Gaji Bawah RM7,500 Jangan Mimpi Beli Rumah Di Pulau Pinang…

Oleh: dukeofmontecristo (December 19th, 2012) [dukeofmontecristo,Utama][33 Comments »]

rumah teres kos rendah

Sekiranya anda berhajat untuk berpindah dan menetap di Pulau Pinang, pastikan anda berstatus jutawan terlebih dahulu sebelum melaksanakan hajat anda. Itu pun jika anda benar-benar mahu menetap dan memiliki rumah di negeri naungan DAP itu.

Bukan apa, jangan terkejut jika anda dapati bahawa kesemua rumah di negeri itu sangat mahal harganya sehingga mencecah RM400,000 hingga RM1.5 juta bagi unit-unit biasa berbanding harga rumah sebenar.

Bukan mahu menakut-nakutkan sesiapa, namun itulah realiti yang berlaku setelah Lim Guan Eng mengambil alih Pulau Pinang dari kerajaan BN sejak Mac 2008 yang lalu.

Ketika berkempen untuk PRU ke-12 yang lalu, saya percaya bahawa rakyat Pulau Pinang tidak lupa dengan janji Pakatan Haram dan Guan Eng bahawa mereka akan membina sebanyak 11,500 rumah mampu milik yang hanya berharga sekitar RM150,000 di pulau tersebut.

Namun sehingga kini, malah turut ditegur di dalam laporan audit tempohari, kerajaan negeri pimpinan DAP itu masih lagi belum membina walau sebuah pun rumah mampu milik yang berharga seperti yang dijanjikan.

Kalau ada yang dibina pun, semuanya adalah rumah “tak mampu milik” orang rakyat yang berpendapatan sederhana sekitar RM2,500 hingga RM7,500 sebulan. Apatah lagi untuk dimiliki oleh golongan yang berpendapatan rendah! Jangan mimpilah…

Persoalannya, bagaimanakah golongan berpendapatan rendah dan sederhana ini mahu memiliki rumah sendiri di Pulau Mutiara itu dengan harga-harga rumah yang jauh melambung tinggi akibat dasar perumahan DAP yang tidak realistik dan tidak berkebajikan itu?

Kalau ada pun rumah mampu milik, mereka hanya mampu membelinya di luar pulau iaitu di sekitar kampung-kampung di Kepala Batas, Nibong Tebal dan sebagainya. Kalau nak cari di sebelah pulau, jangan haraplah! Flat buruk di tingkat 4 pun disewa setinggi hampir RM1,000 seunit!

Bayangkanlah jika anda berpendapatan sederhana dan bekerja di sebelah pulau, nampaknya anda terpaksa berulang alik jauh untuk ke tempat kerja dengan tanggungan kos petrol, tol dan kos makanan yang agak tinggi setiap bulan, bukan?

Apakah ini yang dikatakan sebuah pemerintahan yang “berkebajikan” sebagaimana yang dilaungkan oleh puak-puak Pakatan Haram siang dan malam?

Sudahlah dibuang perjuangan “kerajaan Islam”, buat dasar “kerajaan berkebajikan” pun Pakatan Haram masih lagi menzalimi rakyat dengan menindas rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana?

Guan Eng perlu ingat, Pulau Mutiara itu bukanlah hak eksklusif dan layak dihuni oleh golongan kaya raya sepertinya dan “Rainbow” sahaja. Berilah peluang kepada rakyat yang bergaji sederhana dan rendah. Mereka pun nak rasa miliki rumah sendiri juga…

Mujurlah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini ada menawarkan skim perumahan PR1MA berjumlah 20,000 unit di pulau tersebut. Itupun beliau hanya mampu merealisasikannya jika BN kembali merampas Pulau Pinang dari kezaliman Guan Eng.

Perkhabaran dari Pulau Pinang memberitahu bahawa rata-rata rakyat berpendapatan sederhana dan rendah di negeri itu tidak sabar-sabar menanti PRU ke-13.

