|Laman Utama| MyKMU Forum | MyKMU WebTV | MyKMU Mobile Apps | MyKMU Mobile Site | MyKMU RSS Feed| MYKMU E-MEL: mykmunet@gmail.com
Editor: dukeofmontecristo | Diterbitkan pada: 30 December 2012| Kategori: dukeofmontecristo,Utama | 39 Comments »

Hadi Tak Perlu 1 Jam, 3 Minit Sudah Memadai Baginya…

Setelah teruk didesak untuk menarik balik “amanat sesat” yang dilafazkan di depan puluhan ribu para penyokong PAS pada tahun 1981 dulu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi kini meminta satu jam dari media arus perdana untuk menjawab kontroversi yang dia timbulkan itu.

Abdul Hadi berkata, dia mahu bersiaran secara langsung di RTM1, RTM2 dan TV3 selama satu jam di waktu perdana dengan alasan supaya kenyataannya tidak diputar belitkan oleh mana-mana media berkenaan.

Kononnya, dengan memberi penjelasan selama satu jam itu dia akan mampu merungkai segala “dosa”nya dari tahun 1981 sehingga kini?

Saya tertanya-tanya, apakah Abdul Hadi fikir dengan bersiaran selama satu jam itu dia mampu menyelesaikan pepecahan umat Islam yang berlaku sejak amanatnya itu dicanang di seluruh Malaysia?

Mampukah tempoh satu jam itu menyatukan kembali puluhan ribu anak dengan ibubapa kandungnya setelah dikafirkan kerana menyokong UMNO?

Apakah dengan tempoh selama satu jam itu juga Abdul Hadi mampu merujuk kembali pasangan suami isteri yang terpisah hanya kerana perbezaan fahaman politik di antara mereka sehingga menyebabkan penceraian dan terpaksa akad nikah sebanyak 2 kali?

Apakah Abdul Hadi fikir dengan satu jam itu dia mampu membersihkan dosanya yang mengakibatkan kekecohan dan insiden memalukan yang berlaku terhadap jenazah yang enggan diuruskan hanya kerana si mati itu menyokong UMNO?

Abdul Hadi perlu menjawab di dalam satu jam berkenaan bahawa penjelasannya itu akan menamatkan amalan solat dua imam yang masih berlaku sehingga hari ini.

Paling utama, Presiden PAS itu juga perlu membuktikan di dalam masa satu jam itu dia akan membersihkan segala dosa-dosanya terhadap seluruh umat Islam di Malaysia yang dipisahkan oleh “amanat”nya yang jelas songsang dan tidak beretika itu.

Saya agak musykil. Dengan kedudukannya sebagai Presiden PAS dan egonya yang lebih mendaulatkan politik berbanding kepentingan Islam, mampukah Abdul Hadi menjelaskan segala kekusutan yang dia lakukan sebelum ini.

Saya akui bahawa ilmu agama Abdul Hadi agak tinggi dan mungkin benar dia adalah setaraf dengan ilmu yang dimiliki oleh para Mufti.

Namun, apakah itu juga bererti bahawa dia tidak pernah silap dalam membuat perhitungan, fatwa atau pandangannya terhadap umat Islam lain yang tidak menyokong perjuangan politik PAS?

Saya percaya bahawa sekiranya Presiden PAS itu diberikan masa selama 24 jam secara langsung sekalipun, dia tidak mungkin mampu membasuh segala dosa yang tercetus akibat keceluparan mulut politiknya yang mengkafirkan umat Islam di negara ini.

Bukan sekadar akidah yang dia cemarkan, malah segala muamalah yang berkaitan perkara fardhu sama ada fardhu ain atau kifayah turut terjejas hanya disebabkan ketaksubannya terhadap kepentingan politik!

Pada saya, Abdul Hadi sebenarnya tidak memerlukan satu jam pun untuk menjelaskan segala dosanya itu dan sebaliknya dia hanya memerlukan selama 2 hingga 3 minit saja untuk menghuraikan segala kekusutan tersebut.

