Krisis Air Selangor: LUAS Jadi “Pandai” Lepas Dipuji Khalid?

Oleh: dukeofmontecristo (December 28th, 2012) [dukeofmontecristo,Utama][22 Comments »]

LUAS

Saya agak terkejut apabila Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang ditubuhkan oleh kerajaan BN di Selangor kini bersikap pembelit “putar alam” setelah kerajaan negeri itu diambil alih oleh Pakatan Haram.

Pengarahnya, Md. Khairi Selamat baru-baru ini mengeluarkan kenyataan senada dengan MB Selangor, Khalid “Gagap”, kononnya sumber air di negeri termaju itu cukup untuk kegunaan rakyat sehingga tahun 2030.

Katanya, hanya 40% dari sumber air larian di permukaan diperlukan bagi menampung kekurangan sumber bekalan air bersih di negeri itu.

Untuk makluman, air larian di permukaan yang dimaksudkan itu merangkumi air hujan yang jatuh tu ditadah dan dikumpulkan samada nak buat benteng, kolam atau apa-apa jenis takungan, LUAS belum umumkan sehingga kini.

Merujuk kepada kenyataan LUAS, pengarahnya yang “cerdik pandai” cakap sumber air yang boleh digunakan adalah sumber lombong, kolam dan termasuk longkang, lecak serta takungan yang ada di Selangor. Semua kawasan yang boleh ditakung air akan dicampurkan sekali..

Pertamanya, saya tertanya-tanya mengapa kenyataan LUAS sangat berbeza berbanding yang dinyatakan pada kajian industri air pada tahun 2000 dulu?

Dulu, LUAS sendiri menyatakan bahawa sumber air di Selangor tidak cukup dan setuju menambah sumber baru air mentah di Selangor setelah dikejutkan dengan Krisis Air 1998 serta menyokong pembinaan loji Langat 2 yang bersumberkan air dari Pahang.

Mengapa kini LUAS berpusing 360 darjah? Atau Pengarah LUAS dipaksa diugut Khalid untuk mengeluarkan kenyataan menyokongnya?

Menurut dari laman web LUAS…

“Ahli Lembaga Pengarah LUAS dipengerusikan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor. Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebagai Timbalan Pengerusi dan Pengarah LUAS sendiri sebagai Setiausaha.”

Nampak tak? Dulu Khalid cakap dia tak bekukan Capex SYABAS.  Memang benar kerana surat tersebut ditandatangani, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Khusrin dan kini Pengarah LUAS selaku setiausaha pula kata air mentah di Selangor cukup sampai 2030. Kalau tak dengar cakap “boss”, silap haribulan dapat gelaran “bodoh” dan tak mustahil hilang kerja pula nanti..

Pengarah LUAS mahu rakyat Selangor dan Lembah Klang minum air lombong dan air hujan? Apa kata kalau dia dan keluarganya dulu yang minum?

Saya tak tahu dari mana LUAS dapat idea bodoh untuk mengumpul air hujan, lombong dan sebagainya. Apakah LUAS mahu semua rakyat Selangor menakung air hujan di dalam baldi atau mengorek telaga?

Kemudian LUAS mahu memaksa rakyat membeli teknologi membran untuk memproses air dari sumber tersebut? Atau LUAS mahu SYABAS kutip air dari setiap rumah dan dibawa ke loji rawatan air untuk diproses?

Jika diharapkan air dari lombong, apakah air dari sumber itu akal kekal tidak berkurangan dan seperti “telaga air zam-zam” di Mekah yang tidak pernah kering? Kalau musim kemarau nanti bagaimana?

Apakah LUAS mahu membina loji berteknologi membran di setiap lombong, sungai dan parit di Selangor? Bagaimana pula dengan paip-paip untuk menyalurkan air kepada rakyat? Nak suruh SYABAS kutip pakai lori lagi, kah?

Kalau nak pakai lori, maka Kerajaan Selangor ada alasan lagi nak beli lori. Bisnes model ni bagus sebab boleh suruh Ronnie Liu beli lagi lori tangki air dari China, sama macam beli lori sampah dulu. Kayalah lagi kroni Pakatan Haram dan Khalid pula akan dapat sebuah lagi “bas baru”?

Khalid selama ini kerap menghina para pegawai kerajaan, tetapi baru-baru ini dia puji LUAS sebagai “agensi terbaik” dalam memantau bekalan air di Selangor. Ada udang sebab batu ke? Lepas dipuji Khalid, LUAS terus jadi pandai pulak?!!! Kenyataan terancang Khalid-LUAS?

Ada 22 Comments setakat ini.

  • freemalaysiakini
    December 28th, 2012 at 3:11 PM

    Visit Freemalaysiakini2.com No subscription needed.

  • baba
    December 28th, 2012 at 3:50 PM

    kalau air cukup kenapa selalu terjadi bekalan air terputus??? nak tipu siapa Luas dan khalid gagap ni?

  • ElectroMagneticPulse
    December 28th, 2012 at 4:00 PM

    kenapa la keperluan asas untuk rakyat macam ni pun PR nak politikkan…

    kan senang kalau luluskan aje projek langat 2 tu…

    lgi bnyak ckap, lgi lambat keperluan asas ni diselesaikan… selain dari isue air ni…bnyak lgi isu lain yang membuktikan kerajaan PR ni BODOH..dan kebudak-budakan…

    dah la menipu rakyat…

  • TUBIR
    December 28th, 2012 at 4:14 PM

    Kalau bos kencing berdiri anak buahnya misti kencing melompat lompat dan berguling guling…….Siapa berani hilang jawatan ….siapa nak kasi makan anak bini kalau dia kena buang kerja ?Dimana bumi dipijak disitu langit dijungung……Itu dinanakan taat pada ketua …….Kita harus ingat ketua pengarah luas tu sekarang ini ialah khalid gagap….bukan lagi Khir toyo ok

  • gambus
    December 28th, 2012 at 4:36 PM

    Kalau air banyak kenapa kawasan besar macam PJ tu seringkali takde air dan kenapa beberapa kawasan jugak takde air

  • delta_source
    December 28th, 2012 at 4:59 PM

    Isunya bukan air mentah, tapi air terawat.

