|Laman Utama| MyKMU Forum | MyKMU WebTV | MyKMU Mobile Apps | MyKMU Mobile Site | MyKMU RSS Feed| MYKMU E-MEL: mykmunet@gmail.com
Editor: tengkudin | Diterbitkan pada: 27 December 2012| Kategori: RENCANA | 9 Comments »

Himpunan Oren Untuk Sesatkan Peneroka

 

Sudah bertahun-tahun Kerajaan PAS Kelantan bergelumang dengan noda dan pengkhinatan terhadap rakyat berikutan penyelewengan tanah dan kawasan balak dalam projek Ladang Rakyat yang melibatkan keluasan tanah melebihi 80,000 ekar di Selatan Kelantan.

Bukan satu rahsia pun sudah banyak desakan dan bantahan rakyat marhaen terhadap projek Ladang Rakyat itu yang didapati hanya menguntungkan kroni-kroni pemimpin PAS termasuklah syarikat-syarikat milik Cina DAP dan Cina Singapura.

Tapi seperti biasa PAS hanya pandai tercari-cari koyak dan carik kain baju orang lain malah tidak segan untuk dengan sengaja mencipta isu dan polemik, sedangkan kain kapan sendiri sudah lama koyak rabak menjadi bahan gelak tawa ramai.

Inilah yang berlaku sekarang apabila PAS sedang menyibukkan diri menyebarkan propaganda sesat dan berniat jahat untuk mencalar kredibiliti dan kewibawaan FELDA, kononnya untuk menyelamatkan masa depan para peneroka di tanah rancangan itu.

Untuk mencapai agenda ala zionis itu, maka dianjurkan Konvoi Kembara Oren menjelajah setiap tanah rancangan namun ternyata gagal mencapai objektif apabila ditolak bulat-bulat kehadirannya oleh para peneroka FELDA.

Kini yang terbaru pada 28 Disember 2012 nanti PAS berura-ura pula untuk melancarkan Himpunan Oren Selamatkan FELDA di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Himpunan selepas Solat Jumaat itu dikhabarkan bertujuan untuk menuntut penyingkiran Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad, mendesak dihentikan campurtangan politik dalam FGV dan KPF, tuntutan menghentikan urusniaga dengan Israel dan meminta supaya tanah FELDA Plantation dipulangkan semula kepada rakyat.

Empat tuntutan yang agak pelik kerana majoriti besar para peneroka FELDA sentiasa menyokong Tan Sri Isa Samad, malah soal campurtangan politik wujud atau sebaliknya pun tidak pernah menjadi isu dikalangan para peneroka.

Kecuali, sikap menyibuk PAS cuba mempengaruhi ahli dan penyokongnya dari kalangan segelintir peneroka FELDA, yang itu memang berlaku dan mengundang kecaman ramai peneroka yang tidak senang dengan propaganda sesat yang PAS cuba sebarkan.

Berkaitan isu urusniaga FELDA dengan Israel pula bukannya satu isu pun kerana sememangnya tiada urusniaga sedemikian. Sebaliknya, urusniaga hanya membabitkan Malaysia dan Palestin.

Namun disebabkan Palestin tidak mempunyai pelabuhan, maka kapal-kapal Malaysia terpaksa menggunakan Perlabuhan Ashdod, Israel selepas itu bekalan minyak sawit itu dihantar pula ke Palestin untuk kegunaan rakyatnya.

Jelas sekali PAS sengaja memanipulasi fakta yang nawaitunya hanya untuk membangkitkan kemarahan ramai terhadap FELDA dan Kerajaan Barisan Nasional. Dakyah sesat PAS hanya laku dikalangan penyokongnya sahaja yang sememangnya terkenal buta hati dan buta kayu sejak azali.

Sama sahaja tujuannya apabila membangkitkan soal tanah Felda Plantation, fakta diputarbelitkan untuk memberi gambaran tanah itu akan tergadai, walhal tiada isu pun yang timbul.

Akan tetapi, perihal lebih 10,000 ekar daripada tanah Ladang Rakyat yang tergadai dan kini menjadi milik pemimpin Cina cauvinis DAP Perak melalui syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd itu fakta yang benar. Kenapa PAS tidak berminat mengadakan demo dan berhimpun menyatakan bantahan dalam isu ini? Hipokrit.

Lagipun diantara FELDA yang terbukti berjaya dibandingkan dengan kegagalan Ladang Rakyat membantu para peserta membaiki taraf hidup serta gadaian tanah melalui pajakan berpuluh tahun seluas lebih 80,000 ekar di Selatan Kelantan itulah sepatutnya menjadi fokus PAS, itu pun jika PAS benar-benar cakna dengan nasib rakyat.

