|Laman Utama| MyKMU Forum | MyKMU WebTV | MyKMU Mobile Apps | MyKMU Mobile Site | MyKMU RSS Feed| MYKMU E-MEL: mykmunet@gmail.com
Editor: tengkudin | Diterbitkan pada: 2 December 2012| Kategori: Blog Pemimpin | 4 Comments »

WARISAN ANAK MELAYU

 

(Lagu Warisan wajib dihayati dan diinsafi oleh bangsa Melayu masakini)
Salam 2 all.
Bila perwakilan pemerhati dari Kelab UMNO Tokyo, adik Ariff Yasir Zulkafli  (23), pelajar tajaan Kerajaan di Universiti Gunma Jepun, menyampaikan lagu Warisan-Anak Kecil Main Api dalam ucapannya semalam, ia mengimbau kembali nostalgia kami yang satu ketika dulu menjadikan “Warisan-Anak Kecil Main Api” sebagai lagu wajib! Lirik dan lagu ciptaan bekas Ketua Pengarah Biro Tatanegara Datuk Nordin Kadri ini memang menangkap jiwa sanubari anak watan yang cintakan agama, bangsa dan tanahairnya!
Lagu itu dicipta dalam suasana orang Melayu tidak ada apa – kecuali kekuatan perpaduan dan kuasa politik! Tanah Melayu yang baru merdeka baru sahaja melalui peristiwa hitam 13 Mei 1969 yang menyaksikan kaum cauvinis yang menguasai ekonomi negara mula naik tocang! Baru menang beberapa kerusi dalam PRU mereka berarak sakan keliling Kuala Lumpur memaki hamun orang Melayu dengan caci-maki Malai-Si – “Mampus Melayu”, lancau Melayu, Melayu pigi masuk hutan, ini negeri Cina sudah kontrol!Begitu bangsa Melayu dihina ditanahair nya sendiri! Begitu bangsa Melayu dicaci nista oleh kaum cauvinis yang tidak tahu mengenang budi! Kaum cauvinis yang bak haiwan anjing yang dilepaskan daripada sepitan! Kaum cauvinis yang diberi betis mahukan peha!Bangsa Melayu perlukan kebangkitan! Bangsa Melayu perlu menebus maruah dan harga diri! Bangsa Melayu wajib bersatu dan berpadu untuk menongkah arus cauvinisma dan komunisma yang sedang mengancam survivalnya dalam tanahairnya sendiri! Kecundang bererti merempat dalam negara sendiri! Tewas maknanya menjadi bangsat dibumi tanah tumpah darahnya!

Hancur maknanya akan hilang Melayu didunia ini! Laksamana Hang Tuah pasti kecewa, nenek moyang pasti gundah gulana! Apa nak jadi pada nasib anak bangsa!