Bukan apa, jari jemari mereka terlalu “gatal”! Kata mereka, “gatal” tersebut hanya akan hilang sekiranya mereka lakukan dua perkara pada PRU ke-13 nanti.

Pertamanya, mereka mahu memangkah lambang “dacing” pada PRU ke-13 nanti bagi memastikan kemenangan BN semula, manakala yang keduanya ialah mereka mahu “menampar Khalifah chauvinis ultra kiasu” itu laju-laju!

Saya yakin bahawa kehendak mereka yang pertama itu akan terlaksana tidak lama lagi. Namun saya kurang pasti pula dengan kehendak mereka yang kedua, mungkin tak sempat “tampar”, “Khalifah” itu sudah lari ke Melaka menyorok bawah ketiak isterinya.

Pesan saya, jangan main-main dengan mamu dan mami Pulau Pinang. Silap haribulan, merasalah penangan panas kari dari tapak tangan mereka! Guan Eng nak rasa, kah?

Ada 33 Comments setakat ini.

  • raplahjingaa
    December 19th, 2012 at 11:01 AM

    Bila kerajaan persekutuan nak buat rumah mampu milik di pulau pinang, walaupun tanah yang di cadangkan adalah kepunyaan federal govt, kerajaan DAP pulau pinang meletakkan berbagai syarat untuk mengagalkan tujuan tersebut.

    Tidak kah mereka tahu yang rumah tu semua di buat untuk rakyaat berpendapatn rendah dan sederhana, dan mereka juga adalah rakyaat negeri Pulau Pinang….masaalahnya kebanyakan mereka adalah berbangsa melayu dan India …..

    sendiri mau ingat tujuan sebenar DAP..

  • Moohyideeeeen
    December 19th, 2012 at 11:12 AM

    Siapa yg tak kawal properties kat Malaysia ni??? Ini semua boleh di kwal oleh kerajaan Malaysia. Contohnya di China, kerajaan China mengenakan syarat sekurang2 30% deposit untuk 2nd property untuk mengurangkan aktiviti spekulasi.

    Kalau kat KL ni, for example rumah kat wangsa Maju (20 x 70) ialah RM600k (Rumah buruh tanpa buat sebarang renovasi, cukup kah kalau gaji RM3,000???

    Kerajaan malaysia dah patut lama dah tengok isu ini. Ada org bangkitkan hal ini dalam Perhimpunan Agung UMNO baru ni??

  • Moohyideeeeen
    December 19th, 2012 at 11:14 AM

    Dalam Pelan Malaysia dari tahun 1976 sampai 208, Kerajaan BN patut buat rumah 3mampu milik 39,000 unit di P Pinang. Tetapi hanya membina 5,400 unit sahaja. Sekarang ni buat janji lagi..

    Poodah!!!

  • Anak Lenggong
    December 19th, 2012 at 11:40 AM

    Pengalaman daripada saorang Melayu di Penang..

