|Laman Utama| MyKMU Forum | MyKMU WebTV | MyKMU Mobile Apps | MyKMU Mobile Site | MyKMU RSS Feed| MYKMU E-MEL: mykmunet@gmail.com
Editor: tengkudin | Diterbitkan pada: 23 December 2012| Kategori: Blog Pilihan | 2 Comments »

SEBUT SPRM, MAHFUZ KETAQ LUTUT???

Itu persoalannya. Kenapa pulak tiba – tiba Si Mahfuz Bean ni jadi cuak bila isu berkaitan dengan tapisan calon PRU oleh SPRM dibangkitkan?
Herankan. Selama hari ini, puak – puak Pakatan Pembangkang tu jugak yang dok pukul canang dan nak sangat pemimpin yang Bersih.
Sedangkan pemimpin lain dari kalangan Pakatan pun ada yang sanggup disiasat oleh badan tersebut bagi memastikan ketelusan dalam PRU akan datang.
Tapi, Si Mahfuz ni kata perkara tersebut tidak wajar dan menetang cadangan tersebut dengan membuat dakwaan bahawa ianya hanya gimik Barisan Nasional semata – mata.
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung cadangan agar calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) melalui proses tapisan yang dianggapnya sekadar proses biasa serta tiada tindakan konkrit akan diambil selepas itu.
Menurut ahli Parlimen Pokok Sena itu, adalah lebih baik untuk parti masing-masing menjalankan tapisan tersebut berbanding dilakukan oleh pihak SPRM.
“Isu sekarang jika calon bersih ketika tapisan tersebut, namun selepas jadi wakil rakyat, menteri individu berkenaan terbabit dengan isu rasuah adakah SPRM berani untuk ambil tindakan?
“Soalnya SPRM kena berani ambil tindakan jika wujud kes…bukan sekadar jadi medium penapisan calon. Walaupun cadangan nak tapis calon ini bagus tapi fungsi dan tindakan SPRM selepas itu yang jadi persoalan.
“Adalah lebih baik parti sendiri yang jalankan penapisan calon-calon ini. Sebab kes yang ada sekarang pun SPRM gagal ambil tindakan,” katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.
Beliau turut berpendapat cadangan ini hanya taktik Barisan Nasional (BN) untuk menonjolkan personaliti calon yang bersih dan amanah.
Pulak dah!!! Kot dulu, diorang jugak yang beria – ia buat demo dan buat tuntutan agar pemimpin ni Bersih dari rasuah dan sebagainya.
Kenapa pulak dia je yang nak tolak cadangan tersebut dan membuat dakwaan yang bukan – bukan? Takut ada yang sangkut ke Mahfuz?
Biasanya, bila orang yang buat salah je jadi takut tak tentu arah macam Si Mahfuz ni. Bukan apa. orang yang macam tu dah tentu – tentu ada sesuatu yang nak disembunyikan.
Maka, memang wajar sangat la Si Mahfuz ni menjelaskan perkara yang sebenar – benarnya kepada rakyat. Tak payah la dia nak berselindung sangat. Jangan setakat pandai nak tuduh orang buat gimik kalau ada benda yang tak kena dengan diri dia sendiri!!!
http://semuthitam80.blogspot.com/

Ada 2 Comments setakat ini.

  • mat sabu
    December 23rd, 2012 at 10:53 PM

    Kalau dengar nama SPM lagi le Mahfuz ketaq lutut agaknya maklum le SRP pun tak lepas…..ha…ha..ha

  • Invesiblemen Al Mahdi
    December 24th, 2012 at 12:40 AM

    Pemimpin PAS suka berdolak dalik umpama si MUNAFIK. Hari ini cakap lain esuk lain dan terus begitu. Doa Bala telah makan diri . Fikiran pemimpin PAS SUDAH TAK KERUAN DAN KEBINGGUGAN.

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.