Alhamdulillah ALLAH memberikan kekuatan, kecerdikan dan kebijaksanaan kepada pemimpin Melayu diwaktu menghadapi saat getir itu. Berbekalkan perpaduan Melayu yang utuh dan kuasa politik yang tinggal sedikit, walaupun miskin melarat papa kedana, Kerajaan UMNO pimpinan Allahyarham Tun Abdul Razak melancarkan Dasar Ekonomi Baru – menghapuskan kemiskinan dan menyusun semula masyarakat! Kebetulan orang Melayu lah yang termasuk dalam golongan miskin itu.
Antara matlamat DEB tersebut ialah memperkasakan bangsa Melayu melalui pendidikan! Maka tertubuhlah MRSM, ITM (kini UiTM), UKM dan segala macam institut pengajian tinggi khas untuk anak Melayu! Malah anak Melayu yang mendapat Gred 1 dalam MCE/ SPM terus ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke luar negara tanpa mengira latarbelakang dan fahaman politik!
Maka berduyun-duyunlah anak Melayu mendapat biasiswa untuk keluar negara. Ada yang ke United Kingdom, Canada, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Mesir, Jordan dan lain-lain negara! Anak Melayu yang jangan kata nak keluar negara, tengok tayar kapal terbang pun tak pernah! Jangan kata pakai baju kot, tali leher pun tak pernah berangan!
Tiba-tiba bukan sahaja ber’kot’ ber’tie’, dapat naik kapal terbang pergi ‘oversea’! Riuh satu kampung buat kenduri kesyukuran yop! Tiap kampung gerenti ada sekurang-kurangnya seorang dapat keluar negara! Penghantaran keluar negara itu menaikkan semangat penduduk kampung! It’s a morale booster kata Mat Eropah! Melayu kampung bangga, ada anak kampung yang berjaya ke menara gading nun jauh disana!
Hari nak berlepas siap dengan orang kampung berkumpul depan rumah, berdoa untuk kejayaan si anak! Saat menaiki kerete sewa (itu pun orang kampung sama-sama menyumbang untuk duit sewa & minyak), bilal mengumandangkan azan sebagai tanda mohon keberkatan! Anak Melayu segak berkot mengalir airmata meninggalkan kampun halaman! Berbekal azam untuk menebus maruah bangsa yang menjadi bahan cacian maki hamun para cauvinis biaDap!
Dan tiap anak Melayu itu diberi kursus tatanegara; bersiap sedia menghadapi kehidupan asing dinegara asing! Dibekalkan anak Melayu itu dengan tatacara hidup dibumi asing! Bagaimana makan bersudu garpu,  bagaimana nak solat dibulan salji turun, bagaimana nak hidup bersama mereka yang pernah menjadi penjajah kita! Anak Melayu diberi semangat; kita samataraf dan samarata dengan mereka!
Sebagai peniup semangat, tiap anak Melayu diwajibkan menghafal dan menghayati lagu ‘Warisan-Anak Kecil Main Api‘. Lagu yang sememangnya memberi roh dan semangat perjuangan kepada anak kampung untuk mengharungi badai ombak kehidupan dibumi asing demi mengangkat martabat bangsanya yang dihina!
Kini ramai anak Melayu yang lahir daripada DEB ini sudah kembali ke tanah air mencurah sumbangan dan bakti; ramai yang berjaya mengangkat martabat dan maruah agama, bangsa dan tanahairnya! Melayu boleh bangga berdiri sama tinggi, duduk samataraf dengan kaum lain; bukan sahaja dalam negara, malah sudah sampai ke persada antarabangsa! Dalam pelbagai bidang, dalam bermacam lapangan! The Malays can walk tall now – begitu pepatah omputeh yop!Namun ada juga segelintir anak Melayu yang menjadi Si-Tanggang Moden! Mereka lupa diri! Mereka lupa daratan! Mereka menggigit tangan yang menyuap mereka; mereka lupa tangisan darah dan airmata yang berkorban untuk mereka! Mereka meludah atas keperitan ibubapa mereka! Mereka kencing berdiri diatas tanah kubor nenek moyang mereka!Mereka muncul sebagai parasit-parasit bersenggama dengan Si-Kitol bersekongkol dengan para cauvinis rasis biaDap untuk menghancurkan dan memusnahkan agama dan bangsa mereka sendiri! Mereka menjadi kayu penukul untuk diguna besi kapak menebang pohon-pohon agama dan bangsa mereka! Mereka rela diperkaldaikan! Mereka rela ditunggangi! Hanya kerana nafsu serakah mahukan mahkota kuasa di Putrajaya! Otak mereka sudah diliwat; fikiran mereka sudah disumbat!

Atas sebab itu, dalam keadaan bangsa Melayu yang sedang dihimpit dan digasak segala penjuru, dalam keadaan survival Melayu sedang diancam, dalam keadaan ukhwah perpaduan Melayu kian rapuh, saat munculnya ramai Si-Kitol yang bersedia mengkhianati bangsa sendiri demi memuaskan nafsu serakah untuk menduduki takhta Putrajaya; lagu Warisan adalah tepat untuk diputar semula dan dihayati!
Kepada adik Ariff Yasir Zulkafli yang berjaya mengingatkan para perwakilan UMNO semalam dengan lagu Warisan-Anak Kecil Main Api semalam, teman angkat tabik spring kepada mike yop! Begitulah peranan anakmuda Generasi-Y yang berjaya memberi sumbangan dalam perjuangan – mengingatkan kita kepada perjuangan yang masih belum selesai ini!
Kepada perwakilan UMNO dan para pemerhati, kepada semua ahli UMNO dan orang Melayu seluruhnya, hayatilah seruan dan rintihan anak muda ini!
“Apalah nasib kami jika Melayu hilang kuasa dan tidak memerintah selepas PRU 13! Bagaimana nasib kami anak Melayu yang sedang belajar diluar negara. Adakah kami akan dipanggil balik kerana biasiswa ditarik balik! Mana dahan kami nak berpaut! Mana pelantar untuk kami berdiri!