    Saya pernah, dan ini adalah dari pengalaman saya sendiri: Anda hanya akan mampu memiliki hartanah di Pulau Pinang sekiranya ada seorang jutawan! Rumah teres bersaiz sederhana di George Town kini mencecah RM600,000 dan ada juga yang dijual pada harga RM1 juta – sangat mahal berbanding lima tahun yang lepas! Anda juga boleh menjenguk di kawasan yang kurang dibangunkan seperti Balik Pulau yang mana saya juga telah membuat perbandingan. Rumah-rumah di sana juga kini mencecah RM400,000.00!
    Pulau Mutiara adalah sebuah destinasi pelancongan tumpuan pelancong-pelancong antarabangsa tetapi kini secara perlahan telah menjadi sebuah kawasan eksklusif untuk golongan berada sahaja. Dalam kerakusan kerajaan negeri Pulau Pinang membangunkan hartanah untuk pembinaan kondominium mewah dan projek mega, saya dapat rasakan bahawa kerajaan pimpinan DAP ini telah mengenepikan nasib rakyat biasa seperti saya.
    Semenjak Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk kepimpinan Pulau Pinang, mereka telah berjanji untuk membina sejumlah 11,500 buah rumah mampu milik pada harga sekitar RM150,000. Janji tersebut jelas hanya taburan janji-janji manis kerana mengikut Laporan Audit Negara 2011, rancangan tersebut masih belum dilaksanakan, malahan saya juga ingin tekankan kekurangan rumah di dalam lingkungan harga RM150,000 – RM350,000. Hakikatnya, tidak wujud perumahan bagi rakyat berpendapatan sederhana seperti saya di Pulau Pinang.
    Ini adalah sebab utama mengapa saya di antara ribuan rakyat yang telah beratur panjang memohon perumahan di bawah inisiatif PR1MA. Lawatan Perdana Menteri ke Pulau Pinang minggu lepas ternyata telah memberikan suntikan semangat kepada ribuan rakyat Pulau Pinang yang kini sangat merasakan tempias pembangunan luar kawalan di bawah seliaan DAP.
    Perdana Menteri telah meyakinkan kami bahawa sejumlah 20,000 buah rumah akan dibina, dan separuh daripadanya adalah di bawah rancangan PR1MA. Sebagai rakyat jati Pulau Pinang, saya sangat mengalu-alukan inisiatif ini. Sesiapa sahaja yang mempunyai pendapatan isirumah di antara RM2,500 hingga RM7,500 layak untuk mendaftar dalam program ini dan diberi pilihan untuk membeli rumah dalam lingkungan harga RM150,000 hingga RM400,000.
    Pada pendapat saya Kerajaan Persekutuan jelas prihatin dengan permasalahan rakyat dan isu masalah rumah mampu milik di Pulau Pinang ini ternyata akan menjadi isu hangat menjelang Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Nampaknya setakat ini hanya Barisan Nasional sahaja yang dapat menyakinkan saya bahawa mereka mendengar segala keluhan dan permasalahan rakyat. Saya telah hilang keyakinan saya terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang yang hanya berminat untuk menjadikan Pulau Pinang satu daerah eksklusif buat golongan berada.
    Namun begitu saya percaya kekurangan tanah di Pulau Pinang adalah salah satu sebab mengapa agak sukar untuk menyediakan kawasan perumahan mampu milik di Pulau Pinang.
    Tidak keterlaluan juga kiranya saya katakan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang seolah secara sistematik sedang mengusir keluar golongan berpendapatan rendah di Pulau Pinang ke tanah besar. Semua sedia maklum bahawa golongan berpendapatan rendah di Pulau Pinang majoritinya adalah terdiri daripada kaum Melayu dan India. Adakah DAP berniat untuk menjadikan Pulau Mutiara ini persis Singapura?

  • TUBIR
    December 19th, 2012 at 11:54 AM

    Setuju mooh kerajaan seolah olah lepas pangang dalam soal harga rumah …..kerajaan membiarkan harga melambong tinggi ikut sedap rasa…..
    Kerajaan mesti mengawal soal pemilikan harta terutama rumah ………golongan kaya kaut semua …sampai rumah kos sederahana dan rendah pun merika nak bolot…kemudian jual dgn harga yang tinggi ……
    sekarang ini orang takut nak beli rumah under construction takut tak siap dan pemaju cabut lari ,Nak dakwa bukanya senang ….macam macam halangan ……kerajaan pun seolah olah bersekongkol dgn pemaju …..Bosanla

  • tengkudin
    December 19th, 2012 at 12:11 PM

    tapi buah hati guan eng boleh dapat BANGLO BESAR TU..FREEE LAGI TU..