Daripada PAS sibuk menyebarkan propaganda jahat dengan harapan dapat menyesatkan peneroka FELDA dan orang ramai, lebih berbaloi untuk PAS memperbetulkan kesilapan dan kelemahannya sendiri dan berhimpun membantah kecuaian Kerajaan PAS Kelantan, betul tak?

 

Ada 9 Comments setakat ini.

  • abe
    December 27th, 2012 at 10:04 PM

    Rakyat kelantan patut juga adakan demonstrasi pada 28 dec ni menuntut supaya selamatkan kawasan balak di kelantan yang dah jadi hak cina dap dengan cina singapork.Felda dah terbukti sangat berjasa kepada rakyat dan negara hasil usaha kerajaan.Apa hasil usaha pas kepada negara selain dari memecahkan masyarakat.Orang sibuk dengan banjir tapi pas sibuk dengan agenda bodoh mereka.Hanyutlah pas pru 13 nanti.amin.

  • Tasyahud Akhir
    December 28th, 2012 at 1:23 AM

    Hari Isnin baru ni bawak pak mertua sign voucher dividen FGVH. Tersengih kambing pak lebai sebelah pak mertua aku bila aku tanya “Sign nak gadai tanah ke?” Dia jawab selamba “Tak nak amik deviden”. Aku tanya sebab dia lah orang yang paling kuat menentang FGVH kat Felda tu. Dia sengih sebab tahu aku perli dia.
    Buat ANAK dan Mazlan Aliman, sudah-sudah la membodohkan orang Felda. Mana ada orang melabur pakai duit pinjaman RM 4,000.00 yang bayaran bulanannya tak sampai RM100. Tak pasal2 pak mertua aku jadi pelabur 1st Board. Bukan macam aku, melabur ASB je ngan unit trust. Advance sungguh pak mertua aku.

  • gambus
    December 28th, 2012 at 2:19 AM

    Sebenarnya saudara sudah banyak kali penipuan dan fitnah telah terbongkar oleh pemimpin PAS ni , mereka terus menerus tanpa rasa malu dan tanpa rasa dosa menyebar fitnah ..

    FGVH adalah fitnah terkini mereka , sebagaimana bujuk fitnah terkini dia ialah najib semabh pope hahahaha gambar photoshoop tahap budak-budak yang dipercaya pulak bujuk tu

  • Anonymas
    December 28th, 2012 at 7:36 PM

    Saya setuju. Malah Orang Darat (asli) juga patut menyertai sebab kerajaan negeri tipu pasal Ladang Rakyat. Tau-tau tanah tergadai

  • mek
    December 29th, 2012 at 10:50 PM

    asyik berarak je keja depa…apa ke hal nya ni ?

  • sazali mahat
    December 30th, 2012 at 3:35 AM

    KONVOI KEMBARA OREN DIHALANG OLEH PENEROKA FELDA

    PENGELOLA AP ONLINE

    AKU CUKUP TAK PUAS HATI DENGAN TINDAKAN SESETENGAH PENEROKA FELDA YANG BERTINDAK BODOH DENGAN MENJADI ORANG UPAHAN FELDA UNTUK MENGHALANG KONVOI KEMBARA OREN DARIPADA MASUK KEKAWASAN FELDA UNTUK MEMBERI CERAMAH DAN PENERANGAN KEPADA PENEROKA TENTANG APA YANG SEBENARNYA YANG BERLAKU DI FELDA.

    AKU ANAK FELDA DAN FAHAM APA YANG BERLAKU ANTARA PENEROKA DAN FELDA.SEBENARNYA PENEROKA,ANAK PENEROKA DAN MEREKA YANG DIUPAH UNTUK MENGHALANG KEMASUKAN KONVOI OREN BUKAN MEWAKILI PENROKA SEBENAR DI KAWASAN ITU,MEREKA-MEREKA INI HANYA ORANG UPAHAN FELDA UNTUK MENGHALANG PENEROKA DARI MENDAPAT PENERANGAN JELAS TENTANG FELDA YANG GAGAL MENTADBIR TANAH PENEROKA SEJAK SEKIAN LAMA DULU,FELDA JUGA TAKUT SEGALA PENIPUAN DAN PECAH AMANAH YANG DILAKUKAN OLEH FELDA TERBONGKAR DAN DIKETAHUI OLEH PENEROKA.MEREKA TERLALU TAKUT HILANG SOKONGAN PENEROKA PADA PRU 13 NANTI.