Sebab itu ayahanda bonda, janganlah bersengketa sesama sendiri! Janganlah ada sifat ketamakan jawatan dan kuasa! Biar hati kita bersih, kita buang sifat dengki dan irihati! Kita rapatkan saf, kita perbetulkan azam, kita bersatu, kita berpadu dan kita sama-sama berjuang pastikan selepas PRU13 Putrajaya masih milik Melayu!
Tolonglah ayahbonda untuk Melayu terus mara! Untuk Melayu terus berkuasa! Untuk Melayu terus memperjuangkan kepentingan kita! Saya merayu sangat ni, saya merayu ayahbonda dan abang kakak!”

*(Nota: ambillah iktibar apa yang terjadi kepada pelajar-pelajar Melayu di IPT dinegeri pembangkang! Apa jadi dengan KUIN di Kedah! Apa jadi dengan UniSel di Selangor! Apa jadi dengan tanah tapak UiTM milik YBK yang dirampas-ini semua bukti gelapnya masadepan anak Melayu jika kita hilang kekuasaan politik)
memberikan gambaran tentang masa depan anak Melayu jika UMNO dan Barisan Nasional (BN) hilang kuasa dan tidak lagi memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
“Cuba bayangkan anak-anak macam kami yang mengaji di luar negara, kami akan dipanggil balik sebab polisi tidak lagi dipegang oleh UMNO dan BN yang menghantar kami dulunya.
“Anak-anak ayahanda dan bonda ini tiba-tiba terkontang-kanting, sistem tidak lagi membantu kami untuk ke menara gading. Mana dahan untuk kami berpaut, mana pelantar untuk kami berdiri?” katanya sambil beberapa kali mengesat air mata.
Ariff Yasir kemudian membuat seluruh perwakilan bertambah sebak apabila merayu supaya semua ahli UMNO melupakan sengketa sesama sendiri dan kembali kepada perjuangan asal untuk membela nasib orang Melayu.
“Tolonglah ayahanda, tolonglah bonda untuk UMNO terus mara, untuk UMNO terus berkuasa, untuk UMNO terus memperjuangkan kepentingan kita. Saya merayu sangat ini, saya merayu sangat ayahanda, bonda dan kanda.
“Kita lupakanlah segala sengketa. Janganlah ada sifat tamakkan jawatan dan kuasa. Biar hati kita bersih, kita buang dengki dan iri hati. Kita rapatkan saf, kita perbetulkan azam, kita bersatu, kita berpadu dan kita bersama-sama berjuang pastikan selepas PRU-13 Putrajaya masih menjadi milik kita,” katanya disambut dengan tepukan gemuruh daripada seluruh perwakilan.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada pemimpin dan pejuang UMNO yang membolehkan anak- anak Melayu dari kampung melanjutkan pengajian di luar negara.
“Kalau tanpa jasa anda semua, tidak mungkin kami anak-anak Melayu berada di mana kami berada sekarang. Ini menunjukkan UMNO sentiasa komited menjaga kebajikan orang Melayu dulu, kini dan selamanya,” tegas beliau.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121201/po_08/Lupakan-sengketa-pertahan-Putrajaya#ixzz2DlgCNIC0
© Utusan Melayu (M) Bhd
Sebenarnya, kalau ahli UMNO menghayati dan menginsafi cogankata UMNO sendiri, itu sahaja sudah mencukupi. Cogankata BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT adalah cogankata keramat, yang jika dihayati dan dilaksanakan insyallah kuasa politik Melayu akan terus kekal dan mantap!
BERSATU dalam saf barisan yang satu dibawah kepimpinan sedia ada! Tidak ada Team Ketua Bahagian, tidak ada Team Timbalan atau Naib, tidak ada Team Ketua Pemuda, tidak ada Team Wanita atau Puteri! Hanya ada satu team, iaitu Team UMNO!  Jadikan Team UMNO sebagaiWinnable Team! Jadikan parti UMNO sebagai Winnable UMNO demi untuk agama, bangsa dan tanah air!
BERSETIA lah kepada parti dan kepimpinan sedia ada! Apa juga keputusan yang dibuat oleh parti dan kepimpinan wajib ditaati dan dipatuhi! Kita mungkin tidak bersetuju, kita mungkin tidak selesa, tetapi selagi keputusan pimpinan tidak melanggar syara’ dan adab budaya Melayu; selagi itu kita wajib taat dan patuh! Janga langsung ada unsur khianat dan sabotaj! Jangan ada sekelumitSemangat Si-Kitol dalam jiwa tiap ahli! Jadilah seorang Winnable Ahli! Jadilah ahli yang memperjuangkan dan memenangkan parti, bukan diri sendiri! Pengalaman pahit PRU12 wajar dijadikan iktibar! Kehilangan 2/3 majoriti dan 5 negeri wajar menjadi pengajaran betapa pengkhianatan dan sabotaj akhirnya bukan sahaja merugikan parti, malah agama, bangsa dan tanahair!
BERKHIDMAT lah sepenuh jiwa raga kepada perjuangan parti! Jangan kerana tidak terpilih menjadi calon kita bukan sahaja tidak mahu menyumbang khidmat, malah mengkhianati dan menderhakai perjuangan parti. Walau bagaimana hebat kita rasa kita adalah Winnable Calon, namun pimpinan sudah tentu mempunyai sebab dan rasionalnya membuat pilihan, yang sudah pasti dibuat setelah melalui proses musyawarah! Kita sebagai lasykar dan gurkha, wajib menghayati semangat perjuangan Saidina Khalid Al Walid, yang walaupun sememangnya seorang Winnable Warrior,namun terus berjuang tanpa luntur semangat walaupun dilucutkan jawatan Panglima Perang! Kerana perjuangan Al Walid bukan untuk diri, bukan untuk Khalifah, tetapi untuk Islam, demi ALLAH dan Rasul!
Apapun, semboyan perang telahpun dibunyikan! Musuh agama, bangsa dan negara sudah bersiap sedia dengan segala balatentera dalam dan luar untuk menghancurkan kita!
Ayuh kita ke medan tempur dengan siasah dan strategi yang mantap, barisan panglima dan lasykar yang lengkap bersiap, berbekalkan semangat dan nawaitu perjuangan demi Abata – Agama, Bangsa & Tanahair!
Selamat berjuang, selamat bersidang!
Wallahua’lam dan Wassalam.
Adios amigos, grasias senor!
Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
17 Muharram 1434
01 Disember 2012
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
WARISAN ANAK KECIL MAIN API