    mesti ada win win situation..ala..paham paham la..masyukkkk

    anak dia kaki ramas tetek orang..
    bapak pulak kaki betina..
    bini pulak kaki baling tempat abuk rokok..hehehhe

    tu yang dapat hadiah tu..hehehe

  • Topup
    December 19th, 2012 at 12:36 PM

    Dalam hal ni “org kaya” tak kira dari parti mana , bangsa apa, agama apa, yg penting buat untung, lebih malang org kaya beraga islam pun punya nafsu yang besar , tak mengerti erti bersyukur dengan apa yang ada . Menjana keutungan dengan menindas org lain , dlm hal ni tak hanya pada BN dan UMNO , DAP lagi dasyat , PAS pun tak buat apa2 sekadar cari salah org lain . Org2 PAS korang melalak sepanjang masa tuduh org lain “zalim” tapi korang pun tak ada apa2 penyelesaian melainkan nak kuasa saja , tapi bila dapat pun tak buat apa2 ….piiiiraaahhh

  • raplahjingaa
    December 19th, 2012 at 12:40 PM

    laaaa…hang dapat statistic tu dari mana moooo ? aku rasa aku dah komen dah pasal benda ni..

    Kat rifle range easily ada 2/3000 unit rumah yang di bina kerajaan BN, tu tak termasuk di Bayan Beru, Sg Tiram, Permatang, Tanjung Tokong, Balik Pulau…tak termasuk lagi perumahan yang di bina oleh kerajaan persekutuan di Seberang Perai.

    Please la moooo…aku kekadang dah jemu dengan fitnah hang…yang hairan hang sebagai penfitnah tak jemu-jemu dok collect saham.

  • Topup
    December 19th, 2012 at 12:43 PM

    Kat mana2 bandar besar harga rumah dah melambung …harga 300k dah macam biasa , 700k tu agak mewah , 1mil mewah . Nak cari bawah 200k , payah kalau ada mungkin 200km dari bandar .siapa nak beli, org pencen mungkin boleh beli la. Lagi satu baru kerja setahun dua mana mampu nak beli rumah . Aku tak taula kat negara lain harga rumah depa cam mana ? . Tapi di malaysia ni ada satu penyakin sindrom nak jadi cepat ……cepat kaya, cepat kerja dan segala-galanya nak cepat … kalau boleh solat pun nak cepat2. Hasil dari nak cepat semua benda banyak yang jadi lambat

  • Hamba Ar Rahman
    December 19th, 2012 at 12:43 PM

    Bagus Moo ni…memikirkan nasib orang2 yang susah…sedangkan diri nya sendiri memiliki property dalam dan luar negeri..(walaupun sumber tidak diketahui)..hehe…so..apa kata kamu mulakan dari diri kamu Moo…nak tunggu kerajaan lambat sangat…rumah kamu kan banyak..wakafkan lah satu….untuk buat rumah kebajikan ker…anak yatim ker….rumah kedai kamu tu..boleh bagi orang buat kelas agama atau tahfiz…bagi duduk free jer…jadi orang boleh belajar situ…kamu pun dapat pahala….kalau ada ramai macam kamu buat macam ni…aman damai dunia ni…

  • Bandaraya Lenggong
    December 19th, 2012 at 1:13 PM

    kepada Anak Lenggong. nak tanya berapa harga rumah kat Tmn Bandar Baru Lenggong dan taman kat Tasek Raban Lenggong (under construction)

  • kadiology
    December 19th, 2012 at 1:39 PM

    federalkan sahaja pulau pinang seperti KL. tinggalkan kerusi parlimen sahaja. 1-2 kerusi tu combine semua mana mana kawasan yang dah tentu DAP menang. kawasan parlimen lain tu pecahkan banyak banyak untuk kawasan melayu.

    tak pon serap pulau penang masuk kedah.

  • anakbochek
    December 19th, 2012 at 2:07 PM

    Tu la bro, bila aku bagi komen kata Anwar peliwat, Mooh tanya “kau nampak ke dia liwat”. Mooh siap sound aku kata kat akhirat nanti aku kena jawab.

    Mooh ni ingat kat akhirat besok dia ada special exemption ke? Macamlah serban Pok Nik tu buleh dijadikan syafaat.

  • anakbochek
    December 19th, 2012 at 2:09 PM

    End of the day, bila dewan bersidang bini dia kena duduk belakang takut LGE bermain mata. Hehehe…

  • ElectroMagneticPulse
    December 19th, 2012 at 2:22 PM

    lebih dahsyat tanah untuk dibuat perumahan rakyat dijual oleh DAP untuk dibuat hospital suasta dan servide appartment…

    rakyat berpendapatan sederhana dan rendah berputih mata lgi..