Dengan 2 minit, Abdul Hadi hanya perlu mengaku bersalah dan memikul tanggungjawab sepenuhnya atas dosa yang dia lakukan pada tahun 1981 itu, serta meminta maaf secara terbuka kepada umat Islam di seluruh negara.

Selebihnya, dia hanya perlu bertaubat kepada Allah SWT untuk tidak sesekali mengkafirkan saudara seagamanya lagi dan tidak lagi memperdagangkan agama Allah itu sebagai senjata meraihkan kuasa politik di Malaysia.

Semudah itu! Dalam 2 hingga 3 minit saja segalanya akan selesai jika Abdul Hadi benar-benar mahu merungkai segala kontroversi amanat “songsang”nya itu, bukan? Jadi untuk apa dia minta tempoh selama satu jam? Kemaruk sangat nak masuk TV, kah?

Ada 39 Comments setakat ini.

  • tengkudin
    December 30th, 2012 at 5:40 PM

    TV PAS kan ada..hehehe

  • siraplengkong
    December 30th, 2012 at 5:55 PM

    - hadi nak buat hape ngan RTM-TV3
    – kan ke PAS boikot media perdana
    – buat aje la live ngan PAS TV

  • OrangPekan
    December 30th, 2012 at 6:20 PM

    Dia nak 1 jam untuk berkempem. Tipu helah lama. Baling teloq busuk kat dia. Pi dah parti ajaran sesat.

  • syaa
    December 30th, 2012 at 6:51 PM

    nak 1 jam?dia nak menipu la tu..mcm mcm dia boleh menipu dlm 1 jam tu.

  • baba
    December 30th, 2012 at 7:54 PM

    kalau betul dia nak bg penerangan kenapa tak keluarkan penerangan tu kat akhbar2 milik pakatan dulu. nanti media2 kerajaan akan siarkan balik. takut ke hadi

  • daud
    December 30th, 2012 at 8:40 PM

    takabbur & sombong presiden PAS hari ini terserlah bila dia menyifatkan C.N Afgani hanya layak mengajar ABC…astaghfirullah

  • paklang
    December 30th, 2012 at 8:42 PM

    Aikk..dulumasabuat amanat dia buat kat TV mana…

    Hadi sombong..bongkak

  • bangKano
    December 30th, 2012 at 8:59 PM

    Aku tak caya Hadi Awang akan buat pengakuan silap amanat nya dulu tuu..sebenaq nya dia akan menambah baik kan lagi poin amanat nya dulu supaya lebih kaw kaw lagi.Leh caya ka kat depa ni..? Depa sanggup memperalat kan agama demi nak dapat kuasa politik. Tu la realpolitik PAS sejak dari dulu,kini & selama nya….!!!

  • raplahjingaa
    December 30th, 2012 at 9:31 PM

    Biarlah kat dia…akai depa ni aku cukup paham…nak live sejam kat TV, dia nanti dok buat tukang karut dikir barat…mengarut tak ketahuan punca, tapi elok jugak kalau di berikan dia slot, dan mesti ada moderator, takut nanti jadi maharaja lawak pulak.

    Kena juga sediakan translator bahasa Inggeris, cina dan tamil supaya depa pun paham apa yang si boroi tu akan katakan.

    Lagi elok panggil Al Jazerra ke BBC ke CNN ke…

  • PASpartyNGOK
    December 30th, 2012 at 10:52 PM

    Seorang teman ada menceritakan bahawa dia pernah kesuatu majlis yang Hadi dijemput sebagai tetamu sahaja dan bukan dipanggil utk berucap. Atas suatu sebab bagi menjelas sesuatu kemusykilan Hadi capai jugak mikrofon dengan memberitahu bahawa dia tidak akan berhujah panjang tapi sekadar menerangkan satu isu pendek saja.

    Dalam pada pendek itu diam tak diam Hadi berada didepan selama 1 jam 45 minit.

    Demikianlah hebat nya Hadi ini bila dapat mikrofon.

    Dalam hal amanat dia ini, paling bagus Hadi akan jawab begini.

    “Isu orang pAs anggap orang Umno kafir semenjak tahun 60an lagi. Ini bermaana orang Umno kafir bukan asalnya dari amanat saya. Amanat saya keluar agak lewat…tahun 81″.

    “Kesimpulan nya saya tetap berdiri disebelah pendirian saya bahawa Umno tidak cukup Islam.”

    Itulah lebih kurang apa yang Hadi akan cakap dengan meminta 1 jam di TV.

  • ku2
    December 30th, 2012 at 11:18 PM

    dia nak mintak siaran langsung sejam kat tv..heheh..satu jam tu dia nak tayang melancap ke apa..dan nama org sesat macam tulah..lidah berbelit macam lidah keling..nanti kalau di bagi ruamgan kat tv ntah apa alasan dia plak tak leh dtg lah..sebab sakit jibo ..macam2lah alasan dia ni..sebenarnya hadi ni sakit mental..org sini cakap dia dah mentol..

  • Pejuang IMR
    December 31st, 2012 at 12:36 AM

    1981 – UMNO kapir sebab sokong perlembagaan Lord Reid
    2003 – Walaupun PAS mempertahankan perlembagaan yang sama pengikut PAS masih Islam sejati
    Anehnya umno masih juga kapir sebab amanat tidak ditarik balik sehingga sekarang
    sebelum 2009 – PAS Bermati-matian nak dirikan negara Islam
    Dec. 2009 – PAS tanda tangan perjanjian dengan DAP & PKR tidak akan menuntut untuk dirikan nega Islam dan Hudud sekiranya PR menang PRU13. Asas perjuangan PAS bersama PR adalah Buku Jinga. Negara Islam tidak ada dalam Quran.
    Wahai Bujuk dan yang sehaluan dengan nya. Adakah anda semua keliru sebagai parti pujaan anda??

  • mancini
    December 31st, 2012 at 1:22 AM

    mana bujuk ni tak komen ke

  • lynku
    December 31st, 2012 at 5:52 AM

    hadi boroi dah panas perut.. sumpah seranah orang teraniaya sedikit sebanyak terkena juga kat perut boncet dia… nak live TV1 boleh jer tapi dengan syarat kena pakai bajuT ketat dengan seluar jean sendat. baru sesuai dengan jawatan ketua pembangkang dari pakatan haram. sampai mamposs asyik bangkang kerajaan kerjanya. sah memang haramjadah.

  • tengkudin
    December 31st, 2012 at 7:41 AM

    bujuk balik kampung kot? maklum la hujung tahun..hehehe

    mooo pulak pegi cari padang rumput ragut baru tak?? hehehe

  • aku_jebat
    December 31st, 2012 at 8:27 AM

    hadi ni nak wat pe dgn 1jam live kat tv1 dan tv3 dgn alasan nk perjelaskan amanat dia agar tidak diputar belit oleh pihak media yer.. ppiiiiraaaaahhhhh.. kau buat amanat dulu ada kau mintak siaran kat tv1 rtm.. dan satu lagi yang paling utama amanat kau tu terpakai dan terikut oleh puak2 dan penyokong2 PAS jer.. jadi kesimpulannya kau perlu dan wajib perjelaskan dalam lidah rasmi HARAKAH atau HARAKAH TV khusus ditujukan kepada pengikut2 PAS kerana mereka lah yg terpengaruh dengan amanat kau tu.. bg penyokong BN atau yg tidak sehaluan dengan PAS or PR mereka tak ada masalah pun sebab mereka masih tetap dengan syariat bermasyarakat dan bersangka baik terhadap umat islam yg se AGAMA walau tidak se BANGSA asalkan islam yg mempercayai dan beriman kepada ALLAH S.W.T.. sebab kalau sebut ALLAH jer kang timbul persoalan ALLAH MANA SATU SEBAB KRISTIAN PUN GUNA PERKATAAN allah DALAM BIBLE DIAORANG.. tak ker haru biru dah ni dulu bila org bukan islam sentuh atau tegur bab islam bukan main lagi kau menbidas tapi sekarang kau boleh plak kata takpe dia bukan islam atau takpe dibolehkan .. HANGGUK KAU..SEKARANG NI HADI KENA TARBIAH DAN BAGI PENJELASAN KEPADA PENGIKUT2 DALAM PAS KHASNYA DAN PR UMUMNYA SALINAN KEPADA BN.. HAHAHAHAHA AKU GELAK TAPI SERIUS NI TAW.. ASSALAMUALAIKUM

  • ElectroMagneticPulse
    December 31st, 2012 at 11:18 AM

    peluang dah diberi… so hadi… ape keputusan anda?…

    http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/12/30/nation/12518670&sec=nation

  • Pemerhati
    December 31st, 2012 at 11:39 AM

    Bujuk bukan balik kampung sebaliknya dia cuma pi jumpa tok guru dia untuk dapatkan tip-tip dan petua terbaru bagi mengeluarkan hujah yang seterusnya.

  • Mat Iwan
    December 31st, 2012 at 3:22 PM

    Ambo harap RTM bagi peluang kat BUJUK juga…bab MUNAFIK memang BUJUK adalah Juara dah dekat2 FASIK dah…Mooo pun dah nak capai level sama.

  • StinGray
    December 31st, 2012 at 4:21 PM

    Si Hardy Boroi celaka ni, patut2nya disumbatkan 1jam dlm kuboq Ibrahim Lybia….kot2 boleh insaf…celaka betul si tempayan cabuk PAS ni…banyak pulak songgeh nyer…

  • cicaktokek
    December 31st, 2012 at 4:54 PM

    Saya mengikut haji hadi ni sejak tahun 80an lahi. Masa tu belajar kat U. Walau bagaimanapun, sampai sekarang saya tak percaya kat dia. Nampak macam orang berilmu tinggi, tapi kebanyakan ucapannya berbaur hasutan dan semakin lama makin nampak kebodohannya. Tambah-tambah lagi kalau bersama dengan mat sapu tu.

  • fatahismi
    December 31st, 2012 at 5:45 PM

    Uhhh.. man boleh 2 ke 3 minit. Tak cukup tu. hadi ni kan bakal peserta maharaja lawak! Kenalah lah bagi dia buat lawak sama.

  • syaa
    December 31st, 2012 at 9:35 PM

    dia tengah cari bahan nak menipu dan mefitnah utk burukkan pemerintah.

  • bujuk
    January 1st, 2013 at 10:06 AM

    Wah… ramai sangat nak aku berforum. Sebenarnya memang aku balik kampung kejap… takkan tak masuk mykmu 1-2 hari korang dah sunyi.
    Pada aku takda salahnya bagi peluaag TGHA buat penjelasan tentang AMANAT tersebut. TGHA juga sedia d gandingkan dengan mana2 individu untuk bincangkan perkara tersebut. Kesediaan dia menjelaskan KECELARUAN fikiran rakyat yg. perlu k’jaan utamakan. TGHA dah selalu jelaskan pada pengikut/penyokong PAS sebab tu, ahli PAS tak berganjak dari PAS. Masalahnya rakyat yg. tak sokong PAS, mereka bermaklumatkan andaian dan putar belit utusan dan pemimpin umno yg. juga seteru PAS. Mustahil umno akan bagitau perkara sebenar yg. TGHA terangkan, sebab tu hingga sekarang penyokong umno terus jahil.
    Banyak perkara yg. menyebabkan Islam seseorang terbatal selain dengan jelas mengaku keluar daripada Islam atau MURTAD. Banyak hadis2 Nabi s.a.w. yg. jelaskan perkara tersebut. Contohnya Nabi pernah sebut siapa yg. tak solat kufur(kafir). Malah ada sahabat yg. bernazar untuk minum air kencing anjing jika dapat Anak. Sahabat tersebut bimbang dan jumpa Rasulullah bila dapat anak, maka Rasulullah kata tak perlu tunaikan Nazar yg. salah, tapi jika nak tunaikan jugak maka mintalah air dari rumah mereka yg. tak solat. Maknanya air dari rumah mereka yg. tak solat diumpamakan oleh Rasulullah seperti air kencing anjing. Begitu juga Abu Bakar bila d lantik jadi Amirulmukminin telah mengumpul tentera untuk menyerang sekumpulan umat Islam yg. tadak bayar zakat. Maknanya darah mereka yg. tak bayar zakat halal, sedangkan haram tumpah darah umat islam yg. lain. Jadi secara simboliknya mereka yg. tak bayar zakat ni bukan Islam (murtad/kafir). Ini contoh… hari ini beranikah alim ulamak dan mufti istiharkan mereka yg. tak bayar zakat dan tak solat sebagai kafir? perkara ini jelas. Jadi muslimin dan muslimat d mykmu kita sama2 nilai diri sendiri samada masih muslimkah kita dan ahli keluarga kita. Jangan pulak kata aku jatuhkan hukuman kafir.. tapi ini adalah apa yg. Rasulullah dan Abu Bakar buat pada umat Islam dulu.
    Wallahualam…

  • Hamba Ar Rahman
    January 1st, 2013 at 12:44 PM

    Masalahnya Bujuk…amanat tu ditujukan khas untuk orang Umno sahaja….tidak kepada PR (seperti PKR)…dalam PR (contoh PKR) pun ada yang berperangai lebih kurang Umno atau lebih dari Umno…dalam Umno juga ada juga yang warak macam dalam PAS…ulama pun ada contoh UFB…jadi kamu nak kategorikan mereka sebagai apa…bagi aku…memang tidak adil amanah tersebut…walaupun aku bukan Umno…tapi aku tetap ada saudara mara yang Umno dan mereka solat dan berpuasa..dan membayar zakat seperti orang PAS…adakah kamu tetap nak melabel saudara mara aku macam itu…itukah maksud TGHA…apa pun hujah kamu…dalam hal amanat ni…aku tetap tidak bersetuju 100%…ianya tersangat berbau politik…dan kenyataan TGHA menyatakan Cikgu Non hanya pandai mengajar ABC hanya ibarat nak lepas kan tengkuk…come on laa…takkan semua pun dia kena jawab…dan politikkan….ada ketika diam tu lebih baik…elok2 orang hanya tetungggu2…alih2…orang dah anggap dia sombong dan bongkak pula….dia seorang yang berilmu agama tinggi…sayang jika dia menghilangkan respect orang dengan jawapan nya tu….

  • bujuk
    January 1st, 2013 at 1:20 PM

    Ucapan tersebut 1981 takda PR dan PKR lagi tuan. Tu dah sejarah… walaupun masih relevan. Sebab tu bagi 1jam untuk TGHA jelaskan pada seluruh rakyat dan jelaskan segala persoalan. Bukan saudara mara hang aje UMNO, aku pun ada. Aku tak pernah pulak mengganggap mereka kafir sebab mereka tak buat benda yg. Allah larang. Tapi jangan lupa Allah perintahkan kita tidak saling menyokong dalam perkara mungkar, jadi tak boleh tolong orang nak buat kemungkaran.
    Apabila TGHA mengaitkan sesuatu perkara itu dengan amal perbuatan seseorang atau satu kumpulan, maka kita kena tengok amal perbuatan tersebut dan bukan kumpulan tersebut. Kita semua tahu yg. mengasingkan AGAMA dangan POLITIK adalah orang barat bila mereka membuang PADERI yg. banyak menipu dan mengubah kitab injil untuk berkuasa dan melakukan kerosakan. Jadi bila kita ikut perkara tersebut d negara kita tentulah ianya salah kerana ISLAM tidak mengasingkan AGAMA dengan kehidupan termasuk POLITIK. Sebab tu semua amalan kita yg. baik dapat pahala dan semua amalan buruk berdosa. Apabila ada pemimpin politik UMNO yg. kata AGAMA suku dan POLITIK suku untuk mengasingkan politik dari Agama.. disinilah kesalahannya. Dan TunM terus kata TGHA kata UMNO KAFIR bila TGHA kata salah/kufur kata mengamalkan politik suku, agama suku. Sepatutnya TunM insaf dan tidak mengasingkan politik dari agama.. selesai. Tapi sebab umno menguasai media mereka mencanangkan PAS kata UMNO kafir dan lekat d pemikiran ahli umno tapi mereka tidak pulak kata mereka itu kafir. Sedangkan PAS sebenarnya kutuk perbuatan yg. memisahkan politik dari agama.
    Berhubung C.non ni, aku taknak ulas la… tapi hang tau sendiri ilmu budak sekolah dengan pelajar U. Jadi kalau betul, dia sepatutnya berhujah dengan TGHA dan bukan berhujah dalam utusan.
    Hang sebut UFB, aku resek dia… tapi siapa dia dalam UMNO? MT, ketua bahagian atau cawangan? Dulu zaman PakLah ada d katakan pertemuan umno/PAS sebab PAS yakin Paklah faham agama dan berkuasa. Sekarang… siapa?
    HAR yakinlah… rosak iman kita walaupun tidak percaya 1 ayat dari Al-Quran. Dulu orang taktau bumi bulat, malah sekarang ahli sains masih berbeza pendapat dengan Quran, tapi kita kena yakin Quranlah yg. benar dan sains belum mampu menterjemahkan fakta yg. berbeza dengan Quran. Itu keyakinan kita sebagai umat Islam…

  • duluPas
    January 1st, 2013 at 1:30 PM

    Bujuk kata masih relevan, MSO Pas kata sudah tak relevan. Yang mana satu pendirian PAS ni, ikut Bujuk atau MSO ?

    MSOnline: Penulis PAS yang paling hipokrit dan munafik.

  • mRsTURDY
    January 1st, 2013 at 1:32 PM

    Hang BUJUK popular sbb hang tue pelik berbanding mereka yg lain..!

  • raplahjingaa
    January 1st, 2013 at 6:13 PM

    Pengikut PAS pun dah banyak keluar parti sekarang ni…tapi selagi ada cai macam bujuk, selagi tu lah PAS masih releven…himpunan para munafikun.

  • raplahjingaa
    January 1st, 2013 at 6:14 PM

    hehe…

  • Zarman
    January 1st, 2013 at 11:30 PM

    Sdra bujuk, awak dah terpesong dlm menjustifikasi kenyataan… Awk kata media perdana dan org umno yang kata mereka dikafirkan? Nak bgtau kat hang bhw amanat hadi tidak menjadi hal dan polimik kalau pengikut pas tak buat perkara terkutuk… Apa perkara terkutuk tersebut? Ianya ialah sembahyang 2 imam, haram sembelihan, haram nikah kawin, cerai berai, putus saudara sedarah, lari mesjid dll sampailah ibrahim libya isytihar jihad. Dan dlm masa yang sama pemimpin pas merestui dan tidak melarang pengikut mereka berbuat kemungkaran tersebut. Jadi hang jgn nak auta kat sini…

  • gambus
    January 2nd, 2013 at 1:06 AM

    masih relevan kee ??adakah bila PAs join PR maka tiba-tiba berpakat dengan orang kafir jadi halal pula dimata mereka yang sebelum ini dalam amanat tu telah dijatuh hukum sebagai haram .

    Lagi satu pasal hudud , habis semua orang Islam jatuh kafir jika tak buat hudud terutama BN .. tapi hadi sendiri kata hudud tu hanya 0.0001% sahaja dalam Islam tapi bila PAS dapat kuasa , boleh kata hudud hanya perkara kecil dengan 0.0001% sahaja dalam Islam .

    ni apa punya jahil orang PAS ni , inilah akibatnya agama Islam dilacurkan dan hudud dipermain-mainkan oleh golongan jahil , hukum menjadi Halal secara tiba-tiba .. so bujuk yang jahil , apakaha relevannya amanat oleh seorang yang sakit otak ini ???

  • Anonymas
    January 2nd, 2013 at 1:28 AM

    Alah kalau bagi dia 2 jam sekalipun nanti kalau ada apa-apa ayat pelik keluar, dia akan salahkan TV3/RTM kerana ‘meng-edit’ tayangan video.

    Hari tu kata boikot tv3 la ape la, ini nak pulak sejam kat tv3. Mencarpub dan menjilat ludah sendiri. Lagi elok kalau dia upah kameraman, suruh dia rakam. Nak 24 jam pun bolehhhh

  • bujuk
    January 2nd, 2013 at 8:02 AM

    Siapa pemimpin PAS yg. solat 2 imam? Siapa yg. tak pergi kenduri saudara UMNO mereka? Siapa yg. nikah cerai isteri mereka? dan sebagainya. Ini semua propaganda… umno. Isu terakhir, ahli PAS cerai isteri ahli umno bukan sebab parti tapi sebab perangai hodoh. Kalau sebab parti 30 tahun lalu dia dah cerai, tapi dalam Islam… isteri nak keluar pergi jumpa mak/ayah pun kena minta izin suami. Ini hukum asal…
    Kalau dah tak nak dengar cakap suami yg. bagi nafkah dan tanggung segala dosa dia, kenapa nak kaitkan dengan parti? Tapi itulah umno yg. suka ambil kesempatan atas perkara ranting dan membuang perkara pokok demi kepentingan parti.

  • zarman
    January 2nd, 2013 at 10:38 AM

    Ha ha ha!!.. orang kata penyokong dan pengikut pas, dia pulak kata pemimpin… bujuk, bujuk.
    Dalam cerah dan terang, kau boleh spin, putar belit… inikan pulak dlm kekaburan dan lama, lagilah.
    Aku menulis sebab aku dah alami dan nampak dgn mata kepala, sedangkau hanya dgn persepsi dan taksub serta taajub kpd pemimpin pas… sampai mampos pun kau akan pertahankan pemimpin pas. tak bolehkah sesekali hang berada dlm kesedaran dan kebenaran? dlm agama yang benar bujuk?

  • WTF
    January 2nd, 2013 at 2:07 PM

    Bujuk quote:

    “Ucapan tersebut 1981 takda PR dan PKR lagi tuan. Tu dah sejarah… walaupun masih relevan”

    Boleh tanya, kenapa Tuan Bujuk tak sebut ucapan Amanat Hadi terpakai juga pada golongan PAS.

  • namron
    January 3rd, 2013 at 2:32 AM

    HJ. hadi tak perlu diberi masa 1 jam, tak perlu 3 minit dan tak perlu langsung pun bagi penjelasan ttg amanat beliau. Hanya puak2 UMNO yang bangang saja yang menganggap kata2 hj. hadi tersebut memudaratkan islam. kata2 tersebut adalah amanat politik yang tidak menyangkut soal akidah dan maruah seseorang dan tidak perlu diperbesarkan. Malahan Abdul Hadi sendiri tidak pernah dipukul ataupun diancam oleh orang Umno dengan kata-kata itu sebab mereka sendiri memahami bahawa kata-kata Hadi itu adalah amanat politik yang tidak menjejaskan akidah dan kedudukan mereka sebagai seorang Islam. Jangan kita ikut saranan Harussani..beliau kini dah jadi mufti terompah kayu UMNO yang boleh dibawak bukan saja ke tandas…tapi kadang2 terjerumus ke lubang tahi!!!!

  • Hamba Ar Rahman
    January 3rd, 2013 at 11:13 AM

    Ya betul tu….SANGAT SETUJU…dalam dunia ni…hanya orang PAS sahaja yang alim…yang bijak….dan ilmu agama mreka sangat tinggi….sesiapa yang bukan ahli PAS…walaupun tahu agama…tapi ilmu mereka kita tidak boleh percayai…atau terima…terutamanya jika mereka kelihatan pro kepada Umno…sebab itu kita kena menolak semua agamawan yang kelihatan pro Umno…seperti ustaz Kazim, mufti2 kerajaan dan lain…sebaliknya menerima Ustaz Azhar Idrus…Ostad Bob Lokman…Ostajah Abby dan lain seangkatan lagi…. :)

  • gambus
    January 4th, 2013 at 6:40 PM

    dia nak kata hukum Islam yang dijatuhkan haram dan halal tu boleh dipermainkan dan dilacurkan bila-bila masa demi kepentingan politik PAS ..

    dulu Pakatan UMNO – MCA- MIC adalah haram disisi Islam sebab PAS tak join dengan kafir .. tapi bila PAS dah join dengan kafir macam DAPigs maka hukumnya jadi halal pulak .. inilaa contoh bahlolnya amanat hadi tolol , yang hanya disokong oleh manusia jahil macam bujuk

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.