah, sampai buku rekod dah sama banyak dengan haramkah.

    lim guan eng dan nik aziz memang tokong besor cuma bezanya sorang muda sorang lagi dah tua nak mampos.

  6. Visit Freemalaysiakini2.com No subscription needed.

  7. Moohyideeeeen says:

    Berapa juta org PR dah angkut?? Kalau benar, ada Laporan SPRM dah di buat??

    Sudahlah.. UMNO Part Pemfitnah 1 Malaysia. Ko cakap kat laki Kak Jat, suruh dia pulangkan wang rakyat dan hadapi tindakan mahkamah!

  8. bujuk says:

    Aku setuju ROSMAH bertanding PRU13 nanti sebab dia dah popular lebih dari Najib sekarang. Ingat senang ke suruh Sultan pahang gantung potret kita d Istana?
    Lagak dia pun dah ngalah menteri bila boleh ganti Najib rasmi projek2 k’jaan dan kementerian.

    • raplahjingaa says:

      Hang ni Bujuk….tak ada sapa pun buat usul, tiba-tiba hang sokong jer ?

      PAS sungguh la hang ni…sampai terbawa-bawa kat sini, sokongan membabi buta..

      • Topup says:

        nak buat cam mana dah di’brainwash’ oleh tok2 guru PAS . itulah “smart thingking” oleh cai2 PAS , tak heran depa buleh ikut ambiga”ampang” buat rusuhan sebab memang otak sudah ada “mental disoder”

      • bujuk says:

        tunM ada cadangkan Rosmah bertanding masa dia sinis Rosmah lebih popular dari Najib dulu…

        • raplahjingaa says:

          Hang ni bujuk…cari la isu lain yang boleh menunjukan hang tu ada jugak kemahiran berfikir….ni bawa cerita yang hang reka..lepas tu hang komen sendiri…

          dah makin desperate dah aku tengok hang bujuk….

        • gambus says:

          inilah otak yang cakap agama hari-hari TAPI sebenarnya mereka bercakap macam orang takde ugama , fitnah sana sini … fitnah tu apa hukumnya yaa bujuk ….

    • Tasyahud Akhir says:

      Dulu Tun Siti Hasmah di fitnah pembangkang kononnya merajuk kat Tun M yang dikatakan berkahwin lain. Sebabnya adalah kerana Tun HS tak berada bersama Tun M dan tak aktif macam Rosmah.
      Masalah betul la puak2 ni. Pada aku Rosmah teruskan aje lah kerja2 baik tu. Dulu pun aku hampir benci jugak kat Rosmah ni bila keluar cerita Altantuya.

    • gambus says:

      cehh apa yang boleh diharapkan oleh kaki penipu macam bujuk ni , haritu masa perasmian buku DS Rosmah si haramjadah bujuk ni bawak kenyataan fitnah mengenai percakapan Tun terhadap DS Rosmah ni ..

      inilah bajingan manusia tahap iblis , kaki fitnah dan pemutar belit , apa-apa yang keluar dari mulut dia ni memang celaka..

      Leas dia dah kantoi buat fitnah pasal kenyataan Tun tu , langsung satu perkataan maaf pun tak keluar TAPI dia terus tabur fitnah lain lagi .. cakap pasal agama tapi buat fitnah macam orang takde agama dan tak takut dengan hukuman Allah .. dasar kaki penipu dan fitnah punya bujuk

      • raplahjingaa says:

        alaaaa…kita dah kenal sangat bujuk ni, posting dia tak ada benda lain selain dari fitnah…apa yang boleh diharapkan dari munafikun yang setiasa mencari jalan untuk melemahkan ummah ??

        • gambus says:

          macam biasa saudara , bujuk akan lariiiii dan buat-buat buta untuk melihat post ini bila pelbagai fitnah dia yang telah kantoi seperti fitnah bujuk dengan memutar belit kenyataan Tun mengenai DS Rosmah

  9. Anak Lenggong says:

    Bujuk ngape pulak ko tak suruh nike ajis letak nama anak bini dan menantu dia ikut bertanding sekali..nanti boleh la dikata negeri keluarga nike ajis..

  10. Anak Lenggong says:

    Bujuk kalau ko nak bandingkan sumbangan rosmah serta kebaikan yang dilakukan sejuta kali lebih baik daripada bini ko kat rumah..

    • bujuk says:

      dan 1juta X jugak kerosakan dan kemusnahan yg. dia buat pada rakyat m’sia. Antaranya cara hidup bebas(peluk sukati dia je mana2 jantan), tak tutup aurat(walaupun bergelar 1 lady negara Islam M’sia), tak cerita isu kontrak PLKN dan wanita monggolia lagi… sorry ye kak ros… hehe.

      • raplahjingaa says:

        ooooo..hang bercakap pasal budak perempuan botak kat dataran tu ke bujuk ??

        memang memalukan budak tu…tapi dia cai PAS..so nik ajis dah ampunkan dia.
        so kira dah tak ada dosa la budak tu kan bujuk.

        hmmm….

      • Brother_Borak says:

        Ooo! Yang tu tak boleh. Oklah. Tapi macam mana pulak dgn ANUwar ganyang style China Doll tu. Boleh k? Usik bini orang, usik anak orang. Bini orang dia sapu anak orang pun dia sapu. Boleh pulak yang ini.

        • bujuk says:

          yg. haram semua tak boleh. Tapi menuduh tampa mendakwa tu zalim. Aku mintak korang dakwa lah Anwar tak kira mahkamah syariah atau sivil untuk buktikan dia bersalah. sebab dia dah NAFIKAN, itu bukan kerja dia.

      • anakbochek says:

        Ish, ish, kalau bandingkan Anwar dengan Rosmah lagi teruk Anwar. 1 billion X kerosakan dan kemusnahan yang dibawak oleh Anwar. Toron sukahati buntut jantan, tak tutup aurat sampai keluar video dgn anu bengkok tu, tak cerita isu RM 3 billion duit rakyat dan wanita chinadoll. Itu baru bapak, kalau anak dia siap sokong wanita Melayu Islam untuk murtad. Nama je bertudung tutup aurat tapi bawah tudung ada salib kot.

  11. Brother_Borak says:

    Nampak tak si pemakan babi ni punya perangai dan hati busuk. Kaum pemakan babi ini memang sengaja ingin menggagalkan sebarang usaha murni kerajaan. Dia pergi makan angin babi ke Eropah boleh naik guna Singapura Airline. Sedangkan dinegara kita ada dua syarikat penerbangan tapi penerbangan luar negara kita juga yang dipilih. Samalah macam di negeri Perak dulu dia beli Toyota Camry untuk kegunaan rasmi kerajaan Perak. Itu semua bertujuan ingin menjatuhkan produk negara kita Malaysia supaya negara kita dilihat sebagai gagal.

Leave a Reply