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara

Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara

http://zul4kulim.blogspot.com/2012/12/warisan-anak-melayu.html

Anak kecil main api

Ada 4 Comments setakat ini.

  • pasdaplaknat
    December 2nd, 2012 at 3:35 PM

    SUBHANALLAH…. Sungguh menyentuh hati.. Dgn Solat Sunat Hajat lagu warisan ini suatu kekuatan luar biasa buat UMNO… Insya Allah kepimpinan UMNO dlm peliharaan Allah.. PRU 13 gempur Pakatan Haram habis2an!!

  • Invesiblemen Al Mahdi
    December 3rd, 2012 at 12:34 PM

    Assalamualaikum waromatullahiwobarokatu..Saudara anak anak Muda yg amat dikasihi.Sesungguhnya dien Allah (Islam) tidak akan menang hanya dengan bercakap kosong , dan negeri-negeri Islam juga tidak akan terjaga hanya dengan pantun, lagu dan syair serta lainnya.” Kamu pemuda UMNO dan Putri UMNO, kembali kejalan sebenar dan berjuang mengakkan Islam sekuat hatimu.Tiada masa berpatun dan bersyair lagi.Saudara saudarilah satu satu organisasi yg mempunyai kekuatan dan dapat menegakkan ISLAM dan Bangsa Melayu.

    Selamat berjuang dan wassalam.

  • Invesiblemen Al Mahdi
    December 3rd, 2012 at 1:26 PM

  • Invesiblemen Al Mahdi
    December 3rd, 2012 at 1:29 PM

    The Resistance-Leo Zagami

    Illuminati merancang melakukan “Penazian” negara-negara Barat pada tahun 2012 dan akan menghukum semua orang beriman, dengan alasan berperang melawan terorist serta akan menghancurkan perekonomian dunia.

    Zagami, seorang keturunan keluarga Illuminati, pada bulan Jun tahun lalu telah menukar agama, dan memilih Islam sebagai agama barunya. Kemudian dia nekad melakukan counter attack terhadap Illuminati. Sewaktu beliau masih sebagai anggota keluarga Illuminati, Ia mempunyai banyak pengalaman mengikuti berbagai upacara setan yang menakutkan, upacara magic hitam (sihir jahat), pengendalian fikiran (mind control) dan penyeksaan yang dilakukan di dalam lingkungan Loji tertutup.

    Pada setiap Sabtu ia menyimpan daftar nama-nama anggota Freemasonry tingkat tinggi dan dipanggil sebagai Illuminati Confessions, mereka menyatakan persediaan berperang melawan para pengikut setan Illuminati. Di samping melakukan kawalan secara ketat, Zagami juga memberikan nombor telefon peribadi untuk menjawab berbagai pertanyaan penting mengenai ketulusannya melakukan hal tersebut.

    “Zagami menjelaskan bahawa sekarang adalah akhir zaman, dan ini bukan main-main, tegasnya, Hal itu disampaikannya pada tanggal 3 Januari 2007 dalam sebuah wawancara di tempatnya.

    “Perlu diingat bahawa akan terjadi perubahan posisi kosmik pada tanggal 21 Desember 2012, dimana situasi itu memerlukan waktu 6 tahun kepada kita untuk mempersiapkan diri … Jadi, sebaiknya waktu itu dipersiapkan diri kita masing masing, kemudian semuanya bangkit melawan Illuminati dan memertahankan hak kita di bawah perlindungan dari Allah s.w.t sebelum Illuminati mengambil mengambilalih dan memulakan penganiayaan terhadap orang-orang beriman. … Siapkan senjata kamu untuk mempertahankan keyakinan atau kita juga akan hancur binasa. Ini perang melawan Setan, jadi, wahai penduduk bumi belahan Barat, (termasuk di Timur juga) sadarlah, atau kamu akan bangun dari mimpi buruk di pagi hari bulan Desember 2012.

    “Mulai tahun 2010 Anda akan mula merasai perubahan suasana secara besar-besaran, akan tetapi pada tahun 2012 Anda akan melihat dengan jelas berakhirnya peradaban ini dengan mata kepala kita sendiri … akan terjadi total PENAZIAN negara-negara Barat pada tahun 2010, sebelum itu ekonomi akan mula jatuh ke tahap yang teruk yang kesannya akan dirasakan setiap orang. Kemudian ketegangan sosial akan memuncak ketahap yang belum pernah terjadi sebelumnya, dan pada akhirnya menjadi konflik internal pada tahun 2012, yaitu PERANG SAUDARA”

    “Apakah Anda siap mati untuk Allah dan dengan keyakinan agama Islam untuk melakukan perubahan positif untuk dunia, ataukah Anda semua hanyalah sekumpulan pengecut yang berada di bawah kekuasaan setan, atau hanya tahu cakap saja dengan tidak ada bukti nyata”

    Zagami, sebagai mantan anggota the Comitato Esecutivo Massonico – Masonic Executive Committee (MEC) of Monte Carlo, beliau juga sebagai anggota Freemasonry tingkat 33, dan sebagai salah seorang pimpinan dalam kelompok Loji setan P2 (Propaganda 2) Freemasonry. Dia adalah seorang “pemimpin” yang dipersiapkan untuk mengambil alih pimpinan Illuminati dari “raja” Licio Gelli yang sudah tua.

    Illuminati layaknya seperti kumpulan-kumpulan besar. Tiada masalah jika keluarga Chicago, London atau New York yang melakukan tugas. Mereka merupakan lingkaran keluarga yang hidupnya diabadikan untuk kepentingan tujuan yang sama, iaitu menguasai dunia dengan sistem Luciferian.

    Mari kita lihat pementasan karya Illuminati

    Zagami menjelaskan bahawa dunia merupakan pertunjukan boneka global di kendalikan oleh tangan-tangan manusia idiot, yang tidak pernah berubah cara hidupnya selama berabad-abad di bawah naungan ajaran Lucifer.

    Kata Zagami, mereka bekerja bersama-sama, termasuk Hugo Chavez yang dengan sungguh-sungguh membantu melaksanakan agenda Bush dengan penampilan theatrical nya. Chavez dikendalikan oleh Vatican dan bekerja untuk The New World Order sebagaimana juga dilakukan oleh hampir semua pimpinan pemerintahan dan agama-agama di dunia.

    “Begitulah cara mereka bekerja bersama-sama di lapisan atas untuk satu tujuan yang mereka fikir merupakan suatu cover-up yang sempurna. Wahabi atau Wahibi [the Saudis] diciptakan oleh Zionis dan teman-temannya. Tentu saja Ikhwanul Muslimin (Persaudaraan Islam) juga berada dibelakang pimpinan Iran dan pimpinan Perlawanan Iraq . Semuanya panggung sandiwara untuk mengelirukan orang-orang awam.

    “Pertunjukkan yang dicanang oleh pertubuhan rahsia” dan Ahmadinejad di kenali sebagai pengikut aliran setan yang tidak jelas hubungannya dengan Islam”.

    Dia juga mengatakan bahawa konflik Putin dengan Rothschild hanyalah sebuah “permainan”. Putin juga dikendalikan oleh Illuminati.

    Zagami menentang bekas kawan-kawan beliau yang merupakan anggota Freemasonry penyembah setan dan pengamal black magic, para penipu, untuk berdialog secara terbuka. Untuk menguasai rakyatnya sendiri, para Aristokrat Eropah dalam melaksanakan pemerintahannya selalunya dibantu dengan sorcery dan black magic.. serta kekuatan setan lainnya … Mereka belajar ilmu setan ini dari Guru-gurunya di Rome yang diambil ilmunya dari Yunani, Mesir, Sumeria … yang tidak pernah berhenti melakukan penipuan terus menerus terhadap umat manusia.

    Selanjutnya dikatakan bahawa G.W. Bush adalah anak “orang paling berkuasa di Illuminati dan dia dididik bapaknya serta CIA untuk menjadi seorang boneka. Antichrist Vatican Zionist, dan tidaklah menjadi masalah bagi Illuminati, apakah ia menjadi presiden atau tidak, kerana keluarga Bush akan selalu tampil berperanan sebagai pemimpin keadaan. Ingat tokoh setan Anton LaVey, pendiri Gereja Setan dan pengendali perang pemikiran CIA adalah teman dekat George H. Bush, mereka bersama-sama merencanakan untuk menjadikan anak nya iaitu George W.Bush sebagai pengikut setan, untuk melakukan peranan penting apabila datangnya Era Setan setelah 11 September 2001. Dan kejadian tersebut dirancang rapi sejak lama dulu, sewaktu Anton LaVey masih hidup.

    “Saat ini hampir semua ajaran agama dirosak dari dalam oleh Illuminati, termasuk Islam, Yahudi, Evangelis, Protestan, the Born-Again Kristen, semuanya di kuasai secara rahsia oleh Freemasonry, knight templar, dan Jesuit. Jadi dialog antar-agama secara murni pun sangat mustahil untuk dilakukan.

    Natijahnya, Leo Zagami menanggap dirinya sebagai “the last idealist in the Illuminati.” Dan mengatakan bahawa Ia memimpin pemberontakkan terhadap Illuminati dan cukup memperoleh sokongan dari rakan-rakannya yang sama-sama telah sedar. Adalah penuh harapan dalam situasi seperti waktu sekarang ini muncul seorang yang berani dan layak seperti Leo Zagami. Ingat, Illuminati selalu merancang huru-hara dan kemudian mereka juga menjadi juru selamat. Umpama mereka menghantar virus mungkin seperti H1N1, dan mereka juga akan berperanan sebagai juru selamat. Contoh lain, seperti Hitler berjaya menjebak rakyat Jerman ke dalam perangkap Illuminati. Dan beliau juga menjadi hero Jerman. renungan apa yg saudara akan tentang dari luar dan dalam….

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.