    KALAU DILIHAT DARI SEMUA VIDEO YANG DITAYANGKAN DI INTERNET…KEBANYAKAN ORANG-ORANG TERLIBAT DALAM OPERASI PENGHALANGAN KONVOI ITU BUKANLAH PARA PENEROKA SEBENAR.mEREKA-MEREKA ITU HANYA ORANG-ORANG UPAHAN FELDA YANG BODOH DAN BUAT SEMUA ITU HANYA UNTUK DUIT SEMATA MATA.TAK NAMPAK PUN ORANG-ORANG TUA,LEBAI-LEBAI DAN JEMAAH MASJID YANG TERLIBAT…SEDANGKAN ORANG-ORANG INILAH YANG MENJADI NADI DAN PENGERAK SESEBUAH KAMPUNG FELDA.JIKA MEREKA BENAR-BENAR MAHU MENYEKAT KONVOI OREN…SEMESTING TAK KURANG DARI DUA ATAU TIGA RIBU ORANG YANG AKAN TERLIBAT.

    SEMUA YANG BERLAKU AMAT MEMALUKAN ORANG FELDA SENDIRI.YANG AMAT MENGHAIRANKAN KITA SEMUA…MANA PERGINYA PENGURUS FELDA,KETUA KAMPUNG DAN AHLI JAWATAN KUASA KAMPUNG SEMASA SEMUA KEJADIAN INI BERLAKU.

    PESAN AKU PADA SEMUA WARGA FELDA DISEMUA FELDA DI MALAYSIA.JANGAN MEMALUKAN DIRI SENDIRI ENGAN MEMBENARKAN TINDAKAN BODOH DAN MELANGAR UNDANG-UNDANG SEPERTI ITU BERLAKU DIDALAM TEMPAT SAUDARA.KEKALKAN ADAP SOPAN DAN BUDI PEKERTI MULIA YANG TELAH MENJADI CARA HIDUP KITA.JANGAN JADI BARUA ORANG YANG MEMPERGUNAKAN SAUDARA SEPERTI ANJING UNTUK MENYALAK DAN MENGIGIT ORANG TANPA TAHU CERITA SEBENAR.JIKA SAUDARA SEMUA TAK SETUJU…DUDUK SAJA DIRUMAH DAN JANGAN GANGU ORANG LAIN YANG PERLU MENDENGAR PENERANGAN ITU.INSALLAH MEREKA SEMUA BERNIAT BAIK UNTU KITA.KELUARLAH DARI KEBODOHAN YANG MELAMPAU ITU,JANGAN MEMPERBODOHKAN DIRI SENDIRI.

  • hishamdn
    January 1st, 2013 at 1:54 AM

    tolong jawab satu soalan je. camne syarikat yang saham jatuh teruk, mampu bayar dividen dan bonus yg luar biasa tingginya? aku pun tak tahu tapi peneroka memang dapat duit runtuh walaupun saham fgvh jatuh paras terendah. maknanya, memang kerajaan tolong org felda. tolong yg bukan2 sebab rugi pun bg dividen, duit ambik dari mana lah agaknya. dengar2 kwsp n petronas.

  • TUBIR
    January 2nd, 2013 at 5:31 PM

    Dah lama menipu tentu banyak duit disimpan oleh felda….FELDA hanya badan pengurusan ….bukan badan mengumpul harta sendiri …Peneroka adalah pemilik penuh saham dan aset aset FELDA.FElda hanya mengurus tetapi tidak memiliki sebarang aset persendirian .Macam mana FELDA HOLDING atau sekarang FGVH boleh memiliki aset begitu banyak selama ini? Dari mana datang nya harta dan tanah ladang tersebut ?Kebanyakan wang dijana dari hasil menupalasi harga getah dan kelapa sawit dari peneroka FELDA sendiri …..ini adalah hakikatnya …..yang peneroka FELDA semua sedia maklum …akan tetapi kerana malas nak berlawan dengan FELDA kebanyakanya cuma mendiamkan diri ……kalau bersuara bakal kena pulau dan kena kutuk …..

  • shawny
    January 22nd, 2013 at 10:19 AM

    KUALA LUMPUR: Saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) menjunam mengikut Indeks Komposit Kuala Lumpur semalam dan akhirnya tutup di bawah harga IPO pada RM4.42 semalam.

    Ini adalah julung kalinya FGV ditutup di bawah harga IPO walaupun sebelum ini pernah mencecah ke paras RM4.52 dalam dagangan harian.

    Semalam, FGV juga merekodkan harga terendah RM4.36 sebelum ditutup pada RM4.42. Kejatuhan ini menyebabkan para peneroka dan lain-lain pelabur rugi besar.

    Selain itu, jika ini berterusan, peneroka juga bakal dibebani hutang dengan bank apabila pelaburan mereka rugi, hutang terpaksa dibayar bersama bunga bank.

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.