  • ElectroMagneticPulse
    December 19th, 2012 at 2:27 PM

    seolah2 semua bende nak salahkan kerajaan pusat…

    then kenape bile kejaan PR dah jadi kerajaan negeri, taknak buat perubahan??

    bukan kerajaan negeri takde kuasa… perumahan under PKNS kenapa asik buat rumah mahal2?? PKNS kan under kerajaan negeri… same juga macam kat p.pinang…

    kenapa tanah yang direserve untuk perumahan rakyat dijual untuk dibuat hospital suasta?… kenapa kerajaan negeri tak bangunkan terus jadi perumahan rakyat?…

  • gambus
    December 19th, 2012 at 2:33 PM

    moo lembu tak habis-habis dengan statistik fitnah dia , woii lembu kau copy paste darimana tu ?? hahaha

  • gambus
    December 19th, 2012 at 2:36 PM

    alahaiii bangangnya kalau bercakap .. moo lembu woii moo lembu , kerajaan negeri yang kawal moo lembu oiiiii .. bkan kerajaan pusat , kau tengok sahaja kat Penang tanah untuk rumah kos rendah dengan mudahnya dijual kepada pemaju untuk kondo .. sebab apa?? sebab pejabat tanah semua tu under kerajaan negeri dan kelulusan projek pun under kerajaan negeri

  • gambus
    December 19th, 2012 at 2:41 PM

    ni pun satu , kena gubal pelbagai undang-undang oiii sedara , lagi pun nak ke setiap negeri sokong terutama negeri Pakatan DAPigs … Kerajaan Pusat under BN telahpun bagi pelbagai projek untuk rumah rakyat .. berembang tu berapa banyak rumah rakyat weii ..

    Masuk Pakatan DAPigs Selangor dia paksa jual mana-mana rumah rakyat under PKNS dan dia pi bina Kondo .. macam kat jelatek tu hahaha ni contoh yang mana kerajaan negeri akan kawal pembinaan rumah . Sama juga dekat penang , dah takde rumah untuk rakyat sebab semua projek kena revised dan buat kondo juta-juta untuk naikkan harga tanah dan rumah .. heheh lain kali kena tahu beb , jangan main sondol atas sebab politik macam puak DAPigs dan hamba dia PAS

  • gambus
    December 19th, 2012 at 2:45 PM

    hehe itulah perkara utamanya TAPI lembu-pembu DAPigs macam moo tu , apa yang dia tau , tolol dan bodoh jee perangai dia

  • Topup
    December 19th, 2012 at 2:53 PM

    kerja puak penentang ni adalah menyalahkan org lain jer …itu yg paling senang nak buat …buat rumah mampu milik…susah oooo

  • Topup
    December 19th, 2012 at 2:56 PM

    pulau pinang memang asal kepunyaan kedah …masa mula2 TAR nak tuntut kemerdekaan dulu mungkin dia terlepas pandang akan isu ini , patutnya PP, kembali dibawah pentadbiran negeri kedah …tapi dah jadi sejarah

  • Hamba Ar Rahman
    December 19th, 2012 at 3:43 PM

    Depa memang sengaja buat centu bro…sengaja buat rumah mahal2 di bandar2 besar…yang banyak jana ekonomi supaya hanya mampu dibeli oleh puak2 caya nun alif jer…melayu ni berapa kerat sangat yang mampu…bila semua rumah2 mahal dihuni oleh puak depa..melayu akan diusir secara berperingkat dan dihantar pulang ke kampung…in worse case…masuk balik hutan…jadi tiap kali pilihanraya…confirm2 puak DAPigs yang menang…jadi mereka akan jadi pemerintah kekal…dan melayu2 hanya akan menang di kawasan2 yang ekonomi tak begitu menggalakkan…maka bertambah mundur lah melayu…bila makin mundur…kuasa pun lebih mudah untuk dinyahkan….

  • Hamba Ar Rahman
    December 19th, 2012 at 3:47 PM

    Cerita lebih2 pun buat apa…korang2 jugak dulu yang nak bagi undi kat PR…sekarang…tanggung ler sendiri…

  • Hamba Ar Rahman
    December 19th, 2012 at 3:49 PM

    Masuk Kedah pun….Kedah pun PR jugak..huahuahuahua

  • Hamba Ar Rahman
    December 19th, 2012 at 3:54 PM

    Bagus juga macam ni….ia akan menjadi pengajaran kepada sesiapa yang dulu membuta jer bagi undi kat PR…kerana hidup susah…tak berapa nak usaha…bila dengar ceramah2 yang menanamkan politik kebencian…hati berkobar2…marah dan dendam…konon segala kesusahan disebabkan oleh kerajaan….Allah sendiri tak akan menukar nasib seseorang kalau sendiri tak mahu usaha…walau pun mungkin kerajaan banyak kekurangan…kemiskinan individu mostly berpunca dari sifat individu…dan bukan faktor luaran…siapa yang rajin usaha…maka dia terlebih dulu dapat merembat peluang yang ada…biar bodoh…tapi rajin…masih lagi berpeluang…tapi kalau malas bodoh pula…bila tersepit salahkan kerajaan dan orang lain…lepas tu senang2 pangkah DAP…sekarang …rasakan sendiri hasil yang kamu orang dah pangkah….terimalah seadanya nasib kamu tu…jangan nak salah kan kerajaan…kerana kerajaan yang memerintah kamu sekarang adalah kerajaan PR…

  • tengkudin
    December 19th, 2012 at 5:45 PM

    hehehehe…last last berplaster di dahi sebab sama sama masyuk lubang lelain..hehehe

  • raplahjingaa
    December 19th, 2012 at 7:26 PM

    hehe…

  • raplahjingaa
    December 20th, 2012 at 1:29 AM

    ….lepas depa dah ” hantar ” orang melayu balik kampung…depa akan bawa masuk buruh dari china, pekerja profesional dari taiwan dan singapura,makin lama makin ramai, lepas tu dapat PR…lepas tu dapat citizenship, dah boleh mengundi….

    ingat palastine, rohingya, bosnia, albania, iraq, libya, syria…

  • Anong
    December 20th, 2012 at 1:35 AM

    PRU 2013…

    Undi DAP – tinggal dalam laut (sebab tanah mahal)

    Undi BN – tinggal atas darat (sebab Tokong dah takde, dapat rumah murah)

    Undilah BN! Tinggallah atas tanah bukan atas laut!

  • raplahjingaa
    December 20th, 2012 at 2:24 AM

    mati-mati mooo percaya di akhirat nanti nik ajis nak bimbing tangan dia masuk syurga…

    yea ke mooo ?

  • bujuk
    December 21st, 2012 at 3:33 AM

    D penang sejak BN memerintah lagi mostly rumah harga tinggi. Takda rumah kos rendah sejak 2000 lagi (d pulau). Tanah d pulau memang harga tinggi, d KL pun rasanya takda lagi rumah kos rendah yg. baru, semua naik kondo. Nak rumah murah d pinggir KL(s’gor) pun dah tak banyak. Kalau betul k’jaan pusat nak bantu.. sediakan(belikan) tanah untuk projek rumah murah. Dalam bajet rasanya peruntukan rumah murah yg. k’jaan pusat sediakan kurang berbanding k’jaan negeri PP dan S’gor.

  • pak hang
    April 24th, 2013 at 5:33 PM

    btul kata bujuk…hgpa boleh google la zaman BN perintah penang ni dulu pun org duk buat demo sbb rumah mahal ! sbb tu org penang berubah hati sokong DAP…org duduk sebelah pulau ja terasa…kat seberang perai xpa tanah byk lg….hoi ni tanah pulau…dah makin sikit so jd mahal lah…adoiiiii

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.