  • ElectroMagneticPulse
    December 28th, 2012 at 5:26 PM

    yes..isunya bukan air mentah…tapi air terawat… keperluan dan permintaan air yg dirawat semakin meningkat… untuk memproses air terawat dgn lebih bnyak dan cepat tanpa ganguan air… maka langat 2 diperlukan….

    itu je isunya.. tapi PR punya putar belit, depa politikkan isue ni… langsung tak pandang pada keperluan rakyat

  • tengkudin
    December 28th, 2012 at 7:44 PM

    skrg ni kat area gombak pun dah mula effect…takat air mentah…sungai gombak tu pun ada..tapi bersih ke??

    kalau kalid gagap kata cukup..apa kata soh dia minum air sungai tu je…dia nak tak?

  • gambus
    December 28th, 2012 at 7:47 PM

    Lembu PAS ni semua bukannya kira , apa dia nak satu alasan , buat satu alasan untuk menipu dia akan pusing cite tu sampai jadi fitnah .. inilah org yang kononnya hebat pasal sains sampai mereka tahu segalanya sampai nak bantah Lynas , sedangkan mereka taktau kee apa jadi jika air yang tak dirawat terus hantar ke kediaman .

  • bujuk
    December 29th, 2012 at 8:18 AM

    KI baik cepat tamatkan khidmat syabas. Entah apa lagi mereka buat untuk sabotaj k’jaan negeri jika terus d beri amanah. Musim hujan, kawasan takongan penuh hingga melimpah tapi air pada rakyat tak cukup. Apakah syabas terus berpolitik dengan menghadkan penapisan air untuk rakyat supaya rakyat s’gor marah pada k’jaan.

  • raplahjingaa
    December 29th, 2012 at 11:06 AM

    Hang ni bujuk hang tau ke apa yang hang komen ni ?? main hentam suka hati hang jer…lain isu lain pulak yang hang komen.

    Isunya air terawat bujuk…isunya loji rawatan air dah tak mampu nak handle kapisiti yang di perlukan….faham ??

    lain la kalau khalid gagap nak suruh orang selangor minum air lombong !!

  • bujuk
    December 29th, 2012 at 12:48 PM

    dulu pun sama, syabas buat catuan tapi kemudian batalkan bila MB ugut ambil alih syabas. TPM sendiri yg. umumkan kerana syabas menghadkan air terawat…
    Hentilah bodohkan rakyat..

  • delta_source
    December 29th, 2012 at 2:48 PM

    Bujuk, kau tau apa beza air mentah dan air terawat?

  • raplahjingaa
    December 29th, 2012 at 2:50 PM

    MB ugut ambil balik SYABAS ??? bukan ke kerajaan Selangor majority shareholder ke ?? habis apa yang di ugutnya ??

    SYABAS nak buat catuan supaya bekalan air cukup untuk semua di waktu yang di perlukan…laaa ni tanpa catuan apa dah jadi ??? sana sini tak ada air !!

    Tu la bujuk rakyaat yang macam hang jenis cerdik merosakkan dan bodoh pun merosakkan….sedih !

  • delta_source
    December 29th, 2012 at 2:50 PM

    Bujuk, cuba jawab soalan-soalan ni

    1. Kapasiti pengeluaran air terawat harian
    2. Kadar permintaan air terawat harian

  • syaa
    December 30th, 2012 at 12:05 AM

    pakatan haram yg bodohkan rakyat.rakyat bertambah bodoh ditipu pakatan haram.tipu rakyat oleh pakatan haram.janji ditipu tipu,cukai di selangor pulak yg naik.

  • anakpeneroka
    December 30th, 2012 at 4:57 AM

    dulu PR janji nk bagi air free,skrg ni semua dpt air free (air banjir).padan muka aku & rakyat selangor.berjaya jugak Khalid gagap ni tunai kan janji.slogan “JANJI DITEPATI”kah..kah..PR bakal BERKUBUR TAMPA NISAN…

  • Abe Long
    December 30th, 2012 at 9:15 PM

    Khalid gagap,

    apa pun teknologi @ kaedah yg nak buat, sila buat sekarang. ataupun runding dgn persekutuan pakai kedua2 kaedah. atau kitar semula air logi taik/ air bung nuar yg banyak tu buat `Newater`mcm singapork buat.

    rakyat tak mahu tunggu bila dah tak ada air betul2 nanti, baru nak korek telaga.. jgn tergagap2 lagi..

  • bujuk
    January 1st, 2013 at 10:33 AM

    Tanya SYABAS la… semua diorang punya angkara. Kalau tak mampu urus air selangor biar k’jaan negeri urus, InsyaAllah semua cukup.

  • bujuk
    January 1st, 2013 at 10:35 AM

    Aku tak kerja syabas… sorry. Tapi kalau aku CEO syabas taulah aku apa nak buat.

  • raplahjingaa
    January 1st, 2013 at 11:53 PM

    Major shareholder dalam syabas siapa bujuk ???? bukan kerajaan negeri selangor ke ??

    hang ni…hang tau ke permasaalahan sebenar ni bujuk ? cuba hang cerita, aku nak tengok hang faham ke idak ??

  • raplahjingaa
    January 1st, 2013 at 11:54 PM

    kalau hang CEO syabas bujuk…hehe habis semua dapat kat DAP